Pages

Puff Custard Pak Lah

Salam buat semua reader's. Apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat belaka. Macam biasalah Cik Dhia kat rumah kemas rumah,buat itu ini. Lepas tu terlintas pula kat kepala ni nak buat kuih puff. Sebab semalam borak-borak dengan mak ayah kat dapur masa makan malam.

Dhia : Mak,buat puff tu sebenarnya senang je rupanya kan.
Mak : Aaah,senang je.
Aku pun senyum jelah. Tak tahu dah nak respon macam mana. Tiba-tiba....
Ayah : Buatlah Kak Iqa, kuih tu memang ayah suka.
Aku buat kuih ni petang,sebabnya ayah outstation. So,buat petang fresh sikit kan ayah makan. Kihkihkih. Dah siap semua simpan dalam tupperware untuk ayah. Ayah balik je terus dia ke dapur. Amboi masa tu bukan main dupdapdupdap jantung. tiba-tiba ayah panggil ke dapur. So,Dhia pergilah dapur. Ingatkan dia nak merungut ke apa ke rupa-rupnya dia nak cakap puff tu lulus! Alhamdulillah. Kihkih
Aku hanya mampu senyum sekali lagi. That y lah Dhia panggil kuih puff ni Puff Custard Pak Lah. Feveret katanya. So,anak yang baik,buatkan lah juga untuk dia rasa air tangan Dhia yang baru je beginner pasal masakan ni. So,lets share the recipe okey.
Puff Custard Pak Lah
Untuk puff :
Bahan-bahannya :
  •  125g butter
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum yang telah diayak.
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 biji telur.
  • secubit garam sebagai perasa.
Cara-caranya.
  • tapis tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
  • di dalam periuk,masukkan butter dan air. Biarkan mendidih,kacau guna whisk. Bila sudah mendidih,masukkan tepung yang telah diayak tadi.
  • kacau laju ya supaya tak melekat. Jadikan adunan tadi seperti doh,tutup api dan ketepikan.
  • Masukkan telur. Masukkan satu persatu,iaitu masuk satu telur,kacau. Masuk lagi satu kacau dan seterusnya.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Bentukkan di dalam loyang/piping dan bakar selama 15 minit,180C.

Setelah di'piping' ke dalam dulang,begitulah jadinya ^^ Kihkihkih

Yang ni,semasa di dalam oven. Kemain kau nak mengembang kan? Kihkihkih.

Untuk sos custard :
Bahan-bahannya :
  •  2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 2 biji telur
  • 3/4 sudu gula - ikut selera kemanisan masing-masing. Cik Dhia buat 4 sudu sebab baru kena dengan puff
  • 1 1/2 cawan fresh milk - Cik Dhia guna Dutch Lady.
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya :
  • campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang sederhana.
Selamat mencuba! ^^
Lot's of love,
Dhia Afiqah.

3 comments:

  1. seronoknyaa pndai masak. bole order tk?hehe

    ReplyDelete
  2. Ammerlia Yusoff : Trylah,senang dan cepat. Kihkih. Selamat mencuba ya!

    Atika Aris : Boleh nak tempah. InshaAllah ^^

    ReplyDelete