Pages

Terima kasih,2015. Selamat datang,2016.

Assalammualaikum and Very good evening.

Alhamdulillah, akhirnya habis pun semester yang penuh onak,dugaan onak dan duri. Ewah! Berduri sangat tau. Diam-diam,pejam celik, dah masuk empat belas hari dah masuk tahun baru.

Selamat datang,dunia 2016 Cekqa! Hahahaha. So-not-up-to-date. Sedeh! Anyway, terima kasih 2015.

Terima kasih,2015.
Terima kasih atas segala gelak tawa,tangis duka,onak duri,ranjau berliku. Terima kasih! Terima kasih juga untuk yang datang dan pergi, yang suka yang benci, yang pegang janji yang punah janji, yang tengking yang maki, semualah. Itu semua pengajaran dan pembelajaran. Manalah ada yang sempurna, manalah ada yang tak hina. Mohon maaf dipinta. Kalau nak imbau balik tahun 2015,cuma mampu gelak dalam sendulah nampaknya. Baiknya banyak- buruknya pun banyak. Moga untuk yang mendatang dapat perbaiki apa yang kurang, dapat molekkan apa yang jelek. 

So,let's flash back my 2015 memory. Yang molek jelah,yang hina simpan buat ingat-ingat. Okey?

04 Disember; Alhamdulillah,tittle 'Cik' dan bertukar kepada 'Puan'. Syukur! Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Terima kasih juga atas doa-doa yang baik. Semoga doa itu sifatnya saling melantun antara kita. 
05 Disember; Majlis bersanding berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.
12 Disember; Majlis sambut menantu belah pihak lelaki. Alhamdulillah
27/28 Disember : Back-to-back birthday husband and wife. Happy birthday sayang! Happy birthday to me,too!


Rasanya,itu je yang eloknya tahun 2015. Yang saki baki tu,mogo-moga pintu taubat masih ada. Yang baik,kita jadikan kenangan, yang buruk kita jadikan sempadan. Betul ke? Rasanya macam pelik je. Hahahaha!

Okey. Welcome 2016. Moga segalanya baik-dilindungi olehNYA.