Peringkat Kehamilan | Trimester Pertama

Assalammualaikum dan Hye!

Alhamdulillah, semakin hari perutku semakin membesar. Kandungan sihat dan yang penting semuanya baik-baik sahaja, baik maknya baik juga untuk kandungan Cekqa. Cekqa punya cerita ni, based on my own situation. Kiranya, pengalaman diri sendirilah. Diingatkan, setiap orang lain-lain pengalamannya. Apa-apa pun,diharapkan bakal-bakal ibu diluar sana didalam keadaan yang sihat ya. 

Apa nak cerita ni? Blur pula tetiba. Hmm,macam mana Cekqa tahu Cekqa pregnant? Hahaha! Ini kelakar. Nak dijadikan cerita, Cekqa dan kakak Cekqa pergi Watson ke Guardian, lebih kuranglah. Tetiba terlintas cakap; "Nak beli pregnancy testlah". What! Hahahaha. Tak sangka diri sendiri cakap macam tu, dewasa sangat ni perangai. Nak dijadikan cerita, belilah sampai dua, tiga jenis. Dalam seminggu tu saje-saje je try, tup tup. Eh! Apahal dua line ni? Tapi, kabur gila. So,iolsss chill chill releks sebab takut false alarm kan. Because, a month before, memang period tetiba tukar tune. Sebulan non stop, I mean, stopnya dua tiga hari, lepas tu bersambung. So, malas nak layan, biar je lah. Dalam fikiran, hormon tak stabil. That's it. Lepas tu, sibuk ke hulu hilir sebab nak settle pasal conference kat KL. Sibuk pula turun naik flight, tapi balik dari conference tu, memang flat gila-gila. 24 hours tidur tak sedar diri, sampaikan mak whatapp kakak suruh tengok adakah Cekqa masih hidup atau tidak. Kahkah! Rupanya, masa tu awak dah ada ya sayang.

Hari-hari yang berikutnya berlalu dengan penuh keajaiban. Tidak pernah terjangkau dek fikiran, akan pregnant masa study. Diam tak diam, hampir empat bulan awak itu mama ke hulu ke hilir, jawab test, jawab final. Mudah-mudahan, bijaklah awak bila keluar nanti. Hiks! Amin. Alhamdulillah, sepanjang trimester pertama ni, Cekqa tiada langsung alahan. Muntah-muntah ke, loya ke, pening ke, Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Cekqa. Tapi, macam bakal ibu-ibu yang lain, simptom-simptom lain ada juga melekat kat Cekqa ni. Antaranya;

Kuat tidur : Yes! Cekqa amatlah kuat tidur. Actually, Cekqa seorang yang jarang tidur petang. Selalunya petang, kalau tak ada kelas ke apa, memang stay kat library/rumah ngadap korean drama 24H. But, bila pregnant ni tidur sahaja. Korang, sama tak?
Kerap buang air kecil : Basically, rata-rata yang Cekqa baca/blogwalking memang akan mengalami gejala kerap keluar masuk buang air kecil. Bila minum sikit pun, memang akan ke toilet. Kihkihkih. Awal-awal tu, malas nak layan. Tapi, sekarang ni, kalau kau tak g toilet, oh my!! Senak perut.
Kaki jalan : Hahahaha! Ini yang peliknya ni, bila tahu je pregnant, makin suka berjalan. Orang kata, nak bersalin kena banyak jalan kan. Ini tak, awal-awal dah banyak jalan. Apa lagi, kalau tak bukan dengan #genglepatloi. Kalau ke JB tu, selalu, boleh tahanlah kerap. Kadang bukan buat apa pun, pergi makan murtabaklah, pergi makan ais coklat lah. Hahaha! Lepas tu pergi Pontianlah, makan burasak, ketupat, lepatlah. Dah sampai sana, pergilah Tanjung Piai lah apalah. Eh eh eh! Belum lagi cerita pergi Shah Alam, lepas tu dok meround sampai Floria lah, main archerylah apalah. Oi! Banyak kudrat mama awak ni.
Setakat peringkat trimester pertama, itu je gejala-gejalanya. Hahaha! Bila dah masuk trimester kedua ni, lain pula ceritanya, tapi lebihnya kepada sakit pinggang plus, nak placing tidur yang macam mana. Hahahaha. Tapi, next entrylah ya Cekqa cerita. Hiks!




Masa ni,kandungan dua bulan nak ketiga bulan. Tak tahu apa yang merasuk, energy terlebih. Ke Shah Alam konon pergi conference, sudahnya ke Taman Botani Shah Alam lah, jalanlah satu hutan tu kan. Lepas tu, pergi pula Floria tu, first pergi dengan #genglepatloi, lepas tu lusanya pergi dengan kakak dan suami. Lepas tu, sempat main archery. Oi! Power sangat ni, dahlah demam apa semua masa tu, lepas tu pergi check KK, berat turun. Padan muka! Hahahaha.

Okeylah, jumpa next entry okey. 
 

No comments:

Post a Comment