Pages

Kuih Keria Antarabangsa & Laksa Limbongan, Melaka | Entry Bergambar

Assalammualaikum and very good morning. 

Power sangat tenaga Cekqa ni pukul 5.15am update blog. Bukan apa, tak boleh nak lelap pula, so kita updatelahkan. Plus minus, sejak dua menjak ni, rasa panas lak. Ke Cekqa je yang rasa? 

Based on tajuk yang diatas, today Cekqa nak story pasal kuih keria dan laksa. Oh my oh my! Favourite okey?! Siapa sama dengan Cekqa? Kita sep-sep sikit okey? Usually, kalau Cekqa balik kampung kat Negeri Sembilan, antara tempat yang akan Cekqa pergi,Melaka. Kau pergilah banyak kali Melaka tu, mesti tak bosan. Kan? Betul tak Cekqa kata? Still lagi, oh my oh my, sedapnya makan tu, sedapnya makan ni. What?! Banyak kali kot kau pergi Melaka, Hahaha! Melaka best kot! 

Lokasi kedai ni dekat area Limbongan, Klebang. Kedai dia memang tak susah nak cari pun. sebab kedainya memang kat jalan utama menuju ke Klebang, belah kanan. Sorrylah, gambar kedai memang tak ada, sebab lupa lagipun. Korang, jangan tertipu tau, eventho korang tengok kedai tu kosong tak ada orang, padahal sistem mereka menggunakan "siapa cepat dia dapat" dengan kaedah menulis nama di buku. So, yang bungkus kuih tu akan panggil nama, contohnya; "Cekqa,60biji! Ada tak ada ni?". Bukan marah, tapi untuk make sure tak ada yang potong line. Memang buku tu,lunyailah. Haha!

Btw, Cekqa pergi dengan enciksuami, my sister and me of course. Hiks! Dan telah mengorder kuih keria tu sebanyak 20biji. Oh ya, sebiji keria adalah RM0.60. Cekqa menunggu selama hampir 2jam. HAHA! Gigihkan? Nak juga rasa kenapa orang cakap-cakap pasal keria ni. Apa yang specialnya? Asyik-asyik, coconut shake kan, sekarang mana-mana pun boleh dapat. 

Ala, kasi chanlah tuan tanah nak menempelkan muka kat tanah sendiri. Hihihihi. That time, tunggu keria, sambil menunggu tu apa kata kita makan Laksa Limbongan. Ini pun satu lagi yang orang dok cakap-cakap, Let's try! 


Apa macam geng?  Ada terliur ke? Hahaha! Ini sambil update, sambil telan-telan ailiuq. Aduh! Sedap okey, awesome! Sebab, kuah dia memang cukup lemak dia, masin masam pedas dia. Oh my oh my! Itu haaa,cili padi kemain terabur tu haa, silap gigit, habislah nak. Hiks! Pendapat Cekqa, laksa dia sedap, boleh pergilah orang katakan. Laksa cukup pekatnya, rasa complete and portion dia memang okey. Ewah! Chef sangat perangai ni. Hahaha! 



Hahaha! Itulah kerianya. Comel sangat, kilat-kilat gulanya sangatlah mengoda. MasyaAllah! Rasa dia memang umpph! Kalau selama ni, makan kuih keria, keledeknya sejemput je, but kuih ni, kaya sungguh dengan rasa keledeknya. Ini baru keria! Dan gulanya yang cukup pekat. Ya Allah! Sedapnya. Hwahwa. Cekqa tak tipu okey, memang keria dia cukup serba serbi, tak kedekut keledek. Kadang bila makan tu, makan keledek yang disaluti gula melaka yang pekat, cukup manisnya, sebab tak rasa pun campuran tepung tu. Dashyat tak gambaran Cekqa? Tapi, itulah yang nyatanya. 

Jadi,amacam geng? Seronok ke idok? Hahaha. Silalah melawat Melaka ya. Kalau pergi Melaka, nak merasa keria dan laksa Limbingan, silalah Google Maps/Waze "Kuih Keria Antarabangsa Limbongan"/ "Masjid Limbongan". Oh ya, dia ada dua kedai, satu sebelah Masjid Limbongan, satu lagi depan sikit sebelum sampai Coconut Shake Klebang. So,bila dah try, apa comment anda? 

Selamat melawat Melaka! 

1 comment:

  1. Salam
    Saya baru try ahad 14 ogos 2016 keria tu. Tapi bagi saya, tak berbaloilah tunggu dlm 1.30jam. Bagi tekak saya la...
    Laksa bau sedap, nampak pun mcm sedap, cuma saya tak rasa pulop.... huhu

    ReplyDelete