Pages

Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi | Entry Bergambar

Assalammualaikum and very good morning,again! 

Gigih kan Cekqa marathon update. Al-maklumlah, nak naikkan static pelawat blog. Hahaha! Loser sangat perangai tu. Okey, dari Melaka ayuhlah kita ke Langkawi! Sebenarnya, dah basi dah cerita pasal Langkawi ni, sebab pergi bulan Januari. But, who care? Hahaha. Nak juga cerita. 

Once again, pasal makananlah kan. Manalah tak gemuk lakibini ni haa. Tak apalah, asalkan sihat masih dalam kawalan, InsyaAllah tak ada apa-apa. Nak dijadikan cerita, kalau korang search pasal Langkawi, mostly orang akan suggest pergi makan kat Warung Nasi Dagang Pak Malau, top 10! Iyelah, takkanlah kat tempat sendiri makan nasi ayam, pergi tempat orang pun nasi ayam. Eh! Kesian nasi ayam disalahkan, contoh je okey. Hiks!

Nasi Dagang Pak Malau! 



SubhanaAllah, view dia memang cantik. Mendamaikan dan sejuk mata memandang. Sawah luas terbentang dan di kelilingi dengan gunung-ganang. Aduyai! Bila makan tu feeling-feeling gittew. Hahaha. Oh ya, Cekqa singgah makan kat sini around 9am on the way nak pergi SkyCab Langkawi. Satu jalan je youolls. So, let check it out!


Inilah kedainya. Comel je, dahlah view cantik ngadap sawah tu kan. Oh ya, gambar rumah yang kat atas tu merupakan, Homestay Pak Malau. Senang kalau duduk situ, pepagi celik mata sarapan dah depan mata. Hiks. Lokasi untuk ke Nasi Dagang Pak Malau ni begini;
GoogleMaps/Waze : Masjid Bukit Temin,kedainya memang kat jalan utama.  
Hari Isnin merupakan hari cuti bagi kedai ni okey? Kalau nak buat tempahan pun boleh, nombornya seperti didalam gambar di bawah; 012-271 1977. Pilihan lauk yang akan dihidangkan kepada tetamu adalah seperti berikut;
Kambing Kurma ; RM13 / Ikan/Ayam Gulai ; RM7 / Daging Kerutub ; RM8.00 / Ayam Goreng Rempah ; RM8.00. 




Haaa, gitulah nasi dagangnya. Cekqa adalah seorang yang tak berapa minat dengan nasi dagang actually, sebab meleket-leket like that plus sebab pulut kan. Heee, but! Nasi Dagang Pak Malau ni Cekqa memang tak boleh tolak, dahlah berasnya panjang-panjang, sticky dia kurang but masih sedap. Kuah gulai dia cukup rasa, masin pedas manis dia boleh pergi. Cekqa bagi 5 bintang. Hiks! Bila makan semua senyap je, sebab menikmati. Permandangan cantik, makanan sedap, nak kata apa lagi? Kedai ni,standard hotel okey. Sebab apa Cekqa cakap macam tu, sebab dia punya pinggan dan sudu, memang macam kat hotel, tengok jelah gambar kat atas ni. Kenn?


Bila dah habis makan, kita pun bergeraklah menuju ke SkyCab Langkawi. Dia punya kenyang tu bawa sampai ke petang, bila balik lalu lah kedai Pak Malau ni, but dah tutup sebab waktu operasinya jam 8am-2pm. Jadi, buatlah pilihan yang tepat. Hahaha!

Selamat BerPak Malau! 


No comments:

Post a Comment