Pages

Sinis aku pandang.

Bismillah. Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua. Apa khabar? Buat apa tu? Cik Iera tengah sibuk mengadap tutorial geoteknik. Fuhhh! Sangat menguji kesabaran petang-petang macam ni. Al-maklumlah,suasana pun bukan main mendung lagikan. Hmmm,hari ini Cik Iera tak masak. Cik Jaz yang masak,tunjuk kepakaran. Masak nasi ayam. Awesome! Dapnyeeeee. Kehkehkehkeh. 

Tak ada cerita hot mana pun sebenarnya. Cuma nak meluahkan sesuatu. Kalau kita berkawan dengan sesorang,mungkin rapat. Adakah kerana rapat dan selesa itu lesen untuk kita berbicara tanpa menghiraukan perasaan orang lain? Entahlah,kalau Cik Iera sendiri,tak adalah nak kasar sangat bahasa. Sakit macam mana pun,biasanya pendam,diam. Malas banyak cakap. Bukan apa,terasa juga. 

Buat kau,
Kalau ya pun tak terasa dengan aku. Kalau ya pun kau tak suka dengan kata-kata aku. Kau tak perlu kot bagi ayat laser macam tu. Bagi aku ayat tu 'kurang ajar'. Tapi tak tahulah bagi kau,mungkin biasa. Ataupun itu makanan bagi kau. Huhhh,senyum sinis! Sorry to say,kata-kata kau malam tu,bikin aku sentap. 

Entahlah,aku masih tak kesah sebab aku masih fikir kau kawan aku. Tapi,aku jauh hati. Jangan tanya kenapa bila aku tak 'sesenang' untuk kau. Terima kasih. 

Haa,kadang-kadang mulut Cik Iera ni laser juga. Tapi tak adalah sampai nak sakitkan hati orang. Ok,dah. Cik Iera dah ok. Cuma,hargailah kawan yang sentiasa ada untuk menceriakan. Terima kasih kawan. Oh ya! Btw,Happy Birthday untuk Siti Fatimah Azman. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 

Lot's of love,
Cik Iera. 

No comments:

Post a Comment