Pages

Showing posts with label DapurCekqa. Show all posts
Showing posts with label DapurCekqa. Show all posts

Dapur Cekqa | Crab Stick Bread

Assalammualaikum. 
Salam Sejahtera. 

Ini adalah resepi roti crab stick. Ah! Sedap,sebabnya cheese sana sini. Selamat mencuba! 





Dapur Cekqa | Maggi Bolognese.

Assalammualaikum. 
Salam Sejahtera. 

Hye! Lama sungguh tak update malam ni,sekali update,berentry-entry pula. Ah! Pedulilahkan. So,perut tengah lapar ni,so teringat macam-macam. So,Cekqa pun teringatlah,satu resepi yang paling mudah,paling ringkas nak masak. 5 minit masak siap! Kihkih. Biasalah Cekqa,selagi boleh ringkas,boleh cepat,itu yang Cekqa suka tu. Kihkihkih. So,lets scroll pasal Maggi Bolognese, dengan tagline "Siapa kata bolognese untuk spagheti je?". Kemain tagline bagai. Biarlah,Cekqa suka je. Kihkih. Syok sendiri memanglah keeennn. 

Maggi Bolognese by Dhia Cekqa
Serve : 1 person.
Tahap kekenyangan : Maksimum,over-load. 




Selamat mencuba! [^____^]y

Kuih Bakar Berlauk

Assalammualaikum. Selamat Petang!

Petang petang ni Cekqa releks sikitlah sambil cuci cuci mata kat blog blogger famous. Hiks. Sekali, teringat yang tak update lagi resepi kuih semalam sebab ada one person minta resepi. Janji nya semalam,tapi nan hodo! Memang nak kena Cekqa ni.

Minta maaf pada yang berkenaan. Semalam,sebelum maghrib dah berkejar ke Surau Kg. Baru ni sebab ada sambutan Maulidur Rasul katanya. Ayah kata nak gerak pukul 6.45pm,lepas tu kita ni siap-siaplah. Balik dalam jam 11pm,maka balik siap-siap terus landing hanyut sampai ke pagi. Minta maaf ya. [*^__^*]

Okey,taknak bebel banyak. So,ini adalah resepinya ya.


Kuih Bakar Berlauk

Bahan-bahannya;
Untuk Inti

  • 150gm daging kisar-Untuk daging, Cekqa beli daging biasa sebab Cekqa tak berapa minat daging kisar sebab halus mulus sangat. Tak terasa di tekak gitu. Over Cekqa,over!
  • 1 sudu makan rempah kari daging- Cekqa guna adabi
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus. 
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus. 
  • Hirisan daun sup.
  • Hirisan cili merah-dipotong dadu kecil. 
  • Garam dan gula secukupnya. 

Cara membuatnya;

  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kari daging dan kacau rata. 
  • Tuang sedikit air dan masak sehingga rempah garing. 
  • Masukkan daging dan gaul rata dan biar daging masak. 
  • Tambah garam dan gula secukup rasa. Kalau warnanya pucat,tambahkan lagi rempah kari dan rasa ya. 
  • Masukkan hirisan daun sup dan cili merah. Cekqa masukkan sedikit sahaja. Sebab yang lebih tu nak tabur atas. 
  • Gaul rata dan matikan api. Sejukkan. 
Untuk adunan kuih bakar
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan kelapa-boleh juga ganti dengan susu cair/susu rendah lemak.
  • 3 biji telur. 
  • 180ml air
  • Sedikit garam. 
  • Pewarna kuning.
Cara-caranya;
  • Satukan telur,santan dan air. Kacau guna whisk sehingga tak berketul. 
  • Masukkan beberapa titik warna kuning dan sedikit garam. Mak Cekqa kata,garam kena agaklah,sebab santan ni kalau garam ni cukup,lemak dia memang umppphh!
  • Tapis dan ketepikan. 
*kalau penat,taknak gaul adunan ni guna whisk,boleh juga masukkan dalam blender,kisar halus.

So,dah selesai sediakan bahan-bahannya,jom kita bakar dia pula. Hikks. Untuk bakar ni, Cekqa tak guna oven,100% acuan tu atas dapur. Tenggekkan acuan tu atas kuali leper,letak je loyang atas tu. 

Cara membakar kuih bakar berlauk;
  • Panaskan acuan atas dapur. Letak sedikit majerin dan ratakan. 
  • Tuang adunan kuih bakar tadi tu 3/4 daripada acuan
  • Taburkan inti daging,hirisan daun bawang dan cili merah. 
  • Api sederhana ya dan tutup acuan tadi guna penutup periuk. 
  • Biarkan 2 minit,siap untuk dihidang. 
Nota jari :
  • Untuk pastikan adunan kuih dah masak,especially bahagian tengah kuih,boleh cucuk guna lidi/cungkil gigi. Kalau clear and clear maknanya dah masak lah tu. 
  • Majerin kan dah sapu mula-mula, tapi Cekqa still letak majerin dalam hujung sudu tu di setiap bahagian tepi acuan SEBABnya nak bagi senang keluar. Tak adalah nanti tercungkil-cungkilkan. Hikks. 
  • Potong kuih ketika dah sejuk ya. Releksss.
Selamat Mencuba! [^___^]Y


Panas dari dapur Cekqa. Hikkks. 


Kuih yang dah siap-siap dipotong untuk dibawa ke Surau Kg. Baru Rompin, Negeri Sembilan. 


Nampak tak kegigihan Cekqa potong daging tu. Hahaha! Itulah bila budak engineer masuk dapur, nak potong daging pun sampai dua pisau. Apa pun tak boleh Cekqa ni. 

Tsskk. 


'Tauhu Kukus Sos Tiram'


Salam buat semua readers. Ada lagi ke readers? Hikks. Okey,ni update yang paling malas dan paling ringkas Dhia pernah buat. Sorry okey. So,tak nak cakap banyak,hari ni untuk berbuka Dhia masak 'Tauhu Kukus Sos Tiram'. So,let check it out. Hikkks.


resepinya begini ya. Okey,jangan tanya sukatan untuk segala kicap dan sos tu,Dhia letak je. Agak agak ya untuk berapa ketul tauhu. Kalau nak sedap,guna tauhu lembut yang dalam bekas segiempat tu. Yang ni pun sedap juga. Hikks. Ala,semua sedaplah. Mihmihmih.



So,selamat mencuba. Selamat berpuasa u'ollls! :)

Puff Pastry with Sugar Topped

Salam buat semua reader's. Bersawang dah blog Dhia. Maaf ya,terlalu banyak kerja sampai tak sempat apa-apa kat blog. Okey,resepi tiramisu tak masukkan lagi! Adehhhhh~Tak apa,go thru dengan resepi puff yang Dhia try sebelum ni. Sebab apa Dhia try,sebab dah banyak kali keluar masuk Lavander Bakery & Bistro kat JJ Bukit Indah tu,tapi tak ada dah. So,ambil jalan,surf cari resepi. Mata bersinar-sinar. Kehkehkeh. So,jom layan gambar dulu. 


Tadaaaaaaa! Ini dia hasil tuaian. Eh! Hasil menyepahkan dapur. Mihmihmih. Okey,so ayuh kita ke resepinya pula. 

Bahan-bahannya :
  • Gula pasir.
  • Satu sudu kecil serbuk kayu manis *Dhia tak letak sebab tak suka. 
  • Kulit Puff Pastry ready made *Dhia guna jenama Kawan. :)

Cara-caranya. 
  • Ambil sekeping kulit puff. Sebelum nak roll bagi nipis,taburkan sedikit tepung ya kat alas supaya tak melekat. Ok,lepas tu bolehlah roll kan puff ni sampai sederhana nipis. 
  • Angkat kulit puff taburkan gula atas alas, letakkan kulit puff,tabur gula lagi diatas puff dan roll sekali lagi. Haaa! Gula dah melekatkan? Approve! Next  step. :). Kalau yang letak serbuk kayu manis,gaulkan dulu ya dengan gula.
  • Ok,yang ni terpulang pada kreativiti masing-masing,nak bentukkan macam mana. Dhia buat empat segi je,lepas tu tepi-tepi tekan guna garfu,nak bagi cantik. Mihmih
  • Untuk dapatkan bentuk love tu macam ni caranya. 
Mula-mula lipat dua untuk dapatkan tengahnya, kemudian,gulung kulit puff kiri dan kanan sehingga ke tengah. Lepas tu akan dapat bentuk macam belah kanan tu kan? Bolehlah potong. Lepas tu cer tengok,dah dapat dah bentuknya. Yeahhh! Okey,pesanan. Bila nak potong tu,jangan terlalu nipis okey? Nanti ranggup sangat dan terlalu cepat masak. 
  • Dah siap bentuk semua,sejuk bekukan dalam ice box,kira-kira 5 minit,keluarkan dan bolehlah bakar dalam suhu 180C selama 15 minit/ sudah keperang-perangan. 
  • Selamat mencuba! ^_^
Dalam oven. Gulp! Kihkihkih

Dah,jom bawa bekal. Mihmihmih
Lot's of love,
Dhia Afiqah

Wantan Goreng

Assalammualaikum dan Selamat buat semua ya. Apa khabar semua? Sihat? Maaflah,sekarang Dhia sibuk sangat sekarang. Urus itu ini, dengan bisnes lagi. Kihkih. Sampai kat blog pun tak sempat nad update. Okey,rasanya belum terlambat lagi untuk Dhia ucapkan, Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini memberi 1001 kekuatan. Mudah-mudahan. 

Taknak cakap banyak. Ok,tadi for lunch,Dhia belajar masak sambal belimbing. Okeyy,just nak cakap, sambal tu memang awesomeeeee! Sedap,pedas, enak dan segala-galanya. Mihmihmih. Tapi Dhia taknak kongsi resepi sambal t,sekarang Dhia nak kongsi resepi Wantan Goreng. Tak ada ambik dari mana-mana. Inspirsi sendiri. Kihkih. Oh ya,lupa. Nak ucapkan terima kasih bebanyak pada kawan-kawan yang menyokong Dhia samada secara terus ataupun tidak. Dhia bukanlah pelajar yang ambil jurusan masak-masak. Cuma graduat pelajar kejurteraan. Kihkih. Terima kasih pada kawan-kawan yang mencuba resepi yang Dhia up kat blog ni. Thanks! Nanti bolehlah Dhia rasa masakan korang pula. Tukar-tukar resepi tau! ^^

Ok,so let the picture talk first. Drum roll please. Kihkih


Inilah ghupe inti si wantan ni. Ok,jom check it out,macam mana nak buat inti ni. :)

Bahan-bahan yang digunakan ialah

  • Isi ayam (didadu/dikisar) . Untuk isi ayam ni,Dhia just dadukan je. That why,temook isinya. Mihmih
  • 1 sudu black paper. 
  • Sedikit garam 
  • Daun kucai dipotong kecil.
  • 1 biji telur (putih sahaja)
  • Kulit wantan/Kulit popia.
Ok,kat sini Dhia nak share sikit pasal kulit wantan dan kulit popia ni. Okey,dua-dua nipis, memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengopeknya ya. Kulit wantan dan kulit popia kalau goreng memang sama. Yang lainnya,kalau untuk buat sup, gunalah kulit wantan. Okey? Lagi sesuai. :) Itu je, 

Cara-caranya : 
  • Semua bahan yang digunakan hendaklah digaul ke dalam satu bekas sehingga sebati.
  • Masukkan isi ayam yang telah didadu dan gaul rata. 
  • Sudukan sedikit adunan tadi dan letakkan di atas kulit wantan dan bungkus. :)
Untuk cara-cara membungkus atau nama lainnya membonjot si wantan ni ikut sukalah. Dhia bonjot je. Kihkihkih. Lepas tu buat macam bantal. Sekali tengok macam crepe gituwwwww. Mihmihmih. Okey,untuk letakkan si kulit wantan ni guna air ok. Celup satu jari kat air,sapu kat kulit wantan yang nak dilipat tu je. Jangan seluruh kulitnya pula. Mihmih. Kalau guna kulit popia sama je caranya. ;)



Inilah dia crepe yang Dhia cakap. Kihkihkih. 


Itu pula yang Dhia ponjot. Amboiii,Dhia rasa cantik pula Dhia ponjot. Kahkahkah. Masuk bakul,angkat sendiri. Dhialah tu. Kihkih


Haaaa,ini pula yang lepas digoreng. Ok,selamat menjamu dan selamat mencuba. Dah cuba apa lagi,roger-rogerlah Dhia. Nak juga tahu macam mana wantan kamu semua. Ok,Dhia nak makan sambal emak. Kihkih

Lot's of love,
Dhia Afiqah. 

TART PORTUGIS.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua reader's. Amboiii,buat apa tu? Dhia baru je balik. Balik dari Parit Raja. Sebelum tu sempat juga singgah pos office,pos barang customer. Alhamdulillah,semuanya dah selamat. Tinggal abang pos serah kat customer je. ^^ Terima kasih abang pos. Hati-hati ya drive tu. Amboiii,kemain gatalnya.

Sebenarnya kemain sakit hati Dhia hari ini,beriya lah pergi U semata-mata nak ambil result MUET yang gempak tu,tahu-tahu pejabat PPA dalam proses perpindahan. Kau tak sakit hati? Dah sampai depan pintu,baca notis macam tu. Arghhh! Stress. Tapi terjumpa pula dengan Fatimah, amboii! Rindu,rindu. Borak sekejap,baru pergi kereta ayah. Ngadu yang tak dapat ambik hari ini. Tak apa, tak apa. Sempat juga singgah office PPD ambik Kad Diskaun Siswa. Mihmihmih. Ok,taknak bebel banyak,jom jenguk resepi apa yang Dhia try minggu ni. Thanks Ema ingatkan Dhia update resepi ni kat blog. Kalau tak memang tak rajinlah nak publish entry baru. Thanks juga kat Kay kongsi resepi. Search kat blog-blog lain pun begitu caranya. So,yakin. Kihkihkih. So,lets intai the pcture. *Lempang diri sendiri mencampur adukkan bahasa. ^^

TART PORTUGIS.
Bahan-bahannya
Untuk crust :
1 paket puff pastry. *Dhia guna jenama kawan. Ok,Dhia gelekkan dia guna roll. Bagi nipis,barulah ranggup. Tak gitu? Mihmihmih. Ikut selera masing-masing ya ;)
Untuk filling :
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan air
1 cawan gula halus. *Dhia tak suka manis,Dhia buat 3/4 cawan.
2 sudu besar tepung castard
4 biji telur
1 sudu teh kecil esen vanilla
Cara-caranya.
Untuk buat crust
Ambik sekeping puff  pastry, tekan rata ke dalam bekas. Tak kesahlah guna bekas apa pun. Dhia guna mould muffin. Seelok-eloknya,letak kat dalam mould tart yang aluminium tu baru letak dalam mould muffin,so cantik lah jadinya nanti.
Untuk buat filling
Pukul telur dan gula halus sehingga sebati.
Masukkan filling yang belum dimasukkan,kacau sebati dan tapiskan.
Then,tuang adunan filling ke dalam acuan crust tadi.
Bakar suhu 190C,30 minit,api atas bawah ok ^^
Siap! Selamat mencuba okeyyy.
Erkkk,mak panggil pula suruh buatkan ayah jemput-jemput. Ayuhlah turun ke dapur. ^^
Lot's of love,
Dhia.

Puff Custard Pak Lah

Salam buat semua reader's. Apa khabar? Diharap semuanya sihat-sihat belaka. Macam biasalah Cik Dhia kat rumah kemas rumah,buat itu ini. Lepas tu terlintas pula kat kepala ni nak buat kuih puff. Sebab semalam borak-borak dengan mak ayah kat dapur masa makan malam.

Dhia : Mak,buat puff tu sebenarnya senang je rupanya kan.
Mak : Aaah,senang je.
Aku pun senyum jelah. Tak tahu dah nak respon macam mana. Tiba-tiba....
Ayah : Buatlah Kak Iqa, kuih tu memang ayah suka.
Aku buat kuih ni petang,sebabnya ayah outstation. So,buat petang fresh sikit kan ayah makan. Kihkihkih. Dah siap semua simpan dalam tupperware untuk ayah. Ayah balik je terus dia ke dapur. Amboi masa tu bukan main dupdapdupdap jantung. tiba-tiba ayah panggil ke dapur. So,Dhia pergilah dapur. Ingatkan dia nak merungut ke apa ke rupa-rupnya dia nak cakap puff tu lulus! Alhamdulillah. Kihkih
Aku hanya mampu senyum sekali lagi. That y lah Dhia panggil kuih puff ni Puff Custard Pak Lah. Feveret katanya. So,anak yang baik,buatkan lah juga untuk dia rasa air tangan Dhia yang baru je beginner pasal masakan ni. So,lets share the recipe okey.
Puff Custard Pak Lah
Untuk puff :
Bahan-bahannya :
  •  125g butter
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum yang telah diayak.
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 biji telur.
  • secubit garam sebagai perasa.
Cara-caranya.
  • tapis tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
  • di dalam periuk,masukkan butter dan air. Biarkan mendidih,kacau guna whisk. Bila sudah mendidih,masukkan tepung yang telah diayak tadi.
  • kacau laju ya supaya tak melekat. Jadikan adunan tadi seperti doh,tutup api dan ketepikan.
  • Masukkan telur. Masukkan satu persatu,iaitu masuk satu telur,kacau. Masuk lagi satu kacau dan seterusnya.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Bentukkan di dalam loyang/piping dan bakar selama 15 minit,180C.

Setelah di'piping' ke dalam dulang,begitulah jadinya ^^ Kihkihkih

Yang ni,semasa di dalam oven. Kemain kau nak mengembang kan? Kihkihkih.

Untuk sos custard :
Bahan-bahannya :
  •  2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 2 biji telur
  • 3/4 sudu gula - ikut selera kemanisan masing-masing. Cik Dhia buat 4 sudu sebab baru kena dengan puff
  • 1 1/2 cawan fresh milk - Cik Dhia guna Dutch Lady.
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya :
  • campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang sederhana.
Selamat mencuba! ^^
Lot's of love,
Dhia Afiqah.

Tauhu Jepun versi Dhia

Salam buat semua pembaca. Firstly,sorry to Qalisha sebab lambat sangat bagi resepi ni. Cepat BOOO kat Cik Dhia. Bukan taknak share, tapi Cik Dhia ni kalau resepi lauk dan pauk ni payah nak share sebab,ikut suka dia je nak campak dalam kuali tu apa. Asal nampak depan mata masuk,last-last jadi hidangan yang tak tahu nama dia apa,tapi rasanya sedap. Ok,BOOO sekali lagi. Masuk bakul angkat sendiri. KihkihkihSo,let's go baby.


Tauhu Jepun versi Dhia.

Bahan-bahannya.
  • Tauhu jepun (ikut berapa banyak nak,potong bulat ya. Jangan nipis sangat. Nanti masa goreng,hancur)
  • Celery,kobis bunga ( sayur ni pun,ikut sukalah apa nak letak. Brokoli/mushroom pun sedap campur)
  • Bawang besar,bawang putih
  • Sos tiram
  • Udang/Sotong
  • Cili padi (bagi pedas sikit)
Cara-caranya.
  • Goreng tauhu jepun terlebih dahulu. Garing-garing sedap. ^^. Toskan dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan sayur celery dan kobis bunga.
  • Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng tadi dan masukkan sos toram. Ok,untuk sos tiram ni ikut kita nak letak banyak mana. Kalau kering,letak air sikit. Sikit je ya.
  • Rasa,kalau kurang rasanya bolehlah letak sedikit bahan perasa (garam dan ajinamoto). Kalau Cik Dhia,letak sikit je,sebab sos tiram tu dah masin kan?
  • Siap untuk dihidang! Bolehlah tabur daun sup untuk hiasan.
Selamat mencuba kesayangan. ^^

Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.

Kek Lobak Merah Dhia / Dhia Cake Carrot

Salam buat semua reader. Apa habaqq? Kihkihkih.Berangan konon-kononnya nak loghat utara. Tak adalah. Oh ya,hujan tak kat tempat masing-masing? Sini pun dah mendung. Sempat juag jenguk luar tingkap. Tak nak cerita panjang,cuma nak cakap berjaya juga buat kek lobak merah atau omputihnya Carrot cake. ^^ Janganlah pelik,sedap je rasanya. Kihkihkih,puji diri sendirilah kan gamaknya. . Sebenarnya Cik Dhia nak share resepi kek ni,tapikan,buku resepi mana ya? Rasanya ada je semalam atas meja ni. Haaa,cepat cakap siapa ambik? Kihkihkih. Jangan risau. Resepi semua dah dalam kepala da. Hahaha! Terasa riak disitu ya. Jom terjah resepinya.



Kek Lobak Merah Dhia / Dhia Cake Carrot

Bahan-bahannya :
2 cawan tepung *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manus (cinnamon powder) *
1 sudu teh soda bikarbonat *
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan parutan lobak merah (carrot)
4 biji telur
Kekacang *ikut suka. Cik Dhia guna walnut yang telah dicincang.

Cara-caranya :
  • Segala bahan kering (yang bertanda *) diayak dan diketepikan.
  • Pukul telur hingga kembang, masukkan gula halus, pukul lagi hingga kembang. Masukkan minyak dan esen vanilla. Pastikan sebati ya. ;)
  • Masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, gaul hingga sebati ya.
  • Masukkan parutan lobak merah/carrot dan kekacang. Gaul adunan dan tuangkan ke dalam acuan. Kalau nak senang angkat, boleh gunakan kertas minyak. Senang dan mudah.
  • Bakar pada suhu 180C selama 45minit/1jam.
  • Siap! Tunggu sejuk barulah potong ya.
Oh ya, kek carrot ni sedap juga kalau buat frostingnya dengan cream cheese. Cik Dhia tak buat sebab,yang nak makannya mak ayah. Mak ayah tak berapa minat cheese ni, so tak payah buatlah kan. Tapi untuk raya haji nanti, Cik Dhia nak buat dalam cupcake. Boleh letak cream cheese. Nanti Cik Dhia kongsi resepi ya. Sebab untuk raya haji ni, nak buat spesial sikit tambahan dalam kek ni. Apa dia? Nanti Cik Dhia kongsi. ;)

Versi cupcake. Eh! Bukan cupcake,versi kertas kuih raya. Saja je try. ;)
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah