Pages

Biarkan Hatinya.

Bisa sahaja aku kembali ke ruang waktu itu.
Yang dulu cintanya menggebu,
Yang dulu rindunya selalu.
Yang dulu kasihnya bersatu.
Tapi,bila aku toleh,
Semuanya dah tergalih.
Hatinya,jiwanya sudah tak sealir.
Bercadang ke dua ke tiga
Dan makin lama makin tiada.
Hatinya pecah;
Aku hampir, aku kutip satu persatu.
Cebisan hati yang sudah tidak bersatu.
Aku kutip lagi, aku cuba cantumkannya.
Agar bisa lagi merasa cinta.
Tapi,degupan hati itu lemah.
Dan,bila aku perhati lama-lama.
Hati itu aku yang empunya.
Sedar tak sedar.
Aku atur langkah,
Meninggalkannya disana.
Biar;
Biar terusan dia sendiri.
Tak ada yang singgahi.
Tak ada yang menyakiti.
Rela aku begini,remuk pecah seribu janji.

2014

Assalammualaikum. Hye.

Alhamdulillah,masih bernafas Tak ada cerita baru,sekadar perkembangan diri yang semakin berkembang dengan jayanya. Hahaha! Tiba-tiba terasa nak update blog yang dah berkurun lamanya tak diupdate. Ceh! Apalah Cekqa ni kan. Apa pun tak boleh.

Sekarang,tengah cuti semester, tak ada apa nak buat, duduk diam diam kat rumah. Main Lego, main tanah liat dan sebagainya. Hahaha! Jadi kanak-kanak balik. Itu je lah yang mampu dibuat disamping tunggu result yang tak tahu apa hasilnya TT__TT

Erkk,serius janggal gila update blog. Okey,jumpa lagi dilain hari dilain masa,dilain tahun. Eh!