Pages

Ruang waktu


Assalammualaikum. Hye! Selamat buat semua.

Syukur,Alhamdulillah. Semalam dengan rasminya,dah tamat satu sem untuk menempuh alam degree ni. Fffuuhh~selamat tinggal dunia nescafe. Selamat tinggal mata panda dan segala-galanya. Hikks. Usaha dah,apa pun keputusan anti keluar,redha and syukur. Tapi tapi tapi tang hyraulic tu sangatlah tak confident. Tak apa,tak apa,yakin. Padahal......... -____-

Okey,balik je tadi sampai sampai terus naik bilik kemas segala barang barang. Dahlah berbeg-beg berkotak-kotak barangnya. Entah apa yang diangkutnya pun tak tahulah. Kihkih. Kemas punya kemas,adalah 3 jam. Buang apa yang patut. Buang segala benda yang EX bagi. Eh! Kahkahkah. Nyah kau dari pandangan aku. Semak,semak. Tapi biasalah,kemasnya sekejap je,tapi bla jumpa benda ‘rare’ katanya,duklah menelek itu ini. Lepas tu sayang nak buang. Entah apa-apa je. Tapi rasanya,major akan buat macam tu kan? Hikks

Okey,ruang yang paling suka alah ruang barang personal Dhia. Tak kesahlah apa pun,memang Dhia suka ruang ni. Even kat hostel pun,Dhia stress memang akan kemas meja study. Hikkks. Kotak 3 laci tu dah 4 tahun dah dengan Dhia. Huhuhuhu. Setia tau! Mihmih. Pen-pen tu tak tahulah,banyak sangat. Nak buang,dakwat sekat-sekat pun Dhia simpan lagi,padahal bukan guna pun nanti. Lumrah.
 

Tingkat ni pula, barang barang yang Dhia suka. Hobi? Tak kot,kata erti lain orang bagi. Kihkih. Tu, yang ada penguin tu kakak bagi,dari Gambang. Kihkih. Jam yang tak bertali tu dari adikku. Okey,perfume tu sebenarnya dah habis dah,tapi sayang nak buang sebab kawan dari tadika bagi,Fauzie. So,simpan jugekk. Wisel tu masa masuk kor sispa. Keychain Taj Mahal tu,Sir Chandra, coach medic bagi. Hewhew.

 
Haa,itulah meja study yang selalu Dhia guna kat hostel. Okey,Dhia bagi kamu cuti dua bulan okey. Hikks. Tu haa, duit syiling tu,kumpul tuk kahwin kang. Eh! Hahaha. Koleksi Transformers pun dah beranak dan berpinak dah. Mihmihmih.
Itu jelah yang dikemasnya,makan 3 jam. Kahkah! Oh ya,tadi kemas punya kemas,jumpa beg kecik masa bawa pergi umrah. Rindunya nak usung beg tu. Okey,twist plan. Duit tabung tu,nak kumpul supaya boleh pergi ke Mekah lagi. Umrah sekali lagi ke Haji ke. Hikks,berangan. ^___^
 
Okeylah. Entah apa-apa je entry kali ni.
Take care.

 

If......



Kalau nanti awak bakal kecewa kerana saya.
Saya nak awak tahu,saya dah lama kecewa kerana awak.
Saya dah belajar untuk tabahkan hati.
Saya dah belajar untuk redha awak bukan jodoh saya
Sebab saya tahu,yang baik tetap untuk yang baik
Dan mungkin,saya bukan yang terbaik untuk awak
Senyumlah awak. Senyumlah.
Jangan biarkan hati itu mati. Jangan biarkan jiwa itu lali.
Saya tunggu masa untuk saya luahkan. Saya tunggu detik itu.
Saya nak luah apa yang terbuku,yang menggunung dalam hati saya.
Tak apa,saya tetap nak luahkan. Walaupun pada itu dah terlewat.
Lewat itu hanya pada waktu. Waktu yang membataskan kita.
Senyumlah awak. Senyumlah.
Jangan biarkan permata itu jatuh. Jangan biarkan hati awak hujan.
Saya cekalkan hati. Saya teruskan langkah kaki ini.
Saya masih tersenyum riang walaupun hati hujan berderai.
Saya abaikan. Abaikan,kerana saya yakin Dia dah tetapkan.
Saya pura-pura kuat awak. Pura pura,hipokrik.
Andai awak lemah tak berdaya,saya juga lemah tak terlangkah.
Maafkan saya andai saya tak cukup kuat untuk menanti.
Tapi saya punya alasan untuk melangkah pergi.
Bukan kerana kurangnya awak dari apa pun segi.
Cuma,saya pergi bawa hati.
Hati yang mati.
Saya harap,bila nanti kita sama-sama kecewa.
Awak senyumlah kerana saya pasti saya akan senyum
Setelah sekian lama airmata saya jatuh tanpa sebab
Pecahkan bayangan awak tanpa jawapan saya pasrah
Saya akur,ini takdir.
Lots of love.
Dhia

tempat terindah


bukannya emas berlian yang dipuja
kalau kau tanya apa yang aku punya
cuma hati dan perasaan ini
yang minta disayang dan dicinta
:)

Lepaskan.


Kelmarin. Aku masih berharap. Dan masih menanti. Semalam. Aku masih mengharap. Masih menunggu kata-kata darinya.Hari ini.Aku pasrah. Aku redha. Aku membiarkan perasaan ini pergi.
Tanpa dijamah sedikit pun oleh rasanya.Sejujurnya. Aku sakit melepaskannya pergi.”


‘cuba dia bagitahu yang dia pun suka kat aku,so aku taklah rasa penantian ni sesuatu yang sia-sia’. Itu yang aku bisikkan. Itu yang terlintas di kotak fikiran aku. Terdesak? Bukan. Paksa? Tak,bukan paksa. Ini luahan hati kecil aku.

Kau fikir penantian ni tak perit? Kau tak rasa aku sakit semata-mata nak dengar kau cakap ‘tunggu saya,boleh?’. Kau cakap macam tu pun,aku boleh setia dengan kau. Tapi mestilah diiringgi dengan tindakan,bukan kata kata semata. Aku tahu kau jaga perasaan kau dari perasaan yang haram,tapi apa salahnya kau bagi satu dua kata supaya aku pasti dengan hati kau.

‘kau suka aku kan?’

Nak aku tnya,tapi aku malu. Siapalah aku ni. Siapalah aku nak dibandingkan dengan mereka mereka itu. Aku tiada indahnya. Mungkin,dimata kau aku tiada serinya. Aku pejam mata aku rapat-rapat,supaya aku boleh pecahkan bayangan kau,tapi apa yang aku dapat? Aku Cuma dapat serpihan airmata yang berderai. Kau tahu,berapa banyak kali aku nafikan,berapa banyak aku tekadkan hati, berapa banyak kali aku merintih? ‘Okeylah,biar jelah. Dia tak suka akulah,dia tak pernah anggap aku siapa siapa dalam hati dia. Tak’ . kau tahu berapa kali ayat ni aku guna untuk sedarkan aku? Kau tahu nak buat keputusan ni bukan mudah. Hati ni dah terpaut. Hati dah tertaut. Hati ni dah sebati untuk kau. Kau tahu?

Mungkin,salah aku juga. Ya,memang salah aku berharap. Tapi aku berharap atas dasar apa-apa? Mungkin aku yang syok sendiri. Oh ya,bukan mungkin. Memang aku yang perasan. Perasan kononnya dia sayangkan aku, dia sukakan aku, dia suruh aku tunggu. Permainan apa ni? Permainan apa yang hati aku mainkan? Erghhh! Salah kau sendiri,diriku.

Kesat air mata

Kita sama-sama pernnah terluka. Kita pernah sama-sama kecewa dek cinta manusia. Kita manusia yang kena rasa pahit maung cinta dusta. Entahlah. Kali ni aku nekad. Aku biarkan perasaan ini pergi. Usah diundurkan lagi. Tapi,aku mohon. Kau pergilah sejauh mana. Usah menabur kata. Usah menabur harapan. Pergilah. Pergilah kasihku. Biarkan aku bersendiri. Cinta darimu tak ku tagih. Andai selepas ini,bibirmu membicara seribu janji,sejuta kata, aku mohon maaf. Tempatnya bukan disitu lagi. Hati ini dah letih menanti. Menanti tanpa sesuatu yang pasti. Kau tahu pengertian lelah bukan?

Mohon pergi,jangan datang lagi. Sabarlah hati,tetaplah kau situ. Ini cuma permainan hati duniawi.  
Suatu aku pinta,yakinlah dengan hati kau.


Tidakkah kau tahu,hidup punya waktu
Kasih tersia bukan itu ku mahu
Andai kau membisu tentu akhirnya
Perpisahan ini akan terjadi.
Angin Syurga-Misha Omar.

Tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggalkan dunia.

Kerna dia empunya orang.


Aku rindukan dia,yang empunya orang
Aku sayangkan dia,yang empunya orang
Aku terkenangkan dia,yang empunya orang
Aku nantikan dia,yang empunya orang

Bila empunya orang itu mahu sedar?

Aku harapkan dia,yang empunya orang
Aku menangis kerna dia, yang empunya orang
Aku rapuh kerana dia,yang empunya orang
Aku jatuh kerana dia,yang empunya orang

Bila empunya orang itu mahu perasan?

Maaf wahai si empunya orang
Maaf kerna masih menaruh harapan
Maaf kerna rasa itu masih sama
Maaf wahai si empunya orang

Cerita ini bikin dengan jujur
Cerita ini bikin dengan penuh rasa
Cerita ini bikin bukan untuk sengaja
Cerita ini bikin dengan penuh perasaan

Maaf,kerna cerita ini bikin robek hatimu.
Mungkin.

June

Assalammualaikum dan Hye! Akhirnya,Dhia update juga. Alahai! Padahal tengah studyweek ni. Bukannya belajar,buka buku baca sehelai dua,tidur 2/3 jam, baca lagi dan tidur lagi. Kenapa? Kenapa macam ni? Hahaha. Tapi hari ni rajin sikitlah,maybe gemuruhnya tu dah sampai. Okey,taknak cerita banyak. Just short entry. Nanti ada orang tanya “tak update blog?” Haisshh,no storylah,I bukan retis macam Hanis Jalikha and plus plus. Im just Dhia :)
Okey,firstly just nak panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi sebab tugasan yang berat sem ni dah lepas. Tak lain tak bukan Geofest. Yes! Festival Geoteknik. Nak menangis sebab festival ni,tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pagi tu macam nak gaduh dengan pihak atasan. Well,kitaorang semua gangster especially presiden dengan vise president. Muahahaha!
Terima kasih terutamanya kepada Dato Ismail sebab banyak bagi support banyak juga perlinya banyak juga makan dalamnya banyak juga kata-kata peransang dan banyak juga ilmu yang telah dicurahkan. Terima kasih Prof! Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dah bertungkus lumus men’setting’ program ni sebaik mungkin. Especially kepada presiden,jyha. Hiks. Anda terbaik *bodek*. Last but not least, terima kasih kepada ahli kumpulan geocell, Tim,Kay and Ekin. Terima kasih atas segala usaha penat lelah kalian,terima kasih mengangkat aquarium yang berat tu. Terima kasih!  Dan sekali lagi syukur alhamdulillah,kumpulan Dhia dapat tempat ke-2. Padahal,present ke laut semuanya. Muahahaha! Ala,tak kisahlahkan? Sebab tak jangka apa-apa pun. Oh ya,lupa,terima kasih kepada Ipin atas design poster tu dan banner program. Hiks. Okey apa lagi nak cerita?
Actually,bulan Ramadhan pun tak lama lagikan? Dan,ya seperti tahun tahun yang lepas. Dhia rindu sangat dengan bulan Ramadhan. Sangat. Terlalu banyak kenangan manis sepanjang Ramadhan.

 
 
Happy belated Dato! Semoga terus dilimpahkan rahmat,dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur hendakNya. Amin!

Okey. Tak tahu nak cakap apa. Ini je yang mampu dihasilkan. Kahkahkah! Sorrylah,ahkak ni bukan seni sangat nak hias segala. Muahahaha!

Grouping. Semua berkaca mata kecuali tim. Hiks.

Thanksssss!

Okey,jumpa lagi nanti. Special entry for Ramadhan 2013 :)