Pages

Kuih Bakar Berlauk

Assalammualaikum. Selamat Petang!

Petang petang ni Cekqa releks sikitlah sambil cuci cuci mata kat blog blogger famous. Hiks. Sekali, teringat yang tak update lagi resepi kuih semalam sebab ada one person minta resepi. Janji nya semalam,tapi nan hodo! Memang nak kena Cekqa ni.

Minta maaf pada yang berkenaan. Semalam,sebelum maghrib dah berkejar ke Surau Kg. Baru ni sebab ada sambutan Maulidur Rasul katanya. Ayah kata nak gerak pukul 6.45pm,lepas tu kita ni siap-siaplah. Balik dalam jam 11pm,maka balik siap-siap terus landing hanyut sampai ke pagi. Minta maaf ya. [*^__^*]

Okey,taknak bebel banyak. So,ini adalah resepinya ya.


Kuih Bakar Berlauk

Bahan-bahannya;
Untuk Inti

  • 150gm daging kisar-Untuk daging, Cekqa beli daging biasa sebab Cekqa tak berapa minat daging kisar sebab halus mulus sangat. Tak terasa di tekak gitu. Over Cekqa,over!
  • 1 sudu makan rempah kari daging- Cekqa guna adabi
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus. 
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus. 
  • Hirisan daun sup.
  • Hirisan cili merah-dipotong dadu kecil. 
  • Garam dan gula secukupnya. 

Cara membuatnya;

  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kari daging dan kacau rata. 
  • Tuang sedikit air dan masak sehingga rempah garing. 
  • Masukkan daging dan gaul rata dan biar daging masak. 
  • Tambah garam dan gula secukup rasa. Kalau warnanya pucat,tambahkan lagi rempah kari dan rasa ya. 
  • Masukkan hirisan daun sup dan cili merah. Cekqa masukkan sedikit sahaja. Sebab yang lebih tu nak tabur atas. 
  • Gaul rata dan matikan api. Sejukkan. 
Untuk adunan kuih bakar
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan kelapa-boleh juga ganti dengan susu cair/susu rendah lemak.
  • 3 biji telur. 
  • 180ml air
  • Sedikit garam. 
  • Pewarna kuning.
Cara-caranya;
  • Satukan telur,santan dan air. Kacau guna whisk sehingga tak berketul. 
  • Masukkan beberapa titik warna kuning dan sedikit garam. Mak Cekqa kata,garam kena agaklah,sebab santan ni kalau garam ni cukup,lemak dia memang umppphh!
  • Tapis dan ketepikan. 
*kalau penat,taknak gaul adunan ni guna whisk,boleh juga masukkan dalam blender,kisar halus.

So,dah selesai sediakan bahan-bahannya,jom kita bakar dia pula. Hikks. Untuk bakar ni, Cekqa tak guna oven,100% acuan tu atas dapur. Tenggekkan acuan tu atas kuali leper,letak je loyang atas tu. 

Cara membakar kuih bakar berlauk;
  • Panaskan acuan atas dapur. Letak sedikit majerin dan ratakan. 
  • Tuang adunan kuih bakar tadi tu 3/4 daripada acuan
  • Taburkan inti daging,hirisan daun bawang dan cili merah. 
  • Api sederhana ya dan tutup acuan tadi guna penutup periuk. 
  • Biarkan 2 minit,siap untuk dihidang. 
Nota jari :
  • Untuk pastikan adunan kuih dah masak,especially bahagian tengah kuih,boleh cucuk guna lidi/cungkil gigi. Kalau clear and clear maknanya dah masak lah tu. 
  • Majerin kan dah sapu mula-mula, tapi Cekqa still letak majerin dalam hujung sudu tu di setiap bahagian tepi acuan SEBABnya nak bagi senang keluar. Tak adalah nanti tercungkil-cungkilkan. Hikks. 
  • Potong kuih ketika dah sejuk ya. Releksss.
Selamat Mencuba! [^___^]Y


Panas dari dapur Cekqa. Hikkks. 


Kuih yang dah siap-siap dipotong untuk dibawa ke Surau Kg. Baru Rompin, Negeri Sembilan. 


Nampak tak kegigihan Cekqa potong daging tu. Hahaha! Itulah bila budak engineer masuk dapur, nak potong daging pun sampai dua pisau. Apa pun tak boleh Cekqa ni. 

Tsskk. 


1 comment:

  1. Alahai engineer ke dapur hihi. tkasih ye ajar kuih bakar berlauk ni. dulu mkn je, ni bole la try (:D)

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete