Hong Kong Trip #Part 4 (Avenue of Star)

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Hye! Kemainlah lama,baru nak cerita. Haritu,masa Cekqa pergi Airport Senai masa nak naik flight ke Kuala Lumpur,ada satu kereta ni,part betul-betul depan pintu masuk airport. Ya,Cekqa macam kenal kereta tu,tapi sebab tak ingat nombor flat,Cekqa abaikan. Tapi,banyak kali tengok kereta tu. Tapi,tak nampak siapa kat dalam tu,cuma bila toleh tu,orang tu tengah betulkan cermin belakang kereta. Eh! Cekqa salah orang kot. Hahaha! Kau ingat kau retis? Tapi,seriusly,macam kenal. Kot-kotlah memang tu kereta kawan Cekqa,jangan kata kita sombong tak bertegur pula. Hahaha! Okey itu je.

Part 4 ni,nak cerita tempat first yang Cekqa dengan kakak's jejak. Dah sampai hotel,memang flat. Hahaha! Dah masuk,tidur,bangun,mandi lepas tu,sesiap nak keluar. Petang tu lepak dalam bilik je,settlekan,kemas-kemas apa yang patut,malam tu baru keluar. 

Avenue of Star, Hong Kong 
Direction ni boleh digunakan if korang dekat area Tsim Sha Tsui,Nathan Road,atau area-area situlah.  
Keluar dari bangunan Maridor Mansion--Ke kiri (Nathan Road)--Straight dan akan jumpa Hotel Sheraton (Left side)--and just follow the sign. Untuk ke Avenue of Star,perlu melalui underground Sheraton Hotel and Exit J2 and just follow the sign. 


Ingat! Jangan buat pandai. Ikut sign ya anak-anak. Bangunan diorang ni lebih kurang je. Maridor Mansion tu berlambak. Make sure ambil gambar kiri kanan bangunan korang. Deal? Hahaha!

Jalan punya jalan,tup tup sampai pong. Dekat je sebenarnya. Cuaca toksah ceritalah. Dia punya sejuk haaa,ambik kau. Pipi pun kejung nak senyum. 




Apa yang menariknya kat sini? Korang akan dapat tengok lampu-lampu bangunan pulau sebelah. What a nice view. But,jujurnya Cekqa tak ambik gambar banyak,sebab tangan dah kejung,sejuk gila weyhh. Tapi kat camera kakak's I banyaklah uolls. Nanti I update lagi. Okey? Hahahaha. 

Lepas tu pukul 8pm,akan ada show laser bangunan seberang sana tembak seberang sini. Dah macam tengok ultraman pun ada. Hahaha! Tapi memang nice. Persembahan tu berlangsung selama 15 minit. Habis je show tu,berdedai orang blah. Hahaha! 



Dah habis jalan-jalan,snap sana sini,maka baliklah. Satu peringatan kat sana,sana tu kereta bus and kendaraan di kat jalan raya adalah amat laju okey? So,kalau nak melintas tu make sure patuhi lampu isyarat yang pejalan kaki tu. Kalau tak ikut,dengan korang-korang diorang sebat. Who care right? Kau yang degil. Hahaha. Ingat pesan Cekqa yang satu ni okey? Okey,next entry Cekqa cerita pasal Disneyland. Haa! Yang ni memang banyak gambar. Kahkah! 

See you! 


The Rain | Sepanjang Jalan Kenangan




sengaja aku datang ke kotamu
lama nian tak bertemu
ingin diriku mengulang kembali 
berjalan-jalan bagai tahun lalu. 

sepanjang jalan kenangan kita selalu bergandeng tangan
sepanjang jalan kenangan kau peluk diriku mesra
hujan yang rintik-rintik di awal bulan itu
menambah nikmatnya malam syahdu

walau diriku kini telah berdua
dirimu pun tiada berbeda
namun kenangan sepanjang jalan itu
tak mungkin lepas dari ingatanku

"Kadang-kadang,kita orang asing yang dikelilingi dengan kenangan. Kadang-kadang,kita belangkas yang saling menarik bila terlanjur dan menolak di kala lelah. Bila aku hampir rebah,kau menyambut gagah. Dan,bila kau lemah,tak berdaya,percayalah,aku ada untuk kau bersandar"