Pages

Sotong Hitam Cik Iera

Salam buat semua pembaca. Poyo je Cik Iera ni,konon nak update malam,tak nya. Ni dah nak update dah. Jom kita intai-intai gambar apa yang kat bawah ni ya.












Haa! Nilah lauk yang Cik Iera dan geng house,eh! boleh jekan cakap geng rumah sewa. Sakai lah Cik Iera ni. ^^.  Sotong hitam versi Cik Iera. Petang tu,Cik Yana datang ambil sebab baru habis latihan kat Sispa. Tiba-tiba nak pergi pasar malam,apa lagi,jom! Round-round Cik Yana nak masak. Cik Iera on je. jom masak! Lepas tu blur,dua-dua tak tahu nak masak apa. Round-round,eh! Ada sotong. Yeah! Jom masak sotong. Ok,jom intai resepi. 

Sotong Hitam Cik Iera
Bahan-bahannya.
  • 1kg sotong
  • 6 batang cili
  • Seulas bawang besar
  • seulas bawang putih
  • sedikkit halia 
  • Garam,ajinamoto.

Cara-caranya.
  • Bersihkan sotong,dakwat hitamnya jangan buang ya. Buang tulang nya sahaja. 
  • Potong bawang besar,bawang putih dan halia. Tumis sehingga baik bau. Masukkan cili yang telah di potong dua.
  • Masukkan sotong,gaul rata. Haaa! Mesti dah hitamkan? Jangan gabra,biar je. Masukkan garam,ajinamoto. 
  • Biarkan sehingga masak dan siap untuk dihidangkan. 
Nota kaki : Hitam lauk ni guna dakwat sotong original. Tak payah letak kicap. Pekat hitamnya tandanya sotong tu masih segar :)

Selamat mencuba!

Lot's of love,
Cik Iera.

No comments:

Post a Comment