Pages

Cup Cute Chocolate Moist

Salam buat semua reader's. Hewwheww. Sila BOO kat Dhia sebab dah genap 10 hari tak update. Tingtongggg! Kihkih. Alhamdulillah,Dhia masih bernafas dimuka bumi ini. Syukur,Alhamdulillah. Bukan apa,sibuk. Sibuk tonton cerita korea. Kahkahkah! :)

Ok,taknak bebel banyak-banyak, just nak review resepi Kek Coklat Moist yang Dhia buat pagi tadi. Terlebih rajin pula hari ni. Niatnya nak buat minggu lepas,mak tak bagi sebab kalau hujung minggu confirm keluar dengan kakak's,emak dan ayah. So,simpan kemas-kemas resepi ni. So,korang semua bolehlah ambil kertas dan pensel salin resepi ni. Amat mudah,jimat masa dan tekstur kek ni amatlah gebu. Hewwheww,yang makannya pun bakal-bakal gebulah ni. Erti lainnya,temukkkk a.k.a gemuk. Haa,Dhia dah menaikkan badan duduk di rumah ni. Mihmihmih. :)

Kek Coklat Moist
Bahan-bahannya
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 sudu kecil baking powder*
  • 1/2 sudu kecil baking soda*
  • 1 cawan serbuk koko *
  • 3/4 minyak masak
  • 1 cawan gula (Dhia guna gula kastor)
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla.

Cara-caranya.
  • Ayak bahan yang bertanda (*). Ketepikan.
  • Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul lagi hingga rata.
  • Masukkan tepung diselang selikan dengan air suam. Kacau menggunakan spatula/whisk ya.
  • Masukkan esen vanilla,susu pekat,minyak masak dan kacau rata.
  • Kukus selama 1 jam/ bakar selama 45minit-1jam pada suhu 160C. (Dhia buat bakar je)
  • Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba! :)


So,let see apa hasil yang Dhia dapat
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaa,amatlah legam tapi sangat gebu teksturnya. Oh ya,kalau yang cupcake ni,bakarnya cuma 15-20 minit sahaja ya. Untuk memastikan kek ni dah masak atau belum,bolehlah cucuk dengan lidi atau tester cake yan besi tu. Kalau dalam loyang pula, nak tahu kek dah masak atau belum,tepi loyang tu akan ada ruang angin. Maksudnya dah tak melekatlah kat loyang. So,selamat mencuba dan menjamu selera. Nyammmm :). Oh ya,terima kasih bebanyak buat Emma,Atikah dan Chacha dan sesiapa sahaja yang sudi mencuba resepi dari Dhia ni. Beginner lah katakan. Hewwhewww. Pada yang bertanya itu ini juga perihal masakan,terima kasih. InshaAllah,apa termampu Dhia jawab ya. Dhia tak pakar lagi,baru nak merangkak. Hihihihi.

So,berjumpa lagi dengan resepi yang baru dan lebih menarik.

Lot's of love,
Dhia.

No comments:

Post a Comment