Salam buat semua pembaca. Sekali lagi bertemu kita dalam segmen 'Angan-Angan'. Hahaha! Tak payah nak bertemu sangatlahkan,sebab segmen angan-angan ni baru je wujud. Ni haa,baru je berapa second wujud. Kehkehkeh. Saja buat lawak. Tadi bermessaging,tiba-tiba timbul satu soalan
"Tak nak buka bisnes kek ke?"
Haa,pantang sikit orang tanya soalan macam ni,sebab angan-angan dia bukan main tinggi melangit. Cita-cita ni terlalu tinggi. Tak tahulah tercapai atau tak, kalau berangan buat kita usahakan? Jyeaah! Usaha lagi. Kalau orang tanya soalan macam ni,of course Cik Dhia jawab macam ni.
"Sebenarnya,dah lama berangan nak buka cafe. Dhia Cafe."
Hambekkkk, dah siap nama tau! Dhia tu maksud dia Sinar Cahaya ya. Haa,nampak tak sekarang ni mata pun dah bersinar-sinar nak cerita angan-angan mak jenin ni. Dhia selalu berangan nak buka cafe style garden dan ada mini library. WAJIB ada mini library! Ya,memang WAJIB! Hahaha. Al-maklumlah, Cik Dhia ni pantang sikit kalau jumpa buku. Masuk kedai buku 5-6 jam pun tak pe. Duduk lah kau dalam kedai tu,ngadap buku. Bukan apa,kalau datang cafe Dhia sorang-sorang kan bosan makan tak ada teman. Tak kanlah nak ngadap makanan jekan, sekurang-kurangnya boleh ambik satu buku,baca. Just releks yourself. Dengan bunga segar atas meja. Amboiii! Nampak tak angan-angan dia macam mana? =.='
Ala,mini cafe pun jadilah. Janji cafe,untuk orang-orang yang suka. Kihkihkih. Lepas tu nak cafe tu warna putih. Suci. Kihkihkih. Wahhh,dah terbayang-bayang dalam kepala ni macam mana cafe tu. Tapi,itulah. Kena usaha lebih lagi ni. Belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus. Kumpul duit,nak buka cafe. Tahu,kosnya bukanlah sikit. Nak hire pekerja lagi. Nak stok itu ini lagi. Pengsan bila fikir kewangan. Kalau dapat anak orang kaya sekalipun,boleh muflis dia dek angan-angan aku ni. Tapi,kalau mini tak muflis kot,banyak keluar duit je. Haha! Berangan konon nak anak orang kaya. HAHA! Kelakar pula aku malam ni. Adakah kepala dah tak berapa centre? Senteng mungkin.
Oklah,rasanya cukuplah dulu cerita bab angan-angan cafe ni. Kalau terus cerita takut-takut nanti ada yang muntah kuning. Mihmihmihmih. Doa sahaja yang terbaik. Tiba-tiba terfikir, kalau buka cafe,adakah Diploma Civil Engineering tu hanya buat hiasan? Interior designer tak belajar. Tak apa,sekarang ni mantapkan kemahiran baking ni. Kalau tak ada cafe pun anggap jelah dapur tu macam cafe. Tak gitu? Mihmihmih.Tak apa, tak apa,ada manfaatnya yang kita mungkin tak nampak. Tak apa,sekarang,jaga yang dikendong agar yang didukung tak berciciran. Oh ya,betul ke peribahasa ni? Mihmihmih. Semoga angan-angan ini menjadi kenyataan. Amin!
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.
sila buka. dan pelanggan tetap nt adalah saya! haha
ReplyDeleteHahaha! Terima kasih. Hambooiiii ^^
ReplyDelete