Pages

Hong Kong Trip #Part 1 (Preparation from MY)

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera. 

Hye! Seperti biasa,disebabkan malas nak ngadap TV and phone,kita ngadap blog je. Rindunya kat Baby O. Samsung jangan kecil hati okey? Semalamkan,perasaan nak tumbuk orang tu menebal sangat,sampai seram sejuk badan sampai tidur sendiri. Pasal apa pun tak tahulah,am I fool? Hahaha. Manusia,biasalah. Cakap kemain pung pang sana sini,hebat sana sini,apa pun takdok. Boo boo boo~ 

Back to the topic,Alhamdulillah selamat pergi dan balik dari JB-KL,KL-HK,HK-KL,KL-JB. Syukur! Segala puji-pujian bagi Allah yang mentadbir sekalian alam,Yang Maha Mengetahui segala apa yang ada dilangit dan dibumi,semua urusan perjalanan dipermudahkan olehNYA. Walaupun,hati ada sedikit gentar bila nak naik flight tu,but Alhamdulillah,semuanya selamat. Flight pergi balik smooth, pilot, co-pilot and flight attendance semua nice. 

On 20th Januari,malam tu sibuklah mengemas bag baju,makanan semualah. Untuk trip kali ni,pergi tiga (3) bradik,which is my 3rd and 2nd sister's,Didah and Miya. But yang dari JB cuma Miya and me. 

Kena ada VISA ke? Berapa jam lewat/cepat dari Malaysia? Waktu Solat macam mana?
Passport jangan lupa! Check tarikh luput. Tarik luput ke? Biaq pi laaaahh. Hahaha. Untuk ke HongKong,VISA tidak diperlukan ya. Tidak perlu,cumanya nanti dalam flight akan dibagi 'arrival form' untuk diisi and sampai kastam sana akan diberi permit. Waktu Hongkong dan Malaysia adalah sama. Tidak cepat dan tidak lewat,sama. Maka,tak payah nak otter jam ea. Hahaha! Untuk waktu solat di sana boleh check kat sini dan arah kiblatnya 285 degree. 
Keperluan apa nak bawa? How to distribute that things? Ah! Risaunya beg terlebih berat! Makanan tin boleh bawa ke? 
Untuk menjawab segala persoalan yang diatas,meh,Cekqa si amatur nak kongsi-kongsi. Yang Cekqa bawa cumalah satu bagasi and satu beg sandang yang besar like backpackers. Beg sandang,K.Miya bawa. Bagasi Cekqa bawa. 

Untuk yang beg sandang,cumalah pakaian semata-mata. Bagasi,bekalan makanan semata-mata. 

3 orang 3 beg. Alhamdulillah,balik beg tak beranak pun. Barang je yang beranak pinak. Hahaha!

Baju? Berapa banyak baju nak bawak? Cukup ke?   
Based on jadual perjalanan sebenarnya berapa banyak baju nak dibawa. Okey,jadual perjalanan and jumlah baju yang Cekqa peruntukkan adalah seperti berikut *amboi!terasa macam diva sangat ni* :
Day 1 (pm) : Avenue of Star (1 pasang)
Day 2 (am-pm) : Disneyland HK! (1 pasang + Spare 1 baju)
Day 3 (am-pm) : Ngong Ping 360 | The Peak Tram | Madame Tussaud | Ladies Market (1 pasang)  
Day 4 (am) : Airport (back to Malaysia)  (1 pasang)
---baju tidur : sepasang ---jaket/cardigan : 2 helai. ---tudung : 4 helai. 
See. Sikit je sebenarnya. Sebabnya keluar awal pagi,balik dalam pukul 8,9 malam. Haaa! Jangan cakap Cekqa selekeh okey sebab "Eh! Tak tukar baju ke jalan dari pagi ke malam berjalan". Diingatkan ya,peruntukkan ni untuk musim sejuk sahaja. Sebabnya,masa Cekqa pergi suhu dia 15C-20C ditambah dengan angin kuat especially kat Ngong Ping and The Peak. Angin kuat sampai jalan pun kena tolak dengan angin. Berpeluh tidaklah sama sekali. Gigil ada. Untuk keselesaan masa jalan,dinasihatkan,pakailah kasut yang selesa. Cekqa pakai kasut Bata je uolls, dengan sneakers Everlast. Janganlah mengatal nak pakai heel lah apalah. Boot okey,but jangan yang bertumit tajam tu. Kang terpelecok macam mana? Hahaha. 

Cekqa Airport style *bluwerkk!*. Bagasi yang sebelah penuh dengan rice cooker,and bebaju. Sebelah dipenuhi dengan souvenir. Hahahaha! Pengsan. That bag ponjot tu,isi passport,wallet,powerbank, charger and earphone. Oh ya,dan segala peta-meta yang berkenaan dengan HK. T___T
Makanan? Apa nak bawa ya? 
Untuk bekalan makanan,Cekqa bawa beras 1kg Cap Bird Paradise, Maggi Cup (6), biskut-biskut, Milo/Vico/Nestum, mushroom soup, roti, sambal bilis Delimas, makanan dalam tin (ayam kari,ayam kurma,ayam rendang,sambal) adalah dalan 6 tin. Mayonis paket. Kalau rasa mual/loya,bolehlah bawa asam ke gula-gula ke kan,ready je dalam beg. Periuk nasi mini,sudu, garfu and tupperware. Hotel yang Cekqa stay tu,semua complete. Air panas disediakan,microwave disediakan,teh/nescafe,cawan semua ada. So,dah ada tu kita gunakanlah sebaik-baiknya. Bila balik,banyak lagi bekalan makanan yang lebih. Hihihihi. Bila nak makan,masak nasi dulu,bila dah masak,tukar dalam tupperware and kita boleh panaskan lauk pula. Sebelum keluar pagi,masak dan makanlah dulu. And bila balik,masak lagi and makan lagi. Tak kebulur pun kat sana. Don't worry. Hihihihi. Cuma air kena minum banyak okey waktu sesejuk tu. Bukan apa,kulit kering and bibir kering sangatlah tak seronok. Hahaha. Air mineral boleh beli kat 7Eleven dengan harga HKD21. Ada yang lagi murah 9HKD. Ikut tahap kebesarannya. And nak dijadikan cerita,hotel Cekqa stay,memang peruntukkan air mineral 2 botol setiap bilik,everyday. Tapi,Cekqa dapat 3 botol,dengan alasan "3 bottle please,because 3 person right?". Hahaha! 

Inilah air mineral yang dibekalkan oleh hotel. Hotel apa? Next part. Hahaha! Ya,memang menangis tengok harga dia, tapi tak apalah,ini satu keperluan wajib right? Takdehallah. *gambar credit to blog Fatin Liyana

Duit berapa banyak nak tukar? 
Seelok-eloknya,tukarlah duit RM ke HKD dari Malaysia. Rajin-rajinkan diri tengok ratenya okey. Cekqa masa tu tukar cuma RM900 dapat 19++HKD. Sebabnya,Cekqa bukan seorang kaki shopping sangat,tapi tetap gila gak beli itu ini. Hahaha! Boo boo~ Itupun ada lebih dalam HKD260. 

Apa lagi ya preparation dari Malaysia? Hahaha. Betullahkan? Kalau tak siap benda-benda ni kat sini, kat negara orang lagilah kita tak tahu mana nak carikan. Huahuahua. Rasanya ini je yang kena prepare kat negara sendiri. Ada penambahan/pertanyaan/perkongsian comment-commentlah ya. Sharing is caring, sharing is loving itu tidak sama sekali. Hahaha! Double meaning sangat tau! Okey,see the next part okey? Untuk perjalanan KUL-HK. 

See ya! 


2 comments: