Pages

Apa ada dengan Kuala Pilah, Kedai Kain 1 Malaysia dan Kedai RM2.

Assalammualaikum dan Selamat Petang. 

Tiba-tiba rasa sesuatu. Perasaan tak percaya. Sebabnya,Cekqa rajin bebenor update blog. Come on sayang sayang sekalian, ombak pun beralih pantai, inikan kita manusia hati lalang. Eh! Peribahasa mana kau guna tu? 

Tsskk TT__TT

First for all,Happy Birthday to my friend, Fuad Azmi. May Allah bless you,dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Dan,cepat-cepatlah kahwin dengan Yaya. Hikks! Dan,tahniah in advance buat my bestfriend, Zuliana Zakir (Liely) atas pertunangan yang akan berlansung pada 08 Februari 2014. Dua hari lagi my bestfriend bakal menjadi tunangan orang. Aku? Tsskk. Releks,habiskan belajar dulu ya. Walaupun gatal dah tahap wajib. 

Sebenarnya nak cerita,tadi Cekqa pergi Kuala Pilah,saja jalan-jalan, niatnya nak pergi cari Kedai Kain 1 Malaysia. Okey,siapa yang tak tahu kat mana lokasi KK1M di Kuala Pilah,tempatnya senang sahaja dan strategik okey, tempatnya berdekatan Giant Kuala Pilah,sebelah je pun. Sebelah kedai coconut shake Janda Pulang. Jangan ketawa okey dengar nama kedai coconut shake tu,memang namanya macam tu. Kononnya,masuk radio katanya "Kalau duduk negeri tapi tak tahu Janda Pulang tak tahulah". Tapi,bila pergi nak minum "Kelapa tak ada abang". Eh! Sendiri nilailahkan. 

Okey,sambung balik cerita KK1M tu,so far so good kedainya,cuma kain tu tak berapa banyak lagi. Kedai baru kan,tapi dalam tak banyak-banyak tu,sempat juga Cekqa dan mak merembat sorang satu kain 4 meter,english cotton. Kain cantik,sejuk dan paling Cekqa suka tak payah gosok. Haa! Ini yang suka ni. Tapi, mak lagi hober tau! Dia pergi borong kain langsir satu papan,50meter. Katanya nak buat langsir,nak buat alas meja bla bla bla. Kau hadoo? Semangat nak menjahit untuk raya ni. Harga? Don't worry, harga semua mampu milik punya. Ayah pula merembat kain untuk dibuat jubah. Kain tebal,kualiti baik. Kita kan perempuan,tahulah kain baik ke tak. Pergh! Eksen budak ni, pang kang. Gambar kain tunggu baju I siap pleasing pose sana sini baru I publish okey? Haa,retis sangat u'olls. 

Dah borong memborong kain,singgah pula Bahau. Cekqa nak singgah kedai RM2. Nak memborong apa yang patut untuk naik sem ni. Tak tahulah kenapa nak naik sem ni semangat kemahennn. Mushkil juga, tapi tak apa,kita layankan. Manalah tahu semangat ni sampai habis sem. *tangan kebahu,mata ke atas*

Okey,cerita pula pasal kedai RM2 ni. Ini adalah salah satu kedai kegemaran Cekqa. Sebabnya,murah. Kau tak ke sakit hati pergi kedai lain benda sama harga lain-lain. Cekqa ni pun bukannyalah mampu nak keluar masuk kedai branded nak beli barang,cukuplah besederhana keluar masuk beli belah tak hingat dunia kat kedai RM2 ni. Rendah diri gittuuw. 

Tak beli apa pun sebenarnya, beli 6 pasang handsock warna warni. Senang, nak pakai baju kurung,bolehlah pakaikan. Semua warna aku rembat. Cekqa bukan beli melulu okey. Cekqa dah beli satu dah, dah try dah bawak pakai dua majlis dah. Handsock ni jenis masuk ibu jari dengan jari kelingking. So far so good, sejuk, rimas pun tak. Kalau tak asyik menyinsing jelah kerjanya.Tsskkk. 

Lepas dah beli handsock tu,Cekqa borong memo stick, gam, puncher and clip kertas besi. Beli sekali container plastik. So,taklah sepah atas meja study nanti *semangat nak study kononnya*. Menangis weyyy. Apa lagi rembatlah. Rembat punya rembat, RM50 pun tak habis. Nampak benor berjimat cermat menggunakan gaji part time sem lepas. Hewwheww. Gam tu 6 botol,RM2 okey. Tapi,Cekqa ambik 3 botol je,3 lagi serah kat mak. Memo pad yang besar tu pun ada 2 pax,RM2 juga. Kalau kat kedai lain satu dah berapakan. Selagi kita boleh jimat kita jimat ya anak-anak. 



Inilah handsock yang Cekqa rembat tadi,full package colornya. Kihkihkih. 


Contoh pemakaian handsock diatas. Erkk,testimoni ke apa ni ek? -_-'


Barang-barang school katanya. Duk diam diam dalam plastik dulu ya. Nanti dah balik rumah johor kang,baru kita kemas balik ya. 

So,itu sahaja yang Cekqa nak bebel. So,moral value,spend your money wisely okey sayang-sayang sekalian! Phewww~

Opsss,ini ada sedikit perkongsian ilmu dari Cekqa. Hasil duk khusyuk sambil pegang phone layan whatapp. Macam mana nak dapat pahala lebih tu Cekqa. -__-' Tsssk.

Masjid Kuala Pilah, terima kasih kepada Camera 360 atas effect rainbow. 



Waalaikumussalam. 

No comments:

Post a Comment