Pages

Sambal Rangup Ikan Bilis Delimas.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera. 


Hye. Apa khabar? Kalau tanya Cekqa,jawapannya memang makin sihat,makin berkembang. Haha! Hati senang,makan itu ini. Siapa yang peduli kan. Hikks. So,hari ini cuti yang paling paling paling tak produktif. Bangun pagi, turun bawah cop mesin basuh. Nak dijadikan cerita, dari pukul 10pagi cop,pukul 12.30 tengahhari baru dapat basuh. Sem ni,inilah kali pertama rajin nak turun pergi washing machine. Kalau tak gigih juga perah baju,sidai baju meleleh-leleh airnya. Hahaha! Nampaknya,bila dah start first step ni, lepas ni makin rajinlah menabung kat washing machine tu. Hikks. Turun naik turun naik,adalah juga dalam 4 kali,siap beli lunch kat Pakcik Air Sedap depan blok,dan paling bestnya hari ni,abang tu buat air Jambu. Nyummmy! Pure okey pure airnya. Sekejap abang,sekejap pakcik,apa cerita Cekqa? Hahaha. Bila tang puji,kasilah abang sikit. Haha! Motif sangatkan. Lepas tu,gigih siapkan UMYS. Haish! Ada sahaja yang menghalang. Bila nak start print tu mulalah;

"Eh! Sikitnya page" // "Eh! Kenapa banyak sangat salah ejanya ni?"

Ceritanya,makin banyak Eh! Eh! makin lambat printnya. Susah jugakkan. TT__TT

Okey,so nak cerita apa ya hari ni? Dahlah hari tak produktif, belajar selak buku pun tak. Apa nak jadi ni? Apa nak jadi ni Cekqa? *sambil krak kruk krak kruk kuih Cincin Papar. Apa pun tak bolehkan. Hahaha. Oh ya, before lupa,setinggi-tinggi tahniah buat kawan sekelas masa zaman STEPO,Pieqa di atas perkahwinannya hari ini. Tahniah Piqa! Semoga berbahagia selalu hendakNya. 

Cerita pasal kahwin kahwin ni, dulu masa kat sekolah mesti ada ayat macam ni;

"Ala,yang diam yang skema tu yang kahwin dulu". 

Kan? Jangan tipulah, ni sampai ke unibersiti masih ayat yang sama keluar. Hakikatnya! Yes,ramai je yang slow, yang releks peace peace dah berumahtangga. Alhamdulillah, rezeki masing-masing. Lambat ke cepat ke, Dia dah atur. Eh! Eh! Kenapa pulak mengatal cerita pasal kahwin ni. Hahaha!


Disebabkan idea pun tak ada nak bercerita, let go cerita kegemaran Cekqa. Senang cerita, apa yang Cekqa suka makan/ stok kat hostel. Cekqa tak lah cerewet bab makan, cumanya, haruslah kena pedas kan. Tak pedas,tak powerlah. Tak begitu? So,hari tu jalan punya jalan kat Jusco Kulai,sekali terjumpa sambal ni. Apa lagi,ambik satu botol kecik, beli roti. 

Sampai je hostel,kemas semua barang. Duduk kat meja, apa lagi buka roti,buka sambal sapu macam sapu majerin. Dalam hati "Eh! Habislah aku,kalau pedas ni, mahu satu botol besar aku duk minum nanti". Kahkahkah! Dah habis satu roti, eh! terbuat lagi satu. Macam mana ni? Nampak tak kesedapannya macam mana. Phewww~


Sambal Rangup Ikan Bilis Halus, RM5.90/180g. 


Nampak tak? Terliur tak? Hahaha. Nampak tak ladanya tu. Pergh! Pergh! Tapi itulah, walau bilisnya cenonet je, walau bijinya masih nya tapi ranggup dia. Phewwww. Menangis kesedapanlah ceritanya. Itu yang habis satu buku roti tak sampai seminggu. Dan, itulah rahsia penambahan berat badan. Hahaha! 

Haa, itu jelah ceritanya. Lepas ni nak try yang sambal udang pula. Hikks. Ceritanya;bila nak start jogging ni Cekqa oi~. 


1 comment: