Pages

I'm coming back!


4 bulan;
Diam,kaku dan beku. 
Tiada apa yang membantu.
Aku biarkan laman ini bisu. 

Maafkan aku;
Ini terakhir kali aku bikin onar. 
Moga aku tak lupa kau yang dulu selalu ada.
Tika aku sedih,tika aku duka. 

'Tauhu Kukus Sos Tiram'


Salam buat semua readers. Ada lagi ke readers? Hikks. Okey,ni update yang paling malas dan paling ringkas Dhia pernah buat. Sorry okey. So,tak nak cakap banyak,hari ni untuk berbuka Dhia masak 'Tauhu Kukus Sos Tiram'. So,let check it out. Hikkks.


resepinya begini ya. Okey,jangan tanya sukatan untuk segala kicap dan sos tu,Dhia letak je. Agak agak ya untuk berapa ketul tauhu. Kalau nak sedap,guna tauhu lembut yang dalam bekas segiempat tu. Yang ni pun sedap juga. Hikks. Ala,semua sedaplah. Mihmihmih.



So,selamat mencuba. Selamat berpuasa u'ollls! :)

Ruang waktu


Assalammualaikum. Hye! Selamat buat semua.

Syukur,Alhamdulillah. Semalam dengan rasminya,dah tamat satu sem untuk menempuh alam degree ni. Fffuuhh~selamat tinggal dunia nescafe. Selamat tinggal mata panda dan segala-galanya. Hikks. Usaha dah,apa pun keputusan anti keluar,redha and syukur. Tapi tapi tapi tang hyraulic tu sangatlah tak confident. Tak apa,tak apa,yakin. Padahal......... -____-

Okey,balik je tadi sampai sampai terus naik bilik kemas segala barang barang. Dahlah berbeg-beg berkotak-kotak barangnya. Entah apa yang diangkutnya pun tak tahulah. Kihkih. Kemas punya kemas,adalah 3 jam. Buang apa yang patut. Buang segala benda yang EX bagi. Eh! Kahkahkah. Nyah kau dari pandangan aku. Semak,semak. Tapi biasalah,kemasnya sekejap je,tapi bla jumpa benda ‘rare’ katanya,duklah menelek itu ini. Lepas tu sayang nak buang. Entah apa-apa je. Tapi rasanya,major akan buat macam tu kan? Hikks

Okey,ruang yang paling suka alah ruang barang personal Dhia. Tak kesahlah apa pun,memang Dhia suka ruang ni. Even kat hostel pun,Dhia stress memang akan kemas meja study. Hikkks. Kotak 3 laci tu dah 4 tahun dah dengan Dhia. Huhuhuhu. Setia tau! Mihmih. Pen-pen tu tak tahulah,banyak sangat. Nak buang,dakwat sekat-sekat pun Dhia simpan lagi,padahal bukan guna pun nanti. Lumrah.
 

Tingkat ni pula, barang barang yang Dhia suka. Hobi? Tak kot,kata erti lain orang bagi. Kihkih. Tu, yang ada penguin tu kakak bagi,dari Gambang. Kihkih. Jam yang tak bertali tu dari adikku. Okey,perfume tu sebenarnya dah habis dah,tapi sayang nak buang sebab kawan dari tadika bagi,Fauzie. So,simpan jugekk. Wisel tu masa masuk kor sispa. Keychain Taj Mahal tu,Sir Chandra, coach medic bagi. Hewhew.

 
Haa,itulah meja study yang selalu Dhia guna kat hostel. Okey,Dhia bagi kamu cuti dua bulan okey. Hikks. Tu haa, duit syiling tu,kumpul tuk kahwin kang. Eh! Hahaha. Koleksi Transformers pun dah beranak dan berpinak dah. Mihmihmih.
Itu jelah yang dikemasnya,makan 3 jam. Kahkah! Oh ya,tadi kemas punya kemas,jumpa beg kecik masa bawa pergi umrah. Rindunya nak usung beg tu. Okey,twist plan. Duit tabung tu,nak kumpul supaya boleh pergi ke Mekah lagi. Umrah sekali lagi ke Haji ke. Hikks,berangan. ^___^
 
Okeylah. Entah apa-apa je entry kali ni.
Take care.

 

If......



Kalau nanti awak bakal kecewa kerana saya.
Saya nak awak tahu,saya dah lama kecewa kerana awak.
Saya dah belajar untuk tabahkan hati.
Saya dah belajar untuk redha awak bukan jodoh saya
Sebab saya tahu,yang baik tetap untuk yang baik
Dan mungkin,saya bukan yang terbaik untuk awak
Senyumlah awak. Senyumlah.
Jangan biarkan hati itu mati. Jangan biarkan jiwa itu lali.
Saya tunggu masa untuk saya luahkan. Saya tunggu detik itu.
Saya nak luah apa yang terbuku,yang menggunung dalam hati saya.
Tak apa,saya tetap nak luahkan. Walaupun pada itu dah terlewat.
Lewat itu hanya pada waktu. Waktu yang membataskan kita.
Senyumlah awak. Senyumlah.
Jangan biarkan permata itu jatuh. Jangan biarkan hati awak hujan.
Saya cekalkan hati. Saya teruskan langkah kaki ini.
Saya masih tersenyum riang walaupun hati hujan berderai.
Saya abaikan. Abaikan,kerana saya yakin Dia dah tetapkan.
Saya pura-pura kuat awak. Pura pura,hipokrik.
Andai awak lemah tak berdaya,saya juga lemah tak terlangkah.
Maafkan saya andai saya tak cukup kuat untuk menanti.
Tapi saya punya alasan untuk melangkah pergi.
Bukan kerana kurangnya awak dari apa pun segi.
Cuma,saya pergi bawa hati.
Hati yang mati.
Saya harap,bila nanti kita sama-sama kecewa.
Awak senyumlah kerana saya pasti saya akan senyum
Setelah sekian lama airmata saya jatuh tanpa sebab
Pecahkan bayangan awak tanpa jawapan saya pasrah
Saya akur,ini takdir.
Lots of love.
Dhia

tempat terindah


bukannya emas berlian yang dipuja
kalau kau tanya apa yang aku punya
cuma hati dan perasaan ini
yang minta disayang dan dicinta
:)

Lepaskan.


Kelmarin. Aku masih berharap. Dan masih menanti. Semalam. Aku masih mengharap. Masih menunggu kata-kata darinya.Hari ini.Aku pasrah. Aku redha. Aku membiarkan perasaan ini pergi.
Tanpa dijamah sedikit pun oleh rasanya.Sejujurnya. Aku sakit melepaskannya pergi.”


‘cuba dia bagitahu yang dia pun suka kat aku,so aku taklah rasa penantian ni sesuatu yang sia-sia’. Itu yang aku bisikkan. Itu yang terlintas di kotak fikiran aku. Terdesak? Bukan. Paksa? Tak,bukan paksa. Ini luahan hati kecil aku.

Kau fikir penantian ni tak perit? Kau tak rasa aku sakit semata-mata nak dengar kau cakap ‘tunggu saya,boleh?’. Kau cakap macam tu pun,aku boleh setia dengan kau. Tapi mestilah diiringgi dengan tindakan,bukan kata kata semata. Aku tahu kau jaga perasaan kau dari perasaan yang haram,tapi apa salahnya kau bagi satu dua kata supaya aku pasti dengan hati kau.

‘kau suka aku kan?’

Nak aku tnya,tapi aku malu. Siapalah aku ni. Siapalah aku nak dibandingkan dengan mereka mereka itu. Aku tiada indahnya. Mungkin,dimata kau aku tiada serinya. Aku pejam mata aku rapat-rapat,supaya aku boleh pecahkan bayangan kau,tapi apa yang aku dapat? Aku Cuma dapat serpihan airmata yang berderai. Kau tahu,berapa banyak kali aku nafikan,berapa banyak aku tekadkan hati, berapa banyak kali aku merintih? ‘Okeylah,biar jelah. Dia tak suka akulah,dia tak pernah anggap aku siapa siapa dalam hati dia. Tak’ . kau tahu berapa kali ayat ni aku guna untuk sedarkan aku? Kau tahu nak buat keputusan ni bukan mudah. Hati ni dah terpaut. Hati dah tertaut. Hati ni dah sebati untuk kau. Kau tahu?

Mungkin,salah aku juga. Ya,memang salah aku berharap. Tapi aku berharap atas dasar apa-apa? Mungkin aku yang syok sendiri. Oh ya,bukan mungkin. Memang aku yang perasan. Perasan kononnya dia sayangkan aku, dia sukakan aku, dia suruh aku tunggu. Permainan apa ni? Permainan apa yang hati aku mainkan? Erghhh! Salah kau sendiri,diriku.

Kesat air mata

Kita sama-sama pernnah terluka. Kita pernah sama-sama kecewa dek cinta manusia. Kita manusia yang kena rasa pahit maung cinta dusta. Entahlah. Kali ni aku nekad. Aku biarkan perasaan ini pergi. Usah diundurkan lagi. Tapi,aku mohon. Kau pergilah sejauh mana. Usah menabur kata. Usah menabur harapan. Pergilah. Pergilah kasihku. Biarkan aku bersendiri. Cinta darimu tak ku tagih. Andai selepas ini,bibirmu membicara seribu janji,sejuta kata, aku mohon maaf. Tempatnya bukan disitu lagi. Hati ini dah letih menanti. Menanti tanpa sesuatu yang pasti. Kau tahu pengertian lelah bukan?

Mohon pergi,jangan datang lagi. Sabarlah hati,tetaplah kau situ. Ini cuma permainan hati duniawi.  
Suatu aku pinta,yakinlah dengan hati kau.


Tidakkah kau tahu,hidup punya waktu
Kasih tersia bukan itu ku mahu
Andai kau membisu tentu akhirnya
Perpisahan ini akan terjadi.
Angin Syurga-Misha Omar.

Tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggalkan dunia.

Kerna dia empunya orang.


Aku rindukan dia,yang empunya orang
Aku sayangkan dia,yang empunya orang
Aku terkenangkan dia,yang empunya orang
Aku nantikan dia,yang empunya orang

Bila empunya orang itu mahu sedar?

Aku harapkan dia,yang empunya orang
Aku menangis kerna dia, yang empunya orang
Aku rapuh kerana dia,yang empunya orang
Aku jatuh kerana dia,yang empunya orang

Bila empunya orang itu mahu perasan?

Maaf wahai si empunya orang
Maaf kerna masih menaruh harapan
Maaf kerna rasa itu masih sama
Maaf wahai si empunya orang

Cerita ini bikin dengan jujur
Cerita ini bikin dengan penuh rasa
Cerita ini bikin bukan untuk sengaja
Cerita ini bikin dengan penuh perasaan

Maaf,kerna cerita ini bikin robek hatimu.
Mungkin.

June

Assalammualaikum dan Hye! Akhirnya,Dhia update juga. Alahai! Padahal tengah studyweek ni. Bukannya belajar,buka buku baca sehelai dua,tidur 2/3 jam, baca lagi dan tidur lagi. Kenapa? Kenapa macam ni? Hahaha. Tapi hari ni rajin sikitlah,maybe gemuruhnya tu dah sampai. Okey,taknak cerita banyak. Just short entry. Nanti ada orang tanya “tak update blog?” Haisshh,no storylah,I bukan retis macam Hanis Jalikha and plus plus. Im just Dhia :)
Okey,firstly just nak panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi sebab tugasan yang berat sem ni dah lepas. Tak lain tak bukan Geofest. Yes! Festival Geoteknik. Nak menangis sebab festival ni,tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pagi tu macam nak gaduh dengan pihak atasan. Well,kitaorang semua gangster especially presiden dengan vise president. Muahahaha!
Terima kasih terutamanya kepada Dato Ismail sebab banyak bagi support banyak juga perlinya banyak juga makan dalamnya banyak juga kata-kata peransang dan banyak juga ilmu yang telah dicurahkan. Terima kasih Prof! Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dah bertungkus lumus men’setting’ program ni sebaik mungkin. Especially kepada presiden,jyha. Hiks. Anda terbaik *bodek*. Last but not least, terima kasih kepada ahli kumpulan geocell, Tim,Kay and Ekin. Terima kasih atas segala usaha penat lelah kalian,terima kasih mengangkat aquarium yang berat tu. Terima kasih!  Dan sekali lagi syukur alhamdulillah,kumpulan Dhia dapat tempat ke-2. Padahal,present ke laut semuanya. Muahahaha! Ala,tak kisahlahkan? Sebab tak jangka apa-apa pun. Oh ya,lupa,terima kasih kepada Ipin atas design poster tu dan banner program. Hiks. Okey apa lagi nak cerita?
Actually,bulan Ramadhan pun tak lama lagikan? Dan,ya seperti tahun tahun yang lepas. Dhia rindu sangat dengan bulan Ramadhan. Sangat. Terlalu banyak kenangan manis sepanjang Ramadhan.

 
 
Happy belated Dato! Semoga terus dilimpahkan rahmat,dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur hendakNya. Amin!

Okey. Tak tahu nak cakap apa. Ini je yang mampu dihasilkan. Kahkahkah! Sorrylah,ahkak ni bukan seni sangat nak hias segala. Muahahaha!

Grouping. Semua berkaca mata kecuali tim. Hiks.

Thanksssss!

Okey,jumpa lagi nanti. Special entry for Ramadhan 2013 :)

Orang berkata.

Orang kata,cinta itu indah.
Aku rasa,Alhamdulillah.
Kerna kita masih merasa
Cinta DIA,cinta manusia.
Makanya,syukurilah.
Orang kata rindu itu seksa
Aku tak tahu nak kata apa.
Mungkin ada benarnya.
Mungkin ada silapnya.
Kerna rindu itu sebenarnya
Mengajar kita erti pengisiannya
Orang selalu kata ‘sampai bila nak membujang?’
Aku kelu tanpa kata lantas terdetik
“Mengapa meningkat umur,mula menjadi isu?”
Apa benar bila semakin berusia,
Soal jodoh mula diperkata?
Orang mula menyindir
Katanya jangan sampai jadi anak dara tua
Kalau difikir semula,kalau dah jodohnya
Tak kira tua atau muda maka bahagia juga
Aku mula terfikir,
Sampai bila nak dengar kata orang?
Bagi aku sampai masa,datanglah sang pujangga.
Orang yang berkata itu,terima kasihlah.
Kerna kata itu doa
Jangan sampai terpalit pada diri sudahlah.
Sebab,manusia. Selalu dengar kata orang.
Tapi,jangan lupa. Bermohonlah.
Berdoalah kepadaNya.
Moga lebih berkat hendaknya

Instagram




Sebenarnya bukan nak cakap apa pun.
Sebenarnya nak update resepi agar agar koko tu.
Dan yang sebenarnya,malas.



Madinah,here I come #1st entry

 
Tiada yang indah selain panggilan dariMU,
Tiada yang sempurna selain seruanMU,
Tiada kata secantik bahasa selain kalimahMU,
Tiada harta berharga selain dari rezekiMu.
 
Syukur. Syukur. Syukur.
Alhamdulillah.
 






May,please be nice with me


Assalammualaikum bloggers dan semua pembaca blog.

Selamat datang May,be nice with me please. Second May,masih di Negeri Sembilan. Masih di kampung halaman berssama ibu dan ayah yang tercinta. Almaklumlah,U bagi extra cuti. Eh! Ya ya ya, Dhia cuti dari 30hb sampai 6 May setelah kawwtim dengan lecture lecture tersayang. Hikhikhik *gelak sopan*

Firstly,Alhamdulillah,sebab Dhia tak lupa lagi password nak log in blog ni. Ahakss! Kejam seyyhh lupa. Well,nobody perfect. Ekhem! Life as student degree engineering amatlah perit walaupun...... Bukan apa,projek banyak. Semua subjek ada projek. Projek jambatan. Projek geoteknik. Projek hidraulik. Awesome! Ada festival segala bagai,serupa PSM dah ya. Ekhemm!

Dah genap 3 bulan dah Dhia dan keluarga meninggalkan Tanah Suci,Madinah dan Mekkah. SubhanaAllah,amatlah rindu. Terkadang airmata ni mengalir tanpa alasan. Sebab? Rindu yang membuak-buak. Oh ya,Dhia pun tak berkesempatan lagi nak update cerita kat sana. Secara ringkasnya,Alhamdulillah sepanjang menjalani ibadah dan kehidupan di sana selama dua minggu dipermudahkan segalanya. Syukur,Alhamdulillah! :) Nanti nak pergi lagi,nak honeymoon kat sana,InshaAllah! Semoga dipermurahkan rezeki.

Apa lagi? Apa lagi nak cerita? Hmmmm

 

 

 

 

 

 

 

Dah habis bosan dah ni. Kahkah! Tak tahu nak cerita apa okey. Tak tahu dah. Nampak ta kesibukkan mengatasi segala galanya, tapi kita nak cakap kita tak tengok IRONMAN 3 lagi! Stress! Into the Darkness lak nak keluar 16hb ni. Ala! Ala! Kahkah. Duniawi je ni *sedapkan hati sendiri*

Okey,see you all again next month! Eh! Gila ekslusif sebulan satu entry. Lepas tu enty nan hado isi. Boooooooo! Tak,tak.

 

Well,take care and see you in next entry. Ekhem

Lot’s of love,

Dhia.

Tak Terlewat #1


Perjalanan yang entah tujunya ke mana semakin lama semakin perlahan. Semakin lama semakin jauh dari landasannya. Di manakah perhentiannya? Di manakah akhirnya? Kenapa semua yang terjadi tidak seperti yang dijangkakan? Tetapi langkah ini masih ku teruskan. Manalah tahu nanti akan ada yang menghentikannya. Mungkin,itu yang dinamakan takdir. Ataupun jodoh?

Takdir atau jodoh?
***
Sedang Orkid sibuk menyiapkan laporan tahunannya,tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar menandakan ada satu pesanan ringkas masuk. Hmm,siapa yang berani kacau aku buat kerja ni? Cari gaduh betullah.
Assalammualaikum Orkid :).

Itulah yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Dilihat nama pengirimnya,lantas senyum mula terukir.

Waalaikummussalam Hakim. Iya,ada apa ni? Kacau je orang buat kerja.

Balasnya sambil senyum yang masih menguntum. Haiii,mana mungkin aku nak marah Hakim ni. Kihkihkih. Gelaknya sendiri. Tidak sampai beberapa minit kemudian,telefon bimbitnya bergetar lagi. Pantas jemarinya melihat mesej yang tertera.

Okeylah,tak kacau dah. By the way,petang ni free? Ingatkan nak jumpa. Please ;)

Eh! Ngada-ngada pula dia ni. Jam di tangan dilihat. Baru pukul 3 petang,ada 2 jam lagi untuk dia menyiapkan laporannya sebelum dihantar kepada bosnya.

Okey,pukul 6 kat Cafe Dhia’ okey? Take care.

Thanks my dear. See you later ya. You too,please take care. 

Petang itu,tak semena-mena semangat menyiapkan laporan berkobar-kobar. Detik jam 6 petang itu,terasa lambat. Tepat jam 5,Orkid mula beredar dari pejabatnya. Dia harus singgah di masjid untuk menunaikan solat asarnya dan terus ke Cafe Dhia’ seperti yang dijanjikan dengan Hakim. Hatinya mula berbunga tetapi dalam hatinya sayu mula menyelubungi. Dia tahu apa yang akan terjadi petang ini. Entah kenapa hatinya memberontak,tapi digagahkan sahaja.

***

Dari jauh,terlihat bayang Hakim. Jam di tangan dilihat. Eh! Masih ada 10 minit,awalnya mamat ni sampai. Mesti curi tulang ni. Orkid membuat andaian sendiri,dalam masa yang sama terasa bersalah pula menuduh yang bukan-bukan tentang Hakim.

“Assalammualaikum En.Hakim. Awal hari ni? Selalunya naik berjanggut saya menunggu baru awak sampai” sambil menarik kerusi di hadapan Hakim

“Waalaikummussalam. Saja datang awal. Jaga reputasi” balasnya sambil tersenyum kecil. Seketika itu,waiter datang mengambil pesanan dan berlalu pergi. Mereka berbual,bergelak ketawa dan kadang-kadang bergaduh kecil menegakkan pendapat masing-masing sehinggalah pesanan minuman sampai.

“Haaa,sampai pun. Penatkan gaduh? Minumlah dulu ya,saya belanja harini,”kata Hakim kepada Orkid. Dua-dua tertawa riang.

“Hmm,kenapa Hakim nak jumpa Orkid ni? Apa yang penting sangat ni?”tanya Orkid sambil menghirup jus tembikai yang dipesannya.

“Orkid tahukan apa yang tengah berlaku pada Hakim sekarang ni?”,tanya Hakim. Pertanyaan Hakim hanya dibalas dengan anggukkan Orkid. Mana mungkin aku tak tahu. Mana mungkin aku tak tahu bilamana orang yang aku sayang,bakal disatukan dengan orang lain. Mana mungkin aku tak tahu Hakim! Jeritnya sekadar di dalam hati. Hatinya terus berdebar dengan apa yang bakal Hakim katakan sebentar lagi. Suasana bisu.

“Hakim dah buat keputusan. Hakim akan turutkan apa yang ibu mahukan. Hakim....”

“Baguslah. Tahniah!” pintas Orkid sambil memberikan senyuman. Dia sendiri tidak tahu apa makna senyuman itu. Pedulilah!

“Hakim tak habis cakap lagi Orkid. Dengar ni,Hakim harap Orkid faham keadaan Hakim. Hakim tersekat,antara orang-orang yang Hakim sayang. Ibu,Hakim sayang. Orkid pun Hakim sayang,”suara yang tadinya nampak tampan kini mula kendur. Sebak mungkin. Orkid hanya membatukan diri. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya digagahkan hati.

“Walaupun,Hakim terpaksa terima pilihan ibu,tak bermakna Hakim tak sayang Orkid. Hakim sayang. Cuma....”

“Hakim,look! Even ini bukan seperti yang kita inginkan,Orkid okey. Ala,pilihan ibu tu cun jugak. Confirm nanti Hakim boleh sayang dia. Kalau Hakim nak tahu,sebelum Hakim tahu pilihan ibu tu,ibu dah bawa Orkid jumpa dia. Not bad,”balas Orkid sambil ketawa kecil.

“Boleh tak Orkid jangan berlakon? Boleh tak jangan acah-acah gagah kuat?”

“Hakim,kalau Orkid tak kuat sekarang,bila lagi Orkid nak kuat? Kuat tak kuat itu diri Orkid. Hakim,Orkid selama ni hormat hubungan kita. Ya,Orkid tahu Hakim sayang Orkid. Orkid pun sayang Hakim. Sampai suatu masa,bila ibu mula minta pendapat Orkid tentang pertunangan Hakim,Orkid masih hormat hubungan kita.Tapi mungkin,takdir dah tertulis yang sayang kita sayang sebagai kawan. Just releks,okey?” dalam sendu Orkid gagah untuk berkata-kata.

“Hakim minta maaf Orkid. Hakim tak ada niat nak sakitkan hati Orkid. Kalau Orkid sakit,Hakim pun terasa sakitnya. Hakim sayang Orkid,”. Ada sedu dihujung katanya. Ya Hakim! Aku pun sayang kau.

“Hmm,okeylah Hakim. Apa pun,Orkid sentiasa doakan yang terbaik untuk kehidupan Hakim. Kita masih kawan. Seperti dulu dan selamanya,kawan. Okey? Hmm,okeylah Hakim. Orkid balik dulu. Maghrib pun tak lama lagi ni. Jaga diri Hakim,”sambil menguntumkan senyuman,Orkid melintasi Hakim di sebelahnya. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menahan dirinya dari terus berlalu pergi.

“Jangan pergi. Tolong,jangan pergi Orkid” kata Hakim yang berdiri disampingnya sambil mengenggam lengan Orkid. Orkid diam seribu bahasa. Hatinya celaru. Sebak!

“If you go,it’s over between us,”katanya lagi. Terpana dek kata-kata Hakim,matanya terus menatap mata Hakim meminta kepastian. Baiklah,aku akan pergi Hakim. Aku akan pergi. Tangan Hakim yang berpaut di lengan Orkid diminta lepas. Langkah kaki Orkid diteruskan juga. Tinggallah Hakim bersendiri. Masing-masing keliru dengan situasi yang baru sahaja berlaku. Akhirnya,dalam ketampanan Hakim,gugur juga permata jernih. Jangan pergi Orkid. Rintihnya di dalam hati. Semakin lama,bayang Orkid ditelan dek keramaian manusia di sisi-sisi barisan kedai.

Maafkan aku Hakim. Bukan aku sengaja melangkah pergi. Aku terpaksa pergi,terpaksa Hakim,bisik Orkid didalam hati sambil mengesat airmata yang mula berjujuran. Orang sekeliling tidak dipedulikan. Pantas kakinya melangkah menuju ke keretanya. Kalau mahu diikutkan,kakinya mula lemah longlai,tak berdaya dengan situasi yang baru terjadi. Tapi digagahkan juga sehingga ke keretanya. Di dalam keretanya,semakin lebat airmata mengalir. Telefon bimbit yang menjerit meminta untuk diangkat,tidak dipedulikan. Dia tahu panggilan itu dari Hakim. Enjin kereta dihidupkan dan terus berlalu pergi meninggalkan kenangan pahit yang baru tercipta.

Selamat tinggal sayang,Hakim. Semoga bahagia,doaku.


***BERSAMBUNG**

Assalammualaikum,2013

Assalammualaikum reader's. Hello reader's. Apa khabar? Diharap semuanya sihat hendakNya. Cerita pasal kesihatan,harini Dhia amat payah sikit nak bergerak. Tangan,badan segala sengal-sengal belaka. Tapi boleh je nak acah-acah kuat. Kan? Ekekeke. Tadi pun solat duduk,tak mampu rasanya nak sujud nak rukuk secara lama. Sekejap pun dah rasa sengatnya. But,it's okey. Ini dugaan. Positif!Positif! Ececeh,azam 2013 ni nak jadi seorang yang positif. Hewhew

Okey,sebenatnya nak publish semalam. Tapi baru taip sikit mak dah panggil tidur. Turunlah bawah,masuk bilik,main tweet bawah selimut. Ekekeke. It's Dhia. Yes,dah masuk minggu ketiga tidur dengan emak. Ekekeke. Biarlah,biarlah,mak Dhia. Yes,umur dah 23 tahun pun masih mengada. Elehh,jeles ke? Hewwheww. Okey,cerita coret coretan sepanjang 2012.

Ya Allah,syukur alhamdulillah aku semakin hari semakin matang dalam menjalani kehidupan sebagai  seorang insan yang bergelar seorang manusia. Hidup ni ada pasang surutnya. Dan alhamdulillah,di akhir zaman ini aku masih mampu merasa nikmatnya KurnianMu Ya Allah. Pelbagai dugaan yan aku terima sepanjang tahun 2012. Sedikit pun tak buat aku putus asa. *Sebak*. 2012,juga aku berjaya mengenggam segulung Diploma Kejuruteraan Awam Kelas Pertama. Syukur, ini hadiah yang mampu aku bagi pada keluarga,kawan-kawan dan para pendidik. Ini sahaja yang mampu aku balas. aku tak minta hadiah,cukuplah selama ni pengorbanan yang mereka korbankan untuk aku. Untuk aku capai pencapaian ni,bukannya mudah. Berbagai-bagai dugaan yang aku tempuh yang aku kena harungi. Thanks amat-amat pada Fyda Omar yang menyedarkan aku tentang sesuatu. Teresak-esak aku menangis saat meluahkan segalanya. Kau kawan aku sampai Jannah,InshaAllah.

2012,juga mempamerkan aku diusung masuk ke bilik pembedahan. Thanks amat pada mak ayah dan siblings yang tak jemu-jemu membantu aku menjalani kehidupan seharian. Pada kawan-kawan yang mendoakan. Again,pada Fyda Omar dan Zue yang datang bawa kek gula hangus yang aku suka tu. Ekekeke. Jauh datang ya. So,lets picture take out all story :)

Cukuplah aku punya mereka, keluarga yang memahami. Jatuh bangun aku mereka yang disisi aku. Hati aku hati mereka. Cerita aku cerita mereka.

Geng Projek Diploma. Suffian,Fyda,Nadia dan aku. Gila mereka gila aku.

Satu kelas. Oh ya,jangan tanya kenapa tak ada gambar lelaki ya,sememangnya tak ada dalam koleksi aku. Hahahaha! Gambar Yan je yang ada dalam simpanan aku itu sebab dia geng projek. Hahahaha. Special dedicate for Tim,Ekin,Kay and again Fyda. teman sepoli,teman seU. ;)

Kenangan manis with medic group Sispa UTHM under Sir ZulChandra. Rindu nak menggila,rindu nak menangis,rindu nak paw Sir. Yang penting,akulah orang yang gelakkan Sir sampai terguling-guling kat rumput bila Sir salah kereta. Hahahaha! Miss u all :)
 
Thanks KPJ Johot team Dr.Ismail Ali. Ekekekeke. Apapun,terima kasih Allah atas kesabaran dan kekuatan yang masih engkau pinjamkan pada ku. :)
Lot's of love,
Dhia.