Pages

Salad Kentang versi Cik Iera

Salam buat semua pembaca. Alhamdulillah,berjaya menamatkan puasa ke dua dengan penuh konsisten. Syukur,kekuatan itu masih ada. Oh ya! Syukur,sekali lagi bila operation si peneman berjaya. Alhamdulillah,syukur! Semoga cepat sembuh. Maaf! Saya tak tahu bila sampai sana,komitmen terhadap pelajaran. Rabu,test keusahawanan,Jumaat pula test Rekabentuk Struktur. Sabtu,Muet test. Semuanya menuntut pengorbanan yang tinggi. Semoga kuat hadapi hari-hari yang akan datang. 

Tadi awak,awak semua buka apa? Mesti seronokkan kalau mak yang masak. Nyummmy! Hari ni Cik Iera teringin sangat makan Salad kentang. Erkkk,western nooo tekak kau Cik Iera. Brrrr. So,singgahlah sekejap kedai belakang taman beli limau purut,pati ayam dan lada hitam. Bahan-bahan lain ada kat rumah. Oh ya! Thanks untuk En.Lat yang sudi membelikan daun bawang. Kebetulan dan sejalan,tolong belikan ea. ^^

Taknak cakap banyak,jom zoom resepi Salad kentang ni. 

Salad Kentang versi Cik Iera. (2-3pax) 
Bahan-bahannya.
  • 2 biji kentang (sederhana) yang dipotong dadu.
  • Serbuk lada hitam. 
  • Mayonis.
  • Daun bawang yang dihiris halus.
  • Pati ayam
  • Limau purut. 
Cara-caranya.
  • Kentang yang telah dipotong dadu tadi direbus. Taburkan sedikit garam. 
  • Mayonis,pati ayam dan limau purut digaul sebati. 
  • Masukkan kentang yang telah ditos dan gaul sebati dengan adunan mayonis tadi. 
  • Taburkan daun bawang dan serbuk lada hitam dan sila nikmati dengan penuh nikmat! Lagi sedap kalau sejukkan terlebih dahulu. 
Tolonglah cuba. Mudah dan enak! ^^
Selamat mencuba!

Lot's of love,
Cik Iera.

No comments:

Post a Comment