Ramadhan 2015/1436H

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. 

Haa,puasa tak? Intro entry kemain sangatkan. Hiks! Alhamdulillah,harini dah masuk Ramadhan yang ke-5. Pejam celik pejam celik,cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan yang penuh barakah ni,walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Hari pertama,dah sakit tekak. Ini dari semalam,semalamnya dah selsema. Dugaan betul ya ditambah pula dengan cuaca yang panas belaka di Parit Raja ni. Tabahlah hendaknya. 

Buka apa hari ni awak-awak semua? Harini Dhia makan koko crunch je. Sebab,tak selera nak makan nasi. Nanti,lepas-lepas buka nanti nak pergi kedai Rosalinda ayamorayamor makan sup sayur. Manalah tahu,selsema boleh pulih. Hiks! As usual,biasanya bulan Ramadhan ni selera mencanak-canak sangat,lelagi bila nampak puding custard cocktail. Wah! Sedapnya kan? Lepas tu,mesti nak cari sayur urap. Sedapnya bertambah bila makan dengan nasi putih and sambal belimbing. Gulp!

Alhamdulillah,dah buka dah,minum seteguk dua air,makan koko crunch. Untunglah siapa yang buka kat rumah tu,dapat makan air tangan mak. Huahua! Nak jugak boleh? Mak awak,mak saya jugakkan? Hiks! Sekarang ni,tengah musim final exam. Dah empat paper lepas,tarik nafas sekejaplah. Next and last paper,this Thusday. On Monday,dah register for internship. Wah! Cuak kebebeh jadinya.

Motif sebenar update blog adalah nak cerita pasal seronoknya naik train KTM,Keretapi Tanah Melayu. Amboi!Selama 25 tahun hidup ini adalah first time naik train,and first time gerak solo,bersendirian. Tapi,tapi tapi,malasnya nak upload gambar dalam phone. Nanti free-free lah ya update. Hiks! Perut tengah kenyang baru balik dari SR dengan Kak Miya,semata nak makan TomYamKung yang sedap tu. Niat nak makan laksa kat JuzWaffle BPMall tapi,dah lambat,so yang dekat Secret Recipe je. Padahal itu hari,baru ada orang seru-seru SR. Kebetulan sungguh -___-.

Kemain entry nak siap dari pukul 7pm,pukul 10pm baru publish. Hahaha! Akhir kata,semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan buat kita semua. 



Untuk semalam,yang terbit cuma rasa senang. Dan,yang tertinggal,rindu bayangan. Rindu,sampai bicara jadi kedu. Yang meluah,cuma redup mata tika dipandang temu. 
21st #UntukMerekaYangSuka



13th

Assalammualaikum. Hye hye hye! Tetiba sangatkan perangai ni. 

Pejam celik-pejam celik tetiba dah bulan enam,tetiba dah nak masuk Ramadhan. InsyaAllah,kalau dipanjangkan umur,kita bertemu lagi ya Ramadhan. 

Tetiba sangat perangai nak update blog. Sebab? Entah. Sebenarnya,macam-macam benda nak cerita. Sakit hati-gembira-losser semua ada. Biasalah,bila lama-lama dah selalu simpan-simpan sakit hatinya, sampai nak cakap pun tak pandai dah,nak menangis pun dah tak mampu. Senang cerita, lantak sana. Ada aku kesah? Begitulah. 

Dua tiga menjak ni,banyak kesana sini,uruskan itu ini. Tapi,kita chill jelah. Penat pun diamkan aja-laratkan juga. Kalau kita tak buat,siapa yang nak buatkan? Kalau pandai cakap,tapi buatnya tak,tak jadi juga. Ya dok? Ini,esok nak remind SV pasal nak pergi kilang nenas dengan kilang kelapa. Jyeaah! Seronoknyalahkan. Orang dah stop dah fikir PSM,Dhia still lagi kesana sini urus hal PSM. 15hb ni dah start final exam,my first paper. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Yang lain-lain urusan tu tolak tepi dulu,walaupun kat otak ni dia dok rolling-rolling je. Ah! Biarlah sana, nanti-nanti boleh fikir. Uruskan apa yang penting dulu,tapi itu pun penting juga. Tapi,iya-iya sangat pun tak boleh.HAHA!

Bila nak masuk bulan puasa ni,mulalah rindu nak kerja kat Angsana tu,jual baju. Sebab apa suka? Sebab komisyen tinggi. Haha! Itu yang seronoknya. Bulan puasa ni,Dhia intern kat satu consultant ni. Tak tahulah perginya macam mana. Ada tak yang nak ajak buka sama ek? Ada tak yang nak ajak shopping raya sama? Berangan jelah,padahal nan hado. Ini pun dah dok fikir,habis intern office hour,nak cari part time boleh tak? Haha! Hmm,rindu nak puasa-puasa macam tahun yang lepas-lepas. 

Okeylah,emosi dah stabil balik dah ni,so,bolehlah sambung study. Hiks!