Tauhu Jepun versi Dhia.
Bahan-bahannya.
- Tauhu jepun (ikut berapa banyak nak,potong bulat ya. Jangan nipis sangat. Nanti masa goreng,hancur)
- Celery,kobis bunga ( sayur ni pun,ikut sukalah apa nak letak. Brokoli/mushroom pun sedap campur)
- Bawang besar,bawang putih
- Sos tiram
- Udang/Sotong
- Cili padi (bagi pedas sikit)
- Goreng tauhu jepun terlebih dahulu. Garing-garing sedap. ^^. Toskan dan ketepikan.
- Tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
- Masukkan sayur celery dan kobis bunga.
- Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng tadi dan masukkan sos toram. Ok,untuk sos tiram ni ikut kita nak letak banyak mana. Kalau kering,letak air sikit. Sikit je ya.
- Rasa,kalau kurang rasanya bolehlah letak sedikit bahan perasa (garam dan ajinamoto). Kalau Cik Dhia,letak sikit je,sebab sos tiram tu dah masin kan?
- Siap untuk dihidang! Bolehlah tabur daun sup untuk hiasan.
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.
No comments:
Post a Comment