Kalau nanti awak bakal kecewa kerana saya.
Saya nak awak tahu,saya dah lama kecewa kerana
awak.
Saya dah belajar untuk tabahkan hati.
Saya dah belajar untuk redha awak bukan jodoh saya
Sebab saya tahu,yang baik tetap untuk yang baik
Dan mungkin,saya bukan yang terbaik untuk awak
Senyumlah awak. Senyumlah.
Jangan biarkan hati itu mati. Jangan biarkan jiwa
itu lali.
Saya tunggu masa untuk saya luahkan. Saya tunggu
detik itu.
Saya nak luah apa yang terbuku,yang menggunung
dalam hati saya.
Tak apa,saya tetap nak luahkan. Walaupun pada itu
dah terlewat.
Lewat itu hanya pada waktu. Waktu yang membataskan
kita.
Senyumlah awak. Senyumlah.
Jangan biarkan permata itu jatuh. Jangan biarkan
hati awak hujan.
Saya cekalkan hati. Saya teruskan langkah kaki ini.
Saya masih tersenyum riang walaupun hati hujan
berderai.
Saya abaikan. Abaikan,kerana saya yakin Dia dah
tetapkan.
Saya pura-pura kuat awak. Pura pura,hipokrik.
Andai awak lemah tak berdaya,saya juga lemah tak
terlangkah.
Maafkan saya andai saya tak cukup kuat untuk
menanti.
Tapi saya punya alasan untuk melangkah pergi.
Bukan kerana kurangnya awak dari apa pun segi.
Cuma,saya pergi bawa hati.
Hati yang mati.
Saya harap,bila nanti kita sama-sama kecewa.
Awak senyumlah kerana saya pasti saya akan senyum
Setelah sekian lama airmata saya jatuh tanpa sebab
Pecahkan bayangan awak tanpa jawapan saya pasrah
Saya akur,ini takdir.
Lots of love.
Dhia
No comments:
Post a Comment