Pages

1st operation :)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua reader's. So,semua macam mana? Sihat? Diharap semuanya sihat belaka. Okey,dah 6 hari tak update blog. Tak ada cerita baru. Kihkihkih.
 
By the way,Dhia nak ucapkan terima kasih bebanyak buat semua yang mendoakan kesihatan Dhia. Buat semua,Dhia sayang semua. Ewahhh,Alhamdulillah,Dhia dah selesai melakukan operation. Dhia tak tahu nak cakap Dhia sakit apa. Cuma yang Dhia sempat jeling kat skrin hospitak,nama Dhia katanya operation for breast lump. Okey,apa tu breast lump? Dhia tak boleh bagi penjelasan panjang,pekata korang search kat google. Tak merbahaya,tapi kalau simpan nanti boleh jadi kanser. So,the best choice is buang sementara masih muda. Kihkih.  
 
 
That my name. Okey,Dhia masuk bilik operation dalam pukul 2.45 macam tu. Masuk terus diusung je doktor bius. Tak silap namanya Dr.Shahabuddin. Tak silaplah. Nice doc and team. Kena cucuk jarum kat jari sakit tak rasa. Congrate! Dia suruh Dhia mengucap,baca Bismillah and Dhia sempat baca doa untuk dipermudahkan segalanya. And then terus tak sedar. Pengsan angkara bius. And then terus operation. Doc yang incharge Dhia ialah Dr.Mohd Ismail. The handsome,funny and nice doctor. Ahakkkssss! Dah tua dah ponggggg :)

Bangun-bangun je tengok jam dah pukul 4.15. Eh!Lama juga dalam bilik tu. Celik je mata,Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dimuka bumi ni. Sakit memanglah sakit tapi tahanlah kan. Dhia tak menangis sikit pun tak. Acah-acah kuatlah. Alhamdulillah,team dalam bilik operate semua nice,tegur Dhia. Walaupun Dhia hanya mampu senyum sahaja. Dr.Sha sekali lagi cucuk Dhia ubat tahan sakit. Fuhhhh~hilang sikit ngilu. Dhia masuk hospital,sama dengan ayah Dhia. Ayah pun buat operate. So,doakan sekali untuk ayah Dhia ya. Dhia masuk wad dalam pukul 6 petang. Sebilik dengan ayah. Malamnya dijaga pleh kak Miya dan Kak Dila. Mak dan yang lain balik rumah. :) Oh ya,malam tu juga atok dan makcik pakcik dari kampung datang melawat. Thankssssssss :)
 
This is new Dhia. New spirit and new life. Thanks Allah! :) @ward KPJ Johor,633B
 
Ok,nanti Dhia update lagi okey. Tangan kanan ni tak boleh gerak banyak sangat. Lenguhhhhh~ Rabu ada check up dan buka balutan luka. Luka dia sikit je. Panjang batang mancis bahagi dua. Kehkehkeh. Ngilu dia jangan cakap,perit. Ahakksssss.
 
Till then,Lots of love,
Dhia.

Penang,2012

Salam buat semua reader's. Apa khabar? Sihat? Diharap semuanya sihat belaka ya. Alhamdulillah,akhirnya Dhia update juga blog ni. Okey, Khamis lepas dan Jumaat Dhia berada di Penang. Ke Penang tu bukan apa pun,just nak ambil adik yang dah habis sem. Yuhuuuu! Ayuh kutip itu budak. So,dikesempatan ni,jom tengoklah negeri orangkan. So,lets the picture story. Ewahhhh~
Selamat datang ke Penang. Ok,ini permandangan semasa dalam feri nak ke balik pulau. Eh!Yeke? Hahaha. Nak naik feri ni kena bayar tol tau. Tak silap dalam RM7.++. Best! Padahal jakun,first time naik ferry ni. Masa memula mak hantar Mirul,tak naik pun ferry. So,dengan aku kali ni haruslah naikkan. Hewwheww.

Kekasih awal dan akhir gua. Eh! Terrock pulak,tengok lah mak dengan ayah dia rock macam mana. menurun pula kat anak dia ni haaa. Mak takut sikit. Dia stay je diri kat situ. Aku dengan kak mira,mirul kulur kilir usung camera cabuk,snap!snap!snap! Dasar pelancong,kau ada? Hahaha.
This is Kak Miya. Hewwwhewww. Loce youuuu!

Sebenarnya,turun je dari ferry terus reround cari kedai makan. So,nak glamour makanlah kat Line Clear ni. Huhuhu,disebabkan dah kenyang breakfast kat hotel,kat sini makan roti canai telur je. Ehlahhh! kat johor pun adakan? hewhewwwww,BOO! :D Haaa,sebelum pergi sini borong jeruk dulu kat "Pak Ali Jeruk" yang dekar dengan bus stand tu. Ohk,saya fail mengingati nama tempat. Hewwwhewww.

Dah kenyang let's go reround lagi. Berhenti jap kat Padan Kota Lama. Hewwhewww. Tak silap ni,bangunan majlis perbandaran. Tapi bangunannya sangatlah nice. Hewwheww.

Again,kekasih awal dan akhir Dhia. Kacak ayah,manis emak. :)

Full image that bangunan. Oh ya,kereta putih tu tak termasuk ya. Dia memang suka parking dalam tu,hingga ada abang PO buat muka bengis kat situ,apa lagi,aku dengan akak,adik mencicit lari masuk,terus ayah pecut. Huhuhuhu. Huh! Bonet jangan cakap masa tu,mendak okeyyy. Barang Mirul banyak! Eh! Salahkan mirul pula. Memang,memang betul. Hahaha! :D

Sebenarnya,pagi tu dah searching apa tempat menarik kat Penang ni. dan salah satunya ialah Masjid Terapung Tanjung Bungah. Niatnya nak pergi Penang Hill/Bukit Bendera,tapi tersesat kat sini. Dah alang-alang sampai,singgah terus. Believe me,masjid ni amatlah cantik. SubhanAllah,cantik sangat. Tak tahu nak kata macam mana. Hihihihi

This is Amirul,pesalah yang membuatkan kereta penuh dek barang-barangnya. Hahaha!

Dhia dan Mirul. Hewwhewww. Comel kita,tapi aku lagi comel. Eh! Perasaan perasan tu :)

Okey,menggunakan GPS Kak Miera,akhirnya sampai ke Bukit Bendera. Sesak,ramai orang. Oh maiiiiiii,tengok landasan tu,gigil kot lutut. Ok,tak apa. Acah-acah gentlewomenlah boleh naik. Dah beratur nak beli tiket,dah keluar student card semua. Tiba-tiba announce train rosak. Okey! Ayuh balik!! Perghhh,senang hati. Kihkihkih. Tak silap tiket untuk dewasa RM8, Senior citizen/ student/school  RM4

Okey,balik pula naik jambatan Pulau Pinang. Selamat tinggal Penang,hingga berjumpa lagi :)
 
 
So itu sahajalah,just nice. Oh ya,balik-balik je dah dapat surat. Surat dari U yang Dhia dah officially graduate. Dan akan diberitahu tarikh konvo kelak. Eh! Agaj-agak bila ek? Hewwhewww. Cepatlah,cepatlah. Tak sabaqqqq dah ni. Hewwheww. Okey,dikesempatan ni Dhia nak minta maaf kat semua,samada yang terpata,terjauh,kenal atau tak kenal,readers,silent readers minta maaf again. Doakan Dhia ya,esok akan ke hospital untukkk untukkk. Hewwwhewww,rahsia. So,take care and miss you all.
 
Till then,see you again
Lot's of love,
Dhia.
 

Draft 2012 #1

"Namamu siapa?"
"Kalau kita saling kita mengenal dan tidak betemu lagi ianya hanya akan mengisahkan bayangan."

"Kenapa kita tidak berusaha untuk mengenal,berusaha dan bertemu?"
"Pertemuan pertama akan mengisahkan rasa penasaran dan pertemuan kedua hanya mengisahkan perasaan rindu dan saya tidak mahu merindu.

"Maksudnya?"
"Biar takdir yang mempertemukan kita."

 "Semoga kita bisa bertemu lagi."
"Semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita."

Okey,cukuplah sekali pertemuan itu. Alhamdulillah,selebihnya berbalik pada takdir. :)
Status Fb,11/12/2012. :)
Kehormatan Dibalik Kerudung
 
 

Cup Cute Chocolate Moist

Salam buat semua reader's. Hewwheww. Sila BOO kat Dhia sebab dah genap 10 hari tak update. Tingtongggg! Kihkih. Alhamdulillah,Dhia masih bernafas dimuka bumi ini. Syukur,Alhamdulillah. Bukan apa,sibuk. Sibuk tonton cerita korea. Kahkahkah! :)

Ok,taknak bebel banyak-banyak, just nak review resepi Kek Coklat Moist yang Dhia buat pagi tadi. Terlebih rajin pula hari ni. Niatnya nak buat minggu lepas,mak tak bagi sebab kalau hujung minggu confirm keluar dengan kakak's,emak dan ayah. So,simpan kemas-kemas resepi ni. So,korang semua bolehlah ambil kertas dan pensel salin resepi ni. Amat mudah,jimat masa dan tekstur kek ni amatlah gebu. Hewwheww,yang makannya pun bakal-bakal gebulah ni. Erti lainnya,temukkkk a.k.a gemuk. Haa,Dhia dah menaikkan badan duduk di rumah ni. Mihmihmih. :)

Kek Coklat Moist
Bahan-bahannya
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil baking soda*
  • 1 cawan serbuk koko *
  • 3/4 minyak masak
  • 1 cawan gula (Dhia guna gula kastor)
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla.

Cara-caranya.
  • Ayak bahan yang bertanda (*). Ketepikan.
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul lagi hingga rata.
  • Masukkan tepung diselang selikan dengan air suam. Kacau menggunakan spatula/whisk ya.
  • Masukkan esen vanilla,susu pekat,minyak masak dan kacau rata.
  • Kukus selama 1 jam/ bakar selama 45minit-1jam pada suhu 160C. (Dhia buat bakar je)
  • Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba! :)


So,let see apa hasil yang Dhia dapat
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaa,amatlah legam tapi sangat gebu teksturnya. Oh ya,kalau yang cupcake ni,bakarnya cuma 15-20 minit sahaja ya. Untuk memastikan kek ni dah masak atau belum,bolehlah cucuk dengan lidi atau tester cake yan besi tu. Kalau dalam loyang pula, nak tahu kek dah masak atau belum,tepi loyang tu akan ada ruang angin. Maksudnya dah tak melekatlah kat loyang. So,selamat mencuba dan menjamu selera. Nyammmm :). Oh ya,terima kasih bebanyak buat Emma,Atikah dan Chacha dan sesiapa sahaja yang sudi mencuba resepi dari Dhia ni. Beginner lah katakan. Hewwhewww. Pada yang bertanya itu ini juga perihal masakan,terima kasih. InshaAllah,apa termampu Dhia jawab ya. Dhia tak pakar lagi,baru nak merangkak. Hihihihi.

So,berjumpa lagi dengan resepi yang baru dan lebih menarik.

Lot's of love,
Dhia.