Pages

Legoland,Malaysia | Entry Bergambar

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera. 


Selasa cuti,Hari Malaysia. So,ambil peluang untuk explore apa ada dengan Legoland Malaysia. Overall,okey-okey sahaja. Cuaca,of course terik. Nama pun taman temakan. 



Selamat datang ke Legoland! Masa datang ni macam tak ramai pengunjung. Tapi bolehlah,meriah jugalah. Ngeehh~ Okey,untuk harga tiket atau selebihnya boleh pergi check kat website Legoland Malaysia okey. ^^y


Sila pakai persalinan dan kasut yang sesuai ya anak-anak. Kalau boleh,pakai sport shoes. Sebab apa? Kalau pakai selipar or so on,confirm 100% kaki berbelang. Biasalah,belajar dari pengalaman kan. Hahaha. Pakaian pula,better cotton. Janganlah mengatal pergi taman tema pakai skirt ataupun tumit tinggi. Motif? Haha. Tersadung padanlah muka kan. Muahahaha. Bawa air mineral lebih sikit ya,sebab cuaca pun panas. Lepas tu,bawalah topi ke payung ke letak dalam beg. Oh ya,spare baju hujan. Kot-kot nak main slide yang air tukan. Cekqa nak naik,sekali tutup. Khecewa ahkak! 


Atie,nak tidur sila balik rumah ya. Muahaha. Kak Wa dengan Kak Miya retis sangat tau. Hannah? 'Awatnya ni?' Muahahaha. Pesanan untuk kepada mak-mak-ayah-ayah-nenek-atuk yang nak bawak baby/budak kecik,boleh je bawak stroller. Sebab setiap section untuk game akan ada tempat letak stroller. Kalau ada anak kecil yang tak larat nak jalan,boleh je sewa stroller Legoland. Berapa tu tak tahulah,boleh tanya staf-staf sana minta bantuan. Kalau malu,meranalahkan mendukung anak. Hiks. 



Apa lagi ya? Apa yang best? Okey,sejujurnya,kalau untuk kita-kita yang belum ada anak,sedikit bosanlah sebab bila kau nak main game,dan kau lihat keliling kau bebudak kecik. Perasaan kau? Hahaha! Ahkak pun bayar dik masuk sini. T__T. Tapi,bantai jelah main jelah apa ada. Yang ada anak/bawa budak kecik maybe seronokkan :'). Ala,bila nak ada anak sendiri ni. Tetiba sangat. Muahaha. 



The Dragon? Roller coaster ada kat sini. Hahaha! Naik sampai dua kali,selamba. Orang jerit,kita pun jerit, Lepas tu,kemain buka mata leluas tengok the journey. Berderau of course. Tapi,puas hati. Apa lagi ya yang best? Haa,sila masuk show 4D. Sebabnya,masuk kering,keluar lencun. Taklah lencung habis, nama pun 4D kan,setakat percik-percik air ibarat gerimis apalah sangat. Lepas tu,ada pula buih-buih sabun terguguran jatuh. Kalau bawa berus baju,pakej dah tu. Tapi,so far 4D show best. Tahniah! 

Yang baru kat Legoland,adalah Star Wars. Siapa peminat Star Wars,terujalah kot. Akak ni,dahlah layan pun tak tetiba nak kena jawab memacam pasal Star Wars. Krikkk krikkk krikk. Okey! Sebelum masuk Star Wars Miniland,sila dapatkan one like file kat bahagian Mindstorm. Nanti adalah game-game yang berkaitan pasal Star Wars tu. Nak soalan bocor ke? Hahaha. Sesuatu sangat tau. Hmm,tapi tapi,untuk mini-land Star Wars tu sepatutnya pihak pengurusan kena pasang aircond kuat sikit kot kat mini-story tu. Panas, sesak nafas sikit. :'(






For Muslim,jangan risau,ada je surau dalam Legoland tu,signboard kemain besar lagi. Dont worry! Okey,kalau rasa nak makan luar dari kawasan Legoland boleh je, but make sure tiket simpan elok-elok okey? Before keluar,dia akan cop kat tangan. Lepas tu keluarlah cari makan ke apa ke kan. Nak masuk tu,just tunjuk tiket,ngerti? Hahaha. Rasanya,itu je tips setakat ni. Haha! Tips lah sangat kan. Tak apa,sekurang-kurangnya kongsi pengalaman. Ya dok? 

Okey,overall rank untuk Legoland, 3.5 star dari Cekqa. Keep improve and steady okey. Apa-apa pun,bangga juga sebagai rakyat Malaysia dengan wujudnya Legoland ni. Legoland Water Park? InsyaAllah,kalau ada rezeki jatuh,tak salah rasanya explore. Hahaha. 

See you in the next story. Pssst,tak sabar untuk holiday bulan depan. Jyeeaah! 

Survey Camp UTHM,Asahan,Melaka | Entry bergambar

Assalammualaikum,Salam Sejahtera. 

Pheww~lama betul tak update blog. "Deactive jelah blog tu". Eh! Biarlah nak up ke tak. Asal? Mati ke tak jadi sweet stalker? Boo. 

Seminggu naik semester baru,ada kena pergi Survey Camp. So,demi mengelakkan dibuang U serta merta baiklah ku relakannnn jiwa. Hiks! Camp kali ni buat kat Asahan,Melaka. Pergi naik bus U,and that time dapat kenal kawan baru,merangkap roomate merangkap group-mate lab akan datang iaitu,Fify. Hye Fify! Kita tak ada amik gambar kan? Hahaha! 

Dalam pukul 12 tengahhari,sampai dah. Check in bilik,kemas sikit-sikit,rehat sekejap lepas tu pergi makan dengan Fify. Bab makan mana boleh lambat kan. Hahaha! 


Dah makan,dah rehat,maka petang hari pertama dah ada taklimat ringkas. Lepas tu dia mention petang turun untuk kenal-kenal dengan alat. Hahaha. Dan,dari situlah kenal ahli kumpulan. So,dimasukkan ke dalam kumpulan 6. Hihihihihi. 

Kumpulan 6 | Nad // Jess // Nasir //Safwan // Yap

Okey,sepanjang camp ni akan buat 4 survey iaitu, levelling,tanverse,tacheometry and setting out. Ala,senang je adik-adik. Sampai levelling tu ahkak buat dua kali tau,sebab senang sangat. Hahaha! Ni semua pasal si Nasir la ni "Distance tak penting". Amekkk! Buat lagi sekali. Hahaha! Nasib okey je semua. Kahkah! Lawak sungguh. Cuaca? Hmm,memang rentung kuasa 10. Panas tapi okeylah sebab ada juga angin sepoi-sepoi lagi berbahasa gamaknya. Diri tetengah panas pun boleh ngantuk,apa cerita tu? So far,camp ni senang je. Bab-bab calculation latit dipat,dua kali latit dipat Yap yang buat. Lepas tu dia akan ajar kitaorang semua. So,semua dapat ilmu. Ilmu tak kongsi,rugi!  

Rentungnya tang pergelangan tangan hingga hujung jari. Bila tengok balik,dah macam pakai tangan palsu. Muahahaha! :')

Khusyuk sangat diorang ni. Hahaha. The Kumbang's kumpulan 6. Hero-hero ni. Yeke? Haha.  



Last day,hari Jumaat,pepagi dah kena jawab test bertulis. Alhamdulillah,hasil belajar memalam buta berhasil. Ada jugalah input dalam kepala ni. Lepas dah settle semua tu,kena uji-dirisiap-alat dalam masa 5 minit. Wowwiee! Hahaha. Kumpulan 5/6/7/8 dibawah En.Nasir. Semuanya okey je. Memula tu cuak juga,sebab time buat fieldwork,tak berapa nak dirikan alat. Tahu baca alat dengan tulis bacaan. Ngelatkan. Hiks! Habis je dirisiap alat tu,MERDEKA! Hiphiphoooray! 


Thank's a lot to all lecturer (Dr.Tono,En Nik,En Saifun and En.Nasir) melayan kerenah kitaorang. Thank's juga kat technician yang pepagi sapu depan bilik alat,sapu pasir. HAHAHA! Lepas tu,thank's to catering sebab makan sedap angat-angat sampai tak sabar nak tunggu time makan. And,last but not least,thanks to pengurusan MSN Asahan Melaka untuk penginapan yang best! Tejuk angat-angat tau. Hahaha. Last for sure,to all member(s) survey camp sesi 6 for the wonderful effort(s) and beautiful memories. Thank's you all!



Say Something//A Great Big World




Say something, I'm giving up on you
I'll be the one, if you want me to
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I am feeling so small
It was over my head
I know nothing at all

And I will stumble and fall
I'm still learning to love
Just starting to crawl

Say something, I'm giving up on you
I'm sorry that I couldn't get to you
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I will swallow my pride
You're the one that I love
And I'm saying goodbye

Say something, I'm giving up on you
And I'm sorry that I couldn't get to you
And anywhere I would've followed you (Oh-oh-oh-oh)
Say something, I'm giving up on you

Say something, I'm giving up on you
Say something...

Broga Hill-Sedetik Ketenangan



Assalammualaikum Broga Hill. 

Syukur,Alhamdulillah. 
Selamat naik,selamat turun. 
Tenang. Tenang. Dan terus tenang. 




Wedding #1



Tahniah Ahlina dan pasangan. 

Sebenarnya,gembira. Bertahun tak jumpa,sekali jumpa havockan kenduri orang. Ini nama dia pemergian yang tak dirancang. So,doa buat pengantin,semoga hubungan bahagia hingga ke Jannah. 

Opss,next bulan 9. Yeayyyy! 



Expecting?


Sementara ini,berhentilah. 
Berkata itu ini. Bercakap itu ini. 
Naik bosan. Naik muak. 
Berhentilah. 

Sebenarnya,dah penat. 
Berhentilah untuk jadi seorang yang kononnya mengerti. 

Gunung Datuk,Negeri Sembilan | Entry Bergambar

Assalammualaikum. 
Salam Sejahtera. 

Pertamanya, Selamat Hari Pekerja bagi yang bekerja dan selamat bercuti buat kami para penumpang cuti. Kihkihkih. I like! Lama juga tak update blog. Okey,tak nak cerita banyak. Let's begin my story. Eeee,kemain Cekqa yerk. 

Nak dijadikan cerita, 24-26hb April 2014, Cekqa and the sibling's Along Jyha,Angah Maz and Adza join the program under P3P UTHM,it's call as "Academic Excellent" kat Kem Gunung Datuk Negeri Sembilan. Kampung den tu! Hahaha. Habis kelas SME, makan roti canai terus lepak kat P3P. Well,seperti biasa,masa mesti lari punya. Tapi tak apa,it's okey. Kat sana kenallah dengan si Naim+Syafiq. Bus dah sampai,gerak,berhenti kat Jentayu,makan makan naik bus balik, the journey pun bermula. Dalam bus,banyak layan perasaan je. Lepas tu my sister whatapp whatapp sedih sebab birthday diakan,Cekqa pula tak ada. Hahaha! Around pukul berapa ntah,sampai sudah. Well,kena berhenti kat simpang,turun jalan kaki sampai ke kem. Amboi! Semput makkkk nakkkk. Adeh, bau pula harus gilos,dengan bau dari dodol fresh dari lembu. Kalah perfume WOE Cekqa. 


Belum pape,dah wujudkan group sendiri. Hahaha. Naim//Cekqa//Jyha//Maz//Adza//Syafiq. Ini sebelum semput termengah mengah naik bukit ya. Ini waktu mendatar elak elak dodol fresh.


Biaselah kitaorang,belum pape senyum meleret. Naik bukit,senyum dah kemana,nafas lak macam orang semput. Well,kami kan wanita gagah. Muahahaha! Pedulilah nak puji sendirikan. Ceritanya,beg kasut lagi berat dari beg baju. Apa cerita? Nyirap je. Hahahaha. 

Well,seperti biasa,bila dah sampai kem tu solat jamak Zuhur dengan Asar terus,lepas tu ice-breaking segala, pecahkan buat group segala. Taklimat pula dari big bro semualah. Kitaorang seperti biasa,angguk angguk geleng geleng layan perut dah lapar. Hahaha. Nak dijadikan cerita,kami semua kumpulan 5,terdiri daripada Naim,Syafiq,Yasir,Dan,Jyha,Maz,Ceqka,Adza and Farah. Pung pang pung pang lepas makan,solat Maghrib segala,kena selesaikan task dari BigBro,iaitu presentation. Well,semuanya okey. Dah habis task tu,dibagi lagi task,iaitu kena dapatkan sign dari pemilik bilik 204 di Hotel Rembau. Amboi! Dah pukul 1pagi,macam mana pula nak pergi tu? 


Memang tak lain guna kakilah kan. Menapaklah reramai ke Hotel Rembau yang entah kat mana, jalan je lahkan. Ini mula-mula je semangat bagai ambik gambar, balik semua dia je. Tahu nak sampai cepat,balik tidur. Masa nilah,skru-skru kat lutut longgar lah apalah. Adehh!


Dalam pukul 3am macam tu,sampai juga lah selepas tumpang naik lori suku jalan. Ohhh! Ingatkan glamour lah kan hotel Rembau tu,sekali hmm hmm hmm,okey fine. Hahaha! Sabar jelah. Pergi and balik jarak perjalanan kaki adalah sepanjang 26km. Kau mampu? Hahaha. Dah dapat sign bagai,jalan balik lagi. Alaaaaa! Sampai kem 6am,masuk masuk je dalam khemas semua pengsan,melayang. Muahahaha. Next program start pukul 3pm. So rehat-rehatkan badan,tidur-tidur. Hahaha. 

Pukul 3 lebih macam tulah,kena kumpul kat area bawah tu,untuk present "Kelemahan dan Kekuatan Waktu Belajar". Kalau tanya Cekqa,memang banyak lemah lah dari kuatnyakan. And,thanks pada kawan-kawan yang lain share tips macam mana belajar. Dan habis present,tetiba ada task,kena tangkap ikan keli guna tangan. Hmm hmm hmm,agak-agaknyakan apa reaksi Cekqa? Of courselah, "Apa?! Ikan keli?! Gila ke apa? Aku nak tangkap ayam pun aku yang lari dulu,inikan ikan keli". Masa tu mampu cakap dalam hati je. Muahahaha! And,Yes! Masa dalam air tu,seperti yang disangkakan,of courselah kegelian dan ketakutan. Jyha Maz Adza tarik kemana pun kaku je and geli. Entah! Hahaha. Lepas tu bila lelaki masuk je, sukalah sebab kena keluar. Yeayyy! Goodluck bro! Syaratnya kena tangkap 4 ekor,group Cekqa,dapat tangkap 2. Okeylah tukan. Hahaha. And,after that,kena jalan kaki cari kedai untuk masak itu ikan keli. Adoi! Cenggana tu? ~___~!! Family langsung tak pernah masak keli,apatah lagi menyiangnya. And lucky ada Maz yang tahu nak siang. Yasir si matikan ikan. Kalau Cekqa tak tahu apa jadi. So,Cekqa just siapkan kuah untuk Ikan Keli Tiga Rasa. Ikan keli tu,kitaorang panggil Lala & Lili. Hahaha! 


Yasir concentrate matikan itu ikan. Hanya mampu duduk tepi je,tengok pun tak. Cannot lah. 


Cik Maz kita gembira menyiang membersihkan itu ikan. Cer teka Jyha buat apa? Of courselah,dia paparazzi. Kalau tak,tak adalah gambar kitaorang kan. Hihihihi. 

Maz, Syafiq, Dan, Naim
 Syafiq

 Cekqa. Dan. Jangan terpedaya okey, api kuali tu dah tutup dah pun,itu acah-acah gaul je. Kan monmon? Hahaha. Okey,call that guy "monmon" okey. Sepanjang sesi masa memasak,gelak-gelak buat lawak. Jerit jerit sebab masak ikan meletup-letup. Hahaha! Biasalah tu kan,barulah riuh. Iya dak? 


Finally,task is done! Resepinya, bawang putih 3 ulas dipecahkan,bawang besar ikut suka, cili padi ikut suka. Sos cili,sos tomato,sos tiram,stok ayam,minyak untuk menumis. Timun,nenas potong dadu. Gula, garam, ajinamoto. Masukkan semua,gaul dan biar sampai pekat,and tuang atas ikan yang ranggup. Amboiii! Dappnyer. 


Muka tak sabar nak makan. Mananya tak monmon,orang ambil gambar,tangan dah ready kat sudu. Hahaha! Terbukti dah tu monmon.


Thanks Kakak Kedai! Bagi pinjam kecahkan dapur,guna barang dapur segala. Lepas tu kena patah balik kat kem sebelum 10.30pm. Jalan pun lenggang lenggang,dalam pada masa yang sama,ada bro yang bagi tumpang naik kereta,dia hantar kat simpang masuk kem tu. Thanks bro! Maka,selamatlah lemak-lemak kami. Hahaha. 

10.30pm,bincang punya bincang,next task is called "WAR". Tapi nan hadoooooo. Apa lagi,cepat-cepatlah balikkan, tidur. Esok nak hiking pula. Yuhuuu! Hiking ohhh hikinggg. Seperti yang dirancang 6am dan start hiking. Agak-agak? Pukul 6am pun sedap lagi diulit mimpi. Lepas subuh,dalam pukul 7am,selepas buat senaman ringan sikit,kami yang nak hiking gerak naik ke puncak. Sebelum tu,sebelum gerak dalam khemah,terjadilah sesi drama satu khemah;

"Nak naik tak?"
"Taknaklah,kaki sakit"
"Okey,Nad nak naik"
Maka siap-siaplah apa yang patut dan diikuti oleh Jyha dan Adza Tiba-tiba;
"Ikutlah,kaki dah tak sakit"

HAHAHA! Rahsia selepas tu biarlah hanya kami berempat yang tahu. Kan? Kan Maz,Jyha,Adza? Muahahaha. Apa yang penting,yakin. Hahaha! 

Dipendekkan cerita, Gunung Datuk punya trek,masyaAllah! 90 degree dan sangakt mencabar kekuatan mental dann fizikal. You know what,dah tahu nak naik gunung,Cekqa hanya mampu bawa badan je. Air, ke apa ke tak bawak. Selesa kau Cekqa! Selesa. Baru suku jalan,Cekqa dah muntah-muntah dah. Perut kosong,naik gunung pula. Memang mengundang lah,otak dah fikir,nak turun nak patah balik je. Tapi diri sendiri hasut "Orang lain nanti sampai puncak,best je.Kau nak turun apesal?". Okey,let's go! Hahaha. 

Hampir 2jam 30minit,sampai pun puncak! Jyeeayyy. Sepanjang hiking memang tak ambik gambar. Iyalah,kata bawa diri je kan. Haaaa. 

Group-group hiking. Bersatu kita teguh, kerna roti kau aku tegur. Hahahaha! 

Finally,our hiking group sampai ke puncak. Alhamdulillah,Syukur! Apa lagi,bila dah kat atas tu,memang tak tahu nak turunlah,walaupun ramai je dah tunggu kat bawah tu nak naik puncak. Hahahaha. So,tengok jelah gambar ye. 


Touch down! Gunung Datuk Negeri Sembilan. Jangan tanya kenapa Cekqa pakai sweater di terik matahari. Ini semua kerana nak ngelak disengat oleh tebuan okey. Banyak tebuan masa tu. Sebab,kitaorang semua manis-manis kot. Hahaha! 



Personally,I like this picture so much. Dah boleh buat cover CD atau pun kad raya dah. Ahli group semua ada kecuali Farah. Iyalah,Farah tak bearapa sihatkan.


Mission complete! The best memories for our group. Since that day,we are brosishood! Hahaha. Boleh je Cekqa,boleh je. Tak ada hallahkan. 

The Sibling's! Jyha, Cekqa. Maz. Thank's for support each other even "Jauh lagi tak?" "Jauh lagi tak?" Hahahahaha! Love you.


Lastly,Syukur Alhamdulillah to The One,Ya Allah,atas segala nikmat dan kesempatan yang diberi. May Allah us! Thanks to mak ayah even "Pergi kem? Kat mana? Dengan siapa? and macam-macam lagi yang dirisaukan. Well,I'm your iron lady ayah! Kak Iqa dah berjaya hiking! Hahaha. At last,thanks to all member's in group five, thanks a lot for your support and your caring. Ampun salah silap atas kata-kata/perilaku. No heart feeling okey! May Allah lead and bless our friendship. Love you all,Nad. Next hiking roger-roger okey! ^^y

Taeyeon-I love You | OST Athena Goddness of War



Did it pass by,our love.
Is it just a heart breaking memory 
It's turning around,your heart. 
Can't I catch it with my tears?

My love, I love you I love you. 
Are you listening?
My love, don't forget, don't erase our love. 

Can you see my tears? 
I long for you all day. 
My heart beat when we kissed but now it's a memory. 


My love, I love you I love you. 
Are you listening?
My love, don't forget, don't erase our love. 

Everyday I long for you. 
That's how my day goes by. 
Where are you?

I'm sorry, I'm sorry that I can't forget you. 
My love come back to me. 
Don't leave my side, please. 


Dapur Cekqa | Crab Stick Bread

Assalammualaikum. 
Salam Sejahtera. 

Ini adalah resepi roti crab stick. Ah! Sedap,sebabnya cheese sana sini. Selamat mencuba! 





Mid-Semester Break | My Collection | Sibling's Reward

Assalammualaikum. 
Salam Sejahtera. 

See,I told you right? Cekqa gila malam ni,sambil-sambil tunggu orang balik dari site,jomlah kita menggila update entry. Balik hostel nanti,nan hado Cekqa nak update. Sedehh! Kihkih. Lagi-lagi bila dalam bilik,mati semua nafsu, tak ada perasaan and no life. Boleh gitu? *Ku pendam sebuah rasa. Ah! Poyo. 

No motif pun nak update,cuma nak bagitahu,cuti midsem ni seminggu je tapi kemain reward diri sendiri dengan macam-macam. And,apa yang paling best,Cekqa dapat hadiah! My lovely sister,Kak Didah give a ladies box,pink! -__-'. Dengkilah ni beli pink. Tapi tak apa,Cekqa suka je! Terima kasih! Lain kali bagilah lagi. Eh! Over,dahlah sebelum naik sem dah dapat kasut Cindarella+jam Tawaf,ni cuti midsem dapat box pula. Nanti nak belanja pergi Sabah lagi. Ohhh! Sayang gilak sama kamu. Kehkeh. Tapi,sebelum dapat semua ni,haruslah Cekqa bekerja keras dalam pelajaran. Kalau tak,nan hado juga. 



Jujurnya,koleksi lego ni yang paling terpaling Cekqa sayang paling cinta paling adore. Iaitu,Stackers Collection, Batman, Superman, Ninja and last but not least,anak kucing dengan si tupai tu. Batman tu,special from Kak Miya,my sister also! Biasalah,adik dia ni kan kaki paww, asal balik je "Kak,belikanlah Lego,satu pun jadilah". Nah! Hambekk. I like it. By the way, yang Superman tu pun beli dengan Kak Miya and Kak Dila. Thanks my sister's layan kerenah adik kamu ni. And the most I love, Stackers Collection,softball team! Well, I love softball so much! Macam mana berkecimpung dalam dunia softball ni,entry lainlah ek. Hahaha. This minifigures ada 1001 cerita,and I love that person. Ayat tu klise sangat ke tak ek? Hahaha.  


Nahhh! Inilah dia box pink my sister bagi. Tak sabar nak balik to my workspace and deco-deco. Yuhuuuu! Terus jadi ladies. Kihkihkih. Tak apa,Cekqa suka je. Muahahaha! 



So,for this mid-sem break yang seminggu, ini koleksinya. Hahaha! Say hye to pink box,lego box and Transformers Keychain! Nahhh! I love holiday. Hahaha. Well,I think,I reward myself with the great things and great person. Oh! I miss my young brother,Amirul. Oi! Hang ni,aku cuti hang tak balik pun. Aku sentap lah macam ni. Kihkih. Ceritanya,dia baca ke blog Cekqa ni? Hahaha. 

Dapur Cekqa | Maggi Bolognese.

Assalammualaikum. 
Salam Sejahtera. 

Hye! Lama sungguh tak update malam ni,sekali update,berentry-entry pula. Ah! Pedulilahkan. So,perut tengah lapar ni,so teringat macam-macam. So,Cekqa pun teringatlah,satu resepi yang paling mudah,paling ringkas nak masak. 5 minit masak siap! Kihkih. Biasalah Cekqa,selagi boleh ringkas,boleh cepat,itu yang Cekqa suka tu. Kihkihkih. So,lets scroll pasal Maggi Bolognese, dengan tagline "Siapa kata bolognese untuk spagheti je?". Kemain tagline bagai. Biarlah,Cekqa suka je. Kihkih. Syok sendiri memanglah keeennn. 

Maggi Bolognese by Dhia Cekqa
Serve : 1 person.
Tahap kekenyangan : Maksimum,over-load. 




Selamat mencuba! [^____^]y