Pages

Di cafe itu // March 2014


Dicafe itu,baunya dan tenangnya masih sama. 
Dan,di cafe itu hatinya terletak entah dimana. 

Berteleku dia di situ;merenung dari jauh. 
Satu ketika disitu mereka berlabuh. 
Bertentang mata,bergelak ketawa. 

Dan kini;
Tiada lagi istilah mereka. 
Yang tinggal, satu disitu satu disana. 
Terjah kenangan yang sama.

Berteman resah bertakung permata jernih.
Hati disiat menahan perih.

Dan,secawan pemanis mulutnya dahulu.
Dihadapannya, tak terusik,masih kaku disitu.

Dan,dirinya masih tak hilang dari kebiasaan.
Yang selalunya hari-harinya berteman.
Kini,hanya tinggal secawan peneman rawan.

"Ah! Aku rindu rupanya."

                                                       D.C

Aku punya hati.

                                                                                            السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                                                                                                  Salam Sejahtera. 

Hye! Apa khabar? Alhamdulillah,sempurna juga puasa ganti Cekqa hari ini, walaupun panas bahang kering semua ada. Almaklumlah tak hujan, tanah belakang blok ni pun masih berasap. Bilik pun bau asap. I is tension. Hiks! Petang tadi pun,gagahkan bangun pergi beli makan,walau kat kaunter,tangan dah gigil dah. Ngada Cekqa! Ngada. 

Hmm,aku punya hati. Setiap manusia ada hati kan. Aku pun. Even,aku banyak senyap dari bunyi. Even, aku banyak ketawa dari menangis, hakikatnya aku seorang yang gembeng. Huh! Kang kalau duduk sorang-sorang,mulalah layan perasaan, layan lagu sedih tetiba menangis. Entahlah! Biarlah kan. Sebenarnya, bukan ada apa pun. Emosi je lebih ni. 
  
"Eh! Dulukan kau rapat dengan polan si polan"
"Eh! Kau tak tahu ke dia dah jadi orang kaya baru sekarang. Kerja sedap"
"Eh! Kau tak tahu ke dia dah tunang,nak kahwin dah"
"Eh! Kau tak pergi ke kenduri. Dia tak jemput kau ea?"
Hello! Aku tak suka soalan macam ni. Hahaha! Ke Cekqa je seorang macam ni? Cekqa senang je konsep berkawan ni;
"Kalau orang ingat kau Alhamdulillah lah, kalau tak ingat,mungkin terlepas pandang. Sangka baik dan doa yang baik-baik sahaja. Kau tak sakit hati,aku pun tak sakit hati". 
Kan? Senang! Habis cerita.
Sekejap,apa yang Cekqa mengarut ni? Apa ni? Okey,keep positive! Malas nak fikir. Hahaha. Walau hakikatnya, kecik hati ni makin kecik jadinya. Eh! Eh! Apa ni? Hahaha. Baik aku buat note materials, gilalah ahad test study pun tak lagi. Pengsan nakkkk!

Yang kalut terlampau;
Cekqa.
 


I is drama queen.

                                                                                              السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                                                                                                    Salam Sejahtera. 

Hye! Rajinnyalah Cekqa update blog ya. Eh! Homework Math Eng. tak siap-siap lagi lah. Okey,janji,malam nanti Cekqa siapkan. Hiks! Hmm,sebenarnya mata, hidung, semua tengah sesak nafas. Iyalah, semalam kemain terbakar belakang blok ni. Tanah lapang,terbakar,panas dan kering. Dapat bayang tak macam mana sesaknya Cekqa? Bertabahlah Cekqa. Itulah, tengah panas-panas ni, jangan lah dok bakar sana bakar sini. I is cemburu dengar KL,JB hujan. Tak apa,tak apa. Hujan tu pembawa rezeki, mudah-mudahan. 

Pepanas macam ni,haruslah kena banyak minum airkan, duduk pun nak aircond je. Haruslah kan. Dan tadi,pergi pasar mini air mineral semua habis. Yang tinggal,kecik kecik belaka. Sabar jelah. Dari Cekqa yang tak berapa suka minum air ni, jadi suka. Kang hydrate badan siapa nak jawab kan? Eh! Lupa pula, thanks to my classmate,Eppy kerana belanja McD. Bebel punya bebel,cerita itu ini,barulah balik. Balik pula bilik sesak asap. Walaupun tak nampak asapnya, sesak tahu. Sesak. Okey,stop bebel. 

Oh ya, terima kasih bebanyak juga lah kat Kak Miya sebab melayan kerenah adik dia ni haa. Iyalah,bangun pagi je dah mimpi Spagheti,omputeh sangat kan. I is poyo. Hahaha! Nak dijadikan cerita teruslah whatapp, bagi ayat manis-manis,sweet sawettttt sikit terus approve. Kahkah! Gigih Cekqa tak makan pagi dengan tengahhari sebab nak makan Spagheti kakak gua ni. Nyummm. 



Nah! Hambek kau,tak cukup lagi tak tahulah. Ini masa ditag kat Instagram duk terliur-liur dah. Tak apa,tak apa. Sabar naa, jap lagi hang sampai gua ratah habis-habisan. Gullpp!


Finally, sampai juga Spagheti Vomvastik kakak Cekqa ni,apa lagi terus ambil tuppurware super cute dari Daiso ni, terus baca doa,ngap. Hahaha! Selesa kau ea perut. Disebabkan banyak,takut pula tak habis, share share lah dengan roomate, Farah dan Wanie. Itupun diorang ambil sikit je, sebab mereka baru lepas makan. Kesudahannya, Cekqa juga yang habiskan kasi licin. Phewww~ Tetiba terasa diri ini sangat kuat makan. Apakah? Hahaha! Baki banyak lagi,sekelip mata habis licin. Kan rezeki tak baik buang-buang. Tak begitu? Padahal,memang perut tong. Kahkah! 

Habis makan,terus landing atas katil,tidur. Kau mampu? Hahaha! Mana tak membangun badan tu  
Cekqa -__-!

Inilah dia,Cekqa si Drama Queen,selalu demand bab makan. Hang ni Cekqa leceh naaa! Muahahaha~ Tapi,apa pun,saya sayang kakak's dan adik saya yang selalu melayan si Drama Queen. Mak ayah jangan katalah,melayan sahaja si senget Cekqa ni. Love u! Hikks. 

Ala,rindu pula kat family. Okey,bye!




Instax Mini 8 // Yellow.

                                                                                           السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                                                                                                  Salam Sejahtera. 

Hye. Selamat pagi! Selamat bercuti awak awak awak dan awak. Diam tak diam,dah masuk bulan March. Dan,bulan March jugalah bulan Ulangtahun Kelahiran Emak serta Abang Shanx. Ngelat tau abang awal-awal dah request hadiah. Jawabnya,memang kais pasir lah adik.

Flashback to February 2014. 

Habiskan cuti sem-Balik Parit Raja-Daftar hostel-Sem baru!-Rumah dipecah masuk-Hati juga pecah-Hati tercantum dengan redha-Semoga Berbahagia Cekqa! 

Haaa,nampak tak tragis sangat bulan Februari ni. Padahal,bukan ada apa pun. Past is past,sayang. Betabahlah kerana Allah :')

So,for this month,semoga semuanya indah. InsyaAllah. Pepagi dah bangun,dalam pukul 10am macam tu dah bangun dah. Sebabnya,tidur pun pukul 6.30am. Tak boleh tidur,golek kiri golek kanan baca itu,baca ini semua tak boleh. Adakah disebabkan air Nes O Pak Anjang? Ceh,salahkan air pula. Bangun bangun je, ada 7 misscall dari ayah,1 misscall dari mak. Alamak! Apa kes ni? Dengan penuh debarnya,call lah balik, walau suara nampak sangat baru bangun. Nasib weyhh! Nasib tak kena marah. Hahaha! Rupa-rupanya, nak tanya macam mana nak masukkan gambar dalam borang permohonan nikah. Ayah I kan Imam dan Jurunikah,so benda-benda tu memang PA dia ni haa yang buat. Bila dah jauh ajar dalam phone je gamaknya. Hikkks.

Berbalik kepada tajuk asal, maaflah Cekqa ni banyak merapu dari direct cerita. Haha! Typical sangatkan. 
Cerita Instax Mini 8 ni pun,terlintas bila buka almari baju nampak beg instax ni elok je tersimpan. Hahaha! Dulu kemain lagi ligat kau beraksi, ni dok diam-diam. Hahaha! Instax ni,Cekqa empunya bulan 10/2013. Hadiah sempena convocation. Reward untuk diri sendirilah. Takkan nak harap orang lain pula kan bagi hadiah. Bunga tetap mak ayah,kakak's bagi, tapi yang lain tak adalah nak minta gamaknya. Cuma,terpaw Kak Miya,jam tangan Adidas. Eh! Eh! Hahaha. 

Instax Mini 8 // Yellow.
Price : RM315 for 1 unit instax camera//3 box instax film//1 punch bag//Battery include//Free               postage//Manual book with very very very safety packaging.
Buy from : Ozzyphoto (Instagram)
Info serba sedikit instax saya ni. Hahaha! Murah dok? Murah dok? Bagi Cekqa murah lah beli combo ni, kalau tak 1 unit camera sahaja,dah RM29+.++. Tak ke mati macam tu,tambah lagi,film dia satu kotak RM23 kalau beli asing. Punch bag tu pun tengok kat Jusco,sampai RM2+.++. Tak logik langsung! Terus rasa syukur sangat jumpa yang jual murah. I like! Haha. 


"Hye. Saya dalam cubaan mengoda awak awak awak semua, walaupun saya dah 5 bulan. I baby lagi okey"


                                      "Hye! I'm partner in crime for instax. Di mana ada dia,disitu ada saya"

Untuk simpan,gambar-gambar yang telah di klik,Cekqa tak beli pun albumnya. Cekqa beli partner in crime ni haa. Ala,dia macam simpan kad-kad tu,yang plastik tu. Hihihi. Murah sikitkan. Beli kat DIY,RM4.90 je. Siap ada cover kain ala-ala vintage. Kihkih! 

So,pengalaman guna instax ni,terasa diri sangatlah comel. Kawaii sangat,kau hado? Hahaha! Riak riak ni makannya penampar kang. Hahaha. Apa yang Cekqa nak cakap,instax ni just light weight dia. Tak berat mana pun,satu jari pun boleh angkat. Kihkih! Lepas tu, bagi Instax Mini 8 ni,memang batch dia warna warni. Ada pink,biru,hitam,putih serta kuning. I kan happy go lucky,sangat! So pilihlah kuning. Auumm. Auumm. Tapi,biru pun cantiklah. Okey,tak suka biru dah. Haha :')

Okey,disebabkan cubaan mahu upload gambar batch Instax Mini 8 gagal kerana sibulat bulat tu dok loading tak habis-habis, dan specification pun tak boleh nak upload, silalah rajin ke;

                                                                                                        " Fujifilm"

Klik je link fujifilm tu dan bacalah. Akhir kata,selamat bercomel dengan instax. Menabunglah ya anak-anak. Tak salah sesekali reward diri sendiri. Ini pun,nak start menabung semula untuk reward diri sendiri dengan roller blade. Start balik sebab tabung yang penuh dah cukup tinggal nak cashkan telah disauk oleh dek pemecah rumah yang jahanam. Sabarlah nak. 

Last but not least, have a nice day! :) 


Stranger.


It's over,over again. 

"Wherever you go, go with all your heart"

As long as we let our hearts lead us we will always make honest and authentic choices that we can stand by. I believe our world needs more people who leas with their hearts and give love without question or demands. If we all act on things we are passionate about, we have a stronger chance to achieve our goals. 

Trust your soul and spread love to others. 

Over again. And;we become stranger.
My fault, only my fault. 




Sambal Rangup Ikan Bilis Delimas.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera. 


Hye. Apa khabar? Kalau tanya Cekqa,jawapannya memang makin sihat,makin berkembang. Haha! Hati senang,makan itu ini. Siapa yang peduli kan. Hikks. So,hari ini cuti yang paling paling paling tak produktif. Bangun pagi, turun bawah cop mesin basuh. Nak dijadikan cerita, dari pukul 10pagi cop,pukul 12.30 tengahhari baru dapat basuh. Sem ni,inilah kali pertama rajin nak turun pergi washing machine. Kalau tak gigih juga perah baju,sidai baju meleleh-leleh airnya. Hahaha! Nampaknya,bila dah start first step ni, lepas ni makin rajinlah menabung kat washing machine tu. Hikks. Turun naik turun naik,adalah juga dalam 4 kali,siap beli lunch kat Pakcik Air Sedap depan blok,dan paling bestnya hari ni,abang tu buat air Jambu. Nyummmy! Pure okey pure airnya. Sekejap abang,sekejap pakcik,apa cerita Cekqa? Hahaha. Bila tang puji,kasilah abang sikit. Haha! Motif sangatkan. Lepas tu,gigih siapkan UMYS. Haish! Ada sahaja yang menghalang. Bila nak start print tu mulalah;

"Eh! Sikitnya page" // "Eh! Kenapa banyak sangat salah ejanya ni?"

Ceritanya,makin banyak Eh! Eh! makin lambat printnya. Susah jugakkan. TT__TT

Okey,so nak cerita apa ya hari ni? Dahlah hari tak produktif, belajar selak buku pun tak. Apa nak jadi ni? Apa nak jadi ni Cekqa? *sambil krak kruk krak kruk kuih Cincin Papar. Apa pun tak bolehkan. Hahaha. Oh ya, before lupa,setinggi-tinggi tahniah buat kawan sekelas masa zaman STEPO,Pieqa di atas perkahwinannya hari ini. Tahniah Piqa! Semoga berbahagia selalu hendakNya. 

Cerita pasal kahwin kahwin ni, dulu masa kat sekolah mesti ada ayat macam ni;

"Ala,yang diam yang skema tu yang kahwin dulu". 

Kan? Jangan tipulah, ni sampai ke unibersiti masih ayat yang sama keluar. Hakikatnya! Yes,ramai je yang slow, yang releks peace peace dah berumahtangga. Alhamdulillah, rezeki masing-masing. Lambat ke cepat ke, Dia dah atur. Eh! Eh! Kenapa pulak mengatal cerita pasal kahwin ni. Hahaha!


Disebabkan idea pun tak ada nak bercerita, let go cerita kegemaran Cekqa. Senang cerita, apa yang Cekqa suka makan/ stok kat hostel. Cekqa tak lah cerewet bab makan, cumanya, haruslah kena pedas kan. Tak pedas,tak powerlah. Tak begitu? So,hari tu jalan punya jalan kat Jusco Kulai,sekali terjumpa sambal ni. Apa lagi,ambik satu botol kecik, beli roti. 

Sampai je hostel,kemas semua barang. Duduk kat meja, apa lagi buka roti,buka sambal sapu macam sapu majerin. Dalam hati "Eh! Habislah aku,kalau pedas ni, mahu satu botol besar aku duk minum nanti". Kahkahkah! Dah habis satu roti, eh! terbuat lagi satu. Macam mana ni? Nampak tak kesedapannya macam mana. Phewww~


Sambal Rangup Ikan Bilis Halus, RM5.90/180g. 


Nampak tak? Terliur tak? Hahaha. Nampak tak ladanya tu. Pergh! Pergh! Tapi itulah, walau bilisnya cenonet je, walau bijinya masih nya tapi ranggup dia. Phewwww. Menangis kesedapanlah ceritanya. Itu yang habis satu buku roti tak sampai seminggu. Dan, itulah rahsia penambahan berat badan. Hahaha! 

Haa, itu jelah ceritanya. Lepas ni nak try yang sambal udang pula. Hikks. Ceritanya;bila nak start jogging ni Cekqa oi~. 


Arjuna Beta by Fynn Jamal.



Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Berubah itu tak mudah.

Assalammualaikum dan Selamat Petang. 

Ini cerita semalam malam,Cekqa tak boleh tidur. Makanya,onlinelah. Baca artikel mana-mana yang patut. First for all,thanks a lot too Myra,my ex-roomate. Sebab,one day,ada dia whatapp lebih kurang begini;

"Kak,kenapakan,kita nak berubah,nak cari keredhaanNya,orang tak faham?". 

Gulp! Sayang,silap orang awak tanya. Kakak pun dosa bergunung. Kakak pun,dosa berlipat-lipat banyaknya. Tapi,bila mungkin ada hikmah dia bertanya. Dik,macam ni konsepnya;

"memang orang nak jalan lurus, memang akan langgar lubang, jatuh, tersagat
 baru boleh jalan lurus"

Dan,please take note too Nadzirah Afiqah binti Abdullah! Dan,ada satu artikel yang Cekqa pin kat bar laptop,so senang nak buat rujukan. Buat pujuk hati sendiri.So,lets read; 

Berubah ke arah kebaikan memang tak mudah. (click link)

Konsepnya, persekitaran yang baik akan mudah mendorong kita ke arah kebaikan.  Rebah bangun dalam perjalanan itu juga berasa ringan dengan nasihat dan teguran daripada jemaah persekitaran.

 Allah tidak pernah menyisihkan kita walaupun kita dah celup rendam diri kita dalam tangki dosa yang besarnya dapat memuatkan sekalian penduduk bumi.Malah Allah buka pintu taubat dan rahmatnya untuk kita siang dan malam. Tak cukup dengan itu, Allah beri kurniaan dan nikmat menurut ketetapanNya, cukup sempurna.
Padahal manusia, sedikit sekali yang menyokong kita demi kebaikan. Sedikit sekali.