Pages

Legoland,Malaysia | Entry Bergambar

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera. 


Selasa cuti,Hari Malaysia. So,ambil peluang untuk explore apa ada dengan Legoland Malaysia. Overall,okey-okey sahaja. Cuaca,of course terik. Nama pun taman temakan. 



Selamat datang ke Legoland! Masa datang ni macam tak ramai pengunjung. Tapi bolehlah,meriah jugalah. Ngeehh~ Okey,untuk harga tiket atau selebihnya boleh pergi check kat website Legoland Malaysia okey. ^^y


Sila pakai persalinan dan kasut yang sesuai ya anak-anak. Kalau boleh,pakai sport shoes. Sebab apa? Kalau pakai selipar or so on,confirm 100% kaki berbelang. Biasalah,belajar dari pengalaman kan. Hahaha. Pakaian pula,better cotton. Janganlah mengatal pergi taman tema pakai skirt ataupun tumit tinggi. Motif? Haha. Tersadung padanlah muka kan. Muahahaha. Bawa air mineral lebih sikit ya,sebab cuaca pun panas. Lepas tu,bawalah topi ke payung ke letak dalam beg. Oh ya,spare baju hujan. Kot-kot nak main slide yang air tukan. Cekqa nak naik,sekali tutup. Khecewa ahkak! 


Atie,nak tidur sila balik rumah ya. Muahaha. Kak Wa dengan Kak Miya retis sangat tau. Hannah? 'Awatnya ni?' Muahahaha. Pesanan untuk kepada mak-mak-ayah-ayah-nenek-atuk yang nak bawak baby/budak kecik,boleh je bawak stroller. Sebab setiap section untuk game akan ada tempat letak stroller. Kalau ada anak kecil yang tak larat nak jalan,boleh je sewa stroller Legoland. Berapa tu tak tahulah,boleh tanya staf-staf sana minta bantuan. Kalau malu,meranalahkan mendukung anak. Hiks. 



Apa lagi ya? Apa yang best? Okey,sejujurnya,kalau untuk kita-kita yang belum ada anak,sedikit bosanlah sebab bila kau nak main game,dan kau lihat keliling kau bebudak kecik. Perasaan kau? Hahaha! Ahkak pun bayar dik masuk sini. T__T. Tapi,bantai jelah main jelah apa ada. Yang ada anak/bawa budak kecik maybe seronokkan :'). Ala,bila nak ada anak sendiri ni. Tetiba sangat. Muahaha. 



The Dragon? Roller coaster ada kat sini. Hahaha! Naik sampai dua kali,selamba. Orang jerit,kita pun jerit, Lepas tu,kemain buka mata leluas tengok the journey. Berderau of course. Tapi,puas hati. Apa lagi ya yang best? Haa,sila masuk show 4D. Sebabnya,masuk kering,keluar lencun. Taklah lencung habis, nama pun 4D kan,setakat percik-percik air ibarat gerimis apalah sangat. Lepas tu,ada pula buih-buih sabun terguguran jatuh. Kalau bawa berus baju,pakej dah tu. Tapi,so far 4D show best. Tahniah! 

Yang baru kat Legoland,adalah Star Wars. Siapa peminat Star Wars,terujalah kot. Akak ni,dahlah layan pun tak tetiba nak kena jawab memacam pasal Star Wars. Krikkk krikkk krikk. Okey! Sebelum masuk Star Wars Miniland,sila dapatkan one like file kat bahagian Mindstorm. Nanti adalah game-game yang berkaitan pasal Star Wars tu. Nak soalan bocor ke? Hahaha. Sesuatu sangat tau. Hmm,tapi tapi,untuk mini-land Star Wars tu sepatutnya pihak pengurusan kena pasang aircond kuat sikit kot kat mini-story tu. Panas, sesak nafas sikit. :'(






For Muslim,jangan risau,ada je surau dalam Legoland tu,signboard kemain besar lagi. Dont worry! Okey,kalau rasa nak makan luar dari kawasan Legoland boleh je, but make sure tiket simpan elok-elok okey? Before keluar,dia akan cop kat tangan. Lepas tu keluarlah cari makan ke apa ke kan. Nak masuk tu,just tunjuk tiket,ngerti? Hahaha. Rasanya,itu je tips setakat ni. Haha! Tips lah sangat kan. Tak apa,sekurang-kurangnya kongsi pengalaman. Ya dok? 

Okey,overall rank untuk Legoland, 3.5 star dari Cekqa. Keep improve and steady okey. Apa-apa pun,bangga juga sebagai rakyat Malaysia dengan wujudnya Legoland ni. Legoland Water Park? InsyaAllah,kalau ada rezeki jatuh,tak salah rasanya explore. Hahaha. 

See you in the next story. Pssst,tak sabar untuk holiday bulan depan. Jyeeaah! 

Survey Camp UTHM,Asahan,Melaka | Entry bergambar

Assalammualaikum,Salam Sejahtera. 

Pheww~lama betul tak update blog. "Deactive jelah blog tu". Eh! Biarlah nak up ke tak. Asal? Mati ke tak jadi sweet stalker? Boo. 

Seminggu naik semester baru,ada kena pergi Survey Camp. So,demi mengelakkan dibuang U serta merta baiklah ku relakannnn jiwa. Hiks! Camp kali ni buat kat Asahan,Melaka. Pergi naik bus U,and that time dapat kenal kawan baru,merangkap roomate merangkap group-mate lab akan datang iaitu,Fify. Hye Fify! Kita tak ada amik gambar kan? Hahaha! 

Dalam pukul 12 tengahhari,sampai dah. Check in bilik,kemas sikit-sikit,rehat sekejap lepas tu pergi makan dengan Fify. Bab makan mana boleh lambat kan. Hahaha! 


Dah makan,dah rehat,maka petang hari pertama dah ada taklimat ringkas. Lepas tu dia mention petang turun untuk kenal-kenal dengan alat. Hahaha. Dan,dari situlah kenal ahli kumpulan. So,dimasukkan ke dalam kumpulan 6. Hihihihihi. 

Kumpulan 6 | Nad // Jess // Nasir //Safwan // Yap

Okey,sepanjang camp ni akan buat 4 survey iaitu, levelling,tanverse,tacheometry and setting out. Ala,senang je adik-adik. Sampai levelling tu ahkak buat dua kali tau,sebab senang sangat. Hahaha! Ni semua pasal si Nasir la ni "Distance tak penting". Amekkk! Buat lagi sekali. Hahaha! Nasib okey je semua. Kahkah! Lawak sungguh. Cuaca? Hmm,memang rentung kuasa 10. Panas tapi okeylah sebab ada juga angin sepoi-sepoi lagi berbahasa gamaknya. Diri tetengah panas pun boleh ngantuk,apa cerita tu? So far,camp ni senang je. Bab-bab calculation latit dipat,dua kali latit dipat Yap yang buat. Lepas tu dia akan ajar kitaorang semua. So,semua dapat ilmu. Ilmu tak kongsi,rugi!  

Rentungnya tang pergelangan tangan hingga hujung jari. Bila tengok balik,dah macam pakai tangan palsu. Muahahaha! :')

Khusyuk sangat diorang ni. Hahaha. The Kumbang's kumpulan 6. Hero-hero ni. Yeke? Haha.  



Last day,hari Jumaat,pepagi dah kena jawab test bertulis. Alhamdulillah,hasil belajar memalam buta berhasil. Ada jugalah input dalam kepala ni. Lepas dah settle semua tu,kena uji-dirisiap-alat dalam masa 5 minit. Wowwiee! Hahaha. Kumpulan 5/6/7/8 dibawah En.Nasir. Semuanya okey je. Memula tu cuak juga,sebab time buat fieldwork,tak berapa nak dirikan alat. Tahu baca alat dengan tulis bacaan. Ngelatkan. Hiks! Habis je dirisiap alat tu,MERDEKA! Hiphiphoooray! 


Thank's a lot to all lecturer (Dr.Tono,En Nik,En Saifun and En.Nasir) melayan kerenah kitaorang. Thank's juga kat technician yang pepagi sapu depan bilik alat,sapu pasir. HAHAHA! Lepas tu,thank's to catering sebab makan sedap angat-angat sampai tak sabar nak tunggu time makan. And,last but not least,thanks to pengurusan MSN Asahan Melaka untuk penginapan yang best! Tejuk angat-angat tau. Hahaha. Last for sure,to all member(s) survey camp sesi 6 for the wonderful effort(s) and beautiful memories. Thank's you all!