Pages

Ruang suka-suka

Salam buat semua. Apa khabar? Di harap semunya sihat belaka. Pagi tadi dah sarapan nasi lemak dengan lebihan puff semalam. Sedap pula makan sejuk-sejuk. Naik atas kemas area atas pula. Nak cerita, sebenarnya, Dhia ada je bilik sendiri, share dengan kakak 1st,tapi disebabkan adik pun dah belajar kat Penang,ayuhlah pindah ke bilik dia. Mihmihmih. Tapi bila dia balik,Dhia tidur luar. Tak depan tv,kat ruang tengah ni. Memang,lebih dari cukup bilik kat rumah ni. 3 bilik atas,1 bilik bawah bilik mak ayah. Tapi Cik Dhia ni hmmm tak berapa suka share bilik. Gedikkan? Bukanlah,lebih seronok tidur depan tv. Kihkihkih. So,ada satu ruang yang Cik Dhia suka. Barang-barang Cik Dhia kumpul. Susun satu tempat. Are itulah yang paling Dhia suka. Yang penting,orang lain tolonglah jangan usik. Sebab kat situ akan ada buku-buku yang Dhia suka, dan akan ada koleksi stiker-stiker Dhia dan sketch book. Jangan sentuh! Kihkih.
 

Disitulah letaknya wallet,phone,external,beg speck. Ya,disitulah segalanya. Kihkihkih. Wallet yang selalu diusung kesana kemari yang atas calculator tu. Bukan apa, selit duit sekeping dua. Satu kad bank,satu IC. Eh! Memang IC satu jekan? Over tau Dhia! Sepuk kang. Kihkihkih. Phone pula rajin bawa yang celcom je. Sebab boleh tweet boleh check email,boleh dengar lagu segala bagai. Oh ya,bukan smart phone pun,tapi boleh je nak buat dia smart. Kan? ^^ Yang merah tu pula,untuk family sahaja maxis. Angkut sebab ayah suka call Dhia -____-' Kihkih


Kotak merah dalam tu semua koleksi sticker,buku sketch dan hasil-hasil seni yang lain. Sanggup ya menangis sedu sedan kalau sticker hilang. Bukan senang nak dapat ya koleksi yang sama. Kihkihkih. Calculator pula kalau hilang gelabah juga. Kan dah biasa guna,dah sedap kat jari. Kalau hilang beli baru dah tak best. Buku resepi,buku chord keyboard pun kat situ. Kan dah kata ini ruang yang Dhia suka. ^^

 
Tak lupa,masa. Jam. Ya,penting. Nak jalan tinggal capai. Kadang-kadang selerak juga Dhia letak,lepas ni dah tak dah. Sebab dah ada penyangkut. Kihkihkih. Jam kuning kakak 1st bagi sempena birthday tahun lepas. Yang coklat tu, beli sendiri. Suka dengan design tu. ^^ So,kalau dengan Dhia janganlah main gila dengan masa. Menunggu ni memang tak suka dan menghilangkan mood. Nak diri berdisiplin,tepati masa okey. ^^
 
So,korang macam mana pula? Ruang apa yang korang suka kat hidup korang atau kat rumah,hostel selain dapur dan katil. Itu semua orang sukakan. Hahaha!
 
Tetiba rindu bilik di Kolej Tun Fatimah. Kihkihkih. Ohoi,terasa poyo disitu. ^^
 

Puff Custard Pak Lah

Salam buat semua reader's. Apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat belaka. Macam biasalah Cik Dhia kat rumah kemas rumah,buat itu ini. Lepas tu terlintas pula kat kepala ni nak buat kuih puff. Sebab semalam borak-borak dengan mak ayah kat dapur masa makan malam.

Dhia : Mak,buat puff tu sebenarnya senang je rupanya kan.
Mak : Aaah,senang je.
Aku pun senyum jelah. Tak tahu dah nak respon macam mana. Tiba-tiba....
Ayah : Buatlah Kak Iqa, kuih tu memang ayah suka.
Aku buat kuih ni petang,sebabnya ayah outstation. So,buat petang fresh sikit kan ayah makan. Kihkihkih. Dah siap semua simpan dalam tupperware untuk ayah. Ayah balik je terus dia ke dapur. Amboi masa tu bukan main dupdapdupdap jantung. tiba-tiba ayah panggil ke dapur. So,Dhia pergilah dapur. Ingatkan dia nak merungut ke apa ke rupa-rupnya dia nak cakap puff tu lulus! Alhamdulillah. Kihkih
Aku hanya mampu senyum sekali lagi. That y lah Dhia panggil kuih puff ni Puff Custard Pak Lah. Feveret katanya. So,anak yang baik,buatkan lah juga untuk dia rasa air tangan Dhia yang baru je beginner pasal masakan ni. So,lets share the recipe okey.
Puff Custard Pak Lah
Untuk puff :
Bahan-bahannya :
  •  125g butter
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum yang telah diayak.
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 biji telur.
  • secubit garam sebagai perasa.
Cara-caranya.
  • tapis tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
  • di dalam periuk,masukkan butter dan air. Biarkan mendidih,kacau guna whisk. Bila sudah mendidih,masukkan tepung yang telah diayak tadi.
  • kacau laju ya supaya tak melekat. Jadikan adunan tadi seperti doh,tutup api dan ketepikan.
  • Masukkan telur. Masukkan satu persatu,iaitu masuk satu telur,kacau. Masuk lagi satu kacau dan seterusnya.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Bentukkan di dalam loyang/piping dan bakar selama 15 minit,180C.

Setelah di'piping' ke dalam dulang,begitulah jadinya ^^ Kihkihkih

Yang ni,semasa di dalam oven. Kemain kau nak mengembang kan? Kihkihkih.

Untuk sos custard :
Bahan-bahannya :
  •  2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 2 biji telur
  • 3/4 sudu gula - ikut selera kemanisan masing-masing. Cik Dhia buat 4 sudu sebab baru kena dengan puff
  • 1 1/2 cawan fresh milk - Cik Dhia guna Dutch Lady.
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya :
  • campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang sederhana.
Selamat mencuba! ^^
Lot's of love,
Dhia Afiqah.

Darwish Ihsan

Salam Aidiladha sekali lagi buat semua. Apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat belaka ya. Oh ya, so how your aidiladha? Pengorbanan apakah yang andah korbankan? Erkk,terasa ganjil ayatnya. Mohon dilempang manja-manja. Kihkihkih. Oh ya,bukan nak cerita apa pun. Nak cerita pasal semalam. Majlis cukur jambul di baby ciut miut cucunya Wak Enon,Darwish Ikhsan. Katanya,nanti dah besar boleh belikan parent dia kereta Wish,boleh gitu? Kihkihkih.
 
Ucapan Aunty Dhia untuk baby Darwish :
Selamat lahir ke dunia sayang, Darwish Ihsan. Semoga menjadi anak yang solehah dan mukmin sejati. Jangan nakal-nakal ya,be nice with your parent ya. Haa, Darwish ni baik, dia punya menangis, sopan sangat. Tak kuat pun,betul. Senang jaga. Hikhikhik. Dulu datang rumah bukan main kurus lagi,tak berisi. Tapi now,amboi dah bambam. Hikhikhik. Apa nenek kau bagi makan ek? Kihkih. Eh! Iyalah,masa dia datang haritu kan baru 20 hari. Adeh,blur. =.='

Inilah baby Darwish Ihsan. Kemain sampai keluar urat Dhia nak dukung. Taklah berat mana,tapi kalau tangan dah macam biskut Hup Seng,rapuh. Itulah jadinya, nak angkat baby pun keluar urat bagai. Anywhere,tangan Dhia masa tu bengkak sikit.

Oh ya,ini sis Dhia,Miya. Rapat sikit dengan dia ni. Al-maklumlah,kalau kemana confirm jadi PA dia. Kak Iqa pegangkan beg duit, bawak kan beg. Eh! cantik tak baju ni. Itulah dia. Kak Iqa,Kak Iqa,Kak Iqa. Jangan risau,dia baik hati. Ohoiii,kahwinlah cepat. *Tetiba. ^^

Sekali lagi,Salam Aidiladha dari hati tulus Dhia. Ampun salah silap terkata terkutuk terkeji termengarut semuanya di dalam blog ini. Semoga terus berusaha untuk terus yang terbaik. Just say Alhamdulillah,Syukur and move your life ;) Allah always with us. Remember that,only Allah. ^^
Lot's of love,
Dhia Afiqah.

Salam Aidiladha!

 
Salam buat semua reader's
 
 
Salam Aidiladha dari Cik Dhia sekeluarga. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNya. Semoga kita terus menghayati setiap detik penghijrahan yang berlaku. Amin
 

Oh ya,ini adik Cik Dhia,masih study di Penang. Al-maklumlah,sebulan sudah tak jumpa. Ayuhlah kita bergambar persis kekasih hati. Hikhikhikhik. Kan? Ya,dia adik. Dan Cik Dhia adalah kakak dia. Sekian,tahu kakak dia comel. Sila muntah kuning semua. Mihmih

 
Kesayangan. Airiz dan Zariz. Buah hati kesayangan. Mana mungkin terganti harta yang bernilai ini. Kak Mai,Cik Dhia sayang sangat sama mereka-mereka ini. Terima kasih bagi peluang menyayangi harta yang tidak ternilai ini. ^^ *Ohoi,Cik Dhia dah rindu dengan gelagat mereka.


Itulah satu-satunya nenek yang tinggal. Oh ya,kami tak panggil dia nenek,tapi atok. Semoga semuanya terus happy-to-gather. ^^ Sayang semua. Sila tengok Zariz,geram! Hahaha.  Oh ya,cerita pengorbanan? Nanti Cik Dhia cerita sebabnya,dah kena tidur. Pukul 5am dah kena bangun, siap-siap hantar adik ke airport. Huhuhu. Ok,selamat malam buat semua.

Lot's of love,
Dhia Afiqah.

Dialog #01


Dear future, boleh tak nanti nak ruang kerja sendiri. Ok ok ok, kalau awak nak juga,awak meja sebelah ya. Nanti awak boleh jeling saya, saya jeling awak. Kihkihkih. Boleh? Ok,kalau saya banyak assignment saya pass kat sebelah sambil kelip-kelip mata. Kihkihkih. Sayang awak,future! Awak,tengok,kucing kat meja saya. Saya seram sikit dengan kucing,nanti kena cekau. Kihkihkih
 
[Aku rasa macam nak lempang diri sendiri bila buat ayat macam ni. You know what? Aku tengah kebosanan. Kahkahkah. So,marilah kita bina dialog untuk masa depan. Tengok jelah,mampu tak mampu kau cakapp macam tu dengan future kau. Elak tak sempat nak cakap,dah pengsan, tak pun future muntah kuning. Kahkahkah]



Sampai kau bicara

 
Bila saatnya ku temukan indah di hatimu. Berapa lama waktuku harus menunggu. Cahaya matamy menghiasi seluruh hatiku. Aku masih menunggumu bicara. Kunanti jawapan di hatimu. Dalam gelap ini dalam diam ini. Kuharap nanti waktu yang akan menukanmu. Apakah nanti hatimu masihkan milikku?
 
Aku masih menunggumu bicara. Ku nanti jawaban di hatimu. Dalam gelap ini dalam diam ini. Ku masih menunggu. Ku mohon dengarkan aku bicara. Ku nanti jawaban di hatimu. Adakah diriku di dalam hatimu.
 
Bila saatnya ku temukan indah di hatimu
 
Lot's of love,
Dhia Afiqah
 
 

Aidiladha #01 Persiapan.

Salam buat semua reader's. Haa, buat apa tu? Semoga sihat-sihat dan dalam keadaan terkawal hendakNYA. Sesiapa yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman hari ini,semoga semuanya selamat ya. Semoga dilindungi olehNYA. Oh ya,semoga jemaah-jemaah haji juga selamat hendakNYA mengharungi detik-detik indah di sana. Mudah-mudahan. So,macam mana persiapan masak memasak? Dah ready? Amboi Cik Dhia dari semalam dah ready, dah ikat acuan lontong,malam ni,buat kelonsong lontong guna daun pisang,esok pagi tinggal letak beras je. ^^
 
Tadi sempat sekejap round pergi Mydin Anjung,beli sikit persiapan terakhir. Pagi-pagi dah bangun dah,turun terus tengok anak-anak. Sihat nampaknya cuma tunas selasih hilang satu. Mana ya pergi? Mihmihmih. Terbang dek angin kot. Ok,ini tipu. ^^. Beli daging semua balik. Sebelum balik sempat juga ayah survey kereta Myvi Kuning,favourite! 50K harganya,terpegun. Tapi boleh tahanlah,kaki Cik Dhia pun sampai. Mak suruh usha ayah lebih sikit,masalahnya tak geti ok. Kalau ayah nak belikan dulu,alhamdulillah. Mihmihmih. Tak apa, harus kerja kuat sikit,cari rezeki untuk diri sendiri dan mak ayah. Kihkih. 
 
Balik terus potong daging 5kg. Ayam settle esok,sebab esok baru ayah beli. Nampaknya Cik Dhia dengan emak jelah yang memasak esok. Kakak yang lain semuanya kerja. Malam esok adik pula baru sampai. Tak apalah,nak buat macam manakan? Boleh gak curi resepi mak. Mihmihmih. Nampak tak permainan dia sekarang? Bukan apa,untuk masa depan juga.  
 

Menu untuk Aidiladha ni,Ayam Merah, Daging Hitam, Rendang Daging Negeri Sembilan, Kuah Lodeh dan Lontong. Lepas tu mak nak buat sambal tumis sikit. Favourite Cik Dhia, Rendang Daging,Ayam Merah dengan Sambal Tumis je. Kemain lagikan menu bagai. Lepas tu petang dah kena baking Kek Carrot. Petang raya pula,mak dah pesan jangan lupa buatkan jemput-jemput untuk adik. Iyalah mak,anakmu menurut perintah. Kihkihkih. Oklah,rasa badan dah penat sangat dah ni. Nak berehat,esok dah kena kerja kuat. Takkan nak bebankan mak ayah pula. Kita yang muda,kena kerja kuat sikit. ^^. Ok semua,semoga semuanya selamat ya. Pegang pisau baik-baik. Mihmihmih.
 
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah
 

Garden #01 Selasih

Salam buat semua reader's. Selamat malam. Buat apa tu? Dah get ready nak tidur dah ke? Nampaknya Cik Dhia terpaksa tunggu 3 jam lagi baru boleh tidur. Sebab baru je lepas makan malam. Mak ayah pun join. Selalunya marah kalau makan malam-malam. Tak baik katanya. ^^ Ok,bukan nak cerita apa pun, cumanya nak cerita pasal tanaman si selasih tu. Hihihihi. Alhamdulillah,benihnya dah bertunas, dalam banyak-banyak biji benih,baru bertunas tiga. Gembiranyaaa! Anak-anak cactus pun dah cantik, dah galih pasu. Dah susun kat tempat yang cun dah. Mihmih. Nak tambah lagi,nak beli yang ada bunga pula. ^^ Cerita pasal garden ni,projek fairy broken pot tu,hold dulu. Sebab kena buat more research. Nak guna pokok apa sesuai,tanah apa. Sebab cantik,kenalah research banyak-banyak. Kasi berbaloi sikit. Kot-kot boleh buat duit dengan karya broken pot tu,siapa tahukan?
 

Pagi-pagi turun seawal 7 pagi,al-maklumlah cuti-cuti solat ni terbangun lambat pula. Sakitnya satu hal. Mak faham sangat dengan anak dia yang sorang ni kalau dah tengah-tengah malam meringkuk tak sudah,payah tidur esok terbangun lambat. Ter ok, bukan sengaja. Turun tangga terus keluar pakai selipar,belek-belek pasu plastik yang dah ada benih tertunas. Gembira kemain lagi. Suka sangat dengan pengcahayaan kat rumah ni. Pagi-agi dah rasa nikmat matahari. Alhamdulillah ^^ Tapi, walaupun rumah mengadap matahari sepanjang masa,syukur sebabnya rumah tak pernah panas. Sejuk. Mungkin sebab tanaman-tanaman yang mak ayah usahakan. Kihkihkih. Lepas tu,mak suruh ikat tali kat acuan lontong. Oh ya,rupa-rupanya daun selasih ni salah satu bahan untuk masukkan dalam masakan laksa. Adeh,benih baru tunas,macam mana nak belajar buat laksa dengan mak ni? Haha! Beli kat pasar lah jawapnya. Takpe,takpe, pokok selasih kemain lagi Cik Dhia belai penuh kasih sayang, nanti dah besar sikit, buat lagi guna pokok ni. Bertambah-tambahhhh apa ya? Mihmihmih. Tak ada motif.
 

Cik Dhia ni mengada,tali rapia pun nak kuning ^^ Memang kalau tak ada kuning,tak semangatlah gamaknya nak buat kerja. Kihkih. Pagi-pagi mak dah kutuk, kau ni seluar pink,baju kuning. Dah macam !@#@$# dah. HAHA! Tak perasan pula mak. Mihmihmih. Raya Aidiladha kali ni,tahun ni, macam eksited lebih. Awal-awal dah ikat tali kat acuan, tempah baju segala. Lontong ni, bulat. Dalam acuan ni nanti kena letak daun pisang untuk balut, letak beras setengah je. Rebus,nanti siapalah lontongnya. Mak memang serahkan tugas ni kat aku. Sebab aku sahaja yang tahu nak sukat beras dalam bendaalah ni. Selalunya,yang letak daun pisang Kak Miya. Mihmihmih. Oh ya, lepas tu mak dah suruh buat 2 biji kek carrot. 1 biji nak bawa pergi kenduri rumah atok. Huhuhu. Suka sangat. ^^
 
Ok,sekian sahaja kisah rumah yang tak bertangga ni. Penuhkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, Cikgunya,mak ayah. Banyak betul benda yang mereka lalui sebelum betul-betul bahagia melayari rumah tangga. Amboi,cakap macam tak lama je lagi nak berumah tangga. Well, biasalah Cik Dhia,gatal. Dah wajib dah ni. Hahaha! Oklah,selamat buat semua ya. ;)
 
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.
 
 

Hijab,beautiful.



 Sedang memperbaiki diri ^^


 
Beautiful. Yang tertutup itu indah. ^^
 
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah


Dhia Cafe

 
Salam buat semua pembaca. Sekali lagi bertemu kita dalam segmen 'Angan-Angan'. Hahaha! Tak payah nak bertemu sangatlahkan,sebab segmen angan-angan ni baru je wujud. Ni haa,baru je berapa second wujud. Kehkehkeh. Saja buat lawak. Tadi bermessaging,tiba-tiba timbul satu soalan
 
"Tak nak buka bisnes kek ke?"
 
Haa,pantang sikit orang tanya soalan macam ni,sebab angan-angan dia bukan main tinggi melangit. Cita-cita ni terlalu tinggi. Tak tahulah tercapai atau tak, kalau berangan buat kita usahakan? Jyeaah! Usaha lagi. Kalau orang tanya soalan macam ni,of course Cik Dhia jawab macam ni.
 
"Sebenarnya,dah lama berangan nak buka cafe. Dhia Cafe."
 
Hambekkkk, dah siap nama tau! Dhia tu maksud dia Sinar Cahaya ya. Haa,nampak tak sekarang ni mata pun dah bersinar-sinar nak cerita angan-angan mak jenin ni. Dhia selalu berangan nak buka cafe style garden dan ada mini library. WAJIB ada mini library! Ya,memang WAJIB! Hahaha. Al-maklumlah, Cik Dhia ni pantang sikit kalau jumpa buku. Masuk kedai buku 5-6 jam pun tak pe. Duduk lah kau dalam kedai tu,ngadap buku. Bukan apa,kalau datang cafe Dhia sorang-sorang kan bosan makan tak ada teman. Tak kanlah nak ngadap makanan jekan, sekurang-kurangnya boleh ambik satu buku,baca. Just releks yourself. Dengan bunga segar atas meja. Amboiii! Nampak tak angan-angan dia macam mana? =.='
 
 
Ala,mini cafe pun jadilah. Janji cafe,untuk orang-orang yang suka. Kihkihkih. Lepas tu nak cafe tu warna putih. Suci. Kihkihkih. Wahhh,dah terbayang-bayang dalam kepala ni macam mana cafe tu. Tapi,itulah. Kena usaha lebih lagi ni. Belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus. Kumpul duit,nak buka cafe. Tahu,kosnya bukanlah sikit. Nak hire pekerja lagi. Nak stok itu ini lagi. Pengsan bila fikir kewangan. Kalau dapat anak orang kaya sekalipun,boleh muflis dia dek angan-angan aku ni. Tapi,kalau mini tak muflis kot,banyak keluar duit je. Haha! Berangan konon nak anak orang kaya. HAHA! Kelakar pula aku malam ni. Adakah kepala dah tak berapa centre? Senteng mungkin.
 
Oklah,rasanya cukuplah dulu cerita bab angan-angan cafe ni. Kalau terus cerita takut-takut nanti ada yang muntah kuning. Mihmihmihmih. Doa sahaja yang terbaik. Tiba-tiba terfikir, kalau buka cafe,adakah Diploma Civil Engineering tu hanya buat hiasan? Interior designer tak belajar. Tak apa,sekarang ni mantapkan kemahiran baking ni. Kalau tak ada cafe pun anggap jelah dapur tu macam cafe. Tak gitu? Mihmihmih.Tak apa, tak apa,ada manfaatnya yang kita mungkin tak nampak. Tak apa,sekarang,jaga yang dikendong agar yang didukung tak berciciran. Oh ya,betul ke peribahasa ni? Mihmihmih. Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan. Amin!
 
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.

Tauhu Jepun versi Dhia

Salam buat semua pembaca. Firstly,sorry to Qalisha sebab lambat sangat bagi resepi ni. Cepat BOOO kat Cik Dhia. Bukan taknak share, tapi Cik Dhia ni kalau resepi lauk dan pauk ni payah nak share sebab,ikut suka dia je nak campak dalam kuali tu apa. Asal nampak depan mata masuk,last-last jadi hidangan yang tak tahu nama dia apa,tapi rasanya sedap. Ok,BOOO sekali lagi. Masuk bakul angkat sendiri. KihkihkihSo,let's go baby.


Tauhu Jepun versi Dhia.

Bahan-bahannya.
  • Tauhu jepun (ikut berapa banyak nak,potong bulat ya. Jangan nipis sangat. Nanti masa goreng,hancur)
  • Celery,kobis bunga ( sayur ni pun,ikut sukalah apa nak letak. Brokoli/mushroom pun sedap campur)
  • Bawang besar,bawang putih
  • Sos tiram
  • Udang/Sotong
  • Cili padi (bagi pedas sikit)
Cara-caranya.
  • Goreng tauhu jepun terlebih dahulu. Garing-garing sedap. ^^. Toskan dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan sayur celery dan kobis bunga.
  • Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng tadi dan masukkan sos toram. Ok,untuk sos tiram ni ikut kita nak letak banyak mana. Kalau kering,letak air sikit. Sikit je ya.
  • Rasa,kalau kurang rasanya bolehlah letak sedikit bahan perasa (garam dan ajinamoto). Kalau Cik Dhia,letak sikit je,sebab sos tiram tu dah masin kan?
  • Siap untuk dihidang! Bolehlah tabur daun sup untuk hiasan.
Selamat mencuba kesayangan. ^^

Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.

Kek Lobak Merah Dhia / Dhia Cake Carrot

Salam buat semua reader. Apa habaqq? Kihkihkih.Berangan konon-kononnya nak loghat utara. Tak adalah. Oh ya,hujan tak kat tempat masing-masing? Sini pun dah mendung. Sempat juag jenguk luar tingkap. Tak nak cerita panjang,cuma nak cakap berjaya juga buat kek lobak merah atau omputihnya Carrot cake. ^^ Janganlah pelik,sedap je rasanya. Kihkihkih,puji diri sendirilah kan gamaknya. . Sebenarnya Cik Dhia nak share resepi kek ni,tapikan,buku resepi mana ya? Rasanya ada je semalam atas meja ni. Haaa,cepat cakap siapa ambik? Kihkihkih. Jangan risau. Resepi semua dah dalam kepala da. Hahaha! Terasa riak disitu ya. Jom terjah resepinya.



Kek Lobak Merah Dhia / Dhia Cake Carrot

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manus (cinnamon powder) *
1 sudu teh soda bikarbonat *
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan parutan lobak merah (carrot)
4 biji telur
Kekacang *ikut suka. Cik Dhia guna walnut yang telah dicincang.

Cara-caranya :
  • Segala bahan kering (yang bertanda *) diayak dan diketepikan.
  • Pukul telur hingga kembang, masukkan gula halus, pukul lagi hingga kembang. Masukkan minyak dan esen vanilla. Pastikan sebati ya. ;)
  • Masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, gaul hingga sebati ya.
  • Masukkan parutan lobak merah/carrot dan kekacang. Gaul adunan dan tuangkan ke dalam acuan. Kalau nak senang angkat, boleh gunakan kertas minyak. Senang dan mudah.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45minit/1jam.
  • Siap! Tunggu sejuk barulah potong ya.
Oh ya, kek carrot ni sedap juga kalau buat frostingnya dengan cream cheese. Cik Dhia tak buat sebab,yang nak makannya mak ayah. Mak ayah tak berapa minat cheese ni, so tak payah buatlah kan. Tapi untuk raya haji nanti, Cik Dhia nak buat dalam cupcake. Boleh letak cream cheese. Nanti Cik Dhia kongsi resepi ya. Sebab untuk raya haji ni, nak buat spesial sikit tambahan dalam kek ni. Apa dia? Nanti Cik Dhia kongsi. ;)

Versi cupcake. Eh! Bukan cupcake,versi kertas kuih raya. Saja je try. ;)
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah

Nikmat mana lagi yang aku nak nafikan? #2

"Ada satu masa nanti,kita diuji dengan macam-macam masalah. Sampai,masa itu tidur pun tak lena. Makan pun tak senang. Risau. Tapi kita terlupa, yang memberi masalah adalah Allah. Dan hanya dengan mengingati DIA sahaja, boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap benda ini,tapi DIA. Dan dia sudah beritahu kita di dalam 'surat cinta' DIA kepada kita. DIA yang memberi masalah dan DIA juga yang menenangkan hati kita sewaktu tidak tenteram. Betapa sayangnya Allah pada kita"
 
Tatap mata aku dalam-dalam. Kadang-kadang ada yang tak mampu berbicara dengan pancaindera suara. Kadang-kadang ianya terlukis di bayang mata. Cuma kali ini,aku mohon. Tatap dalam-dalam. Cuba engkau selami dan memahami. Tak banyak yang aku minta. Cuma ini.
 
Kadang-kadang rindu yang aku rasa menyesakkan jiwa. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati. Dan terkadang ianya membuat aku sebak. Sebak tanpa tanda-tanda.  Bukan aku membenci,malah bukan juga aku menolak. Rasa rindu ini DIA yang pinjamkan pada aku. Apa yang harus aku lakukan kalau itu kehendakNYA?
 
Kadang-kadang rindu ini aku nafikan. Aku menidakkan. Dan kadang-kadang aku abaikan. Bukan apa, takut-takut nanti rasa itu kembali. Takut juga nanti melawan keresahan. Takut juga gagal dalam usaha mengubat sebuah luka. Sedangkan,ianya sudah lama berlalu. Ya,luka itu telah lama. 
 
Doa aku selalu mengiringimu. Tetapi aku tahu,tanpa doa aku kau masih bisa menjalani kesemuanya. DIA masih ada untuk memberikan yang terbaik untuk kamu. DIA masih ada untuk mengukirkan takdir yang terindah buat kamu. Dan DIA masih ada untuk aku. Memberi kekuatan untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini.
 
Mengertilah bahawa perasaan dan rasa ini akan hilang akhirnya. Sampai suatu hari nanti aku tak sedar ianya sudah tiada. Ianya tidak lagi menghimpit dan membebani aku. Percayalah,rasa ini akan pudar akhirnya. Harapanku,semoga engkau tidak lagi cuba untuk menghidupkan kembali rasa yang telah mati nanti.
 
Melupakan satu perkara yang tidak mudah,malahan mengenang juga bukan sesuatu yang indah. Tetapi, ingatlah satu perkara. Perkara yang sejak azali lagi. Perkara yang selalu membuatmu bahagia, itulah DIA. RahmatNYA dan kasih sayangNYA. KurnianNYA dan ampunNYA.
 
Dan persoalannya, dimana letaknya DIA disisi kita? Dimana? Dan aku biarkan persoalan ini tergantung tanpa noktah. Jawapannya ada pada jiwa masing-masing. Temukanlah hatimu dengan DIA.
 
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah. 

Pulang dengan selamat,adikku.

Sebenarnya tak ada apa yang nak di update. Sengaja. Iyalah,bosan duduk kat rumah sorang-sorang. Macam anak tunggal. Petang nak ke malam-malam baru akak balik kerja. Petang nak main dengan siapa? Duduk dalam bilik diam-diam baca. Baca Infynity, Iman, baca novel, dan baca buku resepi. Catit itu ini. Issshh,bosannya. Takkan nak ajak mak ayah bergurau pulakkan,elak-elak kena lempang je. ^^ Hmmm, saja tayang gambar adik sendiri. Terasa rindu. Brrr,aku pasti sangat lepas dia baca buat statut "Apahal akak aku rindu aku". Tak kat FB,Tweeter confirm! Bhaha. Hey boy,balik nanti hati-hati ya. Kalau abang pilot tu hensem,tolonglah sampaikan salam akak kau yang comel ni. Brr,perasan -___-'. Oh ya, kau aga-agak kenapa aku pampang gambar kau yang sebesar ni? Sebab aku nak kau belanja aku balik ni. Kihkihkih. Ea ea ea. Pizza sila tuntut kat kakak-kakak kau yang dah kerja. Bhaha! Keji much perangai aku. ^^

Ok,selamat malam ^^
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah

Cerita SMKFBK

Salam buat semua pembaca. Apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat belaka lah ya. Hmm,hari ini nak cerita kisah lampau pula. Hamboii,lampaulah sangat ya. Bukan lampau,sebenarnya cerita dulu-dulu. Zaman budak-budak hingusan. Mihmihmih. So,tak nak buat intro panjang-panjang sebab nanti melalut lebih. Kan?
 
Semalam,ikut mak ayah ke Tangkak untuk satu urusan rasmi. Hamboii. Mihmihmih. Kak Miya yang demam pun ikut. Kalau jalan semuanya sihat. Kihkih. Ok,dah settle semua urusan kat Tangkak, ayah ke FBK pula. FBK stand for Felcra Bukit Kepong ya. ;) Haa,bermulalah cerita aku yang duduk kat sana selama 7 tahun. Dari darjah dua sampailah ke tingkatan 3. Itu pun setengah tahun je. Dua bulan ke tinggal sebulan lagi nak PMR,aku pindah. Sadis! Masa pindah darjah dua tu pun setengah tahun juga. Apa ayah ni suka pindah tengah-tengah tahun? Kihkihkih. Tapi sekarang ni nak cerita tang cerita menengah. Jom,tengok gambar. Boleh story mory dengan gambar sekali.

  
 
Inilah sekolah aku. SMK Felcra Bukit Kepong. Banyak sangat kenangan kat sekolah ni. Tapi,paling banyak kenangan form 2 dan 3. Form 1 tu macam tak berapa nak ingatlah. Kihkih. Keji much ok -_-'. Paling tak boleh lupa,masa form 2 aku dah kena panggil dengan kaunselor. Kes bercinta. Ok,bengang ok, sapa pula yang tarik nama gua? Gua bengang je. Eeee,menyampah. Nasiblah kes ni tak sampai ke telingah ayah. Sebabnya ayah masa tu Pegawai Kawasan. Office ayah pula memang betul-betul sebelah sekolah. Tak ke naya kalau ayah dapat tahu? Mihmih. Tapi tu cerita dulu. Kaunselornya bukan main garang lagi. Masuk-masuk bilik je pertama sekali mesti budak kene pelempang dulu baru dia tanya kenapa. Kau ada kaunselor garang macam tu? Tapi aku tak kenalah. Sebab aku comel. Ok,ini tipu. Itu kes beratlah masa Form 2. Terasa macam #@$%^ je. Mihmih
 
Tingkatan 3. Oh ya, masa tingkatan 2 lagi, aku dah berjinak-jinak dengan softball ni. Thanks to coach, Cikgu Mahizan yang banyak tunjuk ajar. Aku bawa minat aku ni sampai ke sekolah teknik. Dan alhamdulillah, masa wakil daerah pontian ke Kulai, aku berjumpa dengan coach aku. Dan sempat jugalah, aku aplikasikan ilmu yang dia ajar bab 'scoring'. Sebab kat Malaysia ni,tak ramai yang tahu kira-kira markah ni. Tak silap, masa dia bagitahu dulu cuma 3 orang je yang mahir bab ni,dan dialah salah seorangnya. Hebakkkkk nya coach saya. Dalam group softball,i'm a leader. Leader urus barang segala. Lepas tu kaki ponteng kelas. Hello,bukanlah suka-suka ponteng tapi dengan izin Pengetua. Kau hadoo? Orang sibuk belajar pagi-pagi dalam kelas. Aku and the geng duk kerah keringat kat padang berlatih softball. Group softball aku,Anti,Piqa,Lina, dan lain-lain *sebenarnya dah lupa. Ampun! Lama juga tak masuk kelas, masuk kelas dengan muka gelap galas 'Bat'. Tak ke hangin budak-budak ni.Brrr. Aku suka sangat dengan softball ni daripada study. Yeahh! Kejamkan? Lepas tu,satu lagi kenangan,dengan arwah cikgu sejarah. Nama dia tak payahlah mentionkan. Sedih. Kantoi surat cinta. Ex akulah ni! Jadahnya bawa surat cinta pergi sekolah. Bengang je tau. Tapi tak apa, aku redha. Yelah,time sekolah sibuk nak bercinta. Tapi aku bukanlah jenis gedik ok. Even aku dengan ex satu kelas,cakap pun tak. Mihmihmih. Tak kuasa nak melayan. Sekolah,sekolah. Luar sekolah baru kita bercinta. Tapi tak pun. Kat luar pun sama,macam tak ada apa-apa. Kita relex-relex je.
 
Cakap pasal kelas,dalam kelas, yang baik dengan aku Nadia, Balqis, Ina dan Mariam. Yang lelaki pula, Farid, Ashraf, Alif, dan Ery. Ok,Ery tulah ex aku. Mereka-mereka ni semua pengawas. Aku sorang je Pustakawan. Mihmih. Dalam kelas kemain lagi mulut semua macam mak jarah. Tak berhenti cakap. Kecohlah ertinya. Aku sayang diorang. Tapi tak lama,Ina pindah Muar. Lepas tu aku pula pindah. Haa,nak tahu mana kelas aku? Kelas aku tingkat atas sekali,hujung sekali. Perghhh~lenguh lutut adddiikkk nak naik tau. Tapi,masa F3, kaki aku mengalami luka yang amat dalam sebab tercucuk dengan kaca pingan. Releks je pakai sandal,jalan satu sekolah. Naik tangga akulah yang paling lambat, turun aku paling laju. Mihmih. Lama juga nak sembuh kaki tu sebab luka dia besar. Huhuhu. -__-' Oh hoiiii,rindunya. Pagi kelas biasa. Petang tuisyen bahasa Melayu katanya. Malam pula tuisyen lagi. Petang Jumaat tuisyen lagi. Hidup penuh dengan tuisyen. Cemerlang,aku tak juga. Mihmihmih.
 
Ingat lagi,aku pindah masa tu hari Rabu. Seorang pun aku tak bagitahu yang aku akan pindah hari tu. Sebab aku taknak diorang sedih. Padahal diaorang suka kau pindah. Bhaha! Perasankan. Diorang tahu aku nak pindah tapi hari apa tu tak tahulah. Paling aku sayang,dengan cikgu math. Cikgu Musman,sebab dialah aku minat math. Mana taknya dalam kelas akulah yang dia selalu attack, akulah yang dia selalu balikng kapur. Aku dulu nakal. Masa jumpa dia nak minta maaf tu,adoii, meleleh jap air mata. Dia pun menangis. Sedih kot. Tak apa cikgu! Sekarang Alhamdulillah saya dah jadi manusia. Malah,saya dah jadi cikgu Math. Part-time cikgu math,kat mana tu rahsialah ya. Tapi dah 3 sem aku amik job tu. Bila student aku macam tak geti bahasa,aku tak marah,sebab mungkin aku dulu pun macam mereka jugakkan. Mihmihmih. Dan yang paling sayang nak lepas,coach. Cikgu Mahizan. Amboiii,kau sayang cikgu lelaki jekan? Tak,nantilah. Tak habis lagi. Dia banyak jadikan aku kuat tak lembik. Banyak bagi dorongan. Thanks sangat-sangat. Lepas tu,dengan cikgu Hasnaria. Rapat dengan dia. Cikgu Ana ni baik orangnya,sopan je. Sayang sangat. Cikgu Ana pernah bagi surat kat aku pasal kes aku dengan senior si Jubair tu. Kenapa? Sebabnya si senior ni menganggu ketenteraman aku ok. Tak senang jadinya. Apa isi surat tu,dirahsiakan. Yang penting memang sayang sangat dengan semua. Mihmihmih.
 
Banyak sebenarnya nak cerita. Tapi takut pula bosan. Takpa,takpa. Adakah kena buat part by part? Mihmihmih. Kalau rajinlah. Ok,semua. Cuma nak cakap sekolah ni banyak kenangan. Love all. ^^


Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah


Teruskanlah

Pernahkah kau bicara, tapi tak di dengar. Tak di anggap sama sekali.
pernahkah kau tak salah. Tapi disalahkan. Tak di beri kesempatan.
 
Kuhidup dengan siapa. Ku tak tahu kau siapa. Kau kekasihku tapi orang lain bagiku.
Kau dengan dirimu sahaja. Kau dengan duniamu sahana. Teruskanlah. Teruskanlah kau begitu.
 
Kau tak butuh diriku. Aku patung bagimu. Cinta bukan kebutuhanmu.
Teruskanlah by Agnes Monica.

Entah apa mimpi. Entah datang mana kudrat untuk aku mengenang benda-benda yang dah lepas. Sememangnya aku tak suka. Aku tak suka untuk mengenang benda yang aku rasa merugikan. Buang masa,buang semuanya. Huh! Kejam? Memang aku kejam. Dan aku tak sangka benda ni boleh aku terfikir.
 
"Apa dia buat sekarangkan? Dulu kalau time macam ni dia buat ni, buat tu"
"Sihat tak dia ya?"
 
Kan? Aku rasa tak patut aku fikir semua tu. Buang masa.
 
***
 
"Kau buat apa haa? Kau dah tak geti nak balas mesej aku?". Eh! Dah kenapa nak tengking-tengking. Aku tak pekak lagilah. Aku merungut dalam hati. Malas melayan amarah serupa syaitan nirrajim.
 
"Saya dah mesej kan? Yang awak tak reply kenapa? Saya malas nak kacau, mana tahu awak sibuk" balasku selamba. Malas nak bergaduh,kerut-kerut muka.
 
"Kau suka bagi alasan bodohkan? Ikut suka kaulah!",sekali lagi aku rasa amarah itu atas rasukan raja syaitan nirrajim. Aku diam. Talian dimatikan. Mata bergenang. Sakit sangat. Apa aku buat semua salah. Alasan yang aku bagi semua dipertikaikan. Apa kau ni sempurna sangat? Kita sama-sama manusia bukan.
 
Hari-hari yang aku lalui kadang-kadang indah, kadang-kadang aku rasa macam apa. Aku bukan jenis yang suka marah,apatah lagi menaikkan suara. Itu bukan aku. Kalau orang marah aku, aku yang menangis. Orang naikkan suara pun aku boleh bergenang air mata, inikan aku? Memang taklah.
 
Aku rasa aku terlalu bagi hati kat kau. Sampai kau tak hargai langsung hati aku. Pengorbanan aku langsung kau tak pandang. Asyik-asyik suruh kenang pengorbanan kau. Apa hebat sangat pengorbanan kau aku nak kenang? Sehebat keluarga aku? Kalau ya pun kau taknak kenang pengorbanan aku, apa kata kau ambil sedetik dua kau kenang pengorbanan keluarga aku. Terima kau cara baik, kita habis pun cara baik. Tapi apa kau buat kau aku? Segala kata makian, segala tengkingan semua aku dapat. Malas nak ungkit. -___-'. Depan bukan kemain kau iyakan,belakang aku yang dapat maki. Huhhhh! Bodohnya.
 
***
Nampak tak betapa sakitnya hati ini?
 
Minta maaf sangat-sangat. Sebenarnya niat nak buat sedikit cerita tapi nampak gaya emosi yang terlebih. Kini kau tahukan,betapa sakitnya hati aku kau lukakan. Terima kasih! Terima kasih. Cukuplah sekali kau sentuh hati aku. Cukuplah sekali kau sentuh hati mak ayah aku. Cukuplah sekali. Aku tak akan sesekali benarkan benda itu terjadi lagi. ;)
 
*setitik airmata pun tak jatuh kerana kau lagi. Bergenang memang,kenang jasa mak ayah aku bukan kau. Kau silap ;)
 
 
 
Lot's of love
Cik Dhia.
 

 

Pokok Kaktus ;)

Salam buat semua pembaca. Apa khabar? Diharap semuany sihat-sihat belaka ya ^^. Hari ini duduk rumah sahaja. Bangun pagi, solat, kemas rumah, berkebun, kemas balik rumah, sapu sana sini, sarapan, memasak, kemas bilik dan berehat baca novel. Ffffuuhh~ Boleh tahan penatnya. Tapi nasib kat rumah sendiri kan. Buat releks,buat cool. Kihkihkih
 
Erk,dalam jadual tu,ada satu yang pelik. Berkebun? Pernah pula aku ni nak turun berkebun kan. Dalam erti kata lain,bukan berkebun. Tapi,bercucuk tanah. Mihmihmih. Ok,hari ini aku tanah semula 2 pokok kaktus sebab kesian kat dia terhimpit dek pasu yang kecik tu, makanya aku ubah dia ke pasu yang lebih besar sikit sebab dia dah beranak pinak. Mihmihmih. Ok,jom kita baca sikit fakta pasal kaktus ni. Cakap banyak pun tak gunakan tanpa pengetahuan? ;) Lets enjoy read this.
 
***
Pokok kaktus merupakan salah satu pokok hiasan rumah yang sangat mudah untuk dijaga, selain mempunyai ciri-ciri khas yang berduri, sangat berguna untuk tujuan psikologi.
Nama saintifik bagi pokok kaktus.
Pengkelasaan pokok kaktus ini ada banyak sebenarnya, ia berasal dari tumbuhan berbunga famili Cactaceae. Dilaporkan ada lebih dari 80 jenis spesis pokok kaktus ini.
Bagaimana pokok kaktus ini boleh hidup tanpa air?
Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. Walaupun padang pasir memperoleh hujan yang sedikit tetapi pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering.
Manakala duri yang terdapat pada pokok berkenaan turut memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam menghalang dan mempertahankan diri dari haiwan pemakan tumbuhan atau herbivor. Duri itu juga menghalang tiupan angin yang kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu.
Selain itu duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan. Pada waktu inilah pokok ini bertindak menyimpan CO2 dari lingkungan dan menyimpannya di vakuola dann digunakan ketika fotosintesis berlangsung.
Kegunaan dan khasiat.
Tumbuhan ini, kaya dengan logam dan berpotensi meningkatkan daya ketahanan badan semulajadi. Penghidap kencing manis, boleh mengimbangkan badan dengan mengurangkan kandungan glukos dan insulin.
Spesies Opuntia digunakan manusia untuk:
  • Batang mudanya, dikupas dan digoreng, dikukus atau dijadikan acar.
  • Bagi spesis Opuntia juga digunakan untuk dikomersialkan, dalam kosmetik dan ubat-ubatan.
  • Bahagian akar dari spesies kaktus yang lain diolah dalam cairan gula untuk dijadikan permen.
Panduan penanaman Kaktus.
 
Pasu
  •  Elakkan membeli pasu yang terlalu besar. Ini bagi mengelakkan penyerapan air yang terlalu banyak ketika di siram hingga menyebabkan tumbesaran kaktus terganggu.
  • kaktus merimbun boleh di tanam dalam pasu bulat rendah dihiasi dengan batu-batuan kecil
Tanah
  •  Gunakan tanah khas untuk tanaman kaktus atau kombinasi tanah pasu,campuran pasir dan kelikir halus.
Pemasuan semula
  •  Elak akar kaktus tercedera ketika dikeluarkan daripada pasu lama
  • Tidak perlu disiram terlalu banyak air dan terkena terus cahaya matahari sekurang-kurangnya seminggu ketika proses penyesuaian pasu baru.
  • Selepas pemasuan semula, elakkan mengalih kaktus sekerap mungkin bagi mengelakkan berlakunya pergerakan akar yang membantutkan tumbesarannya.
Penyiraman
  • Kaktus tidak perlu kerap disiram
  • Kekerapan siraman boleh menyebabkan ia mereput dan mati
  • Kaktus berduri tajam dan panjang jenis tahan lasak
Baja
  • Yang terbaik tiga bulan sekali
  •  Guna baja jenis ‘low nitrogen fertilizer.’
***
 
Haa,amacam? Senang kan? Kata akhbar kosmo. Kaktus ni sesuai untuk ORANG SIBUK dan PEMALAS. Erkkk,kenapa? Kenapa cakap pemalas? -_______-' Sedih adik tau. Mihmih. Biaq pi lah dia nak kata apa pun,yang penting,kita rajin-rajinlah mengulit pokok kita ya. Selamat berkebun. Mihmihmih. Lepas tu berangan,bila ada rumah sendiri, I mean dengan future,nanti nak ada satu sudut untuk bunga-bunga. ^^ Boleh letak meja minum petang kat luar lepas tu gurau senda dengan anak-anak and husband. Ommoommo,daebak! Hebakkk gila anganmu Nad. Macam nak bagi pelempang bila dah sampai bab anak-anak tu. Over dah angan-angan tu. Mihmihmih. Apa salahnya kan?
 
Love. Kihkihkih. Cendawan tu saja-saja je letak. Buat teman

Oh ya, tadi pun semai benih pokok selasih. Bukan apa, nanti nak masuk lauk betik tu senang. Dah ada daun selasih. Pergh! Sedapnya. Haa,lauk betik ni mak cerita, lauk pertama yang mak buat untuk ayah masa mula-mula kahwin. ^^ Nanti nak juga lah masak lauk ni. Sebab lauk betik tu memang terbaik. Percayalah ;)

Ni yang kedua. Comot sikit. Lepas tu guna spray air bersihkan yang comot-comot tu. ^^. Tumbuh besar-besar tau.

 
Thanks for reading!

Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.

 

Terkenang

Salam buat pembaca. Pegh!Pergh!Dah lama tak update blog. Sedih-sedih. Minta maaf atas kekekangan masa. Eh! Tipu,twitter boleh pula kau update. Blog terabai sejak dah nak final. Maaf sangat. Banyak cerita nak cerita tapi ada yang membataskannya. Oh ya,saya dah menamatkan pengajian diploma rabu lepas. Kihkihkih. Alhamdulillah.

Eh,jap. Kenapa blog ni semacam? Pageview 0? Erkk,biaq pi lah kan. Tak kesah sangat. Ok,sambung.
 
Sepanjang dua tahun menuntut ilmu,ke sana kesini mencari pengalaman. Ada pahit,ada manisnya. Alhamdulillah juga di kelilingi dengan pensyarah-pensyarah yang hensem dan cantik belaka. Terima kasih atas ilmu-ilmunya wahai pensyarahku. Kihkihkih. Jasa anda amat saya hargai dan kenang. Terima kasih,pensyarah! :')
 
Ok,tipulah kalau tak rindu kawan-kawankan? Ok,mula-mula sekali nak story about my roomate. Kolej Kediaman Tun Fatimah,Blok B,Bilik G5B-316. Kihkihkih. Bila dah tamat belajar ni barulah berani nak publish nombor bilik. Kalau tak takut juga. Kot-kot ada yang admire datang bilik letak bunga. Eh! Tetiba. Kihkih. Ok,penggunaan perkataan aku bermula. Aku sebilik dengan Anis Ismail, Yana Mohamad,Finaz hmm lupa nama ayah dia siapa. Tak apalah. Alhamdulillah,semuanya ok. Ala,biasalah. Nama pun duduk sebilik kan. So,nak tak nak kena jugalah hadap perangan masing-masing. Ya dak? Kihkih. Tak apa janji kitaorang bahagia. Haa,nak story. Thanks sangat kat diorang ni sebab sudi kawan dengan aku. Layan perangai tak senonoh aku yang asyik lapar,minta makan tak sudah-sudah. Merengek nak itu ini. Jom tengok movie. Lagi-lagi masa Total Recall keluar,jahat tau. Tergamak aku suruh diorang pergi kelas 30 minit,balik ambil aku tengok wayang. Ya,ya,ya! Aku kejam. Tapi lagi kejam diorang biarkan aku sorang-sorang kat luar bilik selama sejam. Elok je maghrib-maghrib aku duduk kat luar. Dalah,tingkat 3 tu seram,dan cuma bilik aku je ada orang. Seramkan? Tapi,aku tak salahkan diorang pun,tapi nak juga salahkan sebab dah pesan. Hikhik. Aku pun gedik tak bawa kunci. Ala,keluar makan dengan Kak Miya je. Selalunya aku bawa kunci tapi hari tu aku tak bawa. Haha! Ok,tak salahkan mereka pun. Hikhikhik. Oh ya,terima kasih juga sebab bagi nad pinjam rice cooker,heater,buatkan nad air,masakkan Nad telur semua. Pengalaman masak spaghetti,cucur udang dan macam-macam lagi aku takkan lupakan. Thanks habiskan semua apa yang aku masak. Kihkih. Terasa janggal bila ber"KAU AKU". Sebab dalam bilik,kat kelas tak pernah ber "KAU AKU". Prefer say name. Minta maaf juga andai terkasar bahasa,terlanjur kata,terlebih perbuatan. Ampun maaf beribu ampun. ;) Nad sayang korang ok. Muaah! Kihkih.

Ok,Cerita pula pasal kelas. Aku ni jenis yang diam. Diam ke? Ok,tapi rasanya kalau dah dapat bahan, terasa kejam sangat diri ni. Ya,tolong percaya yang aku ni pemalu di kelas. Dalam erti kata lain,suka buat hal sendiri. Sombong,kan? Haha! Bukan sombonglah,pemalu. Iya,budak laki dalam kelas tu 2 orang je yang aku banyak cakap Yan,dan Hasif. Yang lain tu ada juga layan. Tapi masih malu-malu. Kihkih. Poyo pula rasa. Thanks for those yang sekelas dengan aku. Terima ksih atas layanan yang baik. Terima kasih atas ilmu dan doa-doa yang dipohon. Terima kasih hadap muka aku selama dua tahun ni. Thanks group study,Yan,Hasif,Fidah,Nadia,Jyha,Maz,Yana,Tim dan semualah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan. Chewahh,sayu tak? Kihkih. Rindu tahu nak stay-up kat bilik 24jam tu. Rindu nak pergi makan sama-sama. Rindu nak menggila sama-sama lepas stress belajar. Kihkih. Rindu nak ebrgosip itu ini. Wahhh,banyak sangat gosipnya ni. Terima kasih kawan-kawan. Sayang semua. ;)



 
ILY

 

Simple


Assalamualaikum dan selamat buat semua. Oh ya,entry yang ringkas dan padat. Sorry,atas kekejaman dah lama tak up cerita baru kat blog. Maaf! Sibuk,sibuk dan terlalu sibuk. Oh ya, saya sihat sahaja. Doakan yang terbaik untuk peperiksaan akhir untuk sem akhir seorang pelajar kejuruteraan awam. Mohon doa untuk kebaikan ya. Terima kasih atas doanya.

Oh ya, rindu. Sekian,terima kasih. Selautan kasih sayang. Cik Dhia.