“Kelmarin.
Aku masih berharap. Dan masih menanti. Semalam. Aku masih mengharap. Masih menunggu
kata-kata darinya.Hari ini.Aku pasrah. Aku redha. Aku membiarkan perasaan ini pergi.
Tanpa
dijamah sedikit pun oleh rasanya.Sejujurnya. Aku sakit melepaskannya pergi.”
‘cuba dia bagitahu yang dia pun suka kat
aku,so aku taklah rasa penantian ni sesuatu yang sia-sia’. Itu yang aku
bisikkan. Itu yang terlintas di kotak fikiran aku. Terdesak? Bukan. Paksa? Tak,bukan
paksa. Ini luahan hati kecil aku.
Kau fikir penantian ni tak perit? Kau tak rasa aku
sakit semata-mata nak dengar kau cakap ‘tunggu saya,boleh?’. Kau cakap macam tu
pun,aku boleh setia dengan kau. Tapi mestilah diiringgi dengan tindakan,bukan
kata kata semata. Aku tahu kau jaga perasaan kau dari perasaan yang haram,tapi
apa salahnya kau bagi satu dua kata supaya aku pasti dengan hati kau.
‘kau suka aku kan?’
Nak aku tnya,tapi aku malu. Siapalah aku ni. Siapalah
aku nak dibandingkan dengan mereka mereka itu. Aku tiada indahnya. Mungkin,dimata
kau aku tiada serinya. Aku pejam mata aku rapat-rapat,supaya aku boleh pecahkan
bayangan kau,tapi apa yang aku dapat? Aku Cuma dapat serpihan airmata yang
berderai. Kau tahu,berapa banyak kali aku nafikan,berapa banyak aku tekadkan
hati, berapa banyak kali aku merintih? ‘Okeylah,biar jelah. Dia tak suka akulah,dia
tak pernah anggap aku siapa siapa dalam hati dia. Tak’ . kau tahu
berapa kali ayat ni aku guna untuk sedarkan aku? Kau tahu nak buat keputusan ni
bukan mudah. Hati ni dah terpaut. Hati dah tertaut. Hati ni dah sebati untuk
kau. Kau tahu?
Mungkin,salah aku juga. Ya,memang salah aku
berharap. Tapi aku berharap atas dasar apa-apa? Mungkin aku yang syok sendiri. Oh
ya,bukan mungkin. Memang aku yang perasan. Perasan kononnya dia sayangkan aku,
dia sukakan aku, dia suruh aku tunggu. Permainan apa ni? Permainan apa yang
hati aku mainkan? Erghhh! Salah kau sendiri,diriku.
Kesat air mata
Kita sama-sama pernnah terluka. Kita pernah
sama-sama kecewa dek cinta manusia. Kita manusia yang kena rasa pahit maung
cinta dusta. Entahlah. Kali ni aku nekad. Aku biarkan perasaan ini pergi. Usah diundurkan
lagi. Tapi,aku mohon. Kau pergilah sejauh mana. Usah menabur kata. Usah menabur
harapan. Pergilah. Pergilah kasihku. Biarkan aku bersendiri. Cinta darimu tak ku
tagih. Andai selepas ini,bibirmu membicara seribu janji,sejuta kata, aku mohon
maaf. Tempatnya bukan disitu lagi. Hati ini dah letih menanti. Menanti tanpa
sesuatu yang pasti. Kau tahu pengertian lelah bukan?
Mohon pergi,jangan datang lagi. Sabarlah
hati,tetaplah kau situ. Ini cuma permainan hati duniawi.
Suatu aku pinta,yakinlah dengan hati kau.
Tidakkah kau tahu,hidup punya waktu
Kasih tersia bukan itu ku mahu
Andai kau membisu tentu akhirnya
Perpisahan ini akan terjadi.
Angin Syurga-Misha Omar.
Tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggalkan dunia.
No comments:
Post a Comment