Pages

Ruang suka-suka

Salam buat semua. Apa khabar? Di harap semunya sihat belaka. Pagi tadi dah sarapan nasi lemak dengan lebihan puff semalam. Sedap pula makan sejuk-sejuk. Naik atas kemas area atas pula. Nak cerita, sebenarnya, Dhia ada je bilik sendiri, share dengan kakak 1st,tapi disebabkan adik pun dah belajar kat Penang,ayuhlah pindah ke bilik dia. Mihmihmih. Tapi bila dia balik,Dhia tidur luar. Tak depan tv,kat ruang tengah ni. Memang,lebih dari cukup bilik kat rumah ni. 3 bilik atas,1 bilik bawah bilik mak ayah. Tapi Cik Dhia ni hmmm tak berapa suka share bilik. Gedikkan? Bukanlah,lebih seronok tidur depan tv. Kihkihkih. So,ada satu ruang yang Cik Dhia suka. Barang-barang Cik Dhia kumpul. Susun satu tempat. Are itulah yang paling Dhia suka. Yang penting,orang lain tolonglah jangan usik. Sebab kat situ akan ada buku-buku yang Dhia suka, dan akan ada koleksi stiker-stiker Dhia dan sketch book. Jangan sentuh! Kihkih.
 

Disitulah letaknya wallet,phone,external,beg speck. Ya,disitulah segalanya. Kihkihkih. Wallet yang selalu diusung kesana kemari yang atas calculator tu. Bukan apa, selit duit sekeping dua. Satu kad bank,satu IC. Eh! Memang IC satu jekan? Over tau Dhia! Sepuk kang. Kihkihkih. Phone pula rajin bawa yang celcom je. Sebab boleh tweet boleh check email,boleh dengar lagu segala bagai. Oh ya,bukan smart phone pun,tapi boleh je nak buat dia smart. Kan? ^^ Yang merah tu pula,untuk family sahaja maxis. Angkut sebab ayah suka call Dhia -____-' Kihkih


Kotak merah dalam tu semua koleksi sticker,buku sketch dan hasil-hasil seni yang lain. Sanggup ya menangis sedu sedan kalau sticker hilang. Bukan senang nak dapat ya koleksi yang sama. Kihkihkih. Calculator pula kalau hilang gelabah juga. Kan dah biasa guna,dah sedap kat jari. Kalau hilang beli baru dah tak best. Buku resepi,buku chord keyboard pun kat situ. Kan dah kata ini ruang yang Dhia suka. ^^

 
Tak lupa,masa. Jam. Ya,penting. Nak jalan tinggal capai. Kadang-kadang selerak juga Dhia letak,lepas ni dah tak dah. Sebab dah ada penyangkut. Kihkihkih. Jam kuning kakak 1st bagi sempena birthday tahun lepas. Yang coklat tu, beli sendiri. Suka dengan design tu. ^^ So,kalau dengan Dhia janganlah main gila dengan masa. Menunggu ni memang tak suka dan menghilangkan mood. Nak diri berdisiplin,tepati masa okey. ^^
 
So,korang macam mana pula? Ruang apa yang korang suka kat hidup korang atau kat rumah,hostel selain dapur dan katil. Itu semua orang sukakan. Hahaha!
 
Tetiba rindu bilik di Kolej Tun Fatimah. Kihkihkih. Ohoi,terasa poyo disitu. ^^
 

4 comments:

  1. nad, ada ek jam camtu? sebabnya selalu jumpa tuk jam dinding je. pernah cari tuk jam tangan tapi x jumpa. nak! haha

    ReplyDelete
  2. Jam yang mana satu sayang? Yang kuning ke yang coklat? Hahaha!

    ReplyDelete
  3. dedua. nice giler.. brand apakah itu..

    ReplyDelete
  4. Yang kuning tu Baby-G. I kan baby. Haruslah pakai jam ala-ala baby gituwwww. Kahkahkah. Yang lagi satu tak ada brand, murahan 20 hinggeeeet je. Kihkih

    ReplyDelete