Pages

Biar aku hurai,agar jelas segalanya.

Bismillah. Salam semua readers. Erghhh! Boleh tahan penatnya hari ini. Sepupu nikah. Tahniah sekali lagi buat anda dan pasangan. Masa majlis nikah, bukan main lagi aku,duduk belakang pengantin perempuan. Over! Mak pengantin pun tak duduk sedekat itu. Erghh!

Teringat petikan kata-kata Imam tadi "Isteri itu pembawa rezeki. Bagi yang sudah berkahwin,Alhamdulillah. Ada rezekinya. Bagi yang belum kahwin,cepat-cepat". Lebih kurang macam gitu lah. 

Oh ya,aku nak jelaskan tentang sesuatu. Mari ini,biar aku hurau satu persatu biar jelas segala-galanya. Hello! Kan kau dah tanam dalam hati,bila buat blog baru,no more love story yang menyampah. Erkkk, last. Ya! Last. 

Kau tatap aku dalam-dalam. 
Sejujurnya, saya tak pernah terfikir bahkan langsung tak terfikir untuk lebih dari apa yang ada sekarang. Kalau ada yang bertanya,aku akan menafikan sekeras-kerasnya. Jawapan aku "Aku tak terfikir akan together dengan dia. Betul,tak terfikir. Kalau ada,tu namanya jodoh". Aku sendiri tak pernah tanam dalam diri aku untuk memiliki bahkan untuk membuat harapan palsu untuk diri sendiri. TAK! once again, TAK! Aku mohon kau jangan salah sangka. 

Antara kita,masih ada jarak yang harus dijaga. Aku tahu semua itu. Kerna aku sendiri tak bersedia apa yang akan jadi pada masa hadapan. Sesungguhnya,DIA tak pernah memungkiri janji. 

Lot's of love,
Dhia Afiqah 

Rahsia Hati ♥

Bismillah. Salam buat semua reader's. Apa khabar? Semoga baik-baik sahaja ya. Jaga diri baik-baik. Cuaca sekarang tidak menentu. Adakalanya terik sehingga membakar kulit, adakalanya sejuk mencengkam hingga ke tulang. Oh ya,sekarang ni tengah sejuk.hujan. Semoga tak malas ke kelas nanti ^^

***

Terpana aku dengan satu soalan dari teman sebilik. 

"Pernah menangis kerana dia?"soalnya. 
"Eh,kenapa pulak nak menangis sebab dia?,"mata aku masih sibuk di kaca laptop. Meneruskan pembacaan yang mampu mengukir senyuman di hati. Entah, automatik senyum terukir membacanya. 
"Iyalah. sikit pun tak pernah?" soalnya lagi memohon kepastian. 
"Tak sayang. Tapi dulu,masa masing-masing senyap. Apa yang terlintas kat hati,rindu. Terlalu rindu untuk bercerita dengannya. Ya,rindu. Bila sekarang kembali normal,aku cuba menjaganya sebaik yang mungkin. Entah! Ok,aku mengarut. Tapi itu yang aku rasa". Senyum. 
"Pernah terfikir akan bertemu jodoh dengannya?" soalnya lagi. Arghhh! Kenapa aku rasa,soalan itu seakan menjerat hidup aku. Membuat hati berdebar. Hanya bahu yang mampu aku jongketkan,tanda tidak tahu. Senyum.  

"Dia terlalu baik kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku tidak sopan,jauh sekali mampu sebaik dia. Aku tak layak. Tak layak untuk berganding dengan dia yang baik. Berkawan dengannya sudah mampu buat aku bersyukur. Satu anugerah yang indah" 

Rintih hati aku sendiri. Tak terlontar dengan kata-kata. 

***

Tiba-tiba apa yang terlintas di hati aku "kenapa soalan begitu ditanya kepada aku sedangkan aku dengannya hanya berkawan. Tak lebih dan tak kurang" bisik hati aku sendiri. Tapi, aku juga dapat merasakan, hidup aku kembali normal kerananya. Mungkin Allah sedang menduga hati aku lagi. Mungkin Allah mahu lihat sejauh mana aku mampu mengawal batas pergaulan. 

"Ya Allah,sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang Kau pinjamkan kepadaku. Sesungguhnya aku gembira dengan nikmat ini. Kau kekalkan hati aku, Kau tetapkan hati aku. Kalau benar ianya jodoh aku. Kau dekatkan sehingganya menjadi halal dan diredhai. Kalau ianya bukan milikku, Kau tetapkan hati aku agar tetap mensyukuri nikmat yang telah Kau beri. Sesungguhnya, semua yang Kau punya,hanya pinjaman. Aku redha"

Doaku. 

Saya,tak terlintas tentang soal JODOH. Ianya terlalu unik untuk dipersoalkan. antara saya dengan awak,tak tahu jodoh kita setakat mana. Tapi,satu saya pinta. Jangan pergi jauh. Ya, persis seperti seorang penagih kasih tetapi hati saya yang mahu. Arghhh! Apa sebenarnya ini? Hidup yang penuh teka-teki 


Lot's of love,
Dhia Afiqah 

Wordless Wednesday #2

Maaf semua reader's. dalam masa seminggu ini akan tiada update terbaru. arghhh! kenapa saat banyak kerja, banyak cerita yang bermain di minda, MOTHERBOARD rosak? mahu dibikin apa? Redha. :') Sayang laptop,cepat sembuh! ILY!


Nikmat mana lagi yang aku nak nafikan?


Masih ada yang tersisa,kenangan.

Hari ini sekali lagi melakar kesakitan. Membuatkan jiwa sebak secara tiba-tiba. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun pun sudah semakin maju kehadapan. Tapi aku masih di takuk yang lama. Mengenang. Entahlah. Bukannya mudah untuk bawa ianya pergi dari sisi hidup aku. Walau ada yang mengusik hati,ianya masih terlalu dalam untuk dilupakan. Arghhh! Semakin tertekan.


**

“Awak sayang saya?,” katanya tiba-tiba. Aku terkedu dek persoalan yang aku rasakan seperti bom yang meletup secara tiba-tiba.

“Hmm,kalau awak sayang saya. Barulah saya baru boleh sayang awak,”balasku ringkas. Dalam masa yang sama cuba menyelamatkan diri daripada soalan itu. Erkkk,mendadak soalan tu. Aku tak bersedia!

“Saya sayang awak”. Tenungnya ke arah ku.

“Terima kasih”. Diam. Tak tahu nak respon macam mana. Nak melonjak atau nak senyum seakan kerang busuk? Itu pun aku tak tahu. Huh!
**

Ya,di sudut kerusi itulah semuanya terjadi. Dan hari ini,sekali lagi kerusi itu aku singgah. Sengaja untuk meyinggah pada kenangan lama. Entah untuk berapa kalinya aku melihat di sisi. Kosong. Engkau tiada di situ. Bayang juga tiada. Apa yang ada,kenangan. Itu sebab,terdetik di hatiku “masih ada yang tersisa”

Mata dipejamkan sesaat,dua saat dan saat saat yang berikut. Mencuba untuk menjadi kuat hadapi semuanya. Aku kalah, hati aku masih sebak.

‘Ya Allah, kalau ini yang terbaik untukku,KAU leraikan segalanya. Kalau ini takdir aku,lembutkan hati aku untuk menerimanya. Kalau inilah yang tertulis dalam kisah hidup aku, izinkan aku untuk redha semuanya. Ya Allah,kepadamu aku meminta kekuatan” bisik hati sendiri. 

Perlahan-lahan kaki aku langkah pergi dari persinggahan itu. Sedikit sebanyak kenangan itu juga jauh dari hidup aku. Aku mohon semuanya jauh. Sejauh mana hati yang satu itu, sejauh itulah kenangan itu. Bangkit! Bangkit dari kepompong.

Kini,persinggahan itu sudah tiada lagi. Yang tersisa hanya kenangan. Iya, hanya sisa. Nikmat mana lagi yang aku nak nafikan? Bila masih ada yang masih sayangkan aku. Terima kasih Allah!

Lot's of love,
Cik Dhia

Thank's.


Bismillah. Assalamualaikum. Salam Syawal buat semua.

Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka ya. Mesti banyak lemak-lemak yang telah terkumpul. Kan? Kan? Haaa! Cik Dhia pun dah naik 2.2kg! Proud ^^. Ideal weight,40kg. Usaha lebih makan lagi. kehkehkeh.

Ok,tak nak cerita banyak, just want thanks a lot to my dearest friend who come to my house. Short word, BERAYA! :) Thanks to Rahimie, Acha, Lily dan kawannya,Iman dan Anys,and last Maman and the gang. Thanks a lot.

Badan terlalu penat,mahu rehat yang secukupnya. Bagi Dhia,Syawal ini memberi 1001 kenangan yang cukup indah. Terima kasih Ya Allah! Syukur.

Pendek kata, semuanya masih indah walaupun dugaan menghimpit. Itu erti hidup :)

Lot's of love,
Cik Dhia.

Thursday #1


In front of you, I can only wait for you to get better.
I'm not the kind of girl that opens up my body to sell with my smiles!
I have nothing to hide, I have nothing to lie about
I am still me,still me, Dhia Afiqah
I am still me. Still me.

Dear future husband,can i get kitchen like this? This place I can show you how much I care about your by giving you tasty food and I can call you, Sayang Muncit! ;) Berangannnnn tak sudah. PANGGG!
Haruslah sentiasa berangan untuk yang terbaik. Oh myyyyyyy. Fall in love

Tolong,jaga dia.



Bau segelas Hot Chocolate Classis,mengiurkan seleranya. Lantas cawan itu dibawa perlahan-lahan menyinggah ke bibir manisnya. nikmat yang tak terkata dek panasnya,dan hangatnya. Baunya sahaja cukup membuat seleranya ghairah. Diperhati satu-persatu manusia yang lalu lintas dihadapannya. Begitulah dia. Memerhati,menajamkan otak berfikir dan meligatkan anak mata menjamah ragam-ragam manusia sekarang.

Sedar tak sedar masa terus berlalu. menghanyutkan dia dalam angan-angan yang tidak sudah. membiarkannya dalam fikiran yang telah sedia terawang-awang. Baginya,itu satu kepuasan baginya. dirinya hanya tersentak apabila kerusi dihadapannya ditarik keras. 

'Apa kes pula ni?,'rungut hatinya. ditenung dalam-dalam insan dihadapannya. Sejuk seluruh badan. kelu lidah tidak terkata apatah lagi mahu berbicara. matanya langsung tak terkedip dek renungan tajam si empunya badan dihadapannya. Satu sahaja yang terlintas kini di benaknya, 'aku mimpi atau realiti? Tolong sedarkan aku!'

PAP! Satu ketukan di atas meja sudah mampu mengejutkannya dari lamunan. 

'Awak kenapa? Macam nampak hantu pula. Takkan tak kenal saya kot?'bicaranya.
'Hmm,ingat. Mestilah kenal awak. Awak buat apa kat sini ya?' balasnya sambil menundukkan wajahnya. Ada satu perasaan yang terlintas di benaknya. Sebak!
'Saja. Jalan-jalan. Awak?',tanyanya kembali. 
'Saja juga. Tanpa arah' ringkas sahaja jawapannya. 

Diam. 

'Saya gerak dulu lah ya. Ada benda lagi yang mahu saya selesaikan'. Aku cuba mencari jalan keluar dari terus dikeliling olehnya. Kalau boleh bayangnya langsung tak mahu aku lihat. 
'Awak,duduk dulu. Ada benda yang saya nak cakap,' mendatar suaranya. 
Kerusi ditarik kembali,dan dihanyak oleh ku.hati terus berdebar menanti yang bakal keluar dari mulutnya.
'Saya minta maaf kalau sebelum ni,saya ada terlanjur kata dengan awak. Saya tahu saya banyak salah dengan awak. Saya tahu,saya juga permainkan awak. Maafkan saya,'bicaranya lembut.
'Dah habis?,' tanyaku.
'Selama ni memang saya dah maafkan awak. Tapi hingga detik ini,saya tak harap pun jumpa dengan awak sebab kehadiran awak membuka kembali luka yang telah pulih. Terima kasih atas kata maaf itu. Saya pergi dulu.'

Pantas aku bangun. Perjalanan aku tersekat terhalang dek satu susuk badan yang aku kira ianya seorang perempuan. Ditenungnya aku dengan tajam. Aku kenal wajah itu,dan aku pasti siapa dia.

'Jangan risau. Semuanya sudah berakhir, dua tahun yang lepas lagi sudah tamat'. Tangannya ku genggam memberi kepastian. Dalam sedar tak sedar,perjalanan aku teruskan sambil berbisik 'Tolong,jaga dia'



Salam Syawal


Dhia Afiqah,
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslim dan Muslimat yang meraikan. Oh Ramadhan, aku mula merindui kau. Alhamdulillah,syukur! Dapat lagi menyempurnakan Ramadhan kali in dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Ramadhan,adakah kita akan bertemu lagi? 

Sekali lagi dan akhir kata, Salam Syawal dari Dhia Afiqah sekeluarga buat anda semua. Pandu cermat,jiwa selamat. Jangan biarkan Aidilfitri kali ini,aidilfitri yang suram. Ingatlah orang yang tersayang.



Lot's of love,
Dhia Afiqah.

Wordless Wednesday!


My project,coming soon <3
Cake in a jar,full with love.

Taat Pada Boyfriend.



Entry fully from blog HANIS ZALIKHA :)

Taat Pada Boyfriend.

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. 

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.

Short review,TR!

Salam buat semua pembaca. Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Alhamdulillah Cik Iera dah pun selamat ambil test keusahawanan tak tahulah betul ke tak jawapan tu. da usaha, doa dan tawakal.

Oh ya by the way Cik Iera nak kasi jeles kat semua, yang Cik Iera dah tengok dah cerita Total Recall. Fuhhhh! Tak tipu, best. Ayat yang paling Cik Iera suka macam ni "awak, jangan pergi jauh" comel je rasa. Kehkeh. Dah sepanjang perjalanan balik dengan roomate, senyum. Senget betul Cik Iera ni. Ehhh! Watak Lori tu, serius power. Dalah, cantik, kuat pula tu, walaupun watak jahat,suka tengok dia.

Oklah, nak rehatlah, penatlah. Jumpa lai. Selamat menjalani ibadat puasa semua!

Lot's of love,
Cik Iera.



Kawan atau lawan?


Salam buat semua pembaca. Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat ya. Alhamdulillah, masih mampu meneruskan puasa di bulan Ramadhan yang penuh nikmat. Dan alhamdulillah juga Ramadhan ini rezekinya murah. Syukur Ya-Allah!

Bukan apa,disamping Cik Iera study,sem last,sempat lagi Cik Iera mengajar anak-anak melayu di salah satu pusat kemahiran,subjek Math. Dapat jugalah bagi mak ayah adik duit raya tahun ni. InsyaAllah! Dalam sibuk mengajar,ada lagi kerja sampingan. Kerja menyibuk kat dapur,buat kuih raya. Buat untuk rumah sendiri dan tempahan. Ala,kecil-kecilan je. Janji rezekinya halal. Ya dak?

Semalam,basikal Cik Iera yang hilang tiba-tiba dah ada balik kat tempat asalnya. Thank’s Allah! Syukur. Di bulan yang baik ni,saya maafkan siapa yang mengambil nya dulu tanpa izin saya. Mungkin dia lagi memerlukan. Tak apa, benda dah lepas.

By the way, ada one story sebenarnya. Bukanlah nak memburukkan ke apa,sebab blog ni pun siapa je yang nak baca kan? Tulis sendiri,baca sendiri. Nanti bila dah tua,ada cucu. Bila cucu tanya,

‘granny,ceritalah masa granny muda-muda dulu’
‘kalau cu nak tahu,cu buka blog granny. ierastuff.blogspot.com’

Boleh gitu? Granny kau. Omputih nauuuu! Eeeeeuuw. Bhahaha. Entahlahkan, dalam dunia kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seindah mana. Kadang-kadang apa yang kita tak suka,itu yang kita dapat. Padahal,itulah yang terbaik dari DIA. DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita sebenarnya,tapi! Kita tak pernah syukur,malah sering kali merungut. Itu manusia!

Penggunaan aku selepas ini merujuk kepada pemilik perasaan kisah ini

‘sebenarnya,aku tak sedar pun dia wujud’.

Kau tak sentap ke kalau orang cakap macam tu? Mengata belakang pula tu. Mungkin DIA nak tunjuk siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Aku memang sentap bila dapat tahu semua tu. Aku fikir semuanya ikhlas,tapi. Hmmmm,itu kawan ke? Kalau dah sebumbung tapi dikatanya tak wujud. Hello! Aku ada perasaan. Jangan tanya kat mana aku tahu semua ni.

Itulahkan, mungkin aku pun ada buat silap. Tapi apa salahnya, kalau tegur apa yang silap. Tak payah nak mengata belakang. Tak payah nak memburukkan atau mengaibkan kat orang lain. Kalau gentlemen,face to face with me. Kan? Dengar cerita,kau jenis yang lantang bersuara,tapi kes ni kau cakap belakang pula. Ala, mulut memang manis,hati?

Okaylah,malas nak cakap panjang,nak bebel pun tak guna. Aku,mohon maaf dari hujung kaki ke hujung kepala atas silap dan salah yang aku buat. Mungkin selama ni apa yang aku buat menjengkelkan di mata kau. Mungkin selama ni aku menyusahkan kau. Kan? Aku tahu semua cerita. It’s ok. hati aku tak sakit, cumanya terkilan. Selama ni aku respect kau darri beberapa segi. Tapi? Hmmm,aku minta maaf sekali lagi. Kalau kau rasa aku ada hutang apa-apa dengan kau,bolehlah tuntut kat aku.

Kadang-kadang apa yang kita buat, bukan semua orang suka.
Sekian,terima kasih.
Tamat

Erkkk, apa ni? Cik Iera tak ada kena mengena dalam kes yang disebutkan. Haa,itulah. Mak kan dah pesan, kalau berkawan jangan percaya dan taruh 100% kepercayaan. Dalam dunia ni,tak ada yang sempurna. Kan? So,muhasabah diri sendiri.

Oklah,Cik Iera nampak dah bantal tu empuk. Selamat menjalani ibadah puasa semua!

Lot’s of love,
Cik Iera.