Pages

Everlasting

My laptop wallpaper. Target,this Sunday. InsyaAllah. Ok,berlagak nak cakap omputih tapi
"Anis, ahad dalam bi suday ke saturday". What theeeee! Kau dah masuk UNIVERSITI kot. Dah 22 tahun hidup tapi still fail. Adoii! Malu wehhhh. Hahaha! ^^
Suasana petang tadi,mendung semacam. Hujan tak juga membasahi bumi Parit Raja. Tapi alhamdulillah. Dalam sibuk menghadap projek geoteknik yang berbicara tentang teknologi geocell yang kat Malaysia rasanya masih setahun jagung bikin aku sentap. Bikin aku lapar. Bikin aku mengamuk kelaparan. Tiba-tiba terlintas "Sedapnya kalau dapat jemput-jemput ikan bilis". Apa kejadahnya kau kat hostel nak makan macam-macam? Ikan kembung pun kau tak dapat lagikan? Hentak kat dinding baru tahu. Selera demand! 

"Yana,sedapnya dapat jemput-jemput ikan bilis". Merengek tan tentu pasal macam nak minta pelempang. Dan tak sangka,Yana mahu ke Parit Raja,mengformat laptopnya sambil membeli tepung,bawang dan ikan bilis. Yeahhh! Melonjak keriangan, sempat melelapkan mata sementara Yana berbelanja. Amboi! Ayat tak tahan. ^^ Thanks Yana. Oh ya, Yana sakit. Accident,jatuh motor. Doakan dia cepat sembuh ya. Amin! ^^

Thanks to Anis juga sebab ambil minyak masak,pinjam rice cooker. Kahkahkah! Tak menyempat-yempat nak penuhkan selera kau kan. Huh! Terasa senteng otak di situ ya. Bancuh adunan. Pekat. Tambah air. Goreng. Round pertama,tawar! Fail =.=' Round kedua,fail juga! Geram sangat,ambil TUMIX,garam. Tabur. Haaa! Baru sedap. Ok! Puji diri sendiri. Tak senonoh perangai kan? Malas bebal banyak,jom terjah resepi dan gambar. ^^

Jemput-jemput hostel-made versi rice cooker. ^^
Jemput-Jemput Ikan Bilis
Bahan-bahannya
  • Tepung gandum (ikut suka)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Ikan bilis (lagi banyak,lagi sedap. ^^)
  • Bahan perasa (saya guna Tumix+garam)
  • Daun kucai (saya tak letak. Tak terfikir. T.T)
  • Air. 
Cara-caranya
  • Bawang besar dipotong dadu,daun kucai dipotong kecil dan ikan bilis dibelah dua
  • tepung gandum dibancuh dengan air sehingga pekat. Oh ya,jangan pekat sangat ya,nanti keras pula. 
  • tambahkan bahan perasa dan bawang,daun kucai dan ikan bilis. gaul sebati. 
  • sedia digoreng. goreng hingga kekuningan atau ranggup.
  • sedia dihidang bersama sos dan teh o panas. Perghhhh! 
Hakikatnya,ini kali pertama aku buat jemput-jemput. Kat rumah tak sekali pun saya buat ya. Harap maklum. ^^

Ok,selamat malam. Esok ada perkara penting yang harus dilaksanakan. Ah! Tak sabar. :) Oh ya,thanks pada yang meluangkan masa. I heart you,sweetheart! 

Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

No comments:

Post a Comment