Pages

Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Kuih Lompang.

Assalammualaikum. Selamat Petang!

Buat apa tu? Cekqa capek sangat deh ini hari. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahu. Pepagi mak dah ajak pergi pasar. Dan,seperti biasa taknak ikut. Sebab,kena mandi awal pepagi. Sejukk -_-,. Mak dah pergi tu,datang gilanya kemas rumah lari-lari. Kahkah! Bila ingat balik "Eh! Kenapa aku lari-larikan tadi masa nak ikat langsir.". Pergi dapur,lari. Padahal nak ambik penyapu je. Lari balik ke depan,ikat langsir. Lari ke ruang tengah,ikat langsir lagi. Lari masuk bilik,selak langsir dengan siap tukar cadar bagai. Ini pelik! Hahaha. Agresif, lagi-lagi lepas mimpi monyet. Hekeleh! Tak ada yang lain ke nak masuk mimpi. Monyet jugakkan. Cubalah Hatta Dolmat ke, Remy Ishak ke. Eh! Tak memasal. Hikks. 

Nak dijadikan cerita,mak balik je nampak ada tepung beras dengan tepung ubi kayu,itu yang datang rajin terus nak buat kuih lompang. Eh! Nak tanyalah, tepung ubi dengan tepun sagu sama ke tak ek? I is confius. Hahaha! Okey,back to my topic,Kuih Lompang. Sebenarnya,pelik juga kuih ni,sebabnya, macam mana boleh ada pusat kat tengah tu ek? Magikkkk! Bila tanya mak,mak jawab;

"Nak buat macam mana,itu semua Allah dah tetapkan"

Eh! Menangis darah airmata aku dengar jawapan tu. Iyalah,semua berbalik pada yang asalkan. Kihkih. So,bebel banyak pun tak guna. Jomlah salin ke printscreen ke screen shot ke resepi Cekqa ni. Oh ya,resepi asal Cekqa ambik dari blog chef yang sangat Cekqa kagum. Sebab,dia punya masak semua menarik tertarik kau memang daboom! Kau hado? Boleh check it out kat web Dari Dapur CT. Resepi ni,Cekqa ubah sikit. Biasalah,kalau boleh ringkas,ringkas lagilah gamaknya resepi tu. Hikks. 

Kuih Lompang.
Bahan-bahannya;

  • Bahan A
3 cawan tepung beras+2 cawan air- digaul sebati.
  • Bahan B
1 cawan gula+dua helai pandan diikat+2 cawan air- dimasak,ketepikan,disejukkan.

  • Pewarna pilihan. 
  • Kelapa parut


Berkenan sungguh Cekqa dengan acuan ni,satu corak orang kata bunga kangkung, tengah tu macam pokok Sakura,hujung tu macam bunga apa ntah tapi ada tulisan ala-ala Chinese. So,Cekqa bagi nama acuan Bunga Kangkung,acuan Sakura Kpop, dengan acuan Hang Lipo. Kau hado? Hahaha. Very antik U know. 


Bahan-bahan yang Cekqa gunakan. 

Cara-caranya


  • Bahan A & bahan B,dicampur dan digaul sebati. Ketepikan. 
  • Asingkan adunan tadi kepada 2 bahagian,dan letak pewarna pilihan hati. 
  • Panaskan pengukus,bila dah mendidih,susun acuan ke dalam kukusan,dan biarkan panas dalam 3 minit. 
  • Dah panas,tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit. 
  • Sajikan bersama kepala parut dicampur dengan garam dan daun pandan. Kalau nak tahan lama kelapanya,kukuskan sebentar. 
P/S : Jangan panik bila adunannya cair,memang adunannya macam tu ya anak-anak. 



Akhirnya,siap juga. Golek golek kat kelapa. Ngap! Begitu je masuk mulut. Perghh! 


Nampak tak pusat dia tu dalamnya. Orang dulu-dulu kata,kalau pusat dalam nanti kahwin dapat orang jauh. Erkk! Tak ada motif. Hahahaha!



Okey,bila dah siap tu apa lagi,teruja nak rasakan? Don't worry,rasanya memang sedang elok. Sebab Cekqa pun tak suka manis,so rasanya memang sedang elok,sebati dengan tekak I ni. Bila dah angkat tu,mak siap boleh cakap, "Lama dah tak nampak kuih ni". Ya! Lama dah tak makan,kalau tak bulan Ramadhan,jarang jumpa okey. I is sebak. 

Selamat Mencuba! {^__^}Y


Kuih Bakar Berlauk

Assalammualaikum. Selamat Petang!

Petang petang ni Cekqa releks sikitlah sambil cuci cuci mata kat blog blogger famous. Hiks. Sekali, teringat yang tak update lagi resepi kuih semalam sebab ada one person minta resepi. Janji nya semalam,tapi nan hodo! Memang nak kena Cekqa ni.

Minta maaf pada yang berkenaan. Semalam,sebelum maghrib dah berkejar ke Surau Kg. Baru ni sebab ada sambutan Maulidur Rasul katanya. Ayah kata nak gerak pukul 6.45pm,lepas tu kita ni siap-siaplah. Balik dalam jam 11pm,maka balik siap-siap terus landing hanyut sampai ke pagi. Minta maaf ya. [*^__^*]

Okey,taknak bebel banyak. So,ini adalah resepinya ya.


Kuih Bakar Berlauk

Bahan-bahannya;
Untuk Inti

  • 150gm daging kisar-Untuk daging, Cekqa beli daging biasa sebab Cekqa tak berapa minat daging kisar sebab halus mulus sangat. Tak terasa di tekak gitu. Over Cekqa,over!
  • 1 sudu makan rempah kari daging- Cekqa guna adabi
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus. 
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus. 
  • Hirisan daun sup.
  • Hirisan cili merah-dipotong dadu kecil. 
  • Garam dan gula secukupnya. 

Cara membuatnya;

  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kari daging dan kacau rata. 
  • Tuang sedikit air dan masak sehingga rempah garing. 
  • Masukkan daging dan gaul rata dan biar daging masak. 
  • Tambah garam dan gula secukup rasa. Kalau warnanya pucat,tambahkan lagi rempah kari dan rasa ya. 
  • Masukkan hirisan daun sup dan cili merah. Cekqa masukkan sedikit sahaja. Sebab yang lebih tu nak tabur atas. 
  • Gaul rata dan matikan api. Sejukkan. 
Untuk adunan kuih bakar
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan kelapa-boleh juga ganti dengan susu cair/susu rendah lemak.
  • 3 biji telur. 
  • 180ml air
  • Sedikit garam. 
  • Pewarna kuning.
Cara-caranya;
  • Satukan telur,santan dan air. Kacau guna whisk sehingga tak berketul. 
  • Masukkan beberapa titik warna kuning dan sedikit garam. Mak Cekqa kata,garam kena agaklah,sebab santan ni kalau garam ni cukup,lemak dia memang umppphh!
  • Tapis dan ketepikan. 
*kalau penat,taknak gaul adunan ni guna whisk,boleh juga masukkan dalam blender,kisar halus.

So,dah selesai sediakan bahan-bahannya,jom kita bakar dia pula. Hikks. Untuk bakar ni, Cekqa tak guna oven,100% acuan tu atas dapur. Tenggekkan acuan tu atas kuali leper,letak je loyang atas tu. 

Cara membakar kuih bakar berlauk;
  • Panaskan acuan atas dapur. Letak sedikit majerin dan ratakan. 
  • Tuang adunan kuih bakar tadi tu 3/4 daripada acuan
  • Taburkan inti daging,hirisan daun bawang dan cili merah. 
  • Api sederhana ya dan tutup acuan tadi guna penutup periuk. 
  • Biarkan 2 minit,siap untuk dihidang. 
Nota jari :
  • Untuk pastikan adunan kuih dah masak,especially bahagian tengah kuih,boleh cucuk guna lidi/cungkil gigi. Kalau clear and clear maknanya dah masak lah tu. 
  • Majerin kan dah sapu mula-mula, tapi Cekqa still letak majerin dalam hujung sudu tu di setiap bahagian tepi acuan SEBABnya nak bagi senang keluar. Tak adalah nanti tercungkil-cungkilkan. Hikks. 
  • Potong kuih ketika dah sejuk ya. Releksss.
Selamat Mencuba! [^___^]Y


Panas dari dapur Cekqa. Hikkks. 


Kuih yang dah siap-siap dipotong untuk dibawa ke Surau Kg. Baru Rompin, Negeri Sembilan. 


Nampak tak kegigihan Cekqa potong daging tu. Hahaha! Itulah bila budak engineer masuk dapur, nak potong daging pun sampai dua pisau. Apa pun tak boleh Cekqa ni. 

Tsskk.