Convocation Day UTHM!

Assalammualaikum/Hye! Phewww~berhabuk sungguh blog Cekqa ni. Hiks! Lupa diri lah pula yang kita ni ada blog. Dasar pelupa! Kalau dulu ada jugalah alasan which is; "study,tak ada masa nak tulis blog, wifi slow,etc". Ini dah duduk terperap kat rumah, tak ada masa lagi? Besar sungguh "M" Cekqa ni.

Alhamdulillah! Cekqa dah berjaya mengharungi tempoh 36 minggu membawa khalifah kecil di dalama perut ni. Eh! Tetiba sangat dah 9 bulankan. Phewww~ terlalu banyak cabaran onak berliku sepanjang perjalanan 9 bulan ni. Ewah!

Apa-apapun, all praise to Allah, sebab permudahkan proses Cekqa pregnant. Contohnya; sepanjang Cekqa pregnant, tak ada lagi muntah-muntah teruk or whatever people call "morning sockness". Itu paling besar rahmatNya yang Cekqa dapat. Iyalah, selama empat bulan Cekqa bawa BabyK ke kelas sana sini, stress hadap final year semuakan. Dan, Alhamdulillah juga berkat kesabaran, dan doa semua yang secara nyata atau tidak, akhirnya Cekqa berjaya mengenggam segulung Ijazah Kejuruteraan Awam dengan Kepujian daripada UTHM! Syukur sangat! Hmm,nak sambung Master boleh? pHd ke? Sorrylah, passion nak study tu menebal sangat haaaaa, walau dah letih. Eh!


BabyK,untunglah awak! Mama dah bawa awak naik pentas sesama ambil scroll degree. Iyalah, kita pun susah senang menjawab segala soalan diluar jangkaankan? Kita pun stress sama-sama. Mama stress, awak pun keras sesama. Hamboi! Senak mak nak. Hiks! Tahniah buat diri sendiri. 


Terima kasih buat EnchekSuami yang bagi bunga walaupun dah cakap, tak payah bagi bunga, membazir je, baik U belanja I stroller anak ke, baby cot ke. Eh! Over. Thanks sebab bersabar sepanjang PJJ sebab saya habiskan study saya. Eleh! 6 bulan je, ape dehal kan?


Terima kasih juga kepada keluarga, keluarga mertua yang sudi melapangkan masa, serta menghadirkan diri. Terima kasih MakAyah! Sebab, kahwinkan Kak Iqa. HAHA! Terima kasih kepada semua kakak's sudi datang. I love you all! Terima kasih kepada MakAbahMertua serta Sofi, sudi datang. Dan, terima kasih kepada kawan-kawan! Doa-doa anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dunia dan akhirat.

Weyh! Nadzirah dah habis studylah. 

No comments:

Post a Comment