Pages

Wantan Goreng

Assalammualaikum dan Selamat buat semua ya. Apa khabar semua? Sihat? Maaflah,sekarang Dhia sibuk sangat sekarang. Urus itu ini, dengan bisnes lagi. Kihkih. Sampai kat blog pun tak sempat nad update. Okey,rasanya belum terlambat lagi untuk Dhia ucapkan, Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini memberi 1001 kekuatan. Mudah-mudahan. 

Taknak cakap banyak. Ok,tadi for lunch,Dhia belajar masak sambal belimbing. Okeyy,just nak cakap, sambal tu memang awesomeeeee! Sedap,pedas, enak dan segala-galanya. Mihmihmih. Tapi Dhia taknak kongsi resepi sambal t,sekarang Dhia nak kongsi resepi Wantan Goreng. Tak ada ambik dari mana-mana. Inspirsi sendiri. Kihkih. Oh ya,lupa. Nak ucapkan terima kasih bebanyak pada kawan-kawan yang menyokong Dhia samada secara terus ataupun tidak. Dhia bukanlah pelajar yang ambil jurusan masak-masak. Cuma graduat pelajar kejurteraan. Kihkih. Terima kasih pada kawan-kawan yang mencuba resepi yang Dhia up kat blog ni. Thanks! Nanti bolehlah Dhia rasa masakan korang pula. Tukar-tukar resepi tau! ^^

Ok,so let the picture talk first. Drum roll please. Kihkih


Inilah ghupe inti si wantan ni. Ok,jom check it out,macam mana nak buat inti ni. :)

Bahan-bahan yang digunakan ialah

  • Isi ayam (didadu/dikisar) . Untuk isi ayam ni,Dhia just dadukan je. That why,temook isinya. Mihmih
  • 1 sudu black paper. 
  • Sedikit garam 
  • Daun kucai dipotong kecil.
  • 1 biji telur (putih sahaja)
  • Kulit wantan/Kulit popia.
Ok,kat sini Dhia nak share sikit pasal kulit wantan dan kulit popia ni. Okey,dua-dua nipis, memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengopeknya ya. Kulit wantan dan kulit popia kalau goreng memang sama. Yang lainnya,kalau untuk buat sup, gunalah kulit wantan. Okey? Lagi sesuai. :) Itu je, 

Cara-caranya : 
  • Semua bahan yang digunakan hendaklah digaul ke dalam satu bekas sehingga sebati.
  • Masukkan isi ayam yang telah didadu dan gaul rata. 
  • Sudukan sedikit adunan tadi dan letakkan di atas kulit wantan dan bungkus. :)
Untuk cara-cara membungkus atau nama lainnya membonjot si wantan ni ikut sukalah. Dhia bonjot je. Kihkihkih. Lepas tu buat macam bantal. Sekali tengok macam crepe gituwwwww. Mihmihmih. Okey,untuk letakkan si kulit wantan ni guna air ok. Celup satu jari kat air,sapu kat kulit wantan yang nak dilipat tu je. Jangan seluruh kulitnya pula. Mihmih. Kalau guna kulit popia sama je caranya. ;)



Inilah dia crepe yang Dhia cakap. Kihkihkih. 


Itu pula yang Dhia ponjot. Amboiii,Dhia rasa cantik pula Dhia ponjot. Kahkahkah. Masuk bakul,angkat sendiri. Dhialah tu. Kihkih


Haaaa,ini pula yang lepas digoreng. Ok,selamat menjamu dan selamat mencuba. Dah cuba apa lagi,roger-rogerlah Dhia. Nak juga tahu macam mana wantan kamu semua. Ok,Dhia nak makan sambal emak. Kihkih

Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

2 comments: