Orang berkata.

Orang kata,cinta itu indah.
Aku rasa,Alhamdulillah.
Kerna kita masih merasa
Cinta DIA,cinta manusia.
Makanya,syukurilah.
Orang kata rindu itu seksa
Aku tak tahu nak kata apa.
Mungkin ada benarnya.
Mungkin ada silapnya.
Kerna rindu itu sebenarnya
Mengajar kita erti pengisiannya
Orang selalu kata ‘sampai bila nak membujang?’
Aku kelu tanpa kata lantas terdetik
“Mengapa meningkat umur,mula menjadi isu?”
Apa benar bila semakin berusia,
Soal jodoh mula diperkata?
Orang mula menyindir
Katanya jangan sampai jadi anak dara tua
Kalau difikir semula,kalau dah jodohnya
Tak kira tua atau muda maka bahagia juga
Aku mula terfikir,
Sampai bila nak dengar kata orang?
Bagi aku sampai masa,datanglah sang pujangga.
Orang yang berkata itu,terima kasihlah.
Kerna kata itu doa
Jangan sampai terpalit pada diri sudahlah.
Sebab,manusia. Selalu dengar kata orang.
Tapi,jangan lupa. Bermohonlah.
Berdoalah kepadaNya.
Moga lebih berkat hendaknya

Instagram




Sebenarnya bukan nak cakap apa pun.
Sebenarnya nak update resepi agar agar koko tu.
Dan yang sebenarnya,malas.



Madinah,here I come #1st entry

 
Tiada yang indah selain panggilan dariMU,
Tiada yang sempurna selain seruanMU,
Tiada kata secantik bahasa selain kalimahMU,
Tiada harta berharga selain dari rezekiMu.
 
Syukur. Syukur. Syukur.
Alhamdulillah.
 






May,please be nice with me


Assalammualaikum bloggers dan semua pembaca blog.

Selamat datang May,be nice with me please. Second May,masih di Negeri Sembilan. Masih di kampung halaman berssama ibu dan ayah yang tercinta. Almaklumlah,U bagi extra cuti. Eh! Ya ya ya, Dhia cuti dari 30hb sampai 6 May setelah kawwtim dengan lecture lecture tersayang. Hikhikhik *gelak sopan*

Firstly,Alhamdulillah,sebab Dhia tak lupa lagi password nak log in blog ni. Ahakss! Kejam seyyhh lupa. Well,nobody perfect. Ekhem! Life as student degree engineering amatlah perit walaupun...... Bukan apa,projek banyak. Semua subjek ada projek. Projek jambatan. Projek geoteknik. Projek hidraulik. Awesome! Ada festival segala bagai,serupa PSM dah ya. Ekhemm!

Dah genap 3 bulan dah Dhia dan keluarga meninggalkan Tanah Suci,Madinah dan Mekkah. SubhanaAllah,amatlah rindu. Terkadang airmata ni mengalir tanpa alasan. Sebab? Rindu yang membuak-buak. Oh ya,Dhia pun tak berkesempatan lagi nak update cerita kat sana. Secara ringkasnya,Alhamdulillah sepanjang menjalani ibadah dan kehidupan di sana selama dua minggu dipermudahkan segalanya. Syukur,Alhamdulillah! :) Nanti nak pergi lagi,nak honeymoon kat sana,InshaAllah! Semoga dipermurahkan rezeki.

Apa lagi? Apa lagi nak cerita? Hmmmm

 

 

 

 

 

 

 

Dah habis bosan dah ni. Kahkah! Tak tahu nak cerita apa okey. Tak tahu dah. Nampak ta kesibukkan mengatasi segala galanya, tapi kita nak cakap kita tak tengok IRONMAN 3 lagi! Stress! Into the Darkness lak nak keluar 16hb ni. Ala! Ala! Kahkah. Duniawi je ni *sedapkan hati sendiri*

Okey,see you all again next month! Eh! Gila ekslusif sebulan satu entry. Lepas tu enty nan hado isi. Boooooooo! Tak,tak.

 

Well,take care and see you in next entry. Ekhem

Lot’s of love,

Dhia.