Pages

29 of 366

Assalammualaikum
Selamat Sejahtera. 

Cerita dia,Selamat Tahun Baru. Hahaha! Booo Cekqa,boo~Biarlahkan. Hari-hari tetap hari yang baru. Ya dok? Kemain berhabuk berspider-man dah blog ni. Last entry bulan September tahun lepas. Hahaha! Menangis! Ini soon datang rajin log in blog sebabnya phone rosak. Tahniah Nadzirah! Baru empat (4) bulan pakai,amboi,rosak dah? Hahaha! It's okey. Maka,pakailah phone Samsung yang retak berjuta tu. Siap dah warning mak,kalau call,call telefon rumah. Kalau tak,telinga kena renjatan eletrik kesan retak tu. Anyone nak belanja iphong? Berangan boleh. 

Duduk rumah dah tepu. Nak buka TV pun tak pandai. Hahaha! Kasihan. Maka,kemas rumah,lipat bebaju,tidur. Lepas dah bosan,bangun,turun dapur masak. Masak apa? Masak ayam sambal dengan sayur campur,untuk orang balik kerja kejap lagi. Diri sendiri,makan nasi pepanas,goreng fishcake dengan kicap. Nikmta okey,nikmat! Biasalah,kalau dah masak,nak makan memang tak cerita dia. Kenyang amik bau kot. Esok pepagi dah kena bangun buat sarapan untuk Mirul,adikku si jelly tu. Selamba cakap, "Kak Iqa,pepagi buatlah nasi goreng ke,cucur bilis ke,boleh aku bawak sarapan pergi kerja". Kau ghase? Hahaha! Inysaallahlah ceritanya. 

2014? Sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Berlabuh dengan penuh kesyukuran,kegembiraan and lebih bermakna. Oi! Dah tua okey? *menangis*. Bila nak kahwin? Eleh,tanya kita pula,awak awak tu bila nak kahwin? Seronok okey,roomate dah nak bersalin anak kedua dah,sebaya okey,ulang lagi,sebaya! Yang junior,jumpa-jumpa je,"Kak,habis paper ni,lusa kita kahwin!". Miangnyaaaaa. Hahaha. Padahal,diri sendiri sentap. Relekss,releksss. Wa chill wa peace. Wa study lagi apa. Pffft. Jemputan kawan-kawan bulan Feb (2) ni,kemain amboi! Ceritanya,sampai tujuh (7) jemputan. Kau ghase? Tahniah kawan-kawan ku. Moga bahagia dan bercinta sampai Syurga. 

2015? Habis paper haritu,merdeka! Barulah rasa nikmat tahun baru lepas habis segala paper. Paper pulak semua jenis psyko. Hello! Dalam kelas belajar ibarat masak nasi putih je,dalam final kemain soalan ibarat nasi beriyani lauk ayam campur acar buah dengan papadom Md.Shah punya. Over tau! Kemain meroyan dalam dewan nak menjawab. Goreng sampai rentung. Dengar cerita result tak rasmi dah keluar,tapi malas gila nak tengok. Tapi,nanti kena tengok juga,sebab kena print and submit kat YPJ. Alaa,nyampah nak tengok pointer sekarang,sebab madah drop je. Itulah,memain lagi. 

2015 dimulakan mukadimah cutinya dengan bercuti bersama keluarga ke Melaka. Actually,bukan cuti betul. Cuti Sabtu Ahad,and then Isnin paper Environment. Mantap! 1st family dah #PakLahMakMiss. Masing-masing dah sibuk,makanya,penyertaan kali ni wajib. Kau ada paper ke kerja ke apa,kena ada. So,enjoy! Kemain aku enjoy disiang  hari,malamnya bertapa ngadap nota sambil tongkat mata. Hahaha. 


Antara 2015 punya wishlish nak naik kuda,tercapai! Hye Manja,manja sangat awak ni. Yang jaga kuda ni siap pesan kalau nak naik kuda free,jemputlah ke rumah dia kat mana ntah,tapi area Melakalah. Hahaha! InsyaAllah. Lepas tu siap cakap "Saya ingatkan awak form lagi". Awet muda memang macam tu T__T. Gua dah 24 dah,ntah-ntah dia baya adik-adik je. Haha. 



Family day kali ni temanya merah. Dah macam pekerja,pesara AirAsia dah semua. Hahaha! Dan dimeriahkan dengan kehadiran Kak Wa and Hana Humairah,kesayangan atok and nenek. Eceh! 

Aktiviti first,pergi Taman Mini Malaysia,yang dekat dengan Ayer Keroh tu. Jalan-jalan-jalan sampai penat,lepas tu pergi Ujong Pasir makan asam pedas. Lepas tu,balik ke homestay kat Umbai. Balik,lepak-lepak kejap,keluar balik pergi Bandar Hilir,sebabnya nak naik Melaka Cruise. Naik malam baru best,sebab banyak lampu-lampu. Sebelum tu reround kejap kat area-area situ,selfie lah apalah. Mak layankan je anak-anak dia,ayah awal-awal dah surrender. Bila kitaorang balik je,tengok dia tengah syok urut kaki. Amboi! Hahaha. 


Malam makan kat Umbai,and then balik mandi mandi mandi lepas tu study sampai tidur dengan buku nota segala. Ceritanya,satu page pun tak habis dah tidur. Hahahaha! Esoknya balik, masing-masing buat haluan memasing. Satu kereta balik Negeri Sembilan,satu kereta balik KL,satu kereta balik Batu Pahat, bila sampai Parit Raja,satu kereta lagi balik Gelang Patah. Hahaha. Begitulah ceritanya. Malas pula nak cerita terperinci. Nantilah ea. Kalau rajin,adalah entry tempat-tempat yang dilawati. Hahaha!



Okey,habis cerita pasal family dah. Hahaha! Tetiba sangat kan dah habis. Ala,nanti ceritalah lagikan. Ayah call,phone dah okey. So,nak tunggu mak ayah balik Johor balik bila pula ek. Ni nak pegang phone sendiri pun malas,tak ada perasaan. Hahaha! Kejam sangat ni. 

Okey,malam nanti I up entry I pergi obersea ea. Sementara otak masih waraslahkan. Biasalah,bukan buat apa punkan cecuti ni. Duduk rumah,makan makan,tidur. Hahaha. 

Okey,see you! 

No comments:

Post a Comment