1st operation :)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua reader's. So,semua macam mana? Sihat? Diharap semuanya sihat belaka. Okey,dah 6 hari tak update blog. Tak ada cerita baru. Kihkihkih.
 
By the way,Dhia nak ucapkan terima kasih bebanyak buat semua yang mendoakan kesihatan Dhia. Buat semua,Dhia sayang semua. Ewahhh,Alhamdulillah,Dhia dah selesai melakukan operation. Dhia tak tahu nak cakap Dhia sakit apa. Cuma yang Dhia sempat jeling kat skrin hospitak,nama Dhia katanya operation for breast lump. Okey,apa tu breast lump? Dhia tak boleh bagi penjelasan panjang,pekata korang search kat google. Tak merbahaya,tapi kalau simpan nanti boleh jadi kanser. So,the best choice is buang sementara masih muda. Kihkih.  
 
 
That my name. Okey,Dhia masuk bilik operation dalam pukul 2.45 macam tu. Masuk terus diusung je doktor bius. Tak silap namanya Dr.Shahabuddin. Tak silaplah. Nice doc and team. Kena cucuk jarum kat jari sakit tak rasa. Congrate! Dia suruh Dhia mengucap,baca Bismillah and Dhia sempat baca doa untuk dipermudahkan segalanya. And then terus tak sedar. Pengsan angkara bius. And then terus operation. Doc yang incharge Dhia ialah Dr.Mohd Ismail. The handsome,funny and nice doctor. Ahakkkssss! Dah tua dah ponggggg :)

Bangun-bangun je tengok jam dah pukul 4.15. Eh!Lama juga dalam bilik tu. Celik je mata,Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ni. Sakit memanglah sakit tapi tahanlah kan. Dhia tak menangis sikit pun tak. Acah-acah kuatlah. Alhamdulillah,team dalam bilik operate semua nice,tegur Dhia. Walaupun Dhia hanya mampu senyum sahaja. Dr.Sha sekali lagi cucuk Dhia ubat tahan sakit. Fuhhhh~hilang sikit ngilu. Dhia masuk hospital,sama dengan ayah Dhia. Ayah pun buat operate. So,doakan sekali untuk ayah Dhia ya. Dhia masuk wad dalam pukul 6 petang. Sebilik dengan ayah. Malamnya dijaga pleh kak Miya dan Kak Dila. Mak dan yang lain balik rumah. :) Oh ya,malam tu juga atok dan makcik pakcik dari kampung datang melawat. Thankssssssss :)
 
This is new Dhia. New spirit and new life. Thanks Allah! :) @ward KPJ Johor,633B
 
Ok,nanti Dhia update lagi okey. Tangan kanan ni tak boleh gerak banyak sangat. Lenguhhhhh~ Rabu ada check up dan buka balutan luka. Luka dia sikit je. Panjang batang mancis bahagi dua. Kehkehkeh. Ngilu dia jangan cakap,perit. Ahakksssss.
 
Till then,Lots of love,
Dhia.

Penang,2012

Salam buat semua reader's. Apa khabar? Sihat? Diharap semuanya sihat belaka ya. Alhamdulillah,akhirnya Dhia update juga blog ni. Okey, Khamis lepas dan Jumaat Dhia berada di Penang. Ke Penang tu bukan apa pun,just nak ambil adik yang dah habis sem. Yuhuuuu! Ayuh kutip itu budak. So,dikesempatan ni,jom tengoklah negeri orangkan. So,lets the picture story. Ewahhhh~
Selamat datang ke Penang. Ok,ini permandangan semasa dalam feri nak ke balik pulau. Eh!Yeke? Hahaha. Nak naik feri ni kena bayar tol tau. Tak silap dalam RM7.++. Best! Padahal jakun,first time naik ferry ni. Masa memula mak hantar Mirul,tak naik pun ferry. So,dengan aku kali ni haruslah naikkan. Hewwheww.

Kekasih awal dan akhir gua. Eh! Terrock pulak,tengok lah mak dengan ayah dia rock macam mana. menurun pula kat anak dia ni haaa. Mak takut sikit. Dia stay je diri kat situ. Aku dengan kak mira,mirul kulur kilir usung camera cabuk,snap!snap!snap! Dasar pelancong,kau ada? Hahaha.
This is Kak Miya. Hewwwhewww. Loce youuuu!

Sebenarnya,turun je dari ferry terus reround cari kedai makan. So,nak glamour makanlah kat Line Clear ni. Huhuhu,disebabkan dah kenyang breakfast kat hotel,kat sini makan roti canai telur je. Ehlahhh! kat johor pun adakan? hewhewwwww,BOO! :D Haaa,sebelum pergi sini borong jeruk dulu kat "Pak Ali Jeruk" yang dekar dengan bus stand tu. Ohk,saya fail mengingati nama tempat. Hewwwhewww.

Dah kenyang let's go reround lagi. Berhenti jap kat Padan Kota Lama. Hewwhewww. Tak silap ni,bangunan majlis perbandaran. Tapi bangunannya sangatlah nice. Hewwheww.

Again,kekasih awal dan akhir Dhia. Kacak ayah,manis emak. :)

Full image that bangunan. Oh ya,kereta putih tu tak termasuk ya. Dia memang suka parking dalam tu,hingga ada abang PO buat muka bengis kat situ,apa lagi,aku dengan akak,adik mencicit lari masuk,terus ayah pecut. Huhuhuhu. Huh! Bonet jangan cakap masa tu,mendak okeyyy. Barang Mirul banyak! Eh! Salahkan mirul pula. Memang,memang betul. Hahaha! :D

Sebenarnya,pagi tu dah searching apa tempat menarik kat Penang ni. dan salah satunya ialah Masjid Terapung Tanjung Bungah. Niatnya nak pergi Penang Hill/Bukit Bendera,tapi tersesat kat sini. Dah alang-alang sampai,singgah terus. Believe me,masjid ni amatlah cantik. SubhanAllah,cantik sangat. Tak tahu nak kata macam mana. Hihihihi

This is Amirul,pesalah yang membuatkan kereta penuh dek barang-barangnya. Hahaha!

Dhia dan Mirul. Hewwhewww. Comel kita,tapi aku lagi comel. Eh! Perasaan perasan tu :)

Okey,menggunakan GPS Kak Miera,akhirnya sampai ke Bukit Bendera. Sesak,ramai orang. Oh maiiiiiii,tengok landasan tu,gigil kot lutut. Ok,tak apa. Acah-acah gentlewomenlah boleh naik. Dah beratur nak beli tiket,dah keluar student card semua. Tiba-tiba announce train rosak. Okey! Ayuh balik!! Perghhh,senang hati. Kihkihkih. Tak silap tiket untuk dewasa RM8, Senior citizen/ student/school  RM4

Okey,balik pula naik jambatan Pulau Pinang. Selamat tinggal Penang,hingga berjumpa lagi :)
 
 
So itu sahajalah,just nice. Oh ya,balik-balik je dah dapat surat. Surat dari U yang Dhia dah officially graduate. Dan akan diberitahu tarikh konvo kelak. Eh! Agaj-agak bila ek? Hewwhewww. Cepatlah,cepatlah. Tak sabaqqqq dah ni. Hewwheww. Okey,dikesempatan ni Dhia nak minta maaf kat semua,samada yang terpata,terjauh,kenal atau tak kenal,readers,silent readers minta maaf again. Doakan Dhia ya,esok akan ke hospital untukkk untukkk. Hewwwhewww,rahsia. So,take care and miss you all.
 
Till then,see you again
Lot's of love,
Dhia.
 

Draft 2012 #1

"Namamu siapa?"
"Kalau kita saling kita mengenal dan tidak betemu lagi ianya hanya akan mengisahkan bayangan."

"Kenapa kita tidak berusaha untuk mengenal,berusaha dan bertemu?"
"Pertemuan pertama akan mengisahkan rasa penasaran dan pertemuan kedua hanya mengisahkan perasaan rindu dan saya tidak mahu merindu.

"Maksudnya?"
"Biar takdir yang mempertemukan kita."

 "Semoga kita bisa bertemu lagi."
"Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita."

Okey,cukuplah sekali pertemuan itu. Alhamdulillah,selebihnya berbalik pada takdir. :)
Status Fb,11/12/2012. :)
Kehormatan Dibalik Kerudung
 
 

Cup Cute Chocolate Moist

Salam buat semua reader's. Hewwheww. Sila BOO kat Dhia sebab dah genap 10 hari tak update. Tingtongggg! Kihkih. Alhamdulillah,Dhia masih bernafas dimuka bumi ini. Syukur,Alhamdulillah. Bukan apa,sibuk. Sibuk tonton cerita korea. Kahkahkah! :)

Ok,taknak bebel banyak-banyak, just nak review resepi Kek Coklat Moist yang Dhia buat pagi tadi. Terlebih rajin pula hari ni. Niatnya nak buat minggu lepas,mak tak bagi sebab kalau hujung minggu confirm keluar dengan kakak's,emak dan ayah. So,simpan kemas-kemas resepi ni. So,korang semua bolehlah ambil kertas dan pensel salin resepi ni. Amat mudah,jimat masa dan tekstur kek ni amatlah gebu. Hewwheww,yang makannya pun bakal-bakal gebulah ni. Erti lainnya,temukkkk a.k.a gemuk. Haa,Dhia dah menaikkan badan duduk di rumah ni. Mihmihmih. :)

Kek Coklat Moist
Bahan-bahannya
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil baking soda*
  • 1 cawan serbuk koko *
  • 3/4 minyak masak
  • 1 cawan gula (Dhia guna gula kastor)
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla.

Cara-caranya.
  • Ayak bahan yang bertanda (*). Ketepikan.
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul lagi hingga rata.
  • Masukkan tepung diselang selikan dengan air suam. Kacau menggunakan spatula/whisk ya.
  • Masukkan esen vanilla,susu pekat,minyak masak dan kacau rata.
  • Kukus selama 1 jam/ bakar selama 45minit-1jam pada suhu 160C. (Dhia buat bakar je)
  • Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba! :)


So,let see apa hasil yang Dhia dapat
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaa,amatlah legam tapi sangat gebu teksturnya. Oh ya,kalau yang cupcake ni,bakarnya cuma 15-20 minit sahaja ya. Untuk memastikan kek ni dah masak atau belum,bolehlah cucuk dengan lidi atau tester cake yan besi tu. Kalau dalam loyang pula, nak tahu kek dah masak atau belum,tepi loyang tu akan ada ruang angin. Maksudnya dah tak melekatlah kat loyang. So,selamat mencuba dan menjamu selera. Nyammmm :). Oh ya,terima kasih bebanyak buat Emma,Atikah dan Chacha dan sesiapa sahaja yang sudi mencuba resepi dari Dhia ni. Beginner lah katakan. Hewwhewww. Pada yang bertanya itu ini juga perihal masakan,terima kasih. InshaAllah,apa termampu Dhia jawab ya. Dhia tak pakar lagi,baru nak merangkak. Hihihihi.

So,berjumpa lagi dengan resepi yang baru dan lebih menarik.

Lot's of love,
Dhia.

Distance


Salam buat semua readers. Erkkk,dah lapan (8) hari tak update. Nak kena hukum Dhia ni. Mihmihmih. Maaf,sangat sibuk dengan beberapa perkara, sejak Rabu tak duduk rumah. Jalan,jalan dan jalan dan dating dengan mak ayah je. Bukan dengan siapa pun. Dan dalam masa tempoh tiga hari tu juga sibuk mencari segara persiapan untuk #sweetfebruary. Ehmmm,jangan fikir bukan-bukan okey, nanti tiba masa InshaAllah Dhia bagitahu apa yang #sweetfebruary tu. Kihkihkih

Hmmm,sepanjang tempoh masa ni,banyak benda kan kena settle? So,jom layan lagu Distance by Christina Perri. Suka! Entah. Biarlahkan,memang suka nak buat macam mana. Mihmihmih

Distance.
The sun is filling up the room. And i can hear you dreaming. Do you feel the way I do right now? I wish we could just give up. Cause the best part is falling. Call it anything but love. And I will make sure to keep my distance. Say "I love you" when you're not listening. How long can we keep this up, up, up? And please don't stand so close to me. I'm having trouble breathing. I'm afraid of what you'll see right now. I give you everything I am. All my broken heart beats. Until I know you understand.
And I will make sure to keep my distance. Say "I love you" when you're not listening. How long can we keep this up, up, up? And I keep waiting. For you to take me. You keep waiting. To save what we have. So I'll make sure to keep my distance. Say "I love you" when you're not listening. How long can we keep this up, up, up? Make sure to keep my distance. Say "I love you" when you're not listening. How long till we call this love, love, love?
 

Kihkihkihkih. Betul-betul sentap jiwa raga Dhia dengar lagu ni. Eleh! Kemain poyo lagi Dhia ni. Saja je suka-suka dengar lagu ni. Mihmihmih. Hmmm,korang pernah suka kat someone? Tapi tak terucap pun. Senang kata admire lah. *sendiri cakap sendiri blushing. Kahkah! Macam ginilah ghupanya! Hmmm,bukanlah sayang atau apa. Cuma suka, ya. Benda nilah yang jadi bahan tekak aku dengan Ali. Bergaduh pasal ni. Sebab,satunya diakan suka kacau aku. Lepas tu,dia ni dah dalam flight balik Malaysia. Lama sangat tumpahkan tenaga kat Korea tu. Bajet boleh jadi Lee Seungi lah bila kau balik Malaysia ni? Hahaha! Ya, sebab Dhia suka perkataan suka,tapi Ali nafikan. Dia kata sayang.

Okey,macam ni ceritanya. Dhia bukan lah apa,biasalah kan. Perempuan. Mestilah ada someone yang dia SUKA. Again,suka. Suka tengok,suka perhati. Yes! SUKA! Ceritalah kat Ali pasal ni. Lepas tu seboleh-boleh kata Dhia sebenarnya SAYANG kat that guy. Tak,tak,tak. Dhia suka sahaja. Tapi kalau jodohnya tukar ke sayang,nak cakap apa kan? Alhamdulillah. *see,ni nama dia hipokrik. Tak nak,tapi mahu. Rasa nak lempang diri sendiri. Yes! Dhia just suka tengok cara dia. Tak lebih dan tak kurang. The end of the story. Lepas tu,si Ali ni boleh pula kaitkan lagu yang Dhia suka ni dengan kisah Dhia. Aah Ali! Aku memang nak je jerit satu dunia cakap I LOVE YOU kat dia. Tapi apakan daya, antara Dhia dengan that guy,simple relationship. Just friend. Hahaha! Sekarang ni Dhia dah keliru. Suka ke sayang ni? Bhaha! Just ignore,please. Dhia tak fikir apa pun sekarang ni. Bagi hati ni rehat. Pulih dari kisah silam yang sangat traumakan diri. Hmmmm. Dhia masih senang sendiri. Dhia masih mampu hidup dengan kehadiran keluarga dan kawan-kawan. Syukur,Alhamdulillah! Bukan taknak,cuma hmmmmmmm,nantilah. Orangnya pun,hahaha! Dah,the end.

Walaupun,kawan-kawan sebaya Dhia semua dah beranak pinak,dah menamatkan zaman bujang. Tapi, Dhia stay cool. Just keep calm dan perbaiki diri. Masing-masing ada masanya. Kan? So,percaya pada takdir. Okey? Cemburu? Yes,mestilah ada. Kita tengok orang lain bahagia,tapi kita ke hulu hilir masih sendiri. Just STOP fikir macam tu. Tak,memang kita tengok mereka bahagia,tapi pengisian mereka kita tak tahu. Entah apa masalah,entah betapa beratnya tanggungjawab mereka kita tak tahu. Lebih baik,kalau kita doakan mereka bahagia. Kan? Dari kita cemburu tak tentu pasal,apa fekdahnya? Betul tak? Oh ya,dikesempatan ni nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat:

Kak Adah&Pasangan.
Zeera&Pasangan.

Selamat Pengantin Baru again,dan semoga ikatan berkekalan,dan bahagia. Amin~

Okey,nanti Dhia update lagi ya.

Lots of love,
Dhia.
 

Puff Pastry with Sugar Topped

Salam buat semua reader's. Bersawang dah blog Dhia. Maaf ya,terlalu banyak kerja sampai tak sempat apa-apa kat blog. Okey,resepi tiramisu tak masukkan lagi! Adehhhhh~Tak apa,go thru dengan resepi puff yang Dhia try sebelum ni. Sebab apa Dhia try,sebab dah banyak kali keluar masuk Lavander Bakery & Bistro kat JJ Bukit Indah tu,tapi tak ada dah. So,ambil jalan,surf cari resepi. Mata bersinar-sinar. Kehkehkeh. So,jom layan gambar dulu. 


Tadaaaaaaa! Ini dia hasil tuaian. Eh! Hasil menyepahkan dapur. Mihmihmih. Okey,so ayuh kita ke resepinya pula. 

Bahan-bahannya :
  • Gula pasir.
  • Satu sudu kecil serbuk kayu manis *Dhia tak letak sebab tak suka. 
  • Kulit Puff Pastry ready made *Dhia guna jenama Kawan. :)

Cara-caranya. 
  • Ambil sekeping kulit puff. Sebelum nak roll bagi nipis,taburkan sedikit tepung ya kat alas supaya tak melekat. Ok,lepas tu bolehlah roll kan puff ni sampai sederhana nipis. 
  • Angkat kulit puff taburkan gula atas alas, letakkan kulit puff,tabur gula lagi diatas puff dan roll sekali lagi. Haaa! Gula dah melekatkan? Approve! Next  step. :). Kalau yang letak serbuk kayu manis,gaulkan dulu ya dengan gula.
  • Ok,yang ni terpulang pada kreativiti masing-masing,nak bentukkan macam mana. Dhia buat empat segi je,lepas tu tepi-tepi tekan guna garfu,nak bagi cantik. Mihmih
  • Untuk dapatkan bentuk love tu macam ni caranya. 
Mula-mula lipat dua untuk dapatkan tengahnya, kemudian,gulung kulit puff kiri dan kanan sehingga ke tengah. Lepas tu akan dapat bentuk macam belah kanan tu kan? Bolehlah potong. Lepas tu cer tengok,dah dapat dah bentuknya. Yeahhh! Okey,pesanan. Bila nak potong tu,jangan terlalu nipis okey? Nanti ranggup sangat dan terlalu cepat masak. 
  • Dah siap bentuk semua,sejuk bekukan dalam ice box,kira-kira 5 minit,keluarkan dan bolehlah bakar dalam suhu 180C selama 15 minit/ sudah keperang-perangan. 
  • Selamat mencuba! ^_^
Dalam oven. Gulp! Kihkihkih

Dah,jom bawa bekal. Mihmihmih
Lot's of love,
Dhia Afiqah

UPDATE : TUDUNG DHIA NEW COLLECTION

Salam buat semua. Now, Tudung Dhia sekarang ada koleksi terbaru.


Syria Chiffon mempamerkan warna-warna yang sangat menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Saiz M 
Kain yang selesa. 
Jahitan yang kemas

RM30/PCS TIDAK TERMASUK POS





Tudung Bawal 2 Layer Butterfly Batch II didatangkan dengan 8 variasi warna yang sangat menarik. 

Tudung Bawal ini juga boleh digayakan seperti Tudung Syria. 

SAIZ M *MENUTUP DADA
MUDAH DIBENTUK
MUDAH DIGOSOK 

RM30/PCS TIDAK TERMASUK POS




KERONSANG 01

DISERIKAN DENGAN "PEARL WHITE & SHINING"
SANGAT SESUAI JIKA DIGUNAKAN PADA TUDUNG BAWAL 2 LAYER PLAIN & TUDUNG BAWAL 2 LAYER :)

1 BIJI RM6.00 TIDAK TERMASUK POS. 




KERONSANG 02
TERDAPAT 8 PILIHAN WARNA

WHITE PEARL
PEACH PEARL
GOLD WHITE PEARL
GOLD PEARL
GREEN PEARL
PURPLE PEARL
LIGHT BLUE PEARL
WHITE PEARL *DIFFERENT DESIGN

1 BIJI RM6.00 TIDAK TERMASUK POS.
2 BIJI RM 10.00 TIDAK TERMASUK POS





KERONSANG 03

TERDAPAT DALAM 3 DESIGN
: BEE DESIGN
: FLOWER DESIGN
: BUTTERFLY DESIGN
: CAT DESIGN


1 BIJI RM1.00 TIDAK TERMASUK POS. 
6 BIJI RM 5.00 TIDAK TERMASUK POS





KERONGSANG 04
TERDAPAT 2 DESIGN
: BUNGA JUNTAI 
: BUNGA BULAT

1 BIJI : RM3.50
3 BIJI : RM10.00
BOLEH CAMPUR



Happy Shopping! ;)

To order , kindly email/message us your details accordingly :

EMAIL : iera_miny@yahoo.com
SMS : 012-7949873

Name:
Adress :
Contact No:
Item code:

THANK YOU ;)

Wantan Goreng

Assalammualaikum dan Selamat buat semua ya. Apa khabar semua? Sihat? Maaflah,sekarang Dhia sibuk sangat sekarang. Urus itu ini, dengan bisnes lagi. Kihkih. Sampai kat blog pun tak sempat nad update. Okey,rasanya belum terlambat lagi untuk Dhia ucapkan, Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini memberi 1001 kekuatan. Mudah-mudahan. 

Taknak cakap banyak. Ok,tadi for lunch,Dhia belajar masak sambal belimbing. Okeyy,just nak cakap, sambal tu memang awesomeeeee! Sedap,pedas, enak dan segala-galanya. Mihmihmih. Tapi Dhia taknak kongsi resepi sambal t,sekarang Dhia nak kongsi resepi Wantan Goreng. Tak ada ambik dari mana-mana. Inspirsi sendiri. Kihkih. Oh ya,lupa. Nak ucapkan terima kasih bebanyak pada kawan-kawan yang menyokong Dhia samada secara terus ataupun tidak. Dhia bukanlah pelajar yang ambil jurusan masak-masak. Cuma graduat pelajar kejurteraan. Kihkih. Terima kasih pada kawan-kawan yang mencuba resepi yang Dhia up kat blog ni. Thanks! Nanti bolehlah Dhia rasa masakan korang pula. Tukar-tukar resepi tau! ^^

Ok,so let the picture talk first. Drum roll please. Kihkih


Inilah ghupe inti si wantan ni. Ok,jom check it out,macam mana nak buat inti ni. :)

Bahan-bahan yang digunakan ialah

  • Isi ayam (didadu/dikisar) . Untuk isi ayam ni,Dhia just dadukan je. That why,temook isinya. Mihmih
  • 1 sudu black paper. 
  • Sedikit garam 
  • Daun kucai dipotong kecil.
  • 1 biji telur (putih sahaja)
  • Kulit wantan/Kulit popia.
Ok,kat sini Dhia nak share sikit pasal kulit wantan dan kulit popia ni. Okey,dua-dua nipis, memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengopeknya ya. Kulit wantan dan kulit popia kalau goreng memang sama. Yang lainnya,kalau untuk buat sup, gunalah kulit wantan. Okey? Lagi sesuai. :) Itu je, 

Cara-caranya : 
  • Semua bahan yang digunakan hendaklah digaul ke dalam satu bekas sehingga sebati.
  • Masukkan isi ayam yang telah didadu dan gaul rata. 
  • Sudukan sedikit adunan tadi dan letakkan di atas kulit wantan dan bungkus. :)
Untuk cara-cara membungkus atau nama lainnya membonjot si wantan ni ikut sukalah. Dhia bonjot je. Kihkihkih. Lepas tu buat macam bantal. Sekali tengok macam crepe gituwwwww. Mihmihmih. Okey,untuk letakkan si kulit wantan ni guna air ok. Celup satu jari kat air,sapu kat kulit wantan yang nak dilipat tu je. Jangan seluruh kulitnya pula. Mihmih. Kalau guna kulit popia sama je caranya. ;)



Inilah dia crepe yang Dhia cakap. Kihkihkih. 


Itu pula yang Dhia ponjot. Amboiii,Dhia rasa cantik pula Dhia ponjot. Kahkahkah. Masuk bakul,angkat sendiri. Dhialah tu. Kihkih


Haaaa,ini pula yang lepas digoreng. Ok,selamat menjamu dan selamat mencuba. Dah cuba apa lagi,roger-rogerlah Dhia. Nak juga tahu macam mana wantan kamu semua. Ok,Dhia nak makan sambal emak. Kihkih

Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

Hmmm

 
 
 
Cahaya bintang mengelilingi air mataku. Air mataku bercucuran melawan hembusan angin. Dapatkah kau merasakan? Kesunyian bergetar untukmu. Aku melukismu di kertas putih. Kehangatan Senyumanmu membalut hatiku. Apakah ini cinta?
 
Aku bisa melihatmu,sekalipun mataku tertutup. Aku akan selalu menunggumu. Aku tak akan memperlihatkan air mataku lagi. Kau membiarkan aku tahu cinta ini salah. Tapi aku tak akan melepaskannya. Kerana itu kau.
 
Aku berjalan dalam kenangan kita. Air mata tumpah di hatiku. Apa aku harus lakukan? Aku selalu muncul dalam setiap mimpiku. Tak bisakah kau menjadi satu-satunya cinta di hatiku?
 
Tak bisakah?

TART PORTUGIS.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua reader's. Amboiii,buat apa tu? Dhia baru je balik. Balik dari Parit Raja. Sebelum tu sempat juga singgah pos office,pos barang customer. Alhamdulillah,semuanya dah selamat. Tinggal abang pos serah kat customer je. ^^ Terima kasih abang pos. Hati-hati ya drive tu. Amboiii,kemain gatalnya.

Sebenarnya kemain sakit hati Dhia hari ini,beriya lah pergi U semata-mata nak ambil result MUET yang gempak tu,tahu-tahu pejabat PPA dalam proses perpindahan. Kau tak sakit hati? Dah sampai depan pintu,baca notis macam tu. Arghhh! Stress. Tapi terjumpa pula dengan Fatimah, amboii! Rindu,rindu. Borak sekejap,baru pergi kereta ayah. Ngadu yang tak dapat ambik hari ini. Tak apa, tak apa. Sempat juga singgah office PPD ambik Kad Diskaun Siswa. Mihmihmih. Ok,taknak bebel banyak,jom jenguk resepi apa yang Dhia try minggu ni. Thanks Ema ingatkan Dhia update resepi ni kat blog. Kalau tak memang tak rajinlah nak publish entry baru. Thanks juga kat Kay kongsi resepi. Search kat blog-blog lain pun begitu caranya. So,yakin. Kihkihkih. So,lets intai the pcture. *Lempang diri sendiri mencampur adukkan bahasa. ^^

TART PORTUGIS.
Bahan-bahannya
Untuk crust :
1 paket puff pastry. *Dhia guna jenama kawan. Ok,Dhia gelekkan dia guna roll. Bagi nipis,barulah ranggup. Tak gitu? Mihmihmih. Ikut selera masing-masing ya ;)
Untuk filling :
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan air
1 cawan gula halus. *Dhia tak suka manis,Dhia buat 3/4 cawan.
2 sudu besar tepung castard
4 biji telur
1 sudu teh kecil esen vanilla
Cara-caranya.
Untuk buat crust
Ambik sekeping puff  pastry, tekan rata ke dalam bekas. Tak kesahlah guna bekas apa pun. Dhia guna mould muffin. Seelok-eloknya,letak kat dalam mould tart yang aluminium tu baru letak dalam mould muffin,so cantik lah jadinya nanti.
Untuk buat filling
Pukul telur dan gula halus sehingga sebati.
Masukkan filling yang belum dimasukkan,kacau sebati dan tapiskan.
Then,tuang adunan filling ke dalam acuan crust tadi.
Bakar suhu 190C,30 minit,api atas bawah ok ^^
Siap! Selamat mencuba okeyyy.
Erkkk,mak panggil pula suruh buatkan ayah jemput-jemput. Ayuhlah turun ke dapur. ^^
Lot's of love,
Dhia.

Tudung Dhia #New stock

Assalammualaikum. Apa khabar? Hari ini Dhia tak cukup tangan tak cukup masa. Sebabnya stock baru sampai. Jyeaaah! Marilah berjimba-jimba dengan stock yang menimbun ni. Alhamdulillah rezeki. InshaAllah,esok akan bermulalah posting yang pertama. Ewahhhh~ Thanks pada yang membeli. Tak kurang juga mak,kakak's yang beli. Kihkih. Rezeki~  So,let's check it out new stock at Tudung Dhia. Zassssssss~
 
 
TUDUNG 2 LAYER PLAIN
RM26/PCS TIDAK TERMASUK POS
 
Ok,jom Dhia comment tentang tudung ni. Jujurnya,kain dia best! Gosok tak payah guna air u'olls. Tak tipu,sebab Dhia yang kena gosok sendiri tudung ni. Uhuk! So,Dhia perempuan,Dhia tahu apa yang semua inginkan. Mihmih. Tudung ni labuh,menutup dada. belakang pun lepas paras bahu. Material kain,memang lembut,mudah dibentuk. Dhia dah try dah,nak beli tapi tak apa,customer first.
So,berminat? Email/ SMS Dhia okeyy? Caranya nanti Dhia publish kat bawah. Stay tune!
 
 
Ok,jom terjah stock kedua. Ini diaaaaaaaa *drum roll please. Ewahhhh~
 
TUDUNG BAWAL BLOCKING
RM15/PCS TIDAK TERMASUK POS
 
Komen Dhia untuk tudung ni tak banyak,senang bentuk,mudah gosok dan yang paling penting,warna dia memang menarik. Tak rugi pun beli. Satu tudung boleh dapat lima colour, kau ada? Mihmihmih. By the way,disebabkan stock banyak,Dhia dah ambik satu dah. Kihkih. Beli bukan ambik je -___-
So,apa lagi? Mohlah mengintai. Dah suka apa lagi,grablah kan? Kihkih
 

 
 
TUDUNG BAWAL 2-LAYER PELANGI
RM28/PCS TIDAK TERMASUK POS
 
Ini tudung ya,sangat limited. Satu warna satu helai sahaja. Ok,siapa cepat dia dapat. Yang ni lagi Dhia suka sebab kain memang lembut,senang gosok. Ok,sekali lagi,Dhia yang gosok sendiri tudung ni tadi. Lepas tu warna memang pandai mathching. Suka suka suka!
 
 
So,kalau ada yang terkenan di hati,terpikat jiwa dan raga boleh lah email kat Dhia, iera_miny@yahoo.com atau SMS di talian 012-7949873,hanya urusan jual beli sahaja yang dilayan. Harap maklum ya. ;) So,stay tune dengan Tudung Dhia,sebab lepas ni ada lagi stok yang sampai. Kihkihkih.
 
Lot's of love,
Dhia.

Nikmat mana lagi yang aku nak nafikan #3

Assalammualaikum buat semua reader's. Hye Oyen! Tahu lepas ni confirm dia baca. Sibuklah tewwww. Kehkehkeh. Oh ya,sila jangan usha Oyen,dia dah ada awek-wanna-be-wife. Kehkehkeh. Jatuhkan saham? Suka,suka,suka. So,macam mana hari ni? Okey semuanya? Hari ni,tak buat apa. Kononnya kan semalam kecoh kat tweet nak buat portugis tart,tapi tak jadi sebab kakak dah beli donut big apple,mak kata tunggu donut habis baru boleh buat. Kalau tak membazir nanti. Baiklah mak.
 
Lepas dah siap masak semua. Ala,masak senang je. Masak sardin,sebabnya kat rumah tinggal Dhia,mak dan ayah. Ayah pula sibuk buat report,esok akan outstation lagi. So,masak ringkas je. Ayah nak makan sardin,masak sardin. Tak payah rajin nak masak lain. Mihmihmih. Lepas tu rehat gelak guling-guling tengok Running Man. Mihmihmih.
 

Dah baca dah? Ok,malas nak hurai banyak-banyak. By the way,hari ini merupakan hari rasmi keputusan final paper for my final sem keluar. So,debaran dia lain macam. Sampaikan nak masuk SMAP pun macam harooooom kena banyak kali masukkan password. Kan? Harus sakit hati. Ok,dah check semua. Tiada kata lain,Alhamdulillah Syukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya mampu membanggakan mak ayah. Terima kasih atas berkat doa semua. Terima kasih sangat-sangat.

SEM 1 GPA 2.99 CPA 2.99
SEM 2 GPA 3.46 CPA 3.24
SEM 3 GPA 3.99 CPA 3.70
SEM 4 GPA 3.75 CPA 3.80

Ok,tujuan Dhia publish semua pointer bukan nak membangga atau apa. Ada apa dengan keputusan? Tak ada apa,dan tak bagi kesan apa-apa. Cuma apa yang Dhia nak tunjuk kat sini,usaha. Dhia pernah ada saat jatuh bangun. Dhia ada kisah pahit maung dalam study. Iya,Dhia mengaku Dhia tak pandai. Tak cerdik. Tapi mungkin rezeki tu Allah nak bagi, Dhia terima. Sebab tu Dhia kongsi rezeki Dhia dengan orang-orang yang sentiasa ada dengan Dhia. Dhia tahu,tanpa doa-doa mereka Dhia tak ada pencapaian macam ini. Ribuan terima kasih. Terima kasih juga yang menjatuhkan Dhia. Ya,Dhia putus cinta masa sem last. Ok,semangat memang tak ada. Sampaikan Dhia chat dengan Fyda,mengadu Dhia tak ada semangat nak belajar Dhia menangis teresak-esak. Dhia rindu semangat Dhia. Secara jujurnya,Dhia sem last,adalah sem yang teruk bagi Dhia. Banyak sangat dugaan. Dan Fyda,kawan baik Dhia sendiri perasan perubahan Dhia. Tapi syukur sebab ada keluarga yang bagi sokongan,kawan-kawan yang membantu. Terima kasih *menangis. Buat apa Dhia meratap,menangis pasal seseorang yang tak hargai Dhia. Betul tak? Lebih baik Dhia fikir harapan keluarga lebih-lebih harapan mak ayah. Itu yang terbaik. That why semangat Dhia naik.

Dhia pernah gagal. Siapa kata Dhia tak repeat paper? Keputusan Dhia okey,cuma Dhia tambah baik 2 kertas. Mathematics Engineering dan Geoteknik. Dhia tambah baik sebab Dhia taknak ayah mak tengok keputusan tu mencacatkan keputusan Dhia. Taknak. Dan syukur Alhamdulillah,Dhia mampu tersenyum dengan keputusan sekarang. Alhamdulillah ;'). So,nikmat mana lagi yang Dhia nak nafikan?



Dhia tak minta ganjaran untuk kejayaan Dhia. Sebab mereka,keluarga lagi banyak berkorban untuk Dhia. Tapi terima kasih pada Sis Didah atas bunga dan kek SR. Ayuhlah makan dengan makayah semua. Kihkihkih. Suka sangat bila mak ayah senyum meleret makan kek ni. Kihkih. Sayang semua. Sayang mak,ayah, kak dila, kak didah, mierul. Sayang sangat-sangat. Kihkih. Syukur,Alhamdulillah ada keluarga macam ni. So,nikmat mana lagi yang Dhia nak nafikan?

So,conclusionnya, berterima kasihlah pada setiap manusia di muka bumi ini. Tak susah pun,terima kasih. Sekali lagi,Dhia nak ucapkan terima kasih amat-amat buat warga UTHM. Iyalah,terima kasih pada yang jumpa kad matrik Dhia,seminggu nak final,hilang. Uhukuhuk.  Lecturer, yang mengadap Dhia setiap masa,yang buat muka bosan tak sudah-sudah, yang asyik tersenguk-sengguk mengantuk,yang tak habis-habis minta balik awal sebab lapar dan macam-macam lagilah. Kihkihkih. Warga DAA yang terpaksa mengadap Dhia yang katanya sombong,Dhia yang kononnya pendiam dan lain-lain lagilah, kawan-kawan yang pernah sekelas dan akhir sekali kepada keluarga yang men'support' anakmu/adikmu ini belajar,Kak Mira yang terpaksa bawa balik Dhia tiap-tiap minggu,belanja makan, basuh baju dan bermacam-macam lagi. Terima sangat-sangat. Sayang semuanya!

Lot's of love,
Dhia.

Aku yang susah difahami.

Assalamualaikum buat semua reader's. Sihat? Ok? Alhamdulillah,Dhia okey,perniagaan pun semakin okey. What! Perniagaan? Kemain skema ayat. Al-maklumlah,kata bakal usahawan berjaya. Ke? Hahaha. InshaAllah,selagi mana boleh,selagi mana usaha dan kudrat ada apa salahnya kan? Kata nak kumpul duit nak kahwin. Eh! Mengarut sudah. Mihmihmih.
 
Ok,so direct rujuk pada  main point. Bukan main tajuk psiko diri sendiri. Kihkihkih "Aku yang susah difahami". You know what? Aku memang susah nak di fahami. Memanglah siapa yang kenal aku akan kata,aku ni seorang yang becok,banyak cakap,cakap lepas and so on. Tapi,kena tahu apa yang aku bebelkan,apa yang aku becokkan,apa yang aku lepaskan bukan semuanya datang dari hati. Iya,tak. Tak semua datang dari hati wanita saya. Uhukuhukuhuk *lempang diri sendiri.
 
Aku ni bajet je cool,bajet je macam bagus. Hey! Tak,jangan mudah tertipu okey. Aku tak katalah yang aku ni baik,jujur. Tapi kalau orang dah kata baik,jujur,manis and so on kau nak marah ke apa? Mak kata,kalau orang puji atau kritik sekalipun,just say Syukur,Alhamdulillah,Terima kasih. That it,cukup buat orang rasa dihargai. Tak susahkan? Ok,aku rasa aku dah lari topik. Mihmih. Persoalan pasal aku ni susah nak difahami,ditimbulkan oleh beberapa kawan yang rapat. Dia kata,aku jenis kalis. Hmmm,iyalah,pada aku. Hidup aku,private. Terlalu banyak yang aku sorokkan. Tapi ada tak tanya dengan yang rapat atau dekat di hati aku,pernah aku sorok apa-apa? Tak, jatuh bangun aku mereka tahu. Kejayaan aku doa daripada mereka. So,kenapa aku nak sorokkan dari orang yang susah payah doakan aku. Itu sebahagian doa mereka,so just tell everyone. Kihkih. Kan? Sebenarnya tengah kecil hati dengan PPA,kenapa result kemain lama kau peram? Kenapa? Kenapa? Yes,even my PA dah message pointer aku,aku nak official. Selagi tak official,selagi itulah dirahsiakan. You know what? Aku tak sabar nak convocation. Iyalah,ramai sangat nak bagi bunga. Kihkih. Especially Anis. Sudahlah semalam kononnya nak cari pasal dengan dia. Dengki punya dengki,sekejap je Anis da kenakan aku balik. Wohaa,nampak gaya,kena mantapkan kekuatan diri. Mahu taknya,sampai beku sejuk tangan aku kena bahan. Kahkahkah! Entah apa-apa je aku ni,dah besar pun nak gaduh-gaud. Kihkih*Malu..
 
Okey,apa lagi yang aku sorokkan. Perasaan? Ok,status? Hmmm,aku sentiasa berdoa bakal dipertemukan jodoh yang baik,dari keluarga yang baik, dan yang paling penting aku nak bakal anak-anak aku membesar dalam keluarga yang baik. Atok nenek grandma granpa yang caring. tak agak-agak grandpa/grandpa bagai. Kahkah! Bukan apa,si Fyda pun dah panggil aku Puan tadi. So,aku pun tanya,dah nampak ke seri kat muka aku. Dan dia jawab,nampak sangat. Kau tahu tak,tu namanya cari pasal tau Fyda. Kahkah. Rasanya,soal jodoh tu,lama lagi. Ada perasaan,tapi nantilah. Tapi,kalau sambung degree komitmen sebagai pelajar dan isteri tak salahkan? Kahkah! Lempang diri sendiri sebab banyak sangat berangan. Mihmihmih. Celah mana nak jumpa bakal suami tu Dhia oii!
 
Hmm,oh ya! Pagi bangun dah terpinga-pinga dek satu soalan. Friendzone? So,apa kata mereka? Chewaaah,dah macam rancangan tv pula. Mihmihmih. Padahal aku tak tahu pun apa benda tu?


Itulah dia. Wawa memang,bab ni dia entah. Cuba tanya bab kahwin. HAHAHA! Sori wawa terkutuk. :D Betul ke? Ok,tanya hati.

Lot's of love,
Dhia
 




 

Tudung Dhia #Opening

Salam buat semua reader's. Apa khabar? Ok,tak moh panjangkan cerita. Now,Dhia dah setapak ke hadapan. Apa tu? Apa tu? Ok,ingat tak teaser yang Dhia buat hari tu? Now,nak launching. Amboi,launching bagai. Kahkahkah. Ok, now we are present to you *drum roll please* Kikihkih
 
 
Ok,ceritanya sekarang kalau minat boleh LIKE. Tiada sebarang paksaan. Nak cuci mata beli tudung bawal yang sekarang trend bolehlah jenguk-jenguk page ni. Ok,ni perniagaan my sista,Dhia bantu and dia guna nama Dhia. Amboi! Perasankan? Hahaha. I kuli je u'ollls! Mihmihmih. So,just lets see and let me know apa yang korang minat. Haa,memang album photo tu sikit je. Jangan risau, our Tudung Bawal Blocking and Tudung Pelangi batch 2 on the way. InshaAllah dalam minggu ni publish tudung baru. So,stay tune. Haa,jon cuci mata dengan gambar tudung bawah ni ya.
 
Tudung Bawal 2-Tone
RM10/PCS
Bidang 45.
 
Ok,so let me introduce abaout Tudung Bawal 2-Tone. Bagi Dhia,tudung ni awesome. Warna sangat menarik tertarik lagi ka BOOOOM! Ok,bukan nak bodek,tapi memang cantik dan kainnya lembut. Tak keras dan senang dibentuk. Tudung Dhia menyediakan pelbagai pilihan warna yang menarik dan tertarik. Ewahhh! ^^
 
 
TUDUNG BAWAL PELANGI SENORITA D'AMOUR
RM15/PCS
BIDANG45'
 
Kain dari jenis yang sama.. Lembut dan senang untuk dibentuk. Jangan risau ya,tudung ni boleh dibentuk menutup dada. Believe me,I dah pakai dah u'olls! So,tak payah risau lagi. Just choose colour yang U all minat and let me know ok.

 
Ok,kalai berminat boleh contact Dhia thru email/ untuk lebih mudah just message. This is my details
 
No. Tel : 012 - 7949873
 
So,happy shoppping! ;)
 
 
 


Maharku Untukmu



Inilah maharku untukmu. Seperti ini ku mampu. Sepenuh hati ku berikan. Sebagai wujud cintaku. Maharku untukmu tulus kuserahkan kepada dirimu satu yang ku pilih. Maharku untukmu agung kurnia yang Allah berikan padaku untukmu. Terimalah sebaris doa. Semoga engkau bahagia. Dan kunyayikan lagu ini . Persembahan cinta.
 
 
"Cinta ini aneh,zahirnya tiada tapi rasanya bagai menusuk walaupun kita tolak dan akhirnya aku tunduk. Tunduk pada rasa yang tiada bertepi tetapi macam mana kalau rasa itu terhenti? macam mana kalau rasa itu tinggalkan aku? Kuatkah aku? Sanggupkah aku hidup bertemankan sepi?"
 
 
 

My Work Station ;)

Salam buat semua reader's. How are you? Ecececeh,Dhia ni nak ber-speaking pulokkkk. Mihmihmih. So macam mana cuti sabtu ahad? Ada ummm ka? Diharap semuanya masih sihat ya. Dah lunch? Jangan lupa makan tau.
 
Firstly, nak wish congratulation kat Azwa / Wawa. Btw,wawa tu aku je yang panggil macam tu. KOT! Hahaha! Tahniah sayang. Semoga terus berjaya dalam apa jua yang dirancangkan. Ehem, kahwin jangan lupa please. Kahkahkah! Dia ni kalau bab kahwin memang laju. Pakar ni,KOT! Hahaha. ^^
 
 
Azwa Mohd Ismail,seorang blogger Perak. Amboi,nampak tak sekarang aku tengah promote dia? Mihmihmih. Bolehlah terjah blog dia http://itsmelailaazwa.blogspot.com/ dan gambar ditaken from here http://www.adiredstudios.com/. Cemburu tengok kawan-kawan dah grad. Kihkihkih. Cepatlah sikit aku grad. ^^ Result rasmi pun tak keluar lagi,macam mana tu? -_____-,
 
Secondly,tahniah juga buat ex-roomate PMM,Mira. Tahniah adikku musuk musyukkk Mira. Kahkahkah. Ok,curi gambar dari FB,Izzu. Mihmihmih.
 
 
Mira yang kiri sekali. Eleh! Sukalah tu dapat teddy bear. Mihmihmih. Tahniah juga buat Izzu dan Anis. Tahniah. Kihkihkih. Semoga berjaya dalam apa yang dirancangkan. Ok? Maka,dengan ini,tamatlah sudah sesi mempromote orang-orang yang dekat di hati. Ewahhh! Kemain lagi. Tajuk pasal work-station kot. Biasalah,Dhia memang kaki merapu ^^
 
Hari tu dah update pasal ruang suka-suka, lepas tu bila tengok balik. Aduh! Serabukkkkk weh nak buat kerja nampak kotak-kotak tu. Padahal kotat tu sendiri punya. Mihmihmih. So,lets tranfrome. Memandangkan kerja pun dah berlambak, ayuhlah kita make it simple. Tak gitu? Maka,dengan kudrat mamai baru bangun tidur,inilah hasilnya. Kihkihkih.
 
 
Kat situlah buku resepi,buku order,kamus,extension,buku nota,tabung,alat-alat tulis,losyen. Apa kekdahnya losyen kat situ? Mihmihmihmih. No motif ok. -____- Perfume roll Women of Earth pun dah nak habis, haruslah jejak ke Avon beli satu bundle. Boleh gitu? Kihkih.
 
 
Demi menceriakan suasana pemandangan,maka terletaklah frame gambar tu di work-station saya. Mihmihmih. Cantikkan? Thanks to Fauzie untuk hadiah birthday 2 tahun yang lalu. Ewahhh,silalah terharu. Kihkih. Cup McD tu still digunakan walaupun dah setahun. Kihkih. Dhia memang suka simpan benda-benda yang mengarut. -____-.
 
 
 
Zoom gambar kat frame tu. Dhia tak tahu kenapa,camera-pinjam-dari-kak-miya hanya clear pada wajah saya. Amboii! Kemain straight rambut ya,dengan singlet kuning. Mihmihmih. Comel kot aku ^^ . Tak senonoh perangai puji diri sendiri. Kihkih.
 
So,the end. Mihmihmih. Kesimpulannya sekarang ni,dari kecil sampai sekarang aku memang comel. Ok,sila muntah kuning ramai-ramai. Hikhikhik. Taklah, sibuk macam mana pun kita kerja, jangan lupa kekemasan okey? Jom buat kerja. -_____-' Harap-harap bos tahu yang aku kuat kerja. Kihkih.
 
Nota-versi-perasan : Sekarang terajin nak Italic kan word bahasa omputih. Kihkihkih.
 
Lot's of love,
Dhia.

Teaser #1

Salam buat semua reader's. Ok,Salam Jumaat buat semua. Semalam sedar tak sedar jam 10.30pm dah tidur. Hahaha! Awal gila. Pukul 9pm dah tutup lambu bilik. Kihkihkih. Bosan tahu. Nak buat apa semua tak kena. Ok,hari ni dah tak pening dah. Sebab Alhamdulillah apa yang ditunggu-tunggu sampai. So,dah tak pening. Just tunggu masa yang sesuai. ^^
 
Apa Dhia melalut ni? Ok,ini just teaser ok. Kalau jadi nanti Dhia umumkan secara besar-besaran. Masalahnya besar-besaran macam lah orang nak ambil tahukan? Kahkahkah. Lawak. Ya,tahu ini tak lawak -_____-, . Apa ya? Jom! Teaser only.
 
 
Ok,cuba teka. Apa tu? Apa tu? Kehkehkeh. Malas nak janji apa-apa sebab takut ramai yang dapat jawab. Hahaha! So,stay tune. ^^
 
Lot's of love,
Dhia.

DIY Botol Kosong

Assalamualaikum reader's. Helooe everybody. Mihmihmih. How? Macam mana tadi dengan cerita Julia? Sakit hati dengan Sofea? Kehkehkeh. Drama drama drama lebih. Tadi Dhia tak tengok pula cerita Julia tu,sebab habis je MKR-My Kitchen Rules pukul 7.05pm,lari naik atas solat maghrib. Mihmihmih. Lepas tu dah malas nak turun dah. Kihkih. Masa tengah sibuk duk telek-telek borang permohonan ijazah tertoleh kat sebelah ni. Ada dua botol kosong,ayah punya just buah delima. Tapi dah habis,mak basuh nak buat hiasan,makanya Dhia pun ambil dua botol. Mihmihmih. Satu je yang terlintas kat kepala Dhia,tabung. Tapi tabung untuk 10sen, 5sen dan 20 sen duit baru. Duit lama tak muat sebab bambam sikit. Mihmihmih. So,let see apa yang Dhia buat dengan botol tu.
 

Tak ada kerja. Bosankan malam-malam ni. Tetiba jadi seorang yang kreatif. Pergi sewing station mak, Ambik secebis lebihan kain cotton yang cantik dan menawan dengan bunga merah. Gunting sikit, trim elok sikit,ikat riben. Mihmihmih. Tak payah nak jahit sangatlahkan tepi-tepi tu. Barulah nampak macam oldskool sikit. Padahal malas nak pengsan -________-, Aah,tepi tu keyboard Dhia and stand dia. Memang letak tepi je kalau tak guna. Kalau nak main baru buka stand dan main. Mihmihmihmih. Tak guna macam tulah gayanya. Kihkih


Haa,duit syilingnya pun suku pun tak sampai,sebab baru hari ni start kan. Takkan nak korek tabung lama semata-mata nak letak dalam ni kan. Kihkih. Buka wallet,ohhhh banyak syiling. Ambik,masuk satu persatu dalam botol ni. Kihkihkih. Yang kuning emas tu 20sen baru. ^^

 
Nampak tak yang kanan tu? Yang tu kosong,botol asal. Tak buat lagi. Nant-nantilah. Tunggu idea baru masuk. Try yang riben dulu. Mihmihmih. Oklah,banyak benda nak buat ni. Just tunggu update yang seterusnya ya. Kihkihkih. Bajet hot like Hana Tajima. Brrr. Apa kena mengena? -____-'
 
Lot's of love,
Dhia.