Pages

Nikmat mana lagi yang aku nak nafikan? #2

"Ada satu masa nanti,kita diuji dengan macam-macam masalah. Sampai,masa itu tidur pun tak lena. Makan pun tak senang. Risau. Tapi kita terlupa, yang memberi masalah adalah Allah. Dan hanya dengan mengingati DIA sahaja, boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap benda ini,tapi DIA. Dan dia sudah beritahu kita di dalam 'surat cinta' DIA kepada kita. DIA yang memberi masalah dan DIA juga yang menenangkan hati kita sewaktu tidak tenteram. Betapa sayangnya Allah pada kita"
 
Tatap mata aku dalam-dalam. Kadang-kadang ada yang tak mampu berbicara dengan pancaindera suara. Kadang-kadang ianya terlukis di bayang mata. Cuma kali ini,aku mohon. Tatap dalam-dalam. Cuba engkau selami dan memahami. Tak banyak yang aku minta. Cuma ini.
 
Kadang-kadang rindu yang aku rasa menyesakkan jiwa. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati. Dan terkadang ianya membuat aku sebak. Sebak tanpa tanda-tanda.  Bukan aku membenci,malah bukan juga aku menolak. Rasa rindu ini DIA yang pinjamkan pada aku. Apa yang harus aku lakukan kalau itu kehendakNYA?
 
Kadang-kadang rindu ini aku nafikan. Aku menidakkan. Dan kadang-kadang aku abaikan. Bukan apa, takut-takut nanti rasa itu kembali. Takut juga nanti melawan keresahan. Takut juga gagal dalam usaha mengubat sebuah luka. Sedangkan,ianya sudah lama berlalu. Ya,luka itu telah lama. 
 
Doa aku selalu mengiringimu. Tetapi aku tahu,tanpa doa aku kau masih bisa menjalani kesemuanya. DIA masih ada untuk memberikan yang terbaik untuk kamu. DIA masih ada untuk mengukirkan takdir yang terindah buat kamu. Dan DIA masih ada untuk aku. Memberi kekuatan untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini.
 
Mengertilah bahawa perasaan dan rasa ini akan hilang akhirnya. Sampai suatu hari nanti aku tak sedar ianya sudah tiada. Ianya tidak lagi menghimpit dan membebani aku. Percayalah,rasa ini akan pudar akhirnya. Harapanku,semoga engkau tidak lagi cuba untuk menghidupkan kembali rasa yang telah mati nanti.
 
Melupakan satu perkara yang tidak mudah,malahan mengenang juga bukan sesuatu yang indah. Tetapi, ingatlah satu perkara. Perkara yang sejak azali lagi. Perkara yang selalu membuatmu bahagia, itulah DIA. RahmatNYA dan kasih sayangNYA. KurnianNYA dan ampunNYA.
 
Dan persoalannya, dimana letaknya DIA disisi kita? Dimana? Dan aku biarkan persoalan ini tergantung tanpa noktah. Jawapannya ada pada jiwa masing-masing. Temukanlah hatimu dengan DIA.
 
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah. 

No comments:

Post a Comment