Pages

Kawan atau lawan?


Salam buat semua pembaca. Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat ya. Alhamdulillah, masih mampu meneruskan puasa di bulan Ramadhan yang penuh nikmat. Dan alhamdulillah juga Ramadhan ini rezekinya murah. Syukur Ya-Allah!

Bukan apa,disamping Cik Iera study,sem last,sempat lagi Cik Iera mengajar anak-anak melayu di salah satu pusat kemahiran,subjek Math. Dapat jugalah bagi mak ayah adik duit raya tahun ni. InsyaAllah! Dalam sibuk mengajar,ada lagi kerja sampingan. Kerja menyibuk kat dapur,buat kuih raya. Buat untuk rumah sendiri dan tempahan. Ala,kecil-kecilan je. Janji rezekinya halal. Ya dak?

Semalam,basikal Cik Iera yang hilang tiba-tiba dah ada balik kat tempat asalnya. Thank’s Allah! Syukur. Di bulan yang baik ni,saya maafkan siapa yang mengambil nya dulu tanpa izin saya. Mungkin dia lagi memerlukan. Tak apa, benda dah lepas.

By the way, ada one story sebenarnya. Bukanlah nak memburukkan ke apa,sebab blog ni pun siapa je yang nak baca kan? Tulis sendiri,baca sendiri. Nanti bila dah tua,ada cucu. Bila cucu tanya,

‘granny,ceritalah masa granny muda-muda dulu’
‘kalau cu nak tahu,cu buka blog granny. ierastuff.blogspot.com’

Boleh gitu? Granny kau. Omputih nauuuu! Eeeeeuuw. Bhahaha. Entahlahkan, dalam dunia kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seindah mana. Kadang-kadang apa yang kita tak suka,itu yang kita dapat. Padahal,itulah yang terbaik dari DIA. DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita sebenarnya,tapi! Kita tak pernah syukur,malah sering kali merungut. Itu manusia!

Penggunaan aku selepas ini merujuk kepada pemilik perasaan kisah ini

‘sebenarnya,aku tak sedar pun dia wujud’.

Kau tak sentap ke kalau orang cakap macam tu? Mengata belakang pula tu. Mungkin DIA nak tunjuk siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Aku memang sentap bila dapat tahu semua tu. Aku fikir semuanya ikhlas,tapi. Hmmmm,itu kawan ke? Kalau dah sebumbung tapi dikatanya tak wujud. Hello! Aku ada perasaan. Jangan tanya kat mana aku tahu semua ni.

Itulahkan, mungkin aku pun ada buat silap. Tapi apa salahnya, kalau tegur apa yang silap. Tak payah nak mengata belakang. Tak payah nak memburukkan atau mengaibkan kat orang lain. Kalau gentlemen,face to face with me. Kan? Dengar cerita,kau jenis yang lantang bersuara,tapi kes ni kau cakap belakang pula. Ala, mulut memang manis,hati?

Okaylah,malas nak cakap panjang,nak bebel pun tak guna. Aku,mohon maaf dari hujung kaki ke hujung kepala atas silap dan salah yang aku buat. Mungkin selama ni apa yang aku buat menjengkelkan di mata kau. Mungkin selama ni aku menyusahkan kau. Kan? Aku tahu semua cerita. It’s ok. hati aku tak sakit, cumanya terkilan. Selama ni aku respect kau darri beberapa segi. Tapi? Hmmm,aku minta maaf sekali lagi. Kalau kau rasa aku ada hutang apa-apa dengan kau,bolehlah tuntut kat aku.

Kadang-kadang apa yang kita buat, bukan semua orang suka.
Sekian,terima kasih.
Tamat

Erkkk, apa ni? Cik Iera tak ada kena mengena dalam kes yang disebutkan. Haa,itulah. Mak kan dah pesan, kalau berkawan jangan percaya dan taruh 100% kepercayaan. Dalam dunia ni,tak ada yang sempurna. Kan? So,muhasabah diri sendiri.

Oklah,Cik Iera nampak dah bantal tu empuk. Selamat menjalani ibadah puasa semua!

Lot’s of love,
Cik Iera. 

No comments:

Post a Comment