Pages

Tak Terlewat #1


Perjalanan yang entah tujunya ke mana semakin lama semakin perlahan. Semakin lama semakin jauh dari landasannya. Di manakah perhentiannya? Di manakah akhirnya? Kenapa semua yang terjadi tidak seperti yang dijangkakan? Tetapi langkah ini masih ku teruskan. Manalah tahu nanti akan ada yang menghentikannya. Mungkin,itu yang dinamakan takdir. Ataupun jodoh?

Takdir atau jodoh?
***
Sedang Orkid sibuk menyiapkan laporan tahunannya,tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar menandakan ada satu pesanan ringkas masuk. Hmm,siapa yang berani kacau aku buat kerja ni? Cari gaduh betullah.
Assalammualaikum Orkid :).

Itulah yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Dilihat nama pengirimnya,lantas senyum mula terukir.

Waalaikummussalam Hakim. Iya,ada apa ni? Kacau je orang buat kerja.

Balasnya sambil senyum yang masih menguntum. Haiii,mana mungkin aku nak marah Hakim ni. Kihkihkih. Gelaknya sendiri. Tidak sampai beberapa minit kemudian,telefon bimbitnya bergetar lagi. Pantas jemarinya melihat mesej yang tertera.

Okeylah,tak kacau dah. By the way,petang ni free? Ingatkan nak jumpa. Please ;)

Eh! Ngada-ngada pula dia ni. Jam di tangan dilihat. Baru pukul 3 petang,ada 2 jam lagi untuk dia menyiapkan laporannya sebelum dihantar kepada bosnya.

Okey,pukul 6 kat Cafe Dhia’ okey? Take care.

Thanks my dear. See you later ya. You too,please take care. 

Petang itu,tak semena-mena semangat menyiapkan laporan berkobar-kobar. Detik jam 6 petang itu,terasa lambat. Tepat jam 5,Orkid mula beredar dari pejabatnya. Dia harus singgah di masjid untuk menunaikan solat asarnya dan terus ke Cafe Dhia’ seperti yang dijanjikan dengan Hakim. Hatinya mula berbunga tetapi dalam hatinya sayu mula menyelubungi. Dia tahu apa yang akan terjadi petang ini. Entah kenapa hatinya memberontak,tapi digagahkan sahaja.

***

Dari jauh,terlihat bayang Hakim. Jam di tangan dilihat. Eh! Masih ada 10 minit,awalnya mamat ni sampai. Mesti curi tulang ni. Orkid membuat andaian sendiri,dalam masa yang sama terasa bersalah pula menuduh yang bukan-bukan tentang Hakim.

“Assalammualaikum En.Hakim. Awal hari ni? Selalunya naik berjanggut saya menunggu baru awak sampai” sambil menarik kerusi di hadapan Hakim

“Waalaikummussalam. Saja datang awal. Jaga reputasi” balasnya sambil tersenyum kecil. Seketika itu,waiter datang mengambil pesanan dan berlalu pergi. Mereka berbual,bergelak ketawa dan kadang-kadang bergaduh kecil menegakkan pendapat masing-masing sehinggalah pesanan minuman sampai.

“Haaa,sampai pun. Penatkan gaduh? Minumlah dulu ya,saya belanja harini,”kata Hakim kepada Orkid. Dua-dua tertawa riang.

“Hmm,kenapa Hakim nak jumpa Orkid ni? Apa yang penting sangat ni?”tanya Orkid sambil menghirup jus tembikai yang dipesannya.

“Orkid tahukan apa yang tengah berlaku pada Hakim sekarang ni?”,tanya Hakim. Pertanyaan Hakim hanya dibalas dengan anggukkan Orkid. Mana mungkin aku tak tahu. Mana mungkin aku tak tahu bilamana orang yang aku sayang,bakal disatukan dengan orang lain. Mana mungkin aku tak tahu Hakim! Jeritnya sekadar di dalam hati. Hatinya terus berdebar dengan apa yang bakal Hakim katakan sebentar lagi. Suasana bisu.

“Hakim dah buat keputusan. Hakim akan turutkan apa yang ibu mahukan. Hakim....”

“Baguslah. Tahniah!” pintas Orkid sambil memberikan senyuman. Dia sendiri tidak tahu apa makna senyuman itu. Pedulilah!

“Hakim tak habis cakap lagi Orkid. Dengar ni,Hakim harap Orkid faham keadaan Hakim. Hakim tersekat,antara orang-orang yang Hakim sayang. Ibu,Hakim sayang. Orkid pun Hakim sayang,”suara yang tadinya nampak tampan kini mula kendur. Sebak mungkin. Orkid hanya membatukan diri. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya digagahkan hati.

“Walaupun,Hakim terpaksa terima pilihan ibu,tak bermakna Hakim tak sayang Orkid. Hakim sayang. Cuma....”

“Hakim,look! Even ini bukan seperti yang kita inginkan,Orkid okey. Ala,pilihan ibu tu cun jugak. Confirm nanti Hakim boleh sayang dia. Kalau Hakim nak tahu,sebelum Hakim tahu pilihan ibu tu,ibu dah bawa Orkid jumpa dia. Not bad,”balas Orkid sambil ketawa kecil.

“Boleh tak Orkid jangan berlakon? Boleh tak jangan acah-acah gagah kuat?”

“Hakim,kalau Orkid tak kuat sekarang,bila lagi Orkid nak kuat? Kuat tak kuat itu diri Orkid. Hakim,Orkid selama ni hormat hubungan kita. Ya,Orkid tahu Hakim sayang Orkid. Orkid pun sayang Hakim. Sampai suatu masa,bila ibu mula minta pendapat Orkid tentang pertunangan Hakim,Orkid masih hormat hubungan kita.Tapi mungkin,takdir dah tertulis yang sayang kita sayang sebagai kawan. Just releks,okey?” dalam sendu Orkid gagah untuk berkata-kata.

“Hakim minta maaf Orkid. Hakim tak ada niat nak sakitkan hati Orkid. Kalau Orkid sakit,Hakim pun terasa sakitnya. Hakim sayang Orkid,”. Ada sedu dihujung katanya. Ya Hakim! Aku pun sayang kau.

“Hmm,okeylah Hakim. Apa pun,Orkid sentiasa doakan yang terbaik untuk kehidupan Hakim. Kita masih kawan. Seperti dulu dan selamanya,kawan. Okey? Hmm,okeylah Hakim. Orkid balik dulu. Maghrib pun tak lama lagi ni. Jaga diri Hakim,”sambil menguntumkan senyuman,Orkid melintasi Hakim di sebelahnya. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menahan dirinya dari terus berlalu pergi.

“Jangan pergi. Tolong,jangan pergi Orkid” kata Hakim yang berdiri disampingnya sambil mengenggam lengan Orkid. Orkid diam seribu bahasa. Hatinya celaru. Sebak!

“If you go,it’s over between us,”katanya lagi. Terpana dek kata-kata Hakim,matanya terus menatap mata Hakim meminta kepastian. Baiklah,aku akan pergi Hakim. Aku akan pergi. Tangan Hakim yang berpaut di lengan Orkid diminta lepas. Langkah kaki Orkid diteruskan juga. Tinggallah Hakim bersendiri. Masing-masing keliru dengan situasi yang baru sahaja berlaku. Akhirnya,dalam ketampanan Hakim,gugur juga permata jernih. Jangan pergi Orkid. Rintihnya di dalam hati. Semakin lama,bayang Orkid ditelan dek keramaian manusia di sisi-sisi barisan kedai.

Maafkan aku Hakim. Bukan aku sengaja melangkah pergi. Aku terpaksa pergi,terpaksa Hakim,bisik Orkid didalam hati sambil mengesat airmata yang mula berjujuran. Orang sekeliling tidak dipedulikan. Pantas kakinya melangkah menuju ke keretanya. Kalau mahu diikutkan,kakinya mula lemah longlai,tak berdaya dengan situasi yang baru terjadi. Tapi digagahkan juga sehingga ke keretanya. Di dalam keretanya,semakin lebat airmata mengalir. Telefon bimbit yang menjerit meminta untuk diangkat,tidak dipedulikan. Dia tahu panggilan itu dari Hakim. Enjin kereta dihidupkan dan terus berlalu pergi meninggalkan kenangan pahit yang baru tercipta.

Selamat tinggal sayang,Hakim. Semoga bahagia,doaku.


***BERSAMBUNG**