Pages

Gunung Datuk,Negeri Sembilan | Entry Bergambar

Assalammualaikum. 
Salam Sejahtera. 

Pertamanya, Selamat Hari Pekerja bagi yang bekerja dan selamat bercuti buat kami para penumpang cuti. Kihkihkih. I like! Lama juga tak update blog. Okey,tak nak cerita banyak. Let's begin my story. Eeee,kemain Cekqa yerk. 

Nak dijadikan cerita, 24-26hb April 2014, Cekqa and the sibling's Along Jyha,Angah Maz and Adza join the program under P3P UTHM,it's call as "Academic Excellent" kat Kem Gunung Datuk Negeri Sembilan. Kampung den tu! Hahaha. Habis kelas SME, makan roti canai terus lepak kat P3P. Well,seperti biasa,masa mesti lari punya. Tapi tak apa,it's okey. Kat sana kenallah dengan si Naim+Syafiq. Bus dah sampai,gerak,berhenti kat Jentayu,makan makan naik bus balik, the journey pun bermula. Dalam bus,banyak layan perasaan je. Lepas tu my sister whatapp whatapp sedih sebab birthday diakan,Cekqa pula tak ada. Hahaha! Around pukul berapa ntah,sampai sudah. Well,kena berhenti kat simpang,turun jalan kaki sampai ke kem. Amboi! Semput makkkk nakkkk. Adeh, bau pula harus gilos,dengan bau dari dodol fresh dari lembu. Kalah perfume WOE Cekqa. 


Belum pape,dah wujudkan group sendiri. Hahaha. Naim//Cekqa//Jyha//Maz//Adza//Syafiq. Ini sebelum semput termengah mengah naik bukit ya. Ini waktu mendatar elak elak dodol fresh.


Biaselah kitaorang,belum pape senyum meleret. Naik bukit,senyum dah kemana,nafas lak macam orang semput. Well,kami kan wanita gagah. Muahahaha! Pedulilah nak puji sendirikan. Ceritanya,beg kasut lagi berat dari beg baju. Apa cerita? Nyirap je. Hahahaha. 

Well,seperti biasa,bila dah sampai kem tu solat jamak Zuhur dengan Asar terus,lepas tu ice-breaking segala, pecahkan buat group segala. Taklimat pula dari big bro semualah. Kitaorang seperti biasa,angguk angguk geleng geleng layan perut dah lapar. Hahaha. Nak dijadikan cerita,kami semua kumpulan 5,terdiri daripada Naim,Syafiq,Yasir,Dan,Jyha,Maz,Ceqka,Adza and Farah. Pung pang pung pang lepas makan,solat Maghrib segala,kena selesaikan task dari BigBro,iaitu presentation. Well,semuanya okey. Dah habis task tu,dibagi lagi task,iaitu kena dapatkan sign dari pemilik bilik 204 di Hotel Rembau. Amboi! Dah pukul 1pagi,macam mana pula nak pergi tu? 


Memang tak lain guna kakilah kan. Menapaklah reramai ke Hotel Rembau yang entah kat mana, jalan je lahkan. Ini mula-mula je semangat bagai ambik gambar, balik semua dia je. Tahu nak sampai cepat,balik tidur. Masa nilah,skru-skru kat lutut longgar lah apalah. Adehh!


Dalam pukul 3am macam tu,sampai juga lah selepas tumpang naik lori suku jalan. Ohhh! Ingatkan glamour lah kan hotel Rembau tu,sekali hmm hmm hmm,okey fine. Hahaha! Sabar jelah. Pergi and balik jarak perjalanan kaki adalah sepanjang 26km. Kau mampu? Hahaha. Dah dapat sign bagai,jalan balik lagi. Alaaaaa! Sampai kem 6am,masuk masuk je dalam khemas semua pengsan,melayang. Muahahaha. Next program start pukul 3pm. So rehat-rehatkan badan,tidur-tidur. Hahaha. 

Pukul 3 lebih macam tulah,kena kumpul kat area bawah tu,untuk present "Kelemahan dan Kekuatan Waktu Belajar". Kalau tanya Cekqa,memang banyak lemah lah dari kuatnyakan. And,thanks pada kawan-kawan yang lain share tips macam mana belajar. Dan habis present,tetiba ada task,kena tangkap ikan keli guna tangan. Hmm hmm hmm,agak-agaknyakan apa reaksi Cekqa? Of courselah, "Apa?! Ikan keli?! Gila ke apa? Aku nak tangkap ayam pun aku yang lari dulu,inikan ikan keli". Masa tu mampu cakap dalam hati je. Muahahaha! And,Yes! Masa dalam air tu,seperti yang disangkakan,of courselah kegelian dan ketakutan. Jyha Maz Adza tarik kemana pun kaku je and geli. Entah! Hahaha. Lepas tu bila lelaki masuk je, sukalah sebab kena keluar. Yeayyy! Goodluck bro! Syaratnya kena tangkap 4 ekor,group Cekqa,dapat tangkap 2. Okeylah tukan. Hahaha. And,after that,kena jalan kaki cari kedai untuk masak itu ikan keli. Adoi! Cenggana tu? ~___~!! Family langsung tak pernah masak keli,apatah lagi menyiangnya. And lucky ada Maz yang tahu nak siang. Yasir si matikan ikan. Kalau Cekqa tak tahu apa jadi. So,Cekqa just siapkan kuah untuk Ikan Keli Tiga Rasa. Ikan keli tu,kitaorang panggil Lala & Lili. Hahaha! 


Yasir concentrate matikan itu ikan. Hanya mampu duduk tepi je,tengok pun tak. Cannot lah. 


Cik Maz kita gembira menyiang membersihkan itu ikan. Cer teka Jyha buat apa? Of courselah,dia paparazzi. Kalau tak,tak adalah gambar kitaorang kan. Hihihihi. 

Maz, Syafiq, Dan, Naim
 Syafiq

 Cekqa. Dan. Jangan terpedaya okey, api kuali tu dah tutup dah pun,itu acah-acah gaul je. Kan monmon? Hahaha. Okey,call that guy "monmon" okey. Sepanjang sesi masa memasak,gelak-gelak buat lawak. Jerit jerit sebab masak ikan meletup-letup. Hahaha! Biasalah tu kan,barulah riuh. Iya dak? 


Finally,task is done! Resepinya, bawang putih 3 ulas dipecahkan,bawang besar ikut suka, cili padi ikut suka. Sos cili,sos tomato,sos tiram,stok ayam,minyak untuk menumis. Timun,nenas potong dadu. Gula, garam, ajinamoto. Masukkan semua,gaul dan biar sampai pekat,and tuang atas ikan yang ranggup. Amboiii! Dappnyer. 


Muka tak sabar nak makan. Mananya tak monmon,orang ambil gambar,tangan dah ready kat sudu. Hahaha! Terbukti dah tu monmon.


Thanks Kakak Kedai! Bagi pinjam kecahkan dapur,guna barang dapur segala. Lepas tu kena patah balik kat kem sebelum 10.30pm. Jalan pun lenggang lenggang,dalam pada masa yang sama,ada bro yang bagi tumpang naik kereta,dia hantar kat simpang masuk kem tu. Thanks bro! Maka,selamatlah lemak-lemak kami. Hahaha. 

10.30pm,bincang punya bincang,next task is called "WAR". Tapi nan hadoooooo. Apa lagi,cepat-cepatlah balikkan, tidur. Esok nak hiking pula. Yuhuuu! Hiking ohhh hikinggg. Seperti yang dirancang 6am dan start hiking. Agak-agak? Pukul 6am pun sedap lagi diulit mimpi. Lepas subuh,dalam pukul 7am,selepas buat senaman ringan sikit,kami yang nak hiking gerak naik ke puncak. Sebelum tu,sebelum gerak dalam khemah,terjadilah sesi drama satu khemah;

"Nak naik tak?"
"Taknaklah,kaki sakit"
"Okey,Nad nak naik"
Maka siap-siaplah apa yang patut dan diikuti oleh Jyha dan Adza Tiba-tiba;
"Ikutlah,kaki dah tak sakit"

HAHAHA! Rahsia selepas tu biarlah hanya kami berempat yang tahu. Kan? Kan Maz,Jyha,Adza? Muahahaha. Apa yang penting,yakin. Hahaha! 

Dipendekkan cerita, Gunung Datuk punya trek,masyaAllah! 90 degree dan sangakt mencabar kekuatan mental dann fizikal. You know what,dah tahu nak naik gunung,Cekqa hanya mampu bawa badan je. Air, ke apa ke tak bawak. Selesa kau Cekqa! Selesa. Baru suku jalan,Cekqa dah muntah-muntah dah. Perut kosong,naik gunung pula. Memang mengundang lah,otak dah fikir,nak turun nak patah balik je. Tapi diri sendiri hasut "Orang lain nanti sampai puncak,best je.Kau nak turun apesal?". Okey,let's go! Hahaha. 

Hampir 2jam 30minit,sampai pun puncak! Jyeeayyy. Sepanjang hiking memang tak ambik gambar. Iyalah,kata bawa diri je kan. Haaaa. 

Group-group hiking. Bersatu kita teguh, kerna roti kau aku tegur. Hahahaha! 

Finally,our hiking group sampai ke puncak. Alhamdulillah,Syukur! Apa lagi,bila dah kat atas tu,memang tak tahu nak turunlah,walaupun ramai je dah tunggu kat bawah tu nak naik puncak. Hahahaha. So,tengok jelah gambar ye. 


Touch down! Gunung Datuk Negeri Sembilan. Jangan tanya kenapa Cekqa pakai sweater di terik matahari. Ini semua kerana nak ngelak disengat oleh tebuan okey. Banyak tebuan masa tu. Sebab,kitaorang semua manis-manis kot. Hahaha! 



Personally,I like this picture so much. Dah boleh buat cover CD atau pun kad raya dah. Ahli group semua ada kecuali Farah. Iyalah,Farah tak bearapa sihatkan.


Mission complete! The best memories for our group. Since that day,we are brosishood! Hahaha. Boleh je Cekqa,boleh je. Tak ada hallahkan. 

The Sibling's! Jyha, Cekqa. Maz. Thank's for support each other even "Jauh lagi tak?" "Jauh lagi tak?" Hahahahaha! Love you.


Lastly,Syukur Alhamdulillah to The One,Ya Allah,atas segala nikmat dan kesempatan yang diberi. May Allah us! Thanks to mak ayah even "Pergi kem? Kat mana? Dengan siapa? and macam-macam lagi yang dirisaukan. Well,I'm your iron lady ayah! Kak Iqa dah berjaya hiking! Hahaha. At last,thanks to all member's in group five, thanks a lot for your support and your caring. Ampun salah silap atas kata-kata/perilaku. No heart feeling okey! May Allah lead and bless our friendship. Love you all,Nad. Next hiking roger-roger okey! ^^y