Pages

Pengalaman berhadapan dengan kecemasan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hye! Apa khabar? Diharap sihat dan ceria selalu. Hiks! Kita punyalah semangat nak pergi print gambar untuk storyboard untuk projek,turun-turun,printer tak ada. Haih! Pergi servis lettew. Harini,pepagi pukul 9am,dah terpacak kat lab nak settle sedikit demi sedikit,sisa-sisa kerja PSM yang tertangguh. Hmm,lepas ni ingat-ingat untuk diri sendiri,jangan ikut rentak orang lain, melainkan memang excellent, kerja siap; follow. Esok cuti,dah start midsem, makanya yeayy! I'm a happy girl. But,7hb dah ada MUET. Goodluck! Korang tak ada tips apa-apa ke?

Nak cerita apa ni? Sebenarnya,memang dah habis bosan dah ni. Sampaikan tengok RunningMan pun tak ada perasaan. Ditambah lagi dengan kecewa printer bawah tak ada. Hahaha! Okey,after 20mins godek-godek file gambar,tetiba tertengok gambar masa jaga kakak kat hospital. 

Okey,korang pernah jaga orang sakit kat hospital? Tak kisahlah even kerajaan ataupun swasta, yang kena jaga tetap orang sakitkan? Paling lama Cekqa berkampung kat hospital,adalah seminggu. Habiskan cuti midsem kat hospital. Tapi,it's okey. Keluarga sendiri kot,kau nak harap siapa jaga? Susah senang,biar sama-sama kan? 

Rasa-rasanya,nak jaga orang sakit ni,senang ke susah? Bagi Cekqa,depends on situations pesakit tu. Ada pesakit yang memang dia boleh bangun,jalan. Tak kurang juga,yang baring,nak jalan pun berpapah,nak makan pegang sudu pun gigil T__T. Alahai! Dan-dan time ni teringat diri sendiri dulu,nak makan lepas operation pun tangan gigil-gigil. Korang kalau kena jaga orang sakit,kat hospital apa kelengkapan yang korang sediakan? Kelengkapan tu tak semestinya dari segi keperluan diri sendiri,I mean baju ke bantal busuk ke kan,kenyataannya yang kena lebih bersedia metilah, MENTAL. Are you agree with me?


September 2015,after finished my MUET Speaking,dah balik rumah,lepak-lepak dengan my sis kat bilik sambil gelak tengok Running Mna,tetiba my sister susah nak nafas. By the way,my sister ada kidney problem. Sama-sama doakan moga kita terus dibagi kesihatan untuk meneruskan baki hidup kita. Al-fatihah buat kedua ibabapa kita,ahli keluarga kita serta saudara-saudara kita. Okey, maaf ya, iklan sekejap,buat ingat-ingat yang tak selamanya kita sihat,mampu.

Back to story,I'm panic. What! Apa nak buat ni? Actually,memang tengah berjaga-jaga pun,sebabnya my sister demam. So,bila dia demam ke apa,memang kita kena alert,iyalah,kidney problem kan,kita tak tahu dia demam biasa atau pun demam sebab kidney tu. So,panggil adik,terus shoot pergi hospital. Itu yang dengan baju kurung bagai,terus pergi emergency case. Bila check oksigen semua, semua normal. But,bila check-check,doc kata kena proceed untuk dialisis. BAMM! Otak semua jammed. What to do? What to do? Doc terangkan semua procedure itu ini,ibaratnya keluar telinga kanan,keluar telinga kiri. Sudahlah,tetiba kredit phone tetiba zero,phone pula battery suam-suam kuku. Eh! Pehallah semua nak buat hal kan? Gesek kad topap pun gigil-gigil. Yes, sebelum ni memang pernah jadi,but yang uruskan not me,my parents. Kau bayangkan,mak ayah masih on the way dari rumah kampung,kau sorang-sorang nak handle. Adik memang ada,but Cekqa yang dah cukup umur ni lah yang kena jadi waris that time. Call ayah, bagi doc yang cakap sendiri dengan ayah. Ayah kata proceed,okey kita proceed.

Bila kata proceed,akan ada satu proses menandatangai surat untuk doc tebuk leher my sis untuk proses dialisis. Again?! Before this dah pernah tebuk,and this time again. Hmm,keluar emergency room,menangis kejap. Sebabnya,my sister masih tak ada tapak kekal untuk dialisis. Masa tu,memang tak fikir panjang,sign terus. After 10 mins, terdetik yang sesuka hati aku je sign,tak tanya mak ayah pun. Lepas tu,barulah call,and mak ayah kata,it's okey,just do it. Bila dah settle bab tu semua, pandai-pandailah nurse dengan doc settle, Cekqa uruskan pula pasal admit ward. Alhamdulillah,sebab nak admit tu,kaunter tu sekosong-kosongnya,jadinya urusan semua cepat. Selesai bab admit, mak ayah sampai,sedikit lega dan tak lama lepas tu,my sister terus dimasukkan ke ICU. Sedikit lega,sebab unit rawatan rapi ni, asal bunyi mesin je memang akan ada orang pantau. So,jangan risau. Every decision memang akan panggil waris bincang and proceed the process if agree. Bila kat pesakit kat ICU,selalunya nurse yang akan jaga,ahli keluarga boleh balik. If you nak stay,boleh je. But,we are decide to back home,but still alert with phone. 


Bila dah keluar dari ICU,my sister dipindahkan ke ward biasa. Alhamdulillah! Sebab,tak lama dalam ICU,bila dah stabil,pindah. Dan,cabaran pun bermula. Hahaha! 

Firstly,paling kau nak jaga,perasaan pesakit. Hello! Dia sakit kot,kau nak bebel pun no function. Orang dah nak sakit,kau nak bebel buat apakan? Stop your blablabla but gantikan dengan kata-kata semangat,gurauan. Kebiasaanya,orang sakit ni kengkadang dia tak sedar apa yang dia cakap ke buat ke. Iyalah,high kot asyik makan ubat je. Kalaulah satu dua biji ubat tak apa, ini kalau dah sampai lapan, sembilan ubat,tak high lagi? Bila dah banyak kena makan ubat in one time, don't force! Kalau kau kena telan sebiji ubat pun tak suka,ini yang berbiji-biji. Take time, but pastikan ubat tu semua ditelannya. Haa,this is highlight pasal makan ubat ni, sediakanlah balm oil ke gula-gula ke kan. Kot-kot ada ubat yang 'menjengkelkan' ataupun pahit ke, so nak elak muntah,ready je benda-benda macam ni. Hahaha! So,be nice with your act and your word. Cakap yang baik-baik;kerna itu doa.

Itu bab nak jaga perasaan, yang lain-lain? Nak-nak memalam,datang soon dia muntah ke batuk kan,sampai ada satu masa,bak mehlah rasa nak muntah tu. Sekali dua boleh lagi,but every hours mesti muntah,nak tidur pun tak tenang. So,that time I decide to drink my Nescafe dengan terkebil-kebillah tengok movie tanpa suara,tangan ready plastic. And that time, Cekqa fikir,ini baru sakit, macam mana agaknya saat nyawa ditarik, buat ingat-ingat untuk kita yang sering alpa.

Secondly,barulah keperluan diri sendiri. Eh! Tak perlulah bawa satu rumah datang,cukup ada sweater, bantal leher and stokin. Hospital ni,sejuk kan? Lagi satu,janganlah sangka akan tidur lena. Tidak ya,tidak. Every hour,nurse akan jenguk check itulah,inilah. Tabahlah okey? Biasalah tu,normal. Hmm,apa lagi ya? Haa,kadang-kadang pesakit ni tetiba je rasa kejang kakilah,tanganlah. So,picit-picit sikitlah bagi renggang urat tu. Kau ingat seronok terbaring je? Hahaha. Bab ibadah pun kenalah jaga kan,kalau tak boleh bangun,kita solat baring/duduk. Tak mampu ambik wuduk,kita bantu. Boleh je belikan spray air,buat yang wajib dengan yakin. InsyaAllah. 

Thirdly,last but not least,walau apa pun dalam keadaan,jangan panik. Walau kenyataannya, dan realitinya,memang haru. Kan? Positive everything will be okey, dan yakinlah bahawa setiap kesusahan itu pasti ada manisnya. Semua dugaan buat kita ingat-ingat bahawa ada lagi yang Berkuasa. Sebenarnya,buat muhasabah diri sendiri juga dan mengajar kita erti kesabaran. 

Rasanya,itu jelah yang Cekqa boleh sharekan my experience take care my sister. Korang ada pengalaman? Share-sharelah,okey? Moral of the story, hargailah saat-saat kita sihat,dan ingat-ingatlah tak selamanya kita mampu. Sakit mengingatkan kita tentang kematian. Let's end my writing,with one reminder; "kematian itu sesuatu yang pasti".

Lot's of love;
Dhia.



1 comment: