Pages

Iftar 2012

Salam semua. Apa khabar? Uhuk! Cik Iera tak berapa nak sihat. Mata bertembel. Haa! Mulalah tu buat andaian yang Cik Iera mengendap orang kan? Eeeeeuuww! Tak adalah, nak kena nak buat macam mana kan. Sabar jelah, first time kena. Teruja! Bhaha.

Alhamdulillah,test MUET telah pun selamat dijawab. Entah apalah keputusannya. Cik Iera kurang yakin kali ni. Adakah kena ambil untuk kali ke-2? Hmmmm. Usaha sudah, tawakal dan berdoa. DIA yang tahu keajaiban yang akan terjadi. Kan?

Iftar kali ni banyak sangat dugaan. Awal puasa,basikal kesayangan Cik Iera hilang. Tak tahu sama ada kena curi atau pun apa. Tapi dah buat report kat polis U. Hmmm, mana bubblebee saya? Rindu =.='

Sebenarnya,tak tahu nak cerita apa. Oklah,Selamat Malam ;)

Salad Kentang versi Cik Iera

Salam buat semua pembaca. Alhamdulillah,berjaya menamatkan puasa ke dua dengan penuh konsisten. Syukur,kekuatan itu masih ada. Oh ya! Syukur,sekali lagi bila operation si peneman berjaya. Alhamdulillah,syukur! Semoga cepat sembuh. Maaf! Saya tak tahu bila sampai sana,komitmen terhadap pelajaran. Rabu,test keusahawanan,Jumaat pula test Rekabentuk Struktur. Sabtu,Muet test. Semuanya menuntut pengorbanan yang tinggi. Semoga kuat hadapi hari-hari yang akan datang. 

Tadi awak,awak semua buka apa? Mesti seronokkan kalau mak yang masak. Nyummmy! Hari ni Cik Iera teringin sangat makan Salad kentang. Erkkk,western nooo tekak kau Cik Iera. Brrrr. So,singgahlah sekejap kedai belakang taman beli limau purut,pati ayam dan lada hitam. Bahan-bahan lain ada kat rumah. Oh ya! Thanks untuk En.Lat yang sudi membelikan daun bawang. Kebetulan dan sejalan,tolong belikan ea. ^^

Taknak cakap banyak,jom zoom resepi Salad kentang ni. 

Salad Kentang versi Cik Iera. (2-3pax) 
Bahan-bahannya.
  • 2 biji kentang (sederhana) yang dipotong dadu.
  • Serbuk lada hitam. 
  • Mayonis.
  • Daun bawang yang dihiris halus.
  • Pati ayam
  • Limau purut. 
Cara-caranya.
  • Kentang yang telah dipotong dadu tadi direbus. Taburkan sedikit garam. 
  • Mayonis,pati ayam dan limau purut digaul sebati. 
  • Masukkan kentang yang telah ditos dan gaul sebati dengan adunan mayonis tadi. 
  • Taburkan daun bawang dan serbuk lada hitam dan sila nikmati dengan penuh nikmat! Lagi sedap kalau sejukkan terlebih dahulu. 
Tolonglah cuba. Mudah dan enak! ^^
Selamat mencuba!

Lot's of love,
Cik Iera.

RAMADHAN,KITA BERTEMU LAGI.


Segala watak serta jalan cerita tiada kena mengena antara yang masih hidup atau pun sudah meninggalkan dunia. Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Hanya ilusi dan bayangan penulis. Sila hormati segala privasi penulis. Sekian,terima kasih.



RAMADHAN,KITA BERTEMU LAGI.
Penulis/Jalan cerita : Es'Poco.

Sedar tak sedar,Ramadhan kita bertemu lagi. Bulan yang penuh rahmat serta bulan yang penuh kemuliaan. Alhamdulillah! Masih sempat untuk kita menjalani ibadah puasa. Mungkin ini adalah puasa yang terakhir bagi kita. Siapa tahu,kan? Apa yang direncanakan olehNYA tiada siapa yang tahu atau tiada siapa yang bisa mempertikaikannya.

Ini cerita Ramadhan aku yang penuh dengan suka duka. Suka kerana bermulanya kisah hidup aku dengan penuh keceriaan dan duka kerana bagaimana tamatnya Ramadhan,tamat jugalah kisah hidup aku yang penuh kegembiraan. Tapi! Aku tak salahkan takdir. Mungkin DIA mahukan yang terbaik untuk kita,hambanya. Satu yang aku pegang dari dulu sampai saat ini,

“ Allah tak akan memberi apa yang kita mahu,tapi yang pasti DIA akan memberikan sesuatu yang kita perlu. Bukan kah itu lebih baik? Daripada sesuatu yang kita mahu tapi semuanya sia-sia?”



Ramadhan 2010.

Perkenalan yang tanpa disengajakan, yang tanpa diduga mengundang secebis rasa. Secebis rasa yang tiada tandingannya. Entah bagaimana boleh wujud padahal ianya baru sahaja disemai. Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? Ahh! Tak mungkin.

Rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa. Kerja sepanjang Ramadhan,mencari duit tepi. Mungkin orang fikir kerja sebagai Sales Promoter kerja senang,tapi kerja ini memerlukan kemahiran ‘mulut manis’. Mana mungkin akan dapat hasil kalau diam bisu, padahal pelanggan keluar masuk butik bajunya. Kalau tak ramah,macam mana orang nak percaya dengan perniagaan yang kita jalankan? Tak gitu usahawan berjaya?

Aku duduk di satu sudut,memerhati pergerakan lautan manusia yang mula membanjiri Plaza Angsana. Pergerakkan yang tak terbatas,walaupun pada bulan Ramadhan. Anak-anak kecil dipimpin tangannya kesana kemari. Warga emas,mula mencari kerusi kosong untuk diduduk. Tidak cukup dengan kerusi,boleh juga menebeng di sisi tangga. Segalanya boleh bila bulan Ramadhan. Penat mungkin kesana kemari mencari baju yang dihajati. Aku,senyum. Bukan senang melihat situasi ini. Setahun sekali. Syukur!

Telefon bimbit berbunyi,menandakan ada pesanan ringkas masuk. Open!
‘Hari ini awak nak buka apa? Teman saya pergi bazar ya.’ Pesannya.
‘Macam biasalah,nak makan Puding Kastard. Boleh? Pergi bazar mana? Saya kan kerja.’ Balasku.

‘Oh macam ni eh kerja zaman sekarang?’Ada satu suara yang sangat aku kenali. Perlahan-lahan aku menolehkan wajah aku ke arah suara tadi. ‘Gulpp!’

‘Err,saya rehat sekejap je ni. Ramai sangat customer tadi. Dari pagi saya jaga sorang. Ni boss take-over jap.’ Terkial-kial aku menjawab.

‘Jom. Pergi bazar,’katanya sambil memandang tepat kearah aku.

‘Tak naklah,saya kena kerja. Minta maaf,’ kata ku sambil mengangkat kaki untuk melangkah. Tiba-tiba aku rasa diri aku ditarik mahu kehadapan,melangkah laju.

‘Kalau tanya awak,memang sibuk. Peduli apa saya,petang ni,saya culik awak. Pergi bazaar. Jangan degil’ katanya sambil menarik serta mengenggam tangan aku seiring dengannya. Orang sekeliling tidak dipedulinya. Makin lama,makin laju rentak kakinya.

‘Lepaskan boleh tangan saya?’ kataku setibanya di hadapan keretanya.
‘Maaf,’katanya. Sambil berlalu pergi ke arah pintu pemandu.
‘Tangan macam raksasa. Sakit tahu tangan ni. Tengok! Merah dah. Huh!,’ rungut ku sambil menjeling tajam ke arahnya yang tidak berperasaan. Bengkak hati aku dengan perangainya!

Seperti kebiasaanya,bila dalam kereta dua-dua bisu. Tak terkata. Hanya mata yang berbahasa. Hanya mata yang tersenyum. Setibanya di bazaar,seperti kebiasaannya. Kedai ayam percik yang dituju, puding kastard dibungkus. Jalan-jalan sampai pening,sedut semua bau makanan. Manisnya kenangan itu.

Meja kecil itu sudah dipenuhi dengan juadah untuk berbuka. Tiada satu kata pun yang terungkap antara kita. Diam. Ah! Aku tak heran sangat,sebab kau memang macam tu. Tapi yang aku pasti,orang luar kalau melihatnya,merasainya pasti sangat janggal!

‘Awak tak berbuka dengan keluarga awak ke?,’ aku mula berbicara sementara menunggu azan berkumandang.

‘Taklah,kan memang hari-hari saya berbuka kat sini,’katanya sambil tersenyum kearah aku. Aduh! Kau tahu tak aku cair dengan kau,walaupun kau senyum?

‘Ikhlas ke?,’ sengaja menduganya.

‘Awak tanya saya ikhlas ke tak? Saya tinggalkan keluarga saya,walaupun Ramadhan yang pertama yang seharusnya semua berbuka dengan keluarga. Tapi saya datang sini teman awak berbuka. Awak tanya saya ikhlas ke tak?’ tajam matanya merenung aku. Aku kaget!

‘Awak ni,saya gurau jelah. Saya tahu awak sayang saya. Kata lain,kesian saya berbuka sorang-sorangkan?,’ Aku cuba bersenda.

‘Tahu pun. Aah! Saya memang kesian kat awak. Hari-hari berbuka sorang-sorang. Tu yang saya teman tu. Tak faham-faham?’ balasnya sambil tersenyum sinis. Alhamdulillah! Senyum pun. So,dia tak terasalah tu. Azan sudah berkumandang. Doa dibaca,juadah mula dijamah. Sambil berborak-borak kosong,sempat juga kita bergurau senda.

‘Puding kastard lagi? Eeeee, awak ni tak muak-muak ke makan benda tu? Saya tengok pun dah macam muntah baby. Eeeuuuuw!,’ katanya.

‘Awak ni,selama ni saya makan awak tak cakap apa-apa pun. Awak nakkan sebenarnya? Tapi malukan?,’ sengaja aku mengusiknya.

‘Tak nak saya makan muntah baby’lagaknya

‘Saya nak basuh tangan jap’ sambil berlalu pergi.

3 minit.

‘habis jugak muntah baby saya kan? So,awak bertenaga tak sekarang? Macam badang tu,’ kataku sambil gelak. Tak tahan aku bila aku sampai tupperware puding habis licin. Kuahnya juga tak berbaki,bersih!

‘Eh! Diamlah dak kecik. Bukan sedap sangat pun. Saya makan sebab saya tahu awak dah kenyangkan? Buangkan membazir,’ kalisnya. Dia pandang aku,aku pandang dia. Kami bergelak sama. Bahagia. Sejak hari itu, hari-hari kau teman aku berbuka. Sesibuk macam mana pun kau kerja,kau tetap bawa aku ke bazaar, kalau tak pun,kau beli juadah untuk berbuka di butik kecil tempat ku bekerja.

Balik kerja yang pastinya kau ambil bawa balik. Tak boleh aku berjalan kaki. Bahaya katanya. Syukur dapat sahabat macam kau. Prihatin tapi menjengkelkan. Boleh gitu? Aku senang dengan kau,walaupun perangai kau seperti kanak-kanak kecil yang ingin dimanjakan. Tanya sahaja area JB,mana yang tak pernah kau bawak aku jalan? Sutera mall yang tak pernah-pernah aku jejak pun kau bawa. Pasar karat,Pandan semua kau bawa,sampai aku rasa orang sana pun sudah kenal kita. Orang berterawih,kita pula sibuk masuk wayang tengok cerita latest. Tak terlepas! Tapi,sorry sahabar. Cerita Predator yang kau pilih masa itu, bikin aku lena. Sorry! Terima kasih sahabat! Tangis aku kadang-kadang kau yang seka. Aku malu bila permata jernih aku jatuh dihadapan kau. Aku sayang kau,sahabat!

Sehinggalah satu hari itu, hari perpisahan kita. Hari yang terakhir untuk kita bergurau senda. Kau masih sudi kedai aku,berbuka bersama. Masa yang aku rasakan sangat cepat berlalu,padahal aku masih tak rela untuk berpisah dengan kau. Entah kenapa,aku merasakan selepas ni kau akan jauh dari aku. Ya,jauh. Aku mula sendu.sendu di dalam hati. Tapi aku, aku tak pernah tahu apa yang ada dalam hati kau. Kau sedih atau tidak dengan perpisahan ini,aku tak tahu! Masa yang dinantikan,tiba. Aku menemani kau ke arah kereta kau. Tiada bicara antara kita,hanya lambaian tangan yang mengiringi perjalanan kau. Selamat tinggal sahabatku!

Itu kali terakhir aku melihat kau. Itulah kali terakhir aku bertentang mata dengan kau. Dan itulah kali terakhir aku melihat senyuman kau. Semuanya yang terakhir. Dan hari-hari selepas itu,tanpa kehadiran kau.

Ramadhan 2012.

Kini,sudah dua Ramadhan aku tanpa kau. Tanpa gurau senda dengan kau. Dan yang paling penting, sepanjang tempoh masa ini jugalah,tiada ayam percik dan puding kastard dalam hidup aku. Besar kesannya dalam hidup aku. Tapi aku tahu kau tidak peduli. Sepanjang perpisahan kita,ada sahaja pergaduhan yang berlaku. Tak kira samaada besar atau kecil. Itulah yang semakin menjarakkan kita, sehinggalah suatu hari. Kau melontarkan ayat yang aku rasa sangat menguris hati aku. Sungguh!

‘Kau jangan muncul lagi depan aku. Jangan muncul. Faham??!!!Perempuan tak bermaruah!’

Aku tak tahu samaada aku boleh maafkan kau ataupun tidak bila kau mempertikaikan maruah aku. Aku tak pasti maaf itu bila kau akan dapat. Tapi aku sedar,aku hanya manusia biasa. Sedangkan Nabi Muhammad pun memaafkan umatnya,apatah lagi aku hamba yang hina.

Aku sentap dan aku faham. Dan dari saat itu juga,aku dan kau tak bertemu. Aku pegang ayat kau. Aku pun tak mengharap untuk berjumpa kau lagi, walau pun kau pernah kata,

‘Kita tetap sahabat,walaupun kita sudah dalam liang lahad’

Tapi tak mengapa. Sekarang,apa yang kamu,kau dah dapat. Kebahagiaan yang kau mahu juga kau sudah dapat. Pandai-pandailah kau jaga hati si penculik hati kau. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau. Kau bahagia,aku juga bahagia.

Biar aku simpan kenangan itu,seorang. Aku tak rela kenangan itu dikongsi. Aku redha dengan apa yang terjadi. Terima kasih Allah! Walaupun kegembiraan,kebahagiaan itu kau pinjamkan sebentar. Aku tetap bersyukur. Syukur!

Kau,jaga diri
“Bila kita redha akan sesuatu yang berlaku. InsyaAllah, DIA akan bagi kita sesuatu yang baik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri”

Sekian,terima kasih.

Nota kaki : Identiti 'Kau' dan 'Aku' dirahsiakan atas permintaan pencerita. TQ :)




Peha kecil?

Salam buat semua! Bismillah. Salam Ramadhan untuk hari yang ke-2. Semoga semuanya masih bertahan ya. Tinggal berapa jam je lagi.

Pertama-tamanya,Cik Iera meminta jasa baik semua pembaca agar mendoakan untuk keselamatan dan kesihatan salah seorang yang Cik Iera sayang dalam hidup. Doakan agar operation yang akan dijalankan selamat hendaknya. Amin! :') Terima kasih semua.

Haa,Cik Iera sekarang makin hari makin comel nampaknya. Comel badan,berisi kata lainnya. Alamak! Pakai baju kurung hari itu pun,sempit. Eh! Gemuk sudah :) Jom Cik Iera nak kongsi satu senaman mudah. Kita start satu persatu ok. Hari ini, kita buat senaman bahagian peha.

Cik Iera ni kalau makan banyak,naiknya tak kat peha mesti pipi. Ketara! So,let's try this exercise. :)

1. Kerusi Bayangan. 


Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
2. Pergerakan menggunting

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!




Medical?

Salam semua. Wahhh! Sudah berbuka kan? Perut pun maju ke hadapan. Selamat berterawih! :)

Let's picture speak. For yout information, I love all memories with them. Miss you!

Tell me why? Haha!

PC Group. Sis Rai, Me, Ana, Sis Anis, Putri

Saya anak Malaysia! 

UMT. 

Pulapas Kluang

With Sir Zul, Happy birthday Sir! 

Sotong Hitam Cik Iera

Salam buat semua pembaca. Poyo je Cik Iera ni,konon nak update malam,tak nya. Ni dah nak update dah. Jom kita intai-intai gambar apa yang kat bawah ni ya.












Haa! Nilah lauk yang Cik Iera dan geng house,eh! boleh jekan cakap geng rumah sewa. Sakai lah Cik Iera ni. ^^.  Sotong hitam versi Cik Iera. Petang tu,Cik Yana datang ambil sebab baru habis latihan kat Sispa. Tiba-tiba nak pergi pasar malam,apa lagi,jom! Round-round Cik Yana nak masak. Cik Iera on je. jom masak! Lepas tu blur,dua-dua tak tahu nak masak apa. Round-round,eh! Ada sotong. Yeah! Jom masak sotong. Ok,jom intai resepi. 

Sotong Hitam Cik Iera
Bahan-bahannya.
  • 1kg sotong
  • 6 batang cili
  • Seulas bawang besar
  • seulas bawang putih
  • sedikkit halia 
  • Garam,ajinamoto.

Cara-caranya.
  • Bersihkan sotong,dakwat hitamnya jangan buang ya. Buang tulang nya sahaja. 
  • Potong bawang besar,bawang putih dan halia. Tumis sehingga baik bau. Masukkan cili yang telah di potong dua.
  • Masukkan sotong,gaul rata. Haaa! Mesti dah hitamkan? Jangan gabra,biar je. Masukkan garam,ajinamoto. 
  • Biarkan sehingga masak dan siap untuk dihidangkan. 
Nota kaki : Hitam lauk ni guna dakwat sotong original. Tak payah letak kicap. Pekat hitamnya tandanya sotong tu masih segar :)

Selamat mencuba!

Lot's of love,
Cik Iera.

Ramadhan 2012

Salam buat semua pembaca. Bismillah! 

Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Cik Iera alhamdulillah masih sihat dan bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah. Oh ya! Minta maaf ya kalau sunyi sepi,tak terupdate. Al-maklumlah, baru balik dari UMT,Terengganu. Alhamdulillah, UTHM juara keseluruhan bagi Perhimpunan Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3 tahun ni. Syukur!

Sebelum terlambat,Cik Iera sekeluarga ingin mengucapkan, Salam Ramadhan Al-Mubarak! Semoga semuanya dapat puasa penuh ya. ^^ Kalau ladies tu,ehem! Susah sikitlah kan, bulan mengambang je,raya dululah. Kehkehkeh. 


Oh ya,sebenarnya banyak yang nak dikongsikan. Nanti malam Cik Iera update lagi ya. Selamat berpuasa semua! :)

Lot's of love,
Cik Iera.

UMT

Bismillah. Salam buat semua. 

Doakan yang terbaik untuk perhimpunan Kor Sispa di UMT yang akan berlangsung pada 13-18 Julai 2012. 

Nanti saya balik saya update ya. 

Lot's of love,
Cik Iera.

Sorry

Salam pembuka bicara. Bismillah! 

Apa khabar buat semua? Maaf,terlalu banyak hari meninggalkan laman sosial. Semuanya terabai,termasuklah diri sendiri. Terabai tak terurus,tambah gelap lagi. ^^

Maaflah,Cik Iera bukan sengaja meninggalkan dunia berblogging,sebenarnya Cik Iera ada latihan insentif untuk Perhimpunan Kor Sispa yang akan datang tak lama lagi. Alhamdulillah, Cik Iera sekarang tengah berlatih untuk Medic. Petang ni ada latihan lagi,kat Pulapas Kluang. Haru Jumaat yang lepas sampailah Isnin,Cik Iera kat sana juga. Panas,terik semua ada. Tabahkan hati bila mengadap cermin,muka gelap. Chomel! Kehkeh. 

Sebenarnya, Cik Iera banyak resepi nak kongsi, tapi Cik Iera hold dulu ya. Cik Iera penatlah. Tak cukup rehat lagi ni. Jumpa lagi nanti. Rindu semuanya! 

Lot's of love,
Cik Iera. 

Pray for me,muet mood.

Bismillah dan Selamat Sejahtera. Selamat Pagi! :)

Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Hari ini kelas Cik Iera start petang. 4pm nanti. Btw,letih sikit pagi ni,sebabnya semalam baru balik dari Melaka. Ada wedding kawan akak,so teman lah kan. Pastu round-round da world. Kehkehkeh. Tak pergi mana pun,pergi JJ Melaka yang kat dengan MC tu. Ramainya orang,sesak mata.

Oh ya, minta doakan yang terbaik untuk Cik Iera esok hari. Sebab dah Speaking Test! Dah tak pasal-pasal, bila cakap dengan perasaan,speaking. Kehkehkeh. Sweet sangat. Sudahlah Italy kalah. Booooo! ^^  Oklah,Cik Iera pun nak luangkan masa yang ada dengan update nota-nota belajar. Takkan nak update blog kan? Ya dak?  Kena seimbangkan masa. So,please take care all!

Cik Iera yang kuat makan. Over! ^^

Lot's of love,
Cik Iera.