Pages

Alhamdulillah, thank you Allah.

Assalammualaikum dan Hye!

Rasanya, belum terlambat untuk Cekqa ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ampunkan salah silap bahasa yang Cekqa guna, kot-kot ada yang terasa atau apa kan, Cekqa minta maaf. Alhamdulillah, sekali lagi tahun ni dapat beraya dengan riang ria. Eh! Kalau tahun lepas hashtag Cekqa #lastrayabujang, tetiba tahun ni #teamrayadengansuami. Hiks! Haa, nampakkan lama sangat Cekqa tak update blog, sampai cerita majlis perkahwinan sendiri pun tak sempat diabadikan dalam blog sendiri. But, who care? Hahaha. 

Alhamdulillah juga tahun ni, pengajian untuk peringkat Sarjana Muda Ceqka dipermudahkan. Sepanjang tempoh pembelajaran dan pengajaran ni, banyak sangat perkara yang Cekqa nampak. Orang yang kerenahnya sekejap begini dan sekejap begitu, kawan-kawan yang menyenangkan malah ada juga kawan yang menyusahkan, jenis iri hati dan sebagainya. Oh ya, ada juga kawan yang jenis "dah-dahlah belajar", kau dah kenapa? Dia pula yang penat tengok kita belajar, sedangkan itulah jalan, dan rezeki yang Dia dah tetapkan.

Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar kita dah habis separuh tahun dah, 2016 dah nak habis dah pun oi! Kalau ada rezeki, tiada aral melintang ke apa, InsyaAllah bulan Oktober 2016 ni Cekqa convo buat kali ketiga. Hwahwahwa! Sis tak zabaaaar. Dan, InsyaAllah umur panjang, dilimpahkan kesihatan yang baik, hujung bulan November/ awal bulan Disember, Cekqa akan melahirkan baby yang dikandung sekarang. What! Cekqa pregnant? Hahahaha. Alhamdulillah, rezeki Dia nak bagi. Nikmat mana lagi yang Cekqa taknak syukur? 

Apa-apapun, doakan yang baik-baik untuk Cekqa ya. Okey, see you in the next entry. Cekqa nak cerita macam mana mengharungi detik-detik trimester pertama pregnant. 

Okey,bye. Malu. Bye.

No comments:

Post a Comment