Pages

Garden #01 Selasih

Salam buat semua reader's. Selamat malam. Buat apa tu? Dah get ready nak tidur dah ke? Nampaknya Cik Dhia terpaksa tunggu 3 jam lagi baru boleh tidur. Sebab baru je lepas makan malam. Mak ayah pun join. Selalunya marah kalau makan malam-malam. Tak baik katanya. ^^ Ok,bukan nak cerita apa pun, cumanya nak cerita pasal tanaman si selasih tu. Hihihihi. Alhamdulillah,benihnya dah bertunas, dalam banyak-banyak biji benih,baru bertunas tiga. Gembiranyaaa! Anak-anak cactus pun dah cantik, dah galih pasu. Dah susun kat tempat yang cun dah. Mihmih. Nak tambah lagi,nak beli yang ada bunga pula. ^^ Cerita pasal garden ni,projek fairy broken pot tu,hold dulu. Sebab kena buat more research. Nak guna pokok apa sesuai,tanah apa. Sebab cantik,kenalah research banyak-banyak. Kasi berbaloi sikit. Kot-kot boleh buat duit dengan karya broken pot tu,siapa tahukan?
 

Pagi-pagi turun seawal 7 pagi,al-maklumlah cuti-cuti solat ni terbangun lambat pula. Sakitnya satu hal. Mak faham sangat dengan anak dia yang sorang ni kalau dah tengah-tengah malam meringkuk tak sudah,payah tidur esok terbangun lambat. Ter ok, bukan sengaja. Turun tangga terus keluar pakai selipar,belek-belek pasu plastik yang dah ada benih tertunas. Gembira kemain lagi. Suka sangat dengan pengcahayaan kat rumah ni. Pagi-agi dah rasa nikmat matahari. Alhamdulillah ^^ Tapi, walaupun rumah mengadap matahari sepanjang masa,syukur sebabnya rumah tak pernah panas. Sejuk. Mungkin sebab tanaman-tanaman yang mak ayah usahakan. Kihkihkih. Lepas tu,mak suruh ikat tali kat acuan lontong. Oh ya,rupa-rupanya daun selasih ni salah satu bahan untuk masukkan dalam masakan laksa. Adeh,benih baru tunas,macam mana nak belajar buat laksa dengan mak ni? Haha! Beli kat pasar lah jawapnya. Takpe,takpe, pokok selasih kemain lagi Cik Dhia belai penuh kasih sayang, nanti dah besar sikit, buat lagi guna pokok ni. Bertambah-tambahhhh apa ya? Mihmihmih. Tak ada motif.
 

Cik Dhia ni mengada,tali rapia pun nak kuning ^^ Memang kalau tak ada kuning,tak semangatlah gamaknya nak buat kerja. Kihkih. Pagi-pagi mak dah kutuk, kau ni seluar pink,baju kuning. Dah macam !@#@$# dah. HAHA! Tak perasan pula mak. Mihmihmih. Raya Aidiladha kali ni,tahun ni, macam eksited lebih. Awal-awal dah ikat tali kat acuan, tempah baju segala. Lontong ni, bulat. Dalam acuan ni nanti kena letak daun pisang untuk balut, letak beras setengah je. Rebus,nanti siapalah lontongnya. Mak memang serahkan tugas ni kat aku. Sebab aku sahaja yang tahu nak sukat beras dalam bendaalah ni. Selalunya,yang letak daun pisang Kak Miya. Mihmihmih. Oh ya, lepas tu mak dah suruh buat 2 biji kek carrot. 1 biji nak bawa pergi kenduri rumah atok. Huhuhu. Suka sangat. ^^
 
Ok,sekian sahaja kisah rumah yang tak bertangga ni. Penuhkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, Cikgunya,mak ayah. Banyak betul benda yang mereka lalui sebelum betul-betul bahagia melayari rumah tangga. Amboi,cakap macam tak lama je lagi nak berumah tangga. Well, biasalah Cik Dhia,gatal. Dah wajib dah ni. Hahaha! Oklah,selamat buat semua ya. ;)
 
Lot's of love,
Cik Dhia Afiqah.
 
 

No comments:

Post a Comment