Pages

My Workspace #1

Assalammualaikum dan Selamat Petang!

Syukur,Alhamdulillah! Akhirnya Cekqa dapat online. Hiks. Apalah! Ingatkan apa ya. Iyalah, berapa hari dah tak update blog,larilah reader's I. Siapa reader's kau Cekqa? Siapa? Muahaha! Berangan okey. 

Firstly, just want to say Alhamdulillah, sebabnya dan akhirnya dah check in hostel-paling-best-Parit-Raja. Hahaha! Bodeklah sikitkan,walaupun dapat tingkat atas,anak tangga tak sempat kira lagi,tapi patah balik patah balik angkut barang boleh tahan 4/5 kali. Almaklumlah,satu rumah diangkutnya. Hahaha! Dugaannya, sebelah blok betul-betul Tutty Fruity, elak stress je turun bedal icecream. Cekqa! Jimat! Jimat! Hahahaha. 

Sebenarnyakan, sebelum dapat line wifi ni kemain lagi banyak bebenor cerita yang nak diceritakan. Ini,bila dah dapat online, nan-hadoooooo satu cerita pun tak terlintas. Sabar jelah nakkk! 

Okey,back to my story about my hostel, roomate still dengan Tim,dapat katil bawah lagi. Kihkih. Roomate yang lain tu tak berapa nak ramah lagi. Releks,releks. Banyak masa lagi. 6 bulankan kita together-together. Okey,malas nak cerita banyak. Cerita pun,macam tak ada isi. Ya dok? Let's scrool my picture! 


Nahhh! Hambek! Nak kena angkut segala.Aduyai! Berdeeh jugalah sampai tingkat atas ni. Haha! Ala,Cekqa bukannya sempurna mana. Cekqa bawa apa yang patut. Ini pun sampai 5,6 kali kemas balik. Ada lagi yang tak bawa tu. Kihkihkih. -__-'

Bila dah check in bilik/hostel ni,perkara yang paling Cekqa suka atau yang memang jaga/hias bebetul. This! My workspace,meja study. Ya! Dan syukur,sem ni rasa meja macam besar pula. Letak laptop pun macam tak penuh lagi. I like! 


Ini adalah yang Cekqa letak untuk my workspace. Ala,biasalah,nama pun perempuankan. Hahaha! Bajet nak hias-hias ni,tak over RM20 pun. Well,kitakan kena berjimat cermat,kedai dua hengeeetttt adalah jawapannya. Kotak tiga tingkat tu,dah 5 tahun dah Cekqa usung,sejak dari poli lagi. Beli kat kedai RM2. Bekas lilin kaca love tu,beli kat Romantika,Angsana, RM3. Green board tu beli kat kedai RM2. Pewangi meja,wajib ada! Beli kat kedai RM5,wangian musk. Auumm,auumm. Patung Lego 4 orang tu koleksi sendiri, RM5.90/setiap satu. Ini adalah lego collection Friend's. Dan,quote omputih tu, cari online,print. Siap! So,total semua tolak lego lego tu, RM12. Well,I love you my workspace. It's nice to see,but U will die i you touch! Hahahaha! Kejam gila.


So,ini adalah,full picture for my study table. Ini awal-awal sem,tunggu hujung hujung sikit,entah kemana semua. Tapi, ruang ini sahaja yang Cekqa boleh hilangkan stress. Stress,kemas. Stress,kemas. Hahahaha! So, ruang mana yang awak-awak suka? Selain,dapur yang mengenyangkan,dan katil yang membahagiakan. Hahaha! So,lets share our favourite space. 

So,for my friend's and all of you,goodluck for this semester! Do the best and let Allah do the rest. 


P/S : Apa hukum seseorang memakai gelang kaki/tangan yang berloceng? Mohon penjelasan bagi sesiapa yang tahu. [^__^]Y


Keep your smile and spread your love. 

No comments:

Post a Comment