Pages

Istikharah

Ya Allah,aku memohon petunjuk daripadaMu, dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu, dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang maha mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah,seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan) adalah baik bagiku dan agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.

[sebutkan urusan di tempat yang bergaris]



Hanya mampu berdoa. Amin. :)

25th


25th.Heyyyyyyyyyy. Again and again. just one thing want to say, 

"Kalau kita  bersyukur, Allah akan tambah nikmatnya". 

Terima kasih ayah atas kata-kata motivasi. Ayah tak pernah menghampakan anaknya. ada sahaja kata-kata ingatan untuk bekalan anaknya. ^^. benda lepas usah dikenang. Now, tutup buku lama, buka buku baru. bak kata seorang sahabart "Kau akan tahu bezanya bila kau sudah sibuk dengan urusan hidup kau. Kadang-kadang keperluan diri kau pun kau tak menyempat inikan untuk ruang isi hati kau" Eh! amboiiii. Janganlah,aku ada target ni, 25 tahun. InsyaAllah, kalau diizinkan. Kehkehkeh. Rasa macam nak lempang diri sendiri yang kuar berangan. Kahkahkah! 

Mohon kekuatan dan mohon yang terbaik untuk hidup. 
Lot's of love,
Dhia Afiqah

Masa.

Cuma satu,bagi masa. Bagi ruang waktu. Tolonglah.

aku bukannya mahu terkejar tanpa menoleh masa silam seseorang. Kan lagi manis, kalau saya boleh bersabar. Alahai,apalah salahnya kalau terus bersabar. Dah tentu-tentu DIA yang Maha Mengetahui segala kejadian. Sekarang,kita tak nampak. Kalau masa senang,boleh kita berkongsi rasa. Apa salahnya kalau masa berduka sedih kita berkongsi juga. Tak,saya tak mudah lupa. Tak akan mudah lupa. Sebenarnya, sayang ni wujud secara tiba-tiba. Tanpa penanda, tapi saya perempuan. Saya hold segalanya. Bagi ruang,ruang waktu. Kalau jodoh kita ada,kita bertemu.

Senangnya,jika jarak ini masih dijaga. Berdoa agar jarak ini semakin lama semakin dekat. Andai kata semakin lama semakin jauh, aku redha. Tentu ada hikmahnya. Tapi,jauhkannya secara perlahan-lahan agar hati juga turut menerima dengan tenang.

Jaga diri. 


#2nd

Cakba! Alahai,comelnya ^^. tiba-tiba aku rasa,aku rindu Airiz. Wajah si comel yang berambut kerinting. Nampaknya dia sihat belaka dan semakin manis anak gadis itu. Iyalah, bukan main happy lagi dia dapat pergi Legoland semalam. Amboiii,kalahkan akak nampak. Akak pun tak pergi lagi tau. Takpe,nanti akak belanja Airiz pergi Hello Kitty Theme Park ya. InsyaAllah,ada rezeki lebih tau! 

Seketika ini,terlintas satu perkara. sepatutnya aku tak harus fikirkannya. Tapiiiiii. Hikhikhik. Nama pun gatalkan. On lappy, google, search image. Wohaaa! Mata tak terkelip-kelip tengok. Semuanya cantik-cantik belaka. Indah semuanya. Ok,tanam dalam diri. One day,tak lama lagi. Brrr, yeke? Nampak gaya macam lama je lagi. Uhuk! Kenapakan sejak dua menjak ini terasa gatalnya menjadi. Mungkin bukan gatal,tapi teruja. Teruja bila tengok kawan sana sini dah berkomitmen. Hello Nadzirah! Habiskan study dulu okeyyy. Final bukan in da corner dah, dah depan mata dah. tunggu traffic light hijau je. =.='

Bila tersedar,teringat akan seseorang. Kalaulah dia tahu hati ni. Ewahhh! Gatal sangat dah ni. Okeyyy,yang tadi tu off the record. Kehkhekhe. Tak ada maknanya. Tapi hati ni geli pula,rasa macam nak gelak. Okeeyyyy, dah habis senyum, berfantasi. Ayuhhhhh! baca kenegaraan sambil berirama. 

Jaga diri,kesayangan. *Tak habis berangan lagi. PANGGGG!

Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

Lepaskan.

Sedang waktu terus berlalu. ada satu perkara yang masih tidak berganjak dari tempatnya. kenangan. iya! kenangan itu. mana mungkin kenangan itu hilang. mungkin yang sakitnya hati. pedihnya perasaan tapi mana boleh lawan kalau kenangan yang pernah tercipta itu dicipta untuk dikongsi. haruskah di kongsi. 

kisah pelangi, satu-satunya kisah yang tiada siapa tahu. hanya kau dan aku. tapi kisah itu sudah bukan milik ekslusif untuk diri aku seorang. aku tak tahu permainan apa lagi yang akan dimainkan. aku tak tahu cerita apa yang akan diwayangkan kepada aku. aku juga tak tahu isi hati kau yang sebenarnya. 

tapi, kalau kau nak buat aku sakit. ya! memang aku sakit. tapi kalau kau nak buat aku benci pada diri kau. tidak, manakan aku mahu membenci orang yang pernah ada saat aku jatuh. aku tak mudah lupa jasa kau,kawan! aku tak akan pernah lupa. kau pergi dan hilang dulu untuk wujudkan benci dalam hati aku. kau silap kawan. tak ada sekelumit benci pada kau. tenang ada,setelah memaafkan kau. tahniah! kau dah berjaya buat aku sakit. tapi aku mohon sekali ini sahaja. kalau kau nak wujudkan sekali lagi sakit itu, aku mohon kau pergi jauh. pergi jauh hingga aku tak mampu nak melihat kau lagi. hidup aku terlalu singkat untuk rasa kesakitan yang kau cipta. 

terima kasih datang memberi penjelasan. terima kasih sekurang-kurangnya mampu menenangkan hati aku. terima kasih dalam tempoh yang kecil itu. aku hargai. kawan, jaga diri. jaga hati. dan jaga kisah pelangi itu sebaik yang mungkin. aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. kalau kau bahagia aku turut tumpang bahagianya. masa depan kita, kita tak tahu macam mana. cukuplah kalau aku kata, aku tak mampu mahu berjanji selalu ada untuk kau, tapi aku janji doa aku akan sentiasa iringi hidup kau. aku tak mampu mahu janji tentang soal hati lagi. manusia, mudah lupa. apakan jadi kita tak menduga. cukuplah kalau aku kata, biar jodoh yang mendekatkan kita. 

kau,jaga diri. apapun dan segalanya,jaga diri capital I.Z


Lot's of love,
Dhia Afiqah.

I ♥ NUSAJAYA

Salam buat semua blogger's, reader's. Apa khabar? Sihat? Hope semuanya sihat-sihat belaka ya. Ok,minggu ni balik lagi rumah Gelang Patah,rassanya sejak awal sem dulu sampai ni dah akhir sem tiap-tiap minggu balik. Brrrr. Apakah? =,='

Okey,minggu ni balik pun bersebab. Sebabnya ada karnival kerjaya sempena KARNIVAL NUSAJAYA. Jyeaaah! pergi karnival kerjaya tu sekejap je, tang lamanya bila da menyinggah gerai sana,gerai sini. Eh! main pula game-game yang ada. Memang awesomelah kan. Kehkehkeh!

So,let the picture story. Kehkehkeh

Early in the morning. Ok,mood mood mood mood masih tak hadooo. Datanglah mood. Datang! Kehkehkeh. 

I love you! Yup,sayang banget. Ok, mood dah datang sikit dah. Datang lagi. 

Jyeaaah! Dapat belon. Jodoh kuat dengan kuning :). Ok,badut ni sangat getis. Brrrr

That's the place,Bangunan Sultan Ismail. Career Carnival. ;)

Leplepppppppp 

Try the game. ^^
Ok! Game ni menang,dapat baju 

I ♥ NUSAJAYA. 

Me tooo menang. yeahhh! dapat lagi baju 

I ♥ NUSAJAYA

Kecil sahaja saya nikan. Kehkehkeh!
My heart ^^

Lastly, 

I ♥ NUSAJAYA


Ok,nak full cerita? Apa ada semua ya,nantilah ya. Sebab nak keluar sekejap. Pergi JJ je. Teman mak. 

Lot's of love,
Dhia Afiqah.

Tak bisa tanpamu.

Bila aku rasa aku down,tak ada yang kat sisi aku. Kawan pun tak ada. Malas!Malas! Malas! Aku memang susah nak berkawan. Lebih diam. Entah,memang aku kecoh,tapi ada masanya aku lebih suka menyendiri. Sorang-sorang. Sekarang,bila aku rasa down,ada seorang dua teman yang selalu aku telefon. Ceritakan segala-galanya. Menangis,gelak. Menangis balik,ketawa balik. Oh! Thanks capital A+N.

Situasi aku sekarang down. Serious down. Rasa nak balik,nak gelak ketawa dengan mak ayah adik beradik. Aduh! Rindunya. Dan saat ini aku menangis. Diam! Aku memang gembeng.

Selamat malam,awak :)

9 tolak 2 samadengan 7.

Salam buat semua pembaca,reader's. Ewahhh! Terasa macam poyo disitukan. Kan? Kan? Kan? Dalah sekarang malas nak update,ke up-to-date blog. Kehkehkeh. Awal-awal dah mengarut,bikin sentap minta pelempang. Tak gitu gamaknya?

Ok,bukan apa. Bukan sengaja,bukan mengada-ngada. Tak sihat satu hal, satu hal lagi line wifi macam hagrammmm syaiton nirrajim! Yelah,budak deg*** dah masuk makanya,segala-galanya berubah. Cafe penuh,bus macam sardin,line wifi macam siput. Tapi yang problemnya,kenapa berukband pun macam siputband? Agak mushkil disitu. ^^

Apa kau mengarut ni? Okey,jom kita susuri hidup si lifeless ni. Kehkehkeh *mesej masuk bagi tanda,tempoh broadband seminggu dah tamat. Jyeaah! ~.~'


Aku dah kata. Dasar aku ni lifeless. Hello! Kau ada buku KENEGARAAN yang harus kau khatamkan untuk final 01102012,kau sibuk menatap buku ni persis komik Conankan? Awesome ke apa ni? Kehkehkeh. Buat hibur hati yang lara lah sayang-sayang sekalian. Habis,handphone sepi,facebook melalaikan *tipu!*, twitter entah apa-apa *lagi tipu!*. Kehkehkeh. So,read for your mind okeyyy. Baca dengan hati,please! *Jadahnya buku penyiasatan nak baca dengan hati?
Okeeyyy itu sahaja dulu ya. Saja nak ubat rindu korang-korang. Ecehcehcehcehceh! Nak menelaah subjek sejarah ni sekejap. Kang tak grad pula tak khatam buku ni. Jaga diri please!

Lot's of Love,
Dhia Afiqah.

Tribute, my ring!



The ring



11 tahun yang lepas.

Emak dan ayah membawa anak-anaknya ke kedai menjual emas. Aku kira masa tu umur aku 11 tahun nak berginjak ke 12 tahun. Hati gembira. Seingat aku,emak membelikan cincin ni di Perling Mall,Johor Bahru. Aku ingat lagi masa tu. Eh! Ke kat Angsana? Tak! Aku yakin kat Perling Mall. Kehkeh. Bajet otak dulu boleh imbas kenangan dulu. Tapi macam yakinlah. Ok,abaikan. 

03.09.2012

Pagi-pagi dah bangun ke bengkel bata. Main simen bagai. Eh! Sakit pula jari kena simen semua. Ok,tanggalkan masuk kat dalam kocek jaket. Haa! Ingat lagi. Kocek belah kiri jaket. Iya! Pasti sangat. ^^. Balik je dari bengkel. Lipat jaket nak basuh. Tiba-tiba,

"Anis,hantar baju pergi dobi tak?"
"Hantar. Kenapa?". Tahu tak mata time tu dah bersinar-sinar dah. Bling! Sebabnya nak basuh sendiri,guna tangan,perah manual pula tu kan. Mahu patah tangan kan? Kehkehkeh. Nampak tak alasan tipu? Tak pernah pula dengar atau masuk berita tangan patah kerana perah baju. Tipu! Tipu! Kalau baju lain tu memang basuh tanganlah. Tapi kalau jaket dengan seluar jeans. Alamak! Ok,dah mengarut. 
"Nad nak tumpang jaket dengan jeans boleh?" Sopan gila suara. Nak tumpang punya pasal. 
"Boleh" jawab Anis. Gembiranya hati bukan main lagi. Kehkehkeh. 

Done!

05.09.2012

Kelas geoteknik malam itu,masih sepi. Ramai yang tak datang lagi. Tiba-tiba..
"Eh! Mana cincin?"berbisik kecil. Alamak! Dalam jaket,jaket pula kat dobi. Memang selamatlah! Emassssss =.='. Cari handphone,call Anis. 
"Anis,tengok kat kocek jaket nad belah kiri ada cincin tak?" Gelabah habis ok. Dah fikir macam-macam dah. 
"Tak adalah Nad". Apa?? Nak menangis,tapi cover. Pening!

11.09.2012

"Nah". Kata Anis sambil menghulurkan sesuatu. Yeahhhh! Cincin. ^^ Bersinar-sinar mata. 
"Akak tu kata apa Anis?",saja tanya tak sabar. Gelojoh!
"Akak tu ingatkan cincin baby. Nasib dia tak buang."
"Haa? cincin baby?". Gelak besar aku. Kehkehkeh

Walaupun akak tu sangka cincin ni cincin mainan,bukan emas. Cincin baby,walaupun yang memakainya umurnya hampir ke 23 tahun. Terima kasih banyak-banyak akak dobi! Akak dah selamatkan nyawa saya. Tak keruan cincin hilang seminggu. Tapi hati berkata "Yakin ada". Wahhh! Nangis. Kehkehkeh T.T

Dear ring,
Aku sayang kau. Kau seorang yang setia dengan aku selama hampir 11 tahun. Terima kasih susah senang kau tetap bersama di jari baby aku ni. Kehkehkeh. Maaf,lupa akan kewujudan kau selama kehilangan. Tak,tak ada niat nak hilangkan kau. Wahhh! Aku sayang kau. Tak akan mampu cincin lain yang menggantikannya walaupun mak cakap "Kak iqa,tukarlah cincin tu dengan cincin yang lagi satu". No way. Kehkehkeh. Kau akan terganti bilamana ada seorang insan,Adam yang mampu setia dengan aku sesetia kau. Susah senang bersama. Sayangkan aku seorang. Siapa ya? =.=' Bilamana dia berjanji akan setia dengan aku,akan terletak lah cincin lain di jari baby aku ni. Kau,akan tetap aku kenang. Ewahhh! Bicara macam dah tak lama lagi akan berganti. Tak! Tak! Lama lagi. ^^. Lot's of love,dear ring! 

Old Town White Coffee Hazelnut

Kau nak tunjuk kau rajin study ke apa ni? Sampai makan nasi pun tak sempatkan? TAK! TAK! Bukan.  Bukan malas. Sebenarnya,Kolej Tun Fatimah ni blok C & D dah ada kaum Adam. Maka dengan ini, saya dengan berat hati nak turun ke cafe bawah. Ramai sangat lelaki. Kalau pergi pun,tak nak pakai speck. Biar kabur semuanya. Idea yang baik, sekurang-kurangnya boleh jaga mata dari pandang kaum-kaum Adam yang kacak-kacak,nice tu. Takmoh! Jaga pandangan please.

Ya. Itu buku code BS untuk subjek Design. Cover kuning lagi. Sampai sudu kacau air pun kau nak kuning. ^^ Sweet sangat rasa. Kehkehkeh. 

Rasanya sejak sem lepas,habis sem lepas. Tak sentuh lagi Old Town White Coffee Hazelnut ni. Tapi macam dah jadi habit pula,bila hampir  ke peperiksaam akhir a.k.a final paper,aku grab benda ni masuk dalam troli. Btw,ni baki yang sem lepas punya. Ada 3 pek lagi. Kihkih. Minggu ni balik kene merengek kat mak nak beli bendaalah ni. Ubat tahan mata. Kuikuikui. Roti pun baru 2 kali beli sejak masuk sem ni. Haha! Tiba-tiba suka roti bila masuk zon merah (bulan final)

Dekat lagi gambarannya. Kau ni dasar lifeless kan? Kehkehkeh! Tak apalah. Bila dah bosan-bosan nanti bacalah balik. Lepas tu terdetik dalam hati 'Benda ni pun nak publish.' Kahkahkah! Kan? Ok,petang-petang macam ni aku mengidam nak pisang goreng. Arghhh! Sedapnya. Nadzirah! Sila study. Please, kalau tak design tu melayang-layang je. ^^ Haa, lagi satu kalau ada sesiapa tanya aku resepi macam mana nak buat dua benda kat atas ni aku sepuk-sepuk dia. Roti kalau nak tahu resepinya jumpa Uncle Slocumm ok. Kehkehkeh ~.~

Doakan saya ya! Moga dipermudahkan segalanya. dan segala-galanyalah. Kehkehkeh



Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

Wednesday again.

Sesibuk mana pun,InsyaAllah tak akan lupa tentang harapan serta cita-cita. Engineer VS Chef. Calculator sign for engineer,roti sign for chef. Tengok roti pun dah macam-macam idea kat otak,nak masak. Boleh buat roti hotdog,bread pudding. Arghhh! Sedap. Sekarang masa mencemburui. Dua test berturut-turut. Geotech VS Design. Awesome! Lagi awesome bila ada orang selfish atur jadual. Kau dah lepas,sedaplah kan! Good job! ^^

Kalau boleh semua aku nak kuning. Pemadam pun nak kuning. Kau dah kenapa? Sorrylah losyen tu memang ada atas meja. Tangan sedang menjalani proses pengelupasan hasil bermain dengan simen yang panas tu. Naissss! Kasar tangan ahkak tau! Reject mak mertua. Kehkehkehkeh.

Last,i miss you. Semakin jauh,dapat rasa kemanisannya. Ada motif mungkin kita jauh. Heyy! Kehkehkehkeh ^^

Mungkin,mungkin suatu hari nanti.



Ianya ada,tetapi pengisiannya masih belum mendapat izinNya :) Mungkin,mungkin suatu hari nanti. 

"Awak,awak tak mesej dengan dia?" soalnya teman sebilik. 
"Tak". Ringkas jawapan aku. Terasa ada bahang panas yang menyerbu seluruh badan.
"Eh! Kenapa blushing?"bicara teman sebilik lagi.
"Mana ada. Pandai je ea." hanya mampu tersenyum. 
"Cuba pergi cermin tengok"balasnya lagi. 

Senyum dan gelak. Ya! Kau yang tahu macam mana blushingnya aku. Macam mana riang gembiranya aku sejak berbulan-bulan yang lepas. It's ok. ^^ 

Tak semena-mena permata jernih jatuh. Eh! Dah kenapa dengan aku ni? Sememangnya,kosong. It's better Nadzirah! Be strong. 

Lot's of love,
Dhia Afiqah

untuk orang yang kita suka

Full with commitment. Test and presentation. Sorry being silent. Pray me me and I will 'Syukur'. Untuk semua orang yang kita suka,jaga diri.jangan makan hati,yang patah kan tumbuh berganti. Eh! lirik lagu again ^^ Kehkehkeh.

Dari jauh ku pohonkan ampun maaf. Jangan pergi jauh. :)
Take care,please. 


Alhamdulillah

Untuk mereka-mereka yang suka. Jemput-jemput ikan bilis again,request from my roomate. Makan kenyang-kenyang ya awak semua. ^^ ♥

Kalau sesuatu kita lakukan dengan ikhlas dan penuh minat, InsyaAllah dipermudahkan segalanya. :)

Everlasting

My laptop wallpaper. Target,this Sunday. InsyaAllah. Ok,berlagak nak cakap omputih tapi
"Anis, ahad dalam bi suday ke saturday". What theeeee! Kau dah masuk UNIVERSITI kot. Dah 22 tahun hidup tapi still fail. Adoii! Malu wehhhh. Hahaha! ^^
Suasana petang tadi,mendung semacam. Hujan tak juga membasahi bumi Parit Raja. Tapi alhamdulillah. Dalam sibuk menghadap projek geoteknik yang berbicara tentang teknologi geocell yang kat Malaysia rasanya masih setahun jagung bikin aku sentap. Bikin aku lapar. Bikin aku mengamuk kelaparan. Tiba-tiba terlintas "Sedapnya kalau dapat jemput-jemput ikan bilis". Apa kejadahnya kau kat hostel nak makan macam-macam? Ikan kembung pun kau tak dapat lagikan? Hentak kat dinding baru tahu. Selera demand! 

"Yana,sedapnya dapat jemput-jemput ikan bilis". Merengek tan tentu pasal macam nak minta pelempang. Dan tak sangka,Yana mahu ke Parit Raja,mengformat laptopnya sambil membeli tepung,bawang dan ikan bilis. Yeahhh! Melonjak keriangan, sempat melelapkan mata sementara Yana berbelanja. Amboi! Ayat tak tahan. ^^ Thanks Yana. Oh ya, Yana sakit. Accident,jatuh motor. Doakan dia cepat sembuh ya. Amin! ^^

Thanks to Anis juga sebab ambil minyak masak,pinjam rice cooker. Kahkahkah! Tak menyempat-yempat nak penuhkan selera kau kan. Huh! Terasa senteng otak di situ ya. Bancuh adunan. Pekat. Tambah air. Goreng. Round pertama,tawar! Fail =.=' Round kedua,fail juga! Geram sangat,ambil TUMIX,garam. Tabur. Haaa! Baru sedap. Ok! Puji diri sendiri. Tak senonoh perangai kan? Malas bebal banyak,jom terjah resepi dan gambar. ^^

Jemput-jemput hostel-made versi rice cooker. ^^
Jemput-Jemput Ikan Bilis
Bahan-bahannya
  • Tepung gandum (ikut suka)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Ikan bilis (lagi banyak,lagi sedap. ^^)
  • Bahan perasa (saya guna Tumix+garam)
  • Daun kucai (saya tak letak. Tak terfikir. T.T)
  • Air. 
Cara-caranya
  • Bawang besar dipotong dadu,daun kucai dipotong kecil dan ikan bilis dibelah dua
  • tepung gandum dibancuh dengan air sehingga pekat. Oh ya,jangan pekat sangat ya,nanti keras pula. 
  • tambahkan bahan perasa dan bawang,daun kucai dan ikan bilis. gaul sebati. 
  • sedia digoreng. goreng hingga kekuningan atau ranggup.
  • sedia dihidang bersama sos dan teh o panas. Perghhhh! 
Hakikatnya,ini kali pertama aku buat jemput-jemput. Kat rumah tak sekali pun saya buat ya. Harap maklum. ^^

Ok,selamat malam. Esok ada perkara penting yang harus dilaksanakan. Ah! Tak sabar. :) Oh ya,thanks pada yang meluangkan masa. I heart you,sweetheart! 

Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

Please,stay beside me.

Im running out of ways to make you see. I want you to stay here beside me. I won't be ok and i won't pretend I am. So just tell me today and take my hand. Please,take my hand. Just say YES, just say there's nothing holding you back. It's not a test nor a trick of the mind. Only love 

just and please stay beside me. Don't far away. I will miss you :')

Tak bisa tanpamu

Kau tatap mata aku dalam-dalam. Bagaimana yang harus aku ungkapkan? Bagaimana lagi harus aku katakan? Kau duduk diam-diam di situ, kau selam segala-galanya. Tak akan tercapai dek akal bila bicara soal hati dan perasaan. Ok, otak blur!

Dengar suaramu aku rindu. Ingat dirimu aku ingin bertemu. Aku tak bisa musnahkan dirimu. Tanpa cintamu aku lemah. Sungguh terasa hampa hidupku. Jangan biarkanku musnah tanpamu. 

Aku menangis bila ku teringat. Saat bersamamu berdua denganmu. Aku yang hancur tanpamu. Dengar suaramu aku rindu. Ingat dirimu aku ingin bertemu. Aku tak bisa musnahkan dirimu.

Aku menangis bila ku teringat. Saat bersamamu berdua denganmu. Aku yang hancur tanpamu. Aku yang hancur saat kau tinggalkan. Saat kau menjauh dari sisiku. Aku yang lemah tanpamu. Aku yang lemah tanpamu. Ku musnah tanpamu. 

Tak bisa tanpamu - Eren feat Jay Organik


Kenapa masih tabah menunggu?



Kenapa masih tabah menanti? Ini realiti atau mimpi? Hmm,tersedar dari lena yang serasanya panjang. Fikirnya baru sahaja lena hampir 3 jam. Tersedarnya subuh,terpana dek soalan di dalam mimpinya. Adakah mimpinya sekarang itu hanya mainan tidur atau apa?

Hanya mainan tidur,dikuatkan hati dan ditetapkan fikirannya. Tetapi masih tetap bermain-main di dalam akalnya. Hmm,kenapa? Kenapa? Kenapa?

Makin lama,makin sakit kepala. ~.~'

Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

Tension


Apa yang terlihat tak semestinya adalah yang sebenar-sebenarnya. Apa yang terlintas tak sama apa yang difikiran. Apa yang tersurat dan tersirat semuanya lumrah kehidupan. Selagi hidup ini menjadi teka-teki,antara hidup dan mati hanya DIA yang tahu. 

Hidup yang semakin rumit. Makin hari makin banyak dugaan. Banyak juga cubaannya. Sampai satu masa terlintas difikiran, kenapa mesti harus merungut dengan kehidupan yang satu ini? Arghh! Aku jadi manusia yang tak bersyukur. Zalimnya aku. 

Oklah,tak tahu mengarut apa. Tekanan. ~.~"


Mak selalu bilang "Jangan ambil gambar kaki,kurang ajar namanya". Tapi itulah satu perkara wajib kalau aku yang pegang kamera. Entah,habit mungkin. Jangan tiru. Ini dikatakan habit tidak baik. Tapi sedar tak sedar semakin kaki ini melangkah,ianya semakin jauh dari kenangan yang menyakitkan. Terima kasih! Tak tahu kenapa pagi-pagi ini emosi,macam nak lempang. Kan? Tolong kejutkan aku.

Arghhhh,kosong! Tell me,tell me,tell me something I dont know. OK! ini bajet Selena Gomez,tadi Najwa Latif. Ok! Kau mengarut apa ni? Syaitooooonn niirrrajim mana hasut kau? PANG! Ok,otak pun dah tak centre. Nak bersiap ke majlis perkahwinan sepupu di Pasir Gudang. Once again,brrrr!

Lot's of love,
Dhia Afiqah.

Syawal yang diraikan.

Bismillah. Salam buat semua reader's. Salam Syawal dan Salam Kemerdekaan. Hooooray! Hoooray! Bergembira. Hahahaha! Merdeka! 



Buat Malaysia,negara yang tercinta 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 tahun. Janji Ditepati! Ewahhh. Bukan main lagi ya. Syukur kepada Allah atas kurnianNya, dapat juga kita merasa merdeka. Masih merdeka. Dan hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Alhamdulillah. Buat semua pemimpin pemimpin masa hadapan dan rakyat rakyat sekalian, marilah sama-sama menjaga keamanan negara kita. Sayang Malaysia. Proud to be Malaysian!


Oh ya,cerita pasal hari semalam. Semalam,sepupu nikah. Again,congratulations! Dan open house rumah Kak Mai. Thanks Kak Mai. Semua makanan sedap-sedap belaka. ^^ Nikmat dapat makan soto yang lazat. Oh ya, dan semalam juga puas dapat bermain-main dengan anak Kak Mai. Let's the picture story. How much I love this person. ^^ 

Kak Mai,anak anda sangat comel. Bila Airiz nak dapat adik? Eh! Kahkahkah

Sweet couple. Kehkehkeh. Kak Mai & Abang Dain
Smile Airiz. Kehkehkeh! ^^

Dia buat aksi chomelll. Blushing!
Bila sampai rumah,badan lepak habis. On lappy tapi tiduur depan skrin. What the tired day? Kehkehkeh. Percaya tak percaya,aku tidur awal. Seawal jam 10. Verrrryyyy tired day but happy and sweet moment.