Pages

Cerita SMKFBK

Salam buat semua pembaca. Apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat belaka lah ya. Hmm,hari ini nak cerita kisah lampau pula. Hamboii,lampaulah sangat ya. Bukan lampau,sebenarnya cerita dulu-dulu. Zaman budak-budak hingusan. Mihmihmih. So,tak nak buat intro panjang-panjang sebab nanti melalut lebih. Kan?
 
Semalam,ikut mak ayah ke Tangkak untuk satu urusan rasmi. Hamboii. Mihmihmih. Kak Miya yang demam pun ikut. Kalau jalan semuanya sihat. Kihkih. Ok,dah settle semua urusan kat Tangkak, ayah ke FBK pula. FBK stand for Felcra Bukit Kepong ya. ;) Haa,bermulalah cerita aku yang duduk kat sana selama 7 tahun. Dari darjah dua sampailah ke tingkatan 3. Itu pun setengah tahun je. Dua bulan ke tinggal sebulan lagi nak PMR,aku pindah. Sadis! Masa pindah darjah dua tu pun setengah tahun juga. Apa ayah ni suka pindah tengah-tengah tahun? Kihkihkih. Tapi sekarang ni nak cerita tang cerita menengah. Jom,tengok gambar. Boleh story mory dengan gambar sekali.

  
 
Inilah sekolah aku. SMK Felcra Bukit Kepong. Banyak sangat kenangan kat sekolah ni. Tapi,paling banyak kenangan form 2 dan 3. Form 1 tu macam tak berapa nak ingatlah. Kihkih. Keji much ok -_-'. Paling tak boleh lupa,masa form 2 aku dah kena panggil dengan kaunselor. Kes bercinta. Ok,bengang ok, sapa pula yang tarik nama gua? Gua bengang je. Eeee,menyampah. Nasiblah kes ni tak sampai ke telingah ayah. Sebabnya ayah masa tu Pegawai Kawasan. Office ayah pula memang betul-betul sebelah sekolah. Tak ke naya kalau ayah dapat tahu? Mihmih. Tapi tu cerita dulu. Kaunselornya bukan main garang lagi. Masuk-masuk bilik je pertama sekali mesti budak kene pelempang dulu baru dia tanya kenapa. Kau ada kaunselor garang macam tu? Tapi aku tak kenalah. Sebab aku comel. Ok,ini tipu. Itu kes beratlah masa Form 2. Terasa macam #@$%^ je. Mihmih
 
Tingkatan 3. Oh ya, masa tingkatan 2 lagi, aku dah berjinak-jinak dengan softball ni. Thanks to coach, Cikgu Mahizan yang banyak tunjuk ajar. Aku bawa minat aku ni sampai ke sekolah teknik. Dan alhamdulillah, masa wakil daerah pontian ke Kulai, aku berjumpa dengan coach aku. Dan sempat jugalah, aku aplikasikan ilmu yang dia ajar bab 'scoring'. Sebab kat Malaysia ni,tak ramai yang tahu kira-kira markah ni. Tak silap, masa dia bagitahu dulu cuma 3 orang je yang mahir bab ni,dan dialah salah seorangnya. Hebakkkkk nya coach saya. Dalam group softball,i'm a leader. Leader urus barang segala. Lepas tu kaki ponteng kelas. Hello,bukanlah suka-suka ponteng tapi dengan izin Pengetua. Kau hadoo? Orang sibuk belajar pagi-pagi dalam kelas. Aku and the geng duk kerah keringat kat padang berlatih softball. Group softball aku,Anti,Piqa,Lina, dan lain-lain *sebenarnya dah lupa. Ampun! Lama juga tak masuk kelas, masuk kelas dengan muka gelap galas 'Bat'. Tak ke hangin budak-budak ni.Brrr. Aku suka sangat dengan softball ni daripada study. Yeahh! Kejamkan? Lepas tu,satu lagi kenangan,dengan arwah cikgu sejarah. Nama dia tak payahlah mentionkan. Sedih. Kantoi surat cinta. Ex akulah ni! Jadahnya bawa surat cinta pergi sekolah. Bengang je tau. Tapi tak apa, aku redha. Yelah,time sekolah sibuk nak bercinta. Tapi aku bukanlah jenis gedik ok. Even aku dengan ex satu kelas,cakap pun tak. Mihmihmih. Tak kuasa nak melayan. Sekolah,sekolah. Luar sekolah baru kita bercinta. Tapi tak pun. Kat luar pun sama,macam tak ada apa-apa. Kita relex-relex je.
 
Cakap pasal kelas,dalam kelas, yang baik dengan aku Nadia, Balqis, Ina dan Mariam. Yang lelaki pula, Farid, Ashraf, Alif, dan Ery. Ok,Ery tulah ex aku. Mereka-mereka ni semua pengawas. Aku sorang je Pustakawan. Mihmih. Dalam kelas kemain lagi mulut semua macam mak jarah. Tak berhenti cakap. Kecohlah ertinya. Aku sayang diorang. Tapi tak lama,Ina pindah Muar. Lepas tu aku pula pindah. Haa,nak tahu mana kelas aku? Kelas aku tingkat atas sekali,hujung sekali. Perghhh~lenguh lutut adddiikkk nak naik tau. Tapi,masa F3, kaki aku mengalami luka yang amat dalam sebab tercucuk dengan kaca pingan. Releks je pakai sandal,jalan satu sekolah. Naik tangga akulah yang paling lambat, turun aku paling laju. Mihmih. Lama juga nak sembuh kaki tu sebab luka dia besar. Huhuhu. -__-' Oh hoiiii,rindunya. Pagi kelas biasa. Petang tuisyen bahasa Melayu katanya. Malam pula tuisyen lagi. Petang Jumaat tuisyen lagi. Hidup penuh dengan tuisyen. Cemerlang,aku tak juga. Mihmihmih.
 
Ingat lagi,aku pindah masa tu hari Rabu. Seorang pun aku tak bagitahu yang aku akan pindah hari tu. Sebab aku taknak diorang sedih. Padahal diaorang suka kau pindah. Bhaha! Perasankan. Diorang tahu aku nak pindah tapi hari apa tu tak tahulah. Paling aku sayang,dengan cikgu math. Cikgu Musman,sebab dialah aku minat math. Mana taknya dalam kelas akulah yang dia selalu attack, akulah yang dia selalu balikng kapur. Aku dulu nakal. Masa jumpa dia nak minta maaf tu,adoii, meleleh jap air mata. Dia pun menangis. Sedih kot. Tak apa cikgu! Sekarang Alhamdulillah saya dah jadi manusia. Malah,saya dah jadi cikgu Math. Part-time cikgu math,kat mana tu rahsialah ya. Tapi dah 3 sem aku amik job tu. Bila student aku macam tak geti bahasa,aku tak marah,sebab mungkin aku dulu pun macam mereka jugakkan. Mihmihmih. Dan yang paling sayang nak lepas,coach. Cikgu Mahizan. Amboiii,kau sayang cikgu lelaki jekan? Tak,nantilah. Tak habis lagi. Dia banyak jadikan aku kuat tak lembik. Banyak bagi dorongan. Thanks sangat-sangat. Lepas tu,dengan cikgu Hasnaria. Rapat dengan dia. Cikgu Ana ni baik orangnya,sopan je. Sayang sangat. Cikgu Ana pernah bagi surat kat aku pasal kes aku dengan senior si Jubair tu. Kenapa? Sebabnya si senior ni menganggu ketenteraman aku ok. Tak senang jadinya. Apa isi surat tu,dirahsiakan. Yang penting memang sayang sangat dengan semua. Mihmihmih.
 
Banyak sebenarnya nak cerita. Tapi takut pula bosan. Takpa,takpa. Adakah kena buat part by part? Mihmihmih. Kalau rajinlah. Ok,semua. Cuma nak cakap sekolah ni banyak kenangan. Love all. ^^


Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah


No comments:

Post a Comment