Pernahkah kau bicara, tapi tak di dengar. Tak di anggap sama sekali.
pernahkah kau tak salah. Tapi disalahkan. Tak di beri kesempatan.
Kuhidup dengan siapa. Ku tak tahu kau siapa. Kau kekasihku tapi orang lain bagiku.
Kau dengan dirimu sahaja. Kau dengan duniamu sahana. Teruskanlah. Teruskanlah kau begitu.
Kau tak butuh diriku. Aku patung bagimu. Cinta bukan kebutuhanmu.
Teruskanlah by Agnes Monica.
Entah apa mimpi. Entah datang mana kudrat untuk aku mengenang benda-benda yang dah lepas. Sememangnya aku tak suka. Aku tak suka untuk mengenang benda yang aku rasa merugikan. Buang masa,buang semuanya. Huh! Kejam? Memang aku kejam. Dan aku tak sangka benda ni boleh aku terfikir.
"Apa dia buat sekarangkan? Dulu kalau time macam ni dia buat ni, buat tu"
"Sihat tak dia ya?"
Kan? Aku rasa tak patut aku fikir semua tu. Buang masa.
***
"Kau buat apa haa? Kau dah tak geti nak balas mesej aku?". Eh! Dah kenapa nak tengking-tengking. Aku tak pekak lagilah. Aku merungut dalam hati. Malas melayan amarah serupa syaitan nirrajim.
"Saya dah mesej kan? Yang awak tak reply kenapa? Saya malas nak kacau, mana tahu awak sibuk" balasku selamba. Malas nak bergaduh,kerut-kerut muka.
"Kau suka bagi alasan bodohkan? Ikut suka kaulah!",sekali lagi aku rasa amarah itu atas rasukan raja syaitan nirrajim. Aku diam. Talian dimatikan. Mata bergenang. Sakit sangat. Apa aku buat semua salah. Alasan yang aku bagi semua dipertikaikan. Apa kau ni sempurna sangat? Kita sama-sama manusia bukan.
Hari-hari yang aku lalui kadang-kadang indah, kadang-kadang aku rasa macam apa. Aku bukan jenis yang suka marah,apatah lagi menaikkan suara. Itu bukan aku. Kalau orang marah aku, aku yang menangis. Orang naikkan suara pun aku boleh bergenang air mata, inikan aku? Memang taklah.
Aku rasa aku terlalu bagi hati kat kau. Sampai kau tak hargai langsung hati aku. Pengorbanan aku langsung kau tak pandang. Asyik-asyik suruh kenang pengorbanan kau. Apa hebat sangat pengorbanan kau aku nak kenang? Sehebat keluarga aku? Kalau ya pun kau taknak kenang pengorbanan aku, apa kata kau ambil sedetik dua kau kenang pengorbanan keluarga aku. Terima kau cara baik, kita habis pun cara baik. Tapi apa kau buat kau aku? Segala kata makian, segala tengkingan semua aku dapat. Malas nak ungkit. -___-'. Depan bukan kemain kau iyakan,belakang aku yang dapat maki. Huhhhh! Bodohnya.
***
Nampak tak betapa sakitnya hati ini?
Nampak tak betapa sakitnya hati ini?
Minta maaf sangat-sangat. Sebenarnya niat nak buat sedikit cerita tapi nampak gaya emosi yang terlebih. Kini kau tahukan,betapa sakitnya hati aku kau lukakan. Terima kasih! Terima kasih. Cukuplah sekali kau sentuh hati aku. Cukuplah sekali kau sentuh hati mak ayah aku. Cukuplah sekali. Aku tak akan sesekali benarkan benda itu terjadi lagi. ;)
*setitik airmata pun tak jatuh kerana kau lagi. Bergenang memang,kenang jasa mak ayah aku bukan kau. Kau silap ;)
Lot's of love
Cik Dhia.
No comments:
Post a Comment