Pages

Alhamdulillah

Bismillah. Assalammualaikum buat semua. Apa khabar? Maaf sebab dah beberapa hari tak update. Al-maklumlah,sakit perempuan menyerang. So,tambah lagi sakit dekat-dekat ulu hati. Pehhh! Double pedih. Memang awesome kali ni. So,senyum je. Tak pasal-pasal,minyak Yu Yee Cik Nadia,saya rembat sapu. Wahhhh! Nyaman. Tak senonoh perangai kan. Kehkehkeh.

Cik Iera sekarang kat rumah sahaja. Rumah emak. Kehkehkeh. Petang tadi ada orang culik bawa balik rumah. Tapi saya sayang si penculik tu. Oh ya,lupa nak wish, Happy Birthday buat Niq Amin. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya :)

Lastly,alhamdulillah atas kesihatan yang semakin baik. Amin! :)

Izinkan saya berehat ya. 

Lot's of love,
Cik Iera. 

WW #1



"Fake it until you made it"

Sinis aku pandang.

Bismillah. Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua. Apa khabar? Buat apa tu? Cik Iera tengah sibuk mengadap tutorial geoteknik. Fuhhh! Sangat menguji kesabaran petang-petang macam ni. Al-maklumlah,suasana pun bukan main mendung lagikan. Hmmm,hari ini Cik Iera tak masak. Cik Jaz yang masak,tunjuk kepakaran. Masak nasi ayam. Awesome! Dapnyeeeee. Kehkehkehkeh. 

Tak ada cerita hot mana pun sebenarnya. Cuma nak meluahkan sesuatu. Kalau kita berkawan dengan sesorang,mungkin rapat. Adakah kerana rapat dan selesa itu lesen untuk kita berbicara tanpa menghiraukan perasaan orang lain? Entahlah,kalau Cik Iera sendiri,tak adalah nak kasar sangat bahasa. Sakit macam mana pun,biasanya pendam,diam. Malas banyak cakap. Bukan apa,terasa juga. 

Buat kau,
Kalau ya pun tak terasa dengan aku. Kalau ya pun kau tak suka dengan kata-kata aku. Kau tak perlu kot bagi ayat laser macam tu. Bagi aku ayat tu 'kurang ajar'. Tapi tak tahulah bagi kau,mungkin biasa. Ataupun itu makanan bagi kau. Huhhh,senyum sinis! Sorry to say,kata-kata kau malam tu,bikin aku sentap. 

Entahlah,aku masih tak kesah sebab aku masih fikir kau kawan aku. Tapi,aku jauh hati. Jangan tanya kenapa bila aku tak 'sesenang' untuk kau. Terima kasih. 

Haa,kadang-kadang mulut Cik Iera ni laser juga. Tapi tak adalah sampai nak sakitkan hati orang. Ok,dah. Cik Iera dah ok. Cuma,hargailah kawan yang sentiasa ada untuk menceriakan. Terima kasih kawan. Oh ya! Btw,Happy Birthday untuk Siti Fatimah Azman. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 

Lot's of love,
Cik Iera. 

Kerang Rebus Geli Hati

Assalammualaikum. Bismillah.

Salam sejahtera buat semua. Apa khabar? Hari ni secara rasminya,merupakan offday kuliah. Tiada kuliah. Tapi sibuk ke sana ke mari menguruskan perihal projek diploma dan ambil baju di pejabat SISPA. Uhuk! Kena repair lagi bajunya. ^^

Oh ya, pagi tadi bukan main liat lagi Cik Iera nak bangun pagi. Entah kenapakan,tapi nak taknak kena bangun juga. Solat subuh,lepas tu bammmmmm! Tidur balik. Tak senonoh perangai. Jangan tiru ya aksi Cik Iera,nanti rezeki tak masuk. Hari ni masak ikan cencaru+sayur goreng+kerang rebus.

Ikan cencaru air asam,Cik Nadia buat. Sayur goreng,Cik Yayana masak, Kerang rebus,Cik Iera yang rebus. Tapi yang tak senonohnya,Cik Iera ni mengada telefon emak. Minta resepi rebus kerang. Mengada-ngadakan? Ahhh! Keji betul perangai.

CIA : Salam mak,macam mana nak rebus kerang?
Emak : Haaa? Kerang? Bhahahaha! [OK! Emak saya gelak ya]
CIA : Aah,nak rebus kerang ni,nak letak apa?
Emak : Letak halia.....blablablabla.
CIA : Blalalalalalala

Haaa! Tak senonoh perangai. Brrrr. By the way,jomlah Cik Iera ajar. Tak payah malu,walaupun simple kadang-kadang ada juga yang tak tahukan? Let's go!

Kerang Rebus Geli Hati
Bahan-bahannya

  • Kerang
  • Halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar (sedang)
  • 2 batang cili/ lada besar
  • bahan perasa (garam/ajinamoto)
  • 2 batang serai
Cara-caranya.
  • Bersihkan kerang sebaik mungkin. 
  • Halia,bawang putih,bawang besar di potong halus. Ketepikan. 
  • Lada besar/cili dipotong dua. Ketepikan.
  • Serai diketuk hujungnya. 
  • Masukkan semua bahan-bahan yang telah dipotong,diketuk ke dalam periuk yang diisi kerang. 
  • Letakkan sedikit air dan bahan perasa. Rebus sehingga kulit kerang sedikit terbuka. 
Hasilnya.



Macam tulah,bukan main senang lagi. Uhuk! Cecah pula dengan kuah asam yang Cik Nadia buat memang ngam. Lagi ngam bila jari mula gatal sebab alergik. Nikmat! Bhahaha! Selamat mencuba ya. Dah siap,konon nak berlagaklah dengan mak,send mms picture bagai. Tapi last-last mak balas dengan gambar Ikan Siakap Stim. Kau adooo? =.= Sedih! Kahkahkah. 

Lot's of love,
Cik Iera. 

Kek Batik Lovey Dovey


Bismillah, Assalamualaikum dan Selamat pagi buat semua. Haa,pagi ni buat sarapan apa? Cik Iera pagi ni bangun pun dah kelam kabut tambah lagi serabut. Sebab banyak bebenor assignment+quiz. Redha jelah kan. Dah nama pun student. Boooo sama Cik Iera. 
Pagi ni tak ada sarapan. Diet ok! On-diet please. Padahal,buntu nak masak apa. Ini pun tengah tunggu Cik Yayana balik dari U. Nak beli barang,nak masak untuk lunch+kek batik. Maklumlah,nak bawa motor kaki tak sampai,so menumpang orang jelah jawabnya. Nak bawa kereta,seriau pula. Maklumlah,kat Parit Raja ni semua orangnya "Pailang". Ikut suka dia je nak belok sana sini. Simpang siur jadinya. *Alasan nak powerkan? Kahkahkah! 
So hari ini Cik Iera nak kongsi resepi. Senang plus lazat menjilat kuku jari. Eh! Over nampak. :)
Kek Batik Lovey Dovey
Bahan-bahannya
  • 1 biskut Marrie Original Flavour (Patahkan 2/4)
  • 1 paket Milo saiz sedang
  • 1 butter (250 gram)
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1/2 susu pekat manis

Cara-caranya.
  • Masukkan butter,milo,esen vanilla dan susu. Kacau laju untuk mengelakkan adunan berketul. 
  • Masukkan biskut. Kacau sehingga sebati. Matikan api,masukkan ke dalam bekas/loyang. 
  • Tekankan adunan dengan menggunakan senduk/sudu untuk menjadi padat. Sejukkan dan siap untuk dihidang. Yeah! Nyummmy. 
Senangkan? Tapi tak senonoh betul perangai Cik Iera ni. Belum buat dah kongsi resepi. Aishhh! Bukan tak pernah buat. Pernah. Ni,tunggu Cik Yayana lepas tu merempit sebentar ke Wellward. Nanti Cik Iera update gambarnya ya. Kehkehkeh. 

Selamat mencuba semua.

*Update, dah siap tepat jam 2.30 petang. Enjoyyyy!



Lot's of love,
Cik Iera. 

Klasik



Aku sentiasa berangan untuk mengimpikan sebuah kamera. Dari dulu lagi terlalu obses sama kamera. Bukan calang-calang kamera. Polaroid. Terlalu klasik bukan.

Dari hari ke hari aku tangguh. Tangguh dan tangguh. Ahh! Banyak sungguh komitmen yang harus aku galas sekarang. Melabur sini sana. Tapi aku syukur! Semuanya diermudahkan. Misi dan visi,penuhkan tabung Coca-Cola. Tercapaikah? Kalau perut asyik sahaja minta untuk di isi. Jahatlah perut ni. Kehkehkeh.


Motif utama update,aku tak boleh tidur. Aishhh! Last-last beranikan diri buka pintu bilik menuju ke ruang tamu,capai Big Apple,ngappp! Tapi masih lapar. Kejam betul. Harus aku lelapkan mata sekarang. Mimpi indah semua.


Lot's of love,
Cik Iera.

Famous D'Amour Cookies!

Hye blogger! Jam pun dah menunjukkan ke angka-12. Tapi mata tak nak lelap lagi. Tulah,semuanya gara-gara tertidur petang tadi. Ter ke? Kehkehkeh.

By the way,semalam (Ahad) sangatlah janggal. Sebab apa? Kalau kat rumah mak,hujung minggu masing-masing tunjuk handal. Buat itu ini. Tapi bila dah duduk rumah sewa. Oven pun tak ada,makanya duduk diam-diam atas kerusi mengadap nota dan assignment. Pehh! Serious,terbaik! Sedihhh!

Dah malas nak cakap banyak,Cik Iera nak tunjuk satu gambar. Tadaaaaaaa....





Terkecur tak? Ala,biskut simple je. Tapi dah banyak kali jugaklah mengodeh resepi ni. Bukan apa,sedap kot. Kehkehkeh! Puji diri sendirikan. Keji betul perangai macam ni. So,jom Cik Iera kongsi resepi. Haaa! Lupa nak cakap,sebenarnya resepi ni Cik Iera ambil dari chef otai ni, Kak CT. Thanks kak CT. Tapi dah godeh sikitlah resepi asalnya. Asal boleh je Cik Iera ni. 

Biskut Coklat Chip Famous D'Amour (Penuh kasih sayang buat sampai tangan cramp. Kehkeh)

Bahan-bahannya.
Bahan A [Ayak]
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu emplex

Bahan B 
250gm mentega [suhu bilik]
150gm gula kastor
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
coklat chip dan sebarang jenis kekacang 

Cara-caranya.
  1. Ayak segala bahan A supaya lebih halus. Ketepikan. 
  2. Pukul mentega,esen vanilla dan gula kastor sehingga kembang. 
  3. Masukkan kuning telur dan pukul rata. 
  4. Masukkan bahan A,kacau sebati dengan spatula.
  5. Masukkan chocolate chip dan badam cincang. Kacau rata. 
  6. Sudukan adunan atas dulang yang telah digris/disapu dengan mentega. 
  7. Bakar pada suhu 160'C selama 15 minit. Bergantung pada saiz adunan. Api atas bawah. 
  8. Sejukkan dan siap untuk dihidang. Bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. 
Nota : Jarakkan adunan anggaran 1inch sebab adunan akan mengembang dan leper dan masa membakar,bergantung pada saiz adunan. Kalau saiz adunan kecil,jangan terlalu lama. Kang ada yang jadi garinggg hitam. Teheeee.

Haa,apa lagi. Siap sedia untuk buat time raya. Selamat mencuba!


Lot's of love,
Cik Iera 

Sedetik lebih

Sedetik lebih itu aku tadah tangan mengucapkan Alhamdulillah. Dan sedetik lebih itu juga aku bersyukur ke hadrat-Ilahi atas kurniaan yang aku perolehi.



Sedetik lebih itu juga aku bersyukur kerana aku kuat menempuh dugaan. Minta maaf,blog lama aku tutup kerana beberapa sebab. Yang pentingnya,biarlah semuanya untuk kebaikan orang lain. Tahu?


Sedetik lebih,sekali lagi. Terima kasih! Harap aku semakin dewasa menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar manusia.



Lot's of love,
Cik Iera.